Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,115 kes (97.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanbyak 9,397 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 154 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada enam (6) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan tiga (3) bukan warganegara. Tiga (3) kes import tersebut adalah dari negara:

  • Indonesia (2 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Bangladesh (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Tiga (3) kes penularan di dalam negara adalah di kalangan warganegara Malaysia. Perincian kes adalah seperti berikut:

  • Sabah: Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD. Kluster ini akan diperincikan di bawah; dan
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di sebuah pusat perubatan dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sehingga kini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BENTENG LD

Ingin dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes baharu (kes ke-9395 dan kes ke-9396) dilaporkan bagi Kluster Benteng LD di negeri Sabah. Kes ke-9395 merupakan kontak rapat kepada kes ke-9351. Kes bergejala pada 1 September dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 2 September 2020. Beliau dikesan positif dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi untuk mendapat rawatan lanjut. Bagi kes ke-9396, beliau merupakan anak saudara kepada kes ke-9395. Kes dikesan positif pada 5 September 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.

Sehingga 6 September 2020, seramai 776 orang telah disaring dalam kluster ini. Dua (2) kes baharu dilaporkan dalam kluster Benteng LD pada hari ini dan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 adalah sebanyak 16 kes. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (420 disaring):
    • 7 kes dikesan positif COVID-19;
    • 259 individu negatif; dan
    • 154 individu masih menunggu keputusan.
  2. Tawau (356 disaring):
    • 9 kes dikesan positif COVID-19;
    • 67 individu negatif; dan
    • 280 individu masih menunggu keputusan.

Pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan.

TANGGUNGJAWAB BERSAMA SEMUA PETUGAS BARISAN HADAPAN

Anggota-anggota barisan hadapan sama ada dalam sektor kesihatan atau keselamatan harus sentiasa berwaspada terhadap apa juga cabaran dalam mencegah penularan penyakit berjangkit tanpa mengira individu, tempat dan masa. Garis panduan dan tatacara yang ditetapkan hendaklah sentiasa dipatuhi sama ada semasa menguruskan kes positif COVID-19 secara langsung atau tidak langsung. Ini termasuk kerap mencuci tangan, pemakaian pelitup muka, Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian dan penjarakan fizikal iaitu termasuk juga di tempat guna sama. Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan perlu dipatuhi sepanjang masa.

Sejak bermulanya PKP Fasa Pemulihan ini, tanggungjawab sebagai barisan hadapan bukan sahaja terletak kepada anggota kesihatan, malah ianya menjadi tanggungjawab orang ramai, komuniti, dan semua individu. Oleh itu, kejayaan negara dalam menangani pandemik COVID-19 pasca gelombang kedua ini terletak kepada kepatuhan anggota-anggota kesihatan dan keselamatan kepada garis panduan dan tatacara, serta rakyat mematuhi SOP yang dikeluarkan. Hanya dengan kepatuhan ini dapat kita mengekalkan keselamatan negara dari ancaman COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS032
KEDAH0224
PULAU PINANG1137
PERAK0269
SELANGOR02,177
NEGERI SEMBILAN01,037
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH2435
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR3 (3)2,606
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN6 (3)9,397

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

6 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that two (2) cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,115 confirmed COVID-19 cases have been discharged (97.0% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

6 September 2020, 12 pm – a total of six (6) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,397 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 154 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the six (6) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas all involving non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Indonesia – 2 cases in Kuala Lumpur
  • Bangladesh – 1 case in Kuala Lumpur

The three (3) local transmission cases are among Malaysians. The details are as follows:

  • Sabah – 2 cases: From the Benteng LD Cluster, as detailed below.
  • Pulau Pinang – 1 case: From Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in a medical centre, and the case is currently treated at Pulau Pinang Hospital.

Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support. No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.36% of total cumulative cases).

Current Status of the Benteng LD Cluster

Two (2) additional confirmed cases (Case 9,395 and Case 9,396) are reported today for this cluster in Sabah. Case 9,395 was a close contact to the Case 9,351. This case developed symptoms on 1 September 2020 and was admitted into Tawau Hospital on 2 September 2020. The case was then detected to be positive and transferred to the ICU for further treatment. For Case 9,396, he is the nephew of Case 9,395. The case was found to be positive on 5 September 2020 and was admitted into Tawau Hospital for treatment.

As of 6 September 2020, 12 pm, a total of 776 individuals have been screened in this cluster. Two (2) additional confirmed COVID-19 cases are reported in the Benteng LD cluster today, cumulatively there are now 16 confirmed COVID-19 cases in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  1. Lahad Datu (420 individuals screened):
    • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
    • 259 individuals tested negative
    • 154 individuals awaiting results
  2. Tawau (356 individuals screened):
    • Nine (9) confirmed COVID-19 cases
    • 67 individuals tested negative
    • 280 individuals awaiting results

Active case detection and screening of close contacts are still ongoing.

Joint Responsibility by All Frontliners

All frontliners, including those in the health sector and security sector, must always remain vigilant against any challenges in preventing the transmission of infectious diseases regardless of individual, place and time. All guidelines and procedures should always be complied with when managing confirmed COVID-19 cases directly or indirectly. This includes regular hand washing, wearing facemasks, appropriate use of Personal Protective Equipment (PPE) and maintaining physical distancing, including in common spaces. The Standard Operating Procedures (SOPs) set by the Government must be complied with at all times.

Since the beginning of the Recovery Movement Control Order (RMCO), the responsibility as frontliners not only lies with the healthcare workers, but it is also the responsibility of the public, the community, and all individuals. Therefore, the country’s success in dealing with the post-second-wave COVID-19 pandemic lies in the compliance of healthcare workers and security personnel with all guidelines and procedures, as well as the public’s compliance with the SOPs set. Only with this compliance can we maintain the nation’s security from the threat of COVID-19.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

6 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 6 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis032
Kedah0224
Pulau Pinang1137
Perak0269
Selangor02,177
Negeri Sembilan01,037
Melaka0262
Johor0752
Pahang0371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah2435
Sarawak0699
WP Kuala Lumpur3 (3)2,606
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total6 (3)9,397

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Categories: Communicable disease, Press

Tagged as: