Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 8 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 12 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,136 kes (95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 8 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 100 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,559 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 295 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 15 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan 13 bukan warganegara. 15 kes import tersebut adalah dari negara:

  • India (6 kes di Selangor, 4 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 kes di Negeri Sembilan);
  • Indonesia (2 kes di Selangor);
  • Pakistan (1 kes di Selangor); dan
  • Filipina (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Daripada 100 kes baharu yang dilaporkan, 85 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 55 warganegara Malaysia dan 30 bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

  1. Sabah:
    • 62 kes daripada Kluster Benteng LD.
  2. Kedah:
    • 22 kes daripada Kluster Sungai.
  3. Perlis 
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat tujuh (7) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS KES IMPORT DAN KAWALAN SEMPADAN MALAYSIA DIPERKETAT BAGI NEGARA-NEGARA BERISIKO TINGGI

Pelaksanaan kuarantin wajib di stesen kuarantin bagi pengembara yang tiba di Malaysia telah dikuatkuasakan semula bermula 24 Julai 2020. Daripada tarikh tersebut sehingga 7 September 2020, seramai 29,330 pengembara telah ditempatkan di stesen kuarantin, di mana 237 kes positif COVID-19 telah dikesan. Kebanyakan kes adalah dari negara India (42 kes), diikuti dengan Filipina (27 kes) dan Indonesia (26 kes).

Kerajaan juga telah mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan kawalan sempadan Malaysia bagi negara-negara berisiko tinggi terhadap COVID-19 mulai 7 September 2020. Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah memperketatkan kemasukan ke Malaysia bagi 23 buah negara. Sekatan ini tertakluk kepada Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang bagi warganegara dari negara-negara yang mencatatkan kumulatif kes positif COVID-19 melebihi 150,000 kes. Ini adalah sebagai salah satu langkah memperketatkan dan mempertingkatkan kawalan sempadan. KKM akan meneruskan penilaian risiko berdasarkan situasi semasa COVID-19 di seluruh dunia. Senarai terkini negara yang diperketatkan kemasukan akan diumum Kerajaan dari semasa ke semasa.

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER

Terkini, terdapat beberapa kluster yang melibatkan anggota kesihatan dan anggota kerja agensi lain. Ini termasuk Kluster Benteng LD, Kluster Sungai dan Kluster Telaga. Pecahan saringan dan situasi terkini mengikut kluster tersebut adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (melibatkan daerah Lahad Datu dan Tawau):
    • Lahad Datu (431 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19 (37 kes baharu);
      2. 132 individu negatif; dan
      3. 212 individu masih menunggu keputusan.
    • Tawau (1,579 disaring):
      1. 41 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu);
      2. 425 individu negatif; dan
      3. 1,113 individu masih menunggu keputusan.
  2. Kluster Sungai (melibatkan negeri Kedah dan Perlis):
    • Kedah (470 disaring):
      1. 25 kes dikesan positif COVID-19 (22 kes baharu);
      2. 31 individu negatif; dan
      3. 414 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (5 disaring):
      1. Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
      2. Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
    • Perlis (4 disaring):
      1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
      2. Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.
  3. Kluster Telaga (melibatkan negeri Kedah):
    • Kedah (4,410 disaring):
      1. 10 kes dikesan positif COVID-19 (tiada kes baharu);
      2. 4,347 individu negatif; dan
      3. 53 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (46 disaring):
      1. Tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
      2. 46 individu negatif.

NILAI Rt ATAU R NAUGHT (R0) SERTA PEMATUHAN PROSEDUR OPERASI STANDARD BAGI PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN ORANG AWAM

KKM ingin memaklumkan bahawa nilai Rt atau R naught (Ro) telah meningkat kepada 1.72 di Malaysia. Rt yang dicatat pada dua (2) minggu lepas hanya 0.72. Peningkatan ketara ini memberi gambaran situasi risiko berlakunya lebih banyak transmisi di dalam komuniti. Berdasarkan penilaian yang dijalankan oleh KKM, terdapat juga peningkatan pergerakan masyarakat di dalam Malaysia. Masyarakat kemungkinan kian alpa dan tidak mengendahkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Nasihat-nasihat yang telah diberikan mulai diambil ringan, dan ini termasuklah juga oleh petugas barisan hadapan di kalangan petugas kesihatan dan juga lain-lain agensi.

Petugas barisan hadapan sememangnya mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti oleh penyakit COVID-19 atau lain-lain penyakit berjangkit ketika di fasiliti kesihatan. Ini tidak kiralah di fasiliti Kerajaan atau swasta. Selain itu, petugas kesihatan juga boleh mendapat jangkitan semasa berada di dalam komuniti, iaitu sama seperti individu yang lain di dalam masyarakat. Justeru, pematuhan seratus peratus terhadap garis panduan dan tatacara pengurusan semasa bertugas dan juga semasa tidak bertugas adalah amat penting. Ketidakpatuhan akan mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19. Misalnya, hari ini terdapat seorang anggota kesihatan daripada Kluster Sungai yang didapati telah menjangkiti tujuh (7) orang ahli keluarganya.

Mengambil iktibar daripada kejadian ini, KKM menggesa semua petugas kesihatan, petugas barisan hadapan pelbagai agensi dan juga semua lapisan masyarakat untuk mengambil serius situasi COVID-19 di dalam negara. Ambillah langkah berjaga-jaga untuk menjaga diri kita dan keluarga kita pada setiap masa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

8 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 8 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS133
KEDAH22250
PULAU PINANG0138
PERAK0269
SELANGOR9 (9)2,188
NEGERI SEMBILAN1 (1)1,038
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH62548
SARAWAK0699
W.P. KUALA LUMPUR5 (5)2,615
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN100 (15)9,559

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

8 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 12 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,136 confirmed COVID-19 cases have been discharged (95.6% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

8 September 2020, 12 pm – a total of 100 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,559 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 295 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 100 additional cases reported today, 15 are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and 13 non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • India – 11 cases; 6 cases in Selangor, 4 cases in Kuala Lumpur and 1 case in Negeri Sembilan
  • Indonesia – 2 cases in Selangor
  • Pakistan – 1 case in Selangor
  • Philippines – 1 case in Kuala Lumpur

Of the 85 local transmission cases reported today, 55 cases are among Malaysians and 30 cases are among non-Malaysians. The details are as follows:

  • Sabah – 62 cases: From the Benteng LD Cluster.
  • Kedah – 22 cases: From the Sungai Cluster.
  • Perlis – 1 case: From the Sungai Cluster.

These clusters are detailed below.

Currently, seven (7) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support. No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.34% of total cumulative cases).

Status of Imported Cases and Strengthening of Malaysian Border Control against High-Risk Countries

The implementation of compulsory quarantine at quarantine stations for travellers arriving in Malaysia has been re-enforced from 24 July 2020. From that date until 7 September 2020, a total of 29,330 travellers have been placed at quarantine stations, where 237 confirmed COVID-19 cases have been detected. Most cases were from India (42 cases), followed by the Philippines (27 cases) and Indonesia (26 cases).

The Government has also taken proactive action by tightening Malaysia’s border controls against COVID-19 high-risk countries from 7 September 2020. Recently, the Immigration Department of Malaysia has tightened entry into Malaysia for 23 countries. These restrictions apply to Long Term Visit Pass Holders for nationals from countries that have recorded cumulative confirmed COVID-19 cases in excess of 150,000 cases. This is one of the measures taken to tighten and strengthen border control. MOH will continue to conduct risk assessment based on the current global COVID-19 situation. The latest list of countries that have tightened entry requirements into Malaysia will be announced by the Government from time to time.

Current Status of Clusters

Recently, there are several clusters involving healthcare workers (HCWs) and personnel of other agencies. These include the Benteng LD Cluster, the Sungai Cluster and the Telaga Cluster. The breakdown of the screening and the current situation according to these clusters are as follows:

  1. The Benteng LD Cluster, Sabah (involving Lahad Datu and Tawau districts):
    • Lahad Datu (431 individuals screened):
      1. 87 confirmed COVID-19 cases (37 additional confirmed cases reported today)
      2. 132 individuals tested negative
      3. 212 individuals awaiting results
    • Tawau (1,579 individuals screened):
      1. 41 confirmed COVID-19 cases (25 additional confirmed cases reported today)
      2. 425 individuals tested negative
      3. 1,113 individuals awaiting results
  2. The Sungai Cluster (involving Kedah and Perlis):
    • Kedah (470 individuals screened):
      1. 25 confirmed COVID-19 cases (22 additional confirmed cases reported today)
      2. 31 individuals tested negative
      3. 414 individuals awaiting results
    • Pulau Pinang (5 individuals screened):
      1. No confirmed COVID-19 case
      2. 5 individuals waiting results
    • Perlis (4 individuals screened):
      1. One (1) confirmed COVID-19 case (1 additional confirmed case reported today)
      2. 3 individuals awaiting results
  3. The Telaga Cluster (involving Kedah):
    • Kedah (4,410 individuals screened):
      1. 10 confirmed COVID-19 cases (no additional confirmed cases reported today)
      2. 4,347 individuals tested negative
      3. 53 individuals awaiting results
    • Pulau Pinang (46 individuals screened):
      1. No confirmed COVID-19 cases
      2. 46 individuals tested negative

Rt or R Naught (R0) Value and Compliance to the Standard Operating Procedures by Frontliners and the Public

MOH would like to inform that the value of Rt or R naught (R0) has increased to 1.72 in Malaysia. The Rt recorded in the last two weeks was only 0.72. This drastic increase reflects the higher risk of COVID-19 transmission in the community. Based on the assessment conducted by the MOH, there is also an increase in the movement of people in Malaysia. The public is likely becoming more complacent and disregard the Standard Operating Procedures (SOPs) set. The advisories given are taken lightly, and this also includes frontliners among HCWs as well as personnel from other agencies.

Frontliners are at high-risk of becoming infected with COVID-19 or other infectious diseases while in healthcare facilities, regardless of public (government) or private facilities. In addition, HCWs can also get infected while in the community, similarly like other individuals in the community. Therefore, one hundred percent compliance with management guidelines and procedures while on duty and also while not on duty is very important. Non-compliance will result in the transmission of COVID-19 infection. For example, today, one HCW in the Sungai Cluster was found to have infected seven (7) family members.

Learning from this incident, MOH urges all HCWs, frontliners from various other agencies and also members of the public to take the COVID-19 situation in the country seriously. Take all necessary precautions to take care of ourselves and our families at all times.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

8 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 8 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis133
Kedah22250
Pulau Pinang0138
Perak0269
Selangor9 (9)2,188
Negeri Sembilan1 (1)1,038
Melaka0262
Johor0752
Pahang0371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah62548
Sarawak0699
WP Kuala Lumpur5 (5)2,615
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total100 (15)9,559

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case