Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 24 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,167 kes (95.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 45 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,628 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 333 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 45 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import. Kes import tersebut dilaporkan di negeri Selangor, iaitu warganegara Malaysia yang telah pulang dari negara Brazil.

Daripada 44 kes penularan di dalam negara, 11 adalah di kalangan warganegara Malaysia dan 33 adalah bukan warganegara. Perincian kes adalah seperti berikut:

i.    Kedah – empat (4) kes:

  • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Telaga; dan
  • Satu (1) kes saringan bergejala di Klinik Kesihatan Simpang Kuala. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah.

ii.   Sabah: 40 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana 33 kes melibatkan bukan warganegara.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.33 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI TIGA BUAH KLUSTER – KLUSTER BENTENG LD, TELAGA DAN SUNGAI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes bagi tiga (3) buah kluster iaitu Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,679):
    • Tawau (1,909 disaring):
      1. 83 kes dikesan positif COVID-19 (40 kes baharu: 34 kes merupakan banduan penjara manakala 6 kes adalah ahli keluarga kakitangan penjara);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,201 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (770 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 291 individu negatif; dan
      3. 392 individu masih menunggu keputusan.
  2. Kluster Sungai (jumlah saringan 1,585):
    • Kedah (1,456 disaring):
      1. 39 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
      2. 1,017 individu negatif; dan
      3. 400 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (122 disaring):
      1.  43 individu negatif; dan
      2. 79 individu masih menunggu keputusan.
    • Perlis (7 disaring):
      1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
      2. Tiga (3) individu negatif; dan
      3. Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.
  3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,673):
    • Kedah (4,626 disaring):
      1. 13 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
      2. 4,524 individu negatif; dan
      3. 89 individu masih menunggu keputusan.
    • Pulau Pinang (47 disaring):
      1. 46 individu negatif; dan
      2. Satu (1) individu masih menunggu keputusan.

KKM mengambil maklum pengumuman sebentar tadi oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Daerah Kota Setar, Kedah. Ini susulan peningkatan ketara kes dalam Kluster Sungai dan Kluster Telaga di tersebut. Pelaksanaan ini akan berkuatkuasa dari 11 September 2020 sehingga 25 September 2020. Pelaksanaan PKPD secara pentadbiran di Amanjaya pula dilanjutkan sehingga 13 September 2020 bagi memastikan saringan ke atas penduduk di kawasan tersebut dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

KKM juga mengambil maklum keputusan pelaksanaan tindakan yang sama di kawasan Penjara dan Kuarters Penjara di Tawau. Keputusan wajar dan tindakan bersepadu pelbagai agensi ini akan membantu pihak KKM untuk terus menjalankan kawalan kesihatan awam di ketiga-tiga kawasan. Kerjasama rapat dengan penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

RISIKO JANGKITAN IMPORT COVID-19 BERIKUTAN KEMASUKAN PENGEMBARA DARI LUAR NEGARA KE MALAYSIA

Sejak 3 April 2020 sehingga 9 September 2020, jumlah pengembara yang masuk ke Malaysia adalah seramai 119,268 orang. Daripada jumlah tersebut sebanyak 995 disahkan positif COVID-19, iaitu 742 kes dikesan semasa saringan ketibaan dan 253 kes dikesan daripada saringan kedua pada hari ke-13.

Susulan kenaikan kes import COVID-19 ke dalam negara, KKM telah membangunkan matriks penilaian risiko ke atas negara-negara di dunia bagi mengukur risiko pengimportan jangkitan COVID-19 ke Malaysia. Ini adalah penting dalam membuat keputusan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kawalan sempadan antarabangsa. Setiap negara dinilai berdasarkan kriteria di atas dan diletakkan di dalam kategori risiko tertentu. Hasil penilaian ke atas semua 23 buah negara yang telah dikenakan sekatan perjalanan ke Malaysia didapati mempunyai risiko tinggi membawa masuk jangkitan COVID-19 ke dalam negara kita.

Kriteria penilaian risiko pengimportan jangkitan COVID-19 adalah berdasarkan Scoring Board: Sistem Merit yang dibangunkan KKM dengan mengunapakai sumber data dari European Centre for Disease Prevention and Control (ECDC) dan Our World in Data.

Enam kriteria yang telah dikenal pasti adalah:

  1. Bilangan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari kebelakangan;
  2. Kadar insiden per 1 juta penduduk dalam tempoh 14 hari kebelakangan;
  3. Kadar kematian 14 hari kebelakangan per 1 juta penduduk;
  4. Kadar kematian kes kumulatif;
  5. Indeks pemulihan (Recovery index);
  6. Kes kumulatif COVID-19 melebihi 150,000 kes.

Namun demikian, penilaian risiko ini adalah salah satu mekanisma menilai risiko COVID-19 sesebuah negara. Masih terdapat kriteria lain yang perlu diteliti seperti polisi pengesanan kes COVID-19 bagi negara terbabit, yang memberi implikasi langsung kepada jumlah kes semasa yang dikesan dan dilaporkan.

KETIDAKPATUHAN DAN SIKAP TIDAK ENDAH BOLEH MENGAKIBATKAN KEGAGALAN

Dalam perjuangan Negara kita memerangi virus COVID-19, kepatuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan amalan kebiasaan serta normal baharu terbukti berkesan dalam mengawal dan mengekang penularan jangkitan COVID-19 di negara. Ini dapat dilihat sejak lonjakan kes pada permulaan bulan Mac 2020 sehingga ke penurunan kes kepada satu digit pada awal bulan Jun 2020. Walaupun vaksin bagi COVID-19 masih belum ditemui, namun kaedah-kaedah pencegahan jangkitan dan kawalan kesihatan awam yang telah digunapakai seperti penjarakan fizikal (physical distancing), pemakaian alat pelitup muka (facemask) serta amalan kebersihan tangan yang kerap telah bertindak sebagai sistem pertahanan bagi setiap individu, keluarga dan masyarakat dalam menentang virus COVID-19.

KKM ingin terus mengingatkan masyarakat bahawa perkara ini perlu terus dilaksanakan pada setiap waktu dan tempat, agar ianya kekal menjadi kebiasaan dan kebudayaan baharu. Sekiranya masyarakat leka, ianya akan membawa kepada kegagalan. Virus COVID-19 akan kembali merebak, kes harian dan kes di hospital serta ICU akan kembali menaik. Lebih teruk lagi, kematian akibat COVID-19 akan meningkat seperti yang dilihat di banyak negara luar.

Mencegah penularan COVID-19 adalah tanggungjawab kita bersama. Marilah bersama-samalah kita galas tanggungjawab ini dan pastikan kita menang dalam memerangi musuh yang tidak dapat dilihat ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalaman;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang awam akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS033
KEDAH4270
PULAU PINANG0138
PERAK0269
SELANGOR1 (1)2,190
NEGERI SEMBILAN01,039
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH40592
SARAWAK0700
W.P. KUALA LUMPUR02,616
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN45 (1)9,628

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

10 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 24 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,167 confirmed COVID-19 cases have been discharged (95.2% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

10 September 2020, 12 pm – a total of 45 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,628 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 333 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 45 additional cases reported today, only one (1) is an imported case, reported in Selangor of a Malaysian who had returned from Brazil.

Of the 44 local transmission cases reported today, 11 cases are among Malaysians and 33 cases are among non-Malaysians. The details are as follows:

  • Kedah – four (4) cases:
    • 1 case: From the Sungai Cluster.
    • 2 cases: From the Telaga Cluster.
    • 1 case: From symptomatic screening at Klinik Kesihatan Simpang Kuala. The case has been admitted into Sultanah Bahiyah Hospital.
  • Sabah – 40 cases: From the Benteng LD Cluster, with 33 cases involving non-Malaysians.

These clusters are detailed below.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with five (5) patients on ventilation support. No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.33% of total cumulative cases).

Current Status of Three Clusters – Benteng LD, Telaga and Sungai

MOH would like to inform that additional confirmed cases are reported in three clusters today i.e. the Benteng LD Cluster, Telaga Cluster and Sungai Cluster. The breakdown of screening and the current situation for these clusters based on states involved are as follows:

  1. The Benteng LD Cluster, Sabah (2,679 individuals screened):
    • Tawau (1,909 screened):
      1. 83 confirmed COVID-19 cases (40 additional cases reported today: 34 cases are among prisoners, while the remaining six (6) cases are family members of the prison staff)
      2. 625 individuals tested negative
      3. 1,201 individuals awaiting results
    • Lahad Datu (770 screened):
      1. 87 confirmed COVID-19 cases
      2. 291 individuals tested negative
      3. 392 individuals awaiting results
  2. The Sungai Cluster (1,585 individuals screened):
    • Kedah (1,456 screened):
      1. 39 confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
      2. 1,017 individuals tested negative
      3. 400 individuals awaiting results
    • Pulau Pinang (122 screened):
      1. 43 individuals tested negative
      2. 79 individuals awaiting results
    • Perlis (7 screened):
      1. One (1) confirmed COVID-19 case
      2. 3 individuals tested negative
      3. 3 individuals awaiting results
  3. The Telaga Cluster (4,673 individuals screened):
    • Kedah (4,626 screened):
      1. 13 confirmed COVID-19 cases (2 additional cases reported today)
      2. 4,524 individuals tested negative
      3. 89 individuals awaiting results
    • Pulau Pinang (47 screened):
      1. 46 individuals tested negative
      2. 1 individual awaiting result

MOH takes note of the earlier announcement by the Senior Minister (Security Cluster) Dato’ Seri Ismail bin Sabri on the implementation of the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) in Kota Setar district, Kedah. This is due to the significant increase in cases in the Sungai Cluster and the Telaga Cluster. This implementation will be effective from 11 September 2020 until 25 September 2020. The implementation of the administrative EMCO in Amanjaya is extended until 13 September 2020 to ensure screening of the residents in the area can be implemented comprehensively.

MOH also takes note of the results of the implementation of similar actions in the Tawau Prison and Prison Quarters. Appropriate decisions and integrated actions by various agencies will help the MOH to continue to carry out public health control measures in all three areas. Close cooperation with the local community is also essential to ensure that these measures can successfully break the chain of transmission of the COVID-19 infection.

The Risk of Imported COVID-19 Cases from Overseas Travellers Entering Malaysia

From 3 April 2020 to 9 September 2020, the total number of travellers entering Malaysia was 119,268 individuals. Of these, 995 were confirmed COVID-19 cases, with 742 cases detected during the screening upon arrival, and 253 cases detected from the second screening on day 13 of quarantine.

Following the increase in the number of imported of COVID-19 cases, the MOH has developed a risk assessment matrix on countries around the world to measure the risk of importing COVID-19 infection into Malaysia. This is important in determining the implementation of the Movement Control Order (MCO) and international border control. Each country is assessed based on the above criteria and placed within a specific risk category. The results of the assessment on all 23 countries that have been restricted to travel to Malaysia are found to have a high risk of importing COVID-19 infection into our country.

The criteria for assessing the risk of importing COVID-19 infection are based on the Scoring Board: Merit System developed by MOH using data from the European Center for Disease Prevention and Control (ECDC) and Our World in Data.

The six criteria that have been identified are:

  1. Number of COVID-19 cases in the last 14 days;
  2. Incident rate per 1 million population in the last 14 days;
  3. Death rate of the last 14 days per 1 million population;
  4. Cumulative case mortality rate;
  5. Recovery index; and
  6. COVID-19 cumulative cases exceeding 150,000 cases.

However, this risk assessment is one of the mechanisms to assess the risk of a country’s COVID-19 status. There are still other criteria that need to be examined, such as the COVID-19 case tracking policy of the country concerned, that has direct implication for the number of current cases detected and reported.

Non-Compliance and Complacency Can Cause Failure

As the Nation struggles in our war against the COVID-19 virus, compliance to the Standard Operating Procedures (SOPs) and new norm and normal practices have proven to be effective in controlling and curbing the transmission of the COVID-19 infection in the country. This can be seen from the surge in cases in early March 2020 until the reduction in cases to one digit in early June 2020. Although the COVID-19 vaccine has not yet been fully developed and tested, these infection prevention and public health control measures that have been adopted such as physical distancing, use of facemasks as well as frequent hand hygiene practices have acted as a defense system for every individual, family and community in the fight against the COVID-19 virus.

MOH would like to continue to remind the public that these measures and practices must continue to be implemented at all times and places, so that they will become the new habit and culture. If the public becomes complacent, this will lead to failure. The COVID-19 virus will spread again, resulting in the increase of daily cases, hospital and ICU cases again. Even worse, deaths from COVID-19 will also increase as seen in many other countries.

Preventing the transmission of COVID-19 is our shared responsibility. Come on, let us take this responsibility together and ensure that we will win in the fight against this invisible enemy.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

10 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 10 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis033
Kedah4270
Pulau Pinang0138
Perak0269
Selangor1 (1)2,190
Negeri Sembilan01,039
Melaka0262
Johor0752
Pahang0371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah40592
Sarawak0700
WP Kuala Lumpur02,616
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total45 (1)9,628

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case