Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 11 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,181 kes (93.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 11 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 182 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 9,810 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 501 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 182 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import yang dilaporkan di negeri Selangor, melibatkan seorang warganegara Filipina. Daripada 181 kes penularan di dalam negara, 90 adalah warganegara Malaysia manakala 91 adalah bukan warganegara. Perincian kes mengikut negeri adalah seperti berikut:

i.      Kedah – 14 kes:

  • 11 kes daripada Kluster Sungai; dan
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Telaga.

ii.      Sabah: 167 kes daripada Kluster Benteng LD, di mana 91 kes merupakan bukan warganegara.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 128 kes (1.30 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI TIGA BUAH KLUSTER – KLUSTER BENTENG LD, SUNGAI DAN TELAGA

Kluster Benteng LD, Kluster Telaga dan Kluster Sungai mencatatkan pertambahan kes pada hari ini. Pecahan saringan dan situasi terkini bagi kluster-kluster mengikut negeri terbabit adalah seperti berikut:

  1. Kluster Benteng LD, Sabah (jumlah saringan 2,837):
    • Tawau (2,067 disaring):
      1. 250 kes dikesan positif COVID-19 (167 kes baharu);
      2. 625 individu negatif; dan
      3. 1,192 individu masih menunggu keputusan.
    • Lahad Datu (770 disaring):
      1. 87 kes dikesan positif COVID-19;
      2. 291 individu negatif; dan
      3. 392 individu masih menunggu keputusan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 167 kes baharu, 76 kes adalah warganegara di mana 70 kes adalah banduan penjara dan enam (6) kes adalah melibatkan orang awam yang dikesan melalui saringan kontak rapat. Manakala baki 91 kes lagi pula adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (61 kes);  dan
  • Indonesia (30 kes).

2. Kluster Sungai (jumlah saringan 2,170):

  • Kedah (2,037 disaring):
    1. 50 kes dikesan positif COVID-19 ( 11 kes baharu);
    2. 1,408 individu negatif; dan
    3. 579 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – Kesemua 122 saringan adalah negatif.
  • Perlis (11 disaring):
    1. Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    2. Enam (6) individu negatif; dan
    3. Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

3. Kluster Telaga (jumlah saringan 4,766

  • Kedah (4,718 disaring):
    1. 16 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
    2. 4,610 individu negatif; dan
    3. 92 individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang – kesemua 48 saringan adalah negatif.

Situasi semasa kluster-kluster dan kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) secara pentadbiran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Setakat ini, pelaksanaannya berjalan lancar dan kerjasama masyarakat setempat adalah amat baik.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 September 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS033
KEDAH14284
PULAU PINANG0138
PERAK0269
SELANGOR1 (1)2,191
NEGERI SEMBILAN01,039
MELAKA0262
JOHOR0752
PAHANG0371
TERENGGANU0114
KELANTAN0160
SABAH167759
SARAWAK0700
W.P. KUALA LUMPUR02,616
W.P. PUTRAJAYA099
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN182 (1)9,810

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

11 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 14 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,181 confirmed COVID-19 cases have been discharged (93.6% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

11 September 2020, 12 pm – a total of 182 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 9,810 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 501 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 182 additional cases reported today, only one (1) is an imported case, reported in Selangor, involving a Philippines national. Of the 181 local transmission cases reported today, 90 cases are among Malaysians and 91 cases are among non-Malaysians. The details are as follows:

  • Kedah – 14 cases:
    • 11 cases: From the Sungai Cluster.
    • Three (3) cases: From the Telaga Cluster.
  • Sabah – 167 cases: From the Benteng LD Cluster, with 91 cases involving non-Malaysians.

These clusters are detailed below.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with five (5) patients on ventilation support. No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 128 COVID-19 deaths in Malaysia (1.30% of total cumulative cases).

Current Status of Three Clusters – Benteng LD, Sungai and Telaga

The Benteng LD Cluster, Telaga Cluster and Sungai Cluster reported additional confirmed cases today. The breakdown of screening and the current situation for these clusters based on states involved are as follows:

  • The Benteng LD Cluster, Sabah (2,837 individuals screened):
  1. Tawau (2,067 screened):
    • 250 confirmed COVID-19 cases (167 additional cases reported today)
    • 625 individuals tested negative
    • 1,192 individuals awaiting results
  2. Lahad Datu (770 screened):
    • 87 confirmed COVID-19 cases
    • 291 individuals tested negative
    • 392 individuals awaiting results

Of the 167 additional confirmed cases, 76 cases are Malaysians with 70 cases among prisoners and six (6) cases are members of the public detected through contact tracing. The remaining 91 cases are non-Malaysians from:

  • Philippines nationals – 61 cases
  • Indonesian nationals – 30 cases
  • The Sungai Cluster (2,170 individuals screened):
  1. Kedah (2,037 screened):
    • 50 confirmed COVID-19 cases (11 additional cases reported today)
    • 1,408 individuals tested negative
    • 579 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang – all 122 individuals screened tested negative.
  3. Perlis (11 screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 6 individuals tested negative
    • 4 individuals awaiting results
  • The Telaga Cluster (4,766 individuals screened):
  1. Kedah (4,718 screened):
    • 16 confirmed COVID-19 cases (3 additional cases reported today)
    • 4,610 individuals tested negative
    • 92 individuals awaiting results
  2. Pulau Pinang – all 47 individuals tested negative

The current situation of these clusters and areas placed under the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) will be updated from time to time. So far, the implementation is running smoothly, and the cooperation of the local community is very good.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to follow the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

11 September 2020 @ 5.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 11 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis033
Kedah14284
Pulau Pinang0138
Perak0269
Selangor1 (1)2,191
Negeri Sembilan01,039
Melaka0262
Johor0752
Pahang0371
Terengganu0114
Kelantan0160
Sabah167759
Sarawak0700
WP Kuala Lumpur02,616
WP Putrajaya099
WP Labuan023
Total182 (1)9,810

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case