Press

Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 14 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,264 kes (91.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 18 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 95 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,147 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 754 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 95 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara. Kesemua kes import tersebut melibatkan bukan warganegara dari negara:

  • Indonesia [3 kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Selangor]; dan
  • China (1 kes krew kapal di Sabah).

Daripada 91 kes penularan di dalam negara, 68 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 90 kes
    • 76 kes daripada saringan Kluster Benteng LD yang melibatkan 20 bukan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan satu (1) bukan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Selamat;
    • Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan satu (1) bukan warganegara di Hospital Lahad Datu;
    • Dua (2) kes saringan bergejala. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau;
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Semporna yang melibatkan bukan warganegara (iaitu kes ke-10,145). Kes ini juga merupakan kes kematian ke-129 yang dilaporkan seperti di bawah; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10,145. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tawau.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan Kluster Bunga.

Kluster-kluster ini akan diperincikan di bawah.

Sehingga kini, terdapat 11 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 129 kes (1.27 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

  • Kes kematian ke-129 (kes ke-10,145) merupakan perempuan warganegara Filipina berumur 50 tahun. Beliau mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 14 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan. Beliau kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Semporna bagi rawatan lanjut, namun tidak pergi berikutan kekangan yang beliau hadapi. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudiannya dibawa ke Hospital Semporna, Sabah di mana beliau telah disahkan meninggal dunia pada 14 September 2020. Ujian saringan menunjukkan beliau adalah positif COVID-19.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

STATUS TERKINI KLUSTER BENTENG LD, KLUSTER PULAU, KLUSTER SELAMAT DAN KLUSTER BUNGA

Kluster Benteng LD

Terdapat 76 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 550 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 7,814 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Lahad Datu (2,009 disaring):
    • 151 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 552 individu menunggu keputusan.
  2. Tawau (5,804 disaring);
    • 398 kes dikesan positif COVID-19 (66 kes baharu);
    • 4,120 individu negatif; dan
    • 1,286 individu menunggu keputusan.
  3. Sandakan - satu (1) kes baharu, saringan yang dikesan positif COVID-19

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,388 banduan dan tahanan di mana 457 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,158 kakitangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 20 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,391 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 23 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,036 pegawai agensi kerajaan lain di mana satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 2,841 kontak sosial di mana 49 kes dikesan positif COVID-19.

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Daripada jumlah 550 kes positif COVID-19, 271 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 279 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (185 kes); dan
  • Indonesia (94 kes).

Kluster Pulau

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 14 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 345 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (342 disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 63 individu negatif; dan
    • 268 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna - Tiga (3) saringan di mana semua dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 14 kes positif COVID-19, 13 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala satu (1) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat tiga (3) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak lima (5) kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 132 individu masih menunggu keputusan.
  • Kluster Bunga

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bunga pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 18 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  1. Selangor (10 disaring);
    • Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Enam (6) individu negatif.
  2. Negeri Sembilan (45 disaring);
    • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
    • 38 individu negatif.
  3. Terengganu (4 disaring); dan
    • Empat (4) individu negatif.

Daripada jumlah saringan dalam kluster, 45 adalah warganegara Malaysia dan 14 adalah bukan warganegara yang terdiri daripada negara;

  • India: Enam (6) individu;
  • Filipina: Enam (6) individu;
  • Singapura: Satu (1) individu; dan
  • Ghana: Satu (1) individu.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi keempat-empat kluster ini masih diteruskan. Status terkini kluster-kluster akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PENGGUNAAN BEBERAPA WARNA GELANG BAGI INDIVIDU YANG DIKUARANTIN

Gelang kuarantin adalah tanda yang dipakaikan kepada individu di bawah pengawasan seperti kontak rapat kes positif, pengembara yang pulang dari luar negara atau individu yang berada di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPD) secara pentadbiran. Untuk makluman semua, selain gelang berwarna merah jambu, terdapat juga gelang berwarna putih, biru, merah atau kuning yang digunakan. Pemakaian warna gelang kepada individu yang perlu dikuarantin tertakluk kepada stok di kawasan setempat dan penentuan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Tempat dan tarikh saringan dilakukan akan ditulis pada gelang tersebut.

Individu yang telah dipakaikan gelang kuarantin ini tidak boleh keluar rumah sehingga tempoh kuarantin tamat, kecuali bagi ketua keluarga Gelang kuarantin hanya boleh dipotong oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat setelah tempoh kuarantin tamat. Sekiranya masih terdapat individu dengan gelang kuarantin berada di kawasan umum, laporan kepada pihak polis perlu dilakukan bagi melindungi masyarakat kita daripada risiko penularan COVID-19.

KKM sangat berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat yang mengambil peranan sebagai barisan hadapan (front liner) di kawasan masing-masing yang bertindak melaporkan individu dengan gelang kuarantin yang berada di tempat umum. Individu yang ingkar arahan ini boleh mendatangkan bahaya kepada masyarakat di sekelilingnya. Kepatuhan individu yang dipakaikan gelang kuarantin untuk kekal berada di rumah sangat dihargai oleh KKM.

RANTAIAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DAPAT DIPUTUSKAN DENGAN PEMATUHAN PENUH PROSEDUR STANDARD OPERASI (SOP) OLEH SEMUA PIHAK

Seperti yang terus ditekankan oleh KKM, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat mempunyai dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan. Ini amat penting kerana ianya dapat membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara.

Amalan penjarakan fizikal yang selamat (physical distancing), kerap menjaga kebersihan tangan dan mencuci tangan dengan air dan sabun, pemakaian alat pelitup muka (facemask) di tempat awam dan tempat yang sesak perlu dilaksanakan pada setiap masa. Hanya dengan kerjasama semua lapisan dan peringkat masyarakat kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 18 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR02,625
SELANGOR3 (3)2,205
NEGERI SEMBILAN11,044
SABAH91 (1)1,036
JOHOR0752
SARAWAK0701
PAHANG0371
KEDAH0312
PERAK0269
MELAKA0262
KELANTAN0160
PULAU PINANG0141
TERENGGANU0114
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN023
JUMLAH KESELURUHAN95 (4)10,147

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

18 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 14 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,264 confirmed COVID-19 cases have been discharged (91.3% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

18 September 2020, 12 pm – a total of 95 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,147 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 754 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 95 additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas. They are all non-Malaysians from the following countries:

  • Indonesia – 3 cases of illegal migrants in Selangor
  • China – 1 case; a ship crew member in Sabah

Of the 91 local transmission cases reported today, 68 cases are Malaysians and 23 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 90 cases
    • 76 cases from the Benteng LD Cluster; involving 20 non-Malaysians.
    • 4 cases from the Pulau Cluster, involving 1 non-Malaysian.
    • 3 cases from the Selamat Cluster.
    • 3 cases from Severe Acute Respiratory Illness (SARI) screening, involving 1 non-Malaysian in Lahad Datu Hospital.
    • 2 cases from symptomatic screening; cases admitted into Tawau Hospital.
    • 1 case: Post-mortem screening at Semporna Hospital, involving a non-Malaysian (Case 10,145). This case is also COVID-19 death #129 as detailed below.
    • 1 case from screening of close contacts to Case 10,145. This case was admitted into Tawau Hospital.
  • Negeri Sembilan: 1 case from screening in the Bunga Cluster.

These clusters are detailed below.

Currently, 11 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with two (2) patients on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 129 COVID-19 deaths in Malaysia (1.27% of total cumulative cases).

  • Death #129 (Case 10,145) is a 50-year-old Filipino woman. She developed cough and difficulty breathing on 14 September 2020 and sought treatment at a medical centre. She was then referred to Semporna Hospital for further treatment; however, she defaulted referral due some personal difficulties. She was then found unconscious and was brought to Semporna Hospital, Sabah, and she was pronounced dead on 14 September 2020. The screening test showed that she was positive for COVID-19.

MOH extends its condolences to her family members.

Current Status of the Benteng LD Cluster, Pulau Cluster, Selamat Cluster and Bunga Cluster

The Benteng LD Cluster

76 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 550 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 18 September 2020, 12 pm, a total of 7,814 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  1. Lahad Datu (2,009 individuals screened):
    • 151 confirmed COVID-19 cases (9 additional cases reported today)
    • 1,306 individuals tested negative
    • 552 individuals awaiting results
  2. Tawau (5,804 screened):
    • 398 confirmed COVID-19 cases (66 additional cases reported today)
    • 4,120 individuals tested negative
    • 1,286 individuals awaiting results
  3. Sandakanone (1) additional confirmed COVID-19 case reported today.

From the total number of screenings for this cluster, the breakdown is as follows:

  • 1,388 prisoners and detainees, of which 457 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,158 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, of which 20 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,391 family members of staff, prisoners and detainees, of which 23 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,036 personnel from other government agencies, of which one (1) is a confirmed COVID-19 case
  • 2,841 social close contacts, of which 49 are confirmed COVID-19 cases

The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.

Of the cumulative 550 confirmed COVID-19 cases, 271 cases are among Malaysians while 279 cases were among non-Malaysians from:

  • Philippines – 185 cases
  • Indonesia – 94 cases

The Pulau Cluster

Four (4) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 14 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 18 September 2020, 12 pm, a total of 345 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  1. Kunak (342 individuals screened):
    • 11 confirmed COVID-19 cases (1 additional confirmed case reported today)
    • 63 individuals tested negative
    • 268 individuals awaiting results
  2. Semporna3 individuals screened, all confirmed COVID-19 cases reported today.

Of the 14 confirmed COVID-19 cases, 13 cases are among Malaysians, while one (1) case is a Filipino national.

The Selamat Cluster

Three (3) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now five (5) confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 18 September 2020, 12 pm, a total of 137 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:

  • Five (5) confirmed COVID-19 cases (3 additional confirmed cases reported today)
  • 132 individuals awaiting results

The Bunga Cluster

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 11 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 18 September 2020, 12 pm, a total of 59 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states is as follows:

  1. Selangor (10 individuals screened):
    • Four (4) confirmed COVID-19 cases
    • 6 individuals tested negative
  2. Negeri Sembilan (45 screened)
    • Seven (7) confirmed COVID-19 cases (1 additional confirmed case reported today)
    • 38 individuals tested negative
  3. Terengganu (4 screened):
    • 4 individuals tested negative

From the total screening in this cluster, 45 individuals are Malaysians and 14 individuals are non-Malaysians from the following nationalities:

  • India – 6 individuals
  • Philippines – 6 individuals
  • Singapore – 1 individual
  • Ghana – 1 individual

Screening of close contacts and active case detection for these four clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.

Use of Coloured Wristbands for Individuals Under Quarantine

Quarantine wristbands mark the individuals placed under supervision such as close contacts of confirmed COVID-19 cases, travellers returning from overseas, or individuals who reside within the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) areas. MOH would like to inform that in addition to the pink wristband, there are also white, blue, red and yellow wristbands being used. The use of coloured wristbands for individuals placed under quarantine are subject to the local stocks and as determined by the District Health Office. The place and date of screening will be written on the wristbands.

Individuals wearing wristbands cannot leave their houses until the end of the quarantine period, except for the head of the household. The wristband can only be cut and removed by the respective District Health Office at the end of the quarantine period. If there are still individuals with quarantine wristbands present in public areas, a report to the police should be made to protect our society from the risk of COVID-19 transmission.

MOH expresses gratitude for the concern of members of the public playing the role as frontliners in their respective communities, who took action by reporting individuals with quarantine wristbands present in public areas. Individuals who disregard quarantine orders pose a danger to the community around them. The compliance of individuals who wear quarantine wristbands to remain at home is greatly appreciated by MOH.

The Transmission Chain of the COVID-19 Infection can be Broken by Full Compliance to the Standard Operating Procedures (SOPs) by All Parties

As often emphasised by MOH, every individual from all levels and walks of life have and must play their respective roles in fully complying with the Standard Operating Procedures (SOPs) as well as the advisories issued by the Government. This is very important because it can help break the chain of transmission of COVID-19 infection in the country.

The practice of safe physical distancing, good hand hygiene and regular hand washing with soap and water, the use of facemasks in public and crowded places should be practiced at all times. Only with the cooperation of all levels of society can we all break the chain of transmission of the COVID-19 infection in Malaysia.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

18 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 18 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
WP Kuala Lumpur02,625
Selangor3 (3)2,205
Negeri Sembilan11,044
Sabah91 (1)1,036
Johor0752
Sarawak0701
Pahang0371
Kedah0312
Perak0269
Melaka0262
Kelantan0160
Pulau Pinang0141
Terengganu0114
WP Putrajaya099
Perlis033
WP Labuan023
Total95 (4)10,147

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Categories: Press