Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 40 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,395 kes (91.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 57 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,276 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 751 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 57 kes baharu yang dilaporkan, enam (6) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan lima (5) bukan warganegara dari negara:

  • Indonesia: Tiga (3) kes Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)  dilaporkan di Selangor;
  • United Kingdom: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
  • Pakistan: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • Zambia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes adalah warganegara Malaysia dan enam (6) kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 49 kes
    • 14 kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan 13 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 12 kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan 11 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Kuarters, iaitu kluster baharu di Tongod, Sabah yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI), di mana kedua-dua kes dilaporkan di Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan bergejala iaitu di Hospital Queen Elizabeth dan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada saringan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pelatih pusat rehabilitasi yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan dilaporkan di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-9390 yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan di Hospital Lahad Datu yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Tawau yang melibatkan bukan warganegara.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: Satu (1) kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara.

Ingin dimaklumkan bahawa pengesanan kontak rapat masih dijalankan bagi semua kes disahkan positif COVID-19. Kesemua kontak rapat yang dikenalpasti perlu dikuarantinkan di bawah Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selama 14 hari serta akan menjalani ujian saringan COVID-19 seperti yang telah ditetapkan dalam perintah tersebut.

Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI SABAH: KLUSTER KUARTERS

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Tongod, Sandakan, Sabah. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan yang telah dijalankan di sekitar Daerah Tongod susulan saringan COVID-19 satu (1) petugas kesihatan yang didapati positif ujian saringan RTK Antigen pada 4 September 2020. Beliau telah disaring sebagai saringan rujukan ke hospital. Namun, ujian pengesahan COVID-19 ke atas beliau (iaitu rt-PCR) didapati negatif.

Saringan di sekitar Daerah Tongod yang bermula pada 6 September 2020 telah melibatkan masyarakat setempat termasuk petugas kesihatan Klinik Kesihatan tersebut. Lima (5) kes positif COVID-19 telah dikenalpasti setakat ini. Kesemua kes positif (iaitu kes ke-10253 hingga ke-10257) dalam kluster ini merupakan warganegara. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan untuk rawatan.

Sehingga 21 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 117 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Lima (5) dikesan positif COVID-19; dan
  • 112 masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Klinik Kesihatan Tongod. Semua pesakit yang mempunyai temujanji di klinik tersebut telah dirujuk ke Klinik Kesihatan yang berdekatan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan kesihatan di Klinik Kesihatan Tongod akan bermula semula setelah aktiviti nyah kuman dan proses pembersihan tamat kelak.

STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Pulau

Terdapat 14 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 29 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 451 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  1. Kunak (371 disaring):
    • 26 kes dikesan positif COVID-19 (14 kes baharu);
    • 155 individu negatif; dan
    • 190 individu menunggu keputusan.
  2. Semporna (80 disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 29 kes positif COVID-19, 26 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala tiga (3) adalah warganegara Filipina.

Kluster Selamat

Terdapat 12 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 19 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 215 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu); dan
  • 196 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua 19 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 18 warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara.

Kluster Benteng LD

Terdapat lima (5) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 583 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 9,610 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Tawau (7,134 disaring);
    • 426 kes dikesan positif COVID-19;
    • 5,109 individu negatif; dan
    • 1,599 individu menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,475 disaring):
    • 156 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
    • 1,306 individu negatif; dan
    • 1,013 individu menunggu keputusan.
  • Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.

Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,520 banduan dan tahanan di mana 475 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,384 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 4,153 kontak sosial di mana 58 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 583 kes positif COVID-19, 290 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 293 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (192 kes); dan
  • Indonesia (101 kes).

Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan. 

Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 74 kes. Sehingga 21 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,699 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  1. Kedah (24,510 disaring):
    • 73 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 24,205 individu negatif; dan
    • 232 individu menunggu keputusan.
  2. Pulau Pinang (142 disaring):
    • 142 individu negatif.
  3. Perlis (47 disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
    • 43 individu negatif; dan
    • Tiga (3) individu menunggu keputusan.

Kesemua 74 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR3 (3)2,636
SELANGOR4 (3)2,214
NEGERI SEMBILAN01,044
SABAH491,129
JOHOR0752
SARAWAK0701
PAHANG0371
KEDAH1325
PERAK0269
MELAKA0262
KELANTAN0160
PULAU PINANG0142
TERENGGANU0114
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN025
JUMLAH KESELURUHAN57 (6)10,276

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

21 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 40 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,395 confirmed COVID-19 cases have been discharged (91.4% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

21 September 2020, 12 pm – a total of 57 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,276 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 751 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 57 additional cases reported today, six (6) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and five (5) non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Indonesia – 3 cases, illegal migrants reported in Selangor
  • United Kingdom – 1 case reported in Kuala Lumpur
  • Pakistan – 1 case reported in Kuala Lumpur
  • Zambia – 1 case reported in Kuala Lumpur

Of the 51 local transmission cases reported today, 45 cases are Malaysians and six (6) cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 49 cases
    • 14 cases from the Pulau Cluster, involving 13 Malaysians and 1 non-Malaysian.
    • 12 cases from the Selamat Cluster, involving 11 Malaysians and 1 non-Malaysian.
    • 5 cases from the Benteng LD Cluster, involving 3 Malaysians and 2 non-Malaysians.
    • 5 cases from the Kuarters Cluster, a new cluster in Tongod, Sabah, all Malaysians.
    • 2 cases from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in Queen Elizabeth Hospital, both Malaysians.
    • 2 cases from symptomatic screening in Queen Elizabeth Hospital and Lahad Datu Hospital, both Malaysians.
    • 2 cases from screening of detainees at the prison in Beaufort District Police HQ, both Malaysians.
    • 2 cases from screening of trainees at a rehabilitation centre, both Malaysians.
    • 1 case from pre-surgery screening in the Likas Women and Children’s Hospital, a Malaysian.
    • 1 case from Influenza-like Illness (ILI) screening in Tawau Health Clinic, a Malaysian.
    • 1 case from screening of close contacts to Case 9,390, a Malaysian.
    • 1 case from screening of healthcare workers in Lahad Datu Hospital, a Malaysian.
    • 1 case from referral screening to Tawau Hospital, involving a non-Malaysian.
  • Kedah: 1 case from the Sungai Cluster, a Malaysian.
  • Selangor: 1 case from pre-surgery screening in Kuala Lumpur Hospital, involving a non-Malaysian.

MOH would like to inform that tracing of close contacts is currently ongoing for all confirmed COVID-19 cases. All identified close contacts will be quarantined under the Home Surveillance and Observation Order (HSO) for 14 days and will undergo COVID-19 screening tests as stipulated in the Order.

Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with two (2) patients on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 130 COVID-19 deaths in Malaysia (1.26% of total cumulative cases).

A New Cluster in Sabah: The Kuarters Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been reported in Tongod, Sandakan, Sabah. This cluster was identified as a result of screening conducted around the Tongod District following the detection of a healthcare worker (HCW) who tested positive for COVID-19 using RTK Antigen on 4 September 2020, as part of the hospital referral screening. However, the COVID-19 confirmatory test (i.e. rt-PCR) was found to be negative.

Screening around the Tongod District that started on 6 September 2020 had involved the local community, including the HCWs of the Tongod Health Clinic. Five (5) confirmed COVID-19 cases have been detected so far. All confirmed cases (i.e. Cases 10,253 to 10,257) in this cluster are Malaysians. They were asymptomatic and have been admitted into the Duchess of Kent Hospital, Sandakan for treatment.

As of 21 September 2020, 12 pm, a total of 117 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Five (5) confirmed COVID-19 cases
  • 112 individuals awaiting results

Infection prevention measures including disinfection and cleaning have been carried out at the Tongod Health Clinic. All patients with appointments at the clinic have been referred to the nearly health clinics. The cause of the infection is still under investigation. The health services at the Tongod Health Clinic will resume after the disinfection and cleaning are completed.

Current Status of the Three Clusters in Sabah and One Cluster in Kedah

The Pulau Cluster

14 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 29 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 21 September 2020, 12 pm, a total of 451 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  • Kunak (371 individuals screened):
    • 26 confirmed COVID-19 cases (14 additional cases reported today)
    • 155 individuals tested negative
    • 190 individuals awaiting results
  • Semporna (80 screened)
    • Three (3) individuals tested negative
    • 77 individual awaiting result

Of the 29 confirmed COVID-19 cases, 26 are Malaysians and three (3) are Filipino nationals.

The Selamat Cluster

12 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 19 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 21 September 2020, 12 pm, a total of 215 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:

  • 19 confirmed COVID-19 cases (12 additional cases reported today)
  • 196 individuals awaiting results

Of the 19 confirmed COVID-19 cases in this cluster, 18 are Malaysians and one (1) a non-Malaysian.

The Benteng LD Cluster

Five (5) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 583 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 21 September 2020, 12 pm, a total of 9,610 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  • Tawau (7,134 individuals screened):
    • 426 confirmed COVID-19 cases
    • 5,109 individuals tested negative
    • 1,599 individuals awaiting results
  • Lahad Datu (2,475 individuals screened):
    • 156 confirmed COVID-19 cases (5 additional cases reported today)
    • 1,306 individuals tested negative
    • 1,013 individuals awaiting results
  • Sandakan: One (1) confirmed COVID-19 case; no additional screening done.

From the total number of screenings for this cluster, the breakdown is as follows:

  • 1,520 prisoners and detainees, of which 475 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,159 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, of which 24 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,394 family members of staff, prisoners and detainees, of which 26 are confirmed COVID-19 cases
  • 1,384 personnel from other government agencies, none tested positive for COVID-19
  • 4,153 social close contacts, of which 58 are confirmed COVID-19 cases

Of the cumulative 583 confirmed COVID-19 cases, 290 cases are among Malaysians while 293 cases were among non-Malaysians from:

  • Philippines – 191 cases
  • Indonesia – 101 cases

The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.

The Sungai Cluster

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 74 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 21 September 2020, 12 pm, a total of 24,699 individuals have been screened. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  • Kedah (24,510 individuals screened):
    • 73 confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
    • 24,205 individuals tested negative
    • 232 individuals awaiting results
  • Pulau Pinang (142 screened):
    • 142 individuals tested negative
  • Perlis (47 screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 cases
    • 43 individuals tested negative
    • 3 individuals awaiting results

All 74 confirmed COVID-19 cases in this cluster are Malaysians.

Screening of close contacts and active case detection for these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

21 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 21 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
WP Kuala Lumpur3 (3)2,636
Selangor4 (3)2,214
Negeri Sembilan01,044
Sabah491,129
Johor0752
Sarawak0701
Pahang0371
Kedah1325
Perak0269
Melaka0262
Kelantan0160
Pulau Pinang0142
Terengganu0114
WP Putrajaya099
Perlis033
WP Labuan025
Total57 (6)10,276

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 case