STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 168 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,563 kes (92.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 22 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,358 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 665 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, 10 kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan sembilan (9) warganegara dan satu (1) bukan warganegara dari negara:
- India: Sembilan (9) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara;
- Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan bukan warganegara;
Daripada 72 kes penularan di dalam negara, 60 kes adalah warganegara Malaysia dan 12 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 60 kes
- 41 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 34 warganegara dan tujuh (7) bukan warganegara;
- Enam (6) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- Enam (6) kes daripada Kluster Selamat yang melibatkan tiga (3) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
- Lima (5) kes daripada Kluster Bangau-Bangau, iaitu kluster baharu di Semporna, yang melibatkan empat (4) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Queen Elizabeth yang melibatkan warganegara.
- Kedah: 10 kes
- Sembilan (9) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes daripada saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kota Setar yang melibatkan warganegara.
- Selangor: Satu (1) kes saringan pra prosedur yang melibatkan warganegara di sebuah pusat perubatan. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
- Sarawak: Satu (1) kes saringan bergejala di Hospital Umum Sarawak yang melibatkan warganegara.
Kesemua kluster tersebut akan diperincikan di bawah.
Sehingga kini, terdapat sembilan (9) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana dua (2) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 130 kes (1.26 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI SABAH: KLUSTER BANGAU-BANGAU
KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dilaporkan di Semporna, Sabah. Kluster ini dikenalpasti hasil saringan kemasukan pesakit ke Hospital Semporna. Sebanyak lima (5) kes (iaitu kes ke-10340 hingga ke-10344) telah dikesan positif COVID-19 pada 21 September 2020. Daripada jumlah itu, empat (4) kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan bukan warganegara. Kesemua mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Semporna untuk rawatan.
Sehingga 22 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 97 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Lima (5) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 92 individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di Hospital Semporna. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan. Perkhidmatan di Hospital Semporna berjalan seperti biasa.
STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH
Kluster Benteng LD
Terdapat 41 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 624 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 10,045 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
- Tawau (7,542 individu disaring);
- 466 kes dikesan positif COVID-19 (40 kes baharu);
- 5,109 individu negatif; dan
- 1,967 individu menunggu keputusan.
- Lahad Datu (2,502 individu disaring):
- 157 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 1,490 individu negatif; dan
- 855 individu menunggu keputusan.
- Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.
Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:
- 1,735 banduan dan tahanan di mana 514 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,159 kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,394 ahli keluarga kepada kakitangan, banduan dan tahanan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,482 pegawai agensi kerajaan lain di mana tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
- 4,275 kontak sosial di mana 59 kes dikesan positif COVID-19.
Daripada jumlah 624 kes positif COVID-19, 324 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 300 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:
- Filipina (197 kes); dan
- Indonesia (103 kes).
Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.
Kluster Pulau
Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 35 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 595 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
- Kunak (489 individu disaring):
- 29 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 216 individu negatif; dan
- 244 individu menunggu keputusan.
- Semporna (106 individu disaring):
- Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
- 37 individu negatif; dan
- 63 individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 35 kes positif COVID-19, 31 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala empat (4) adalah warganegara Filipina.
Kluster Selamat
Terdapat enam (6) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Selamat pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 25 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 25 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
- 25 individu dikesan negatif COVID-19; dan
- 196 individu masih menunggu keputusan.
Kesemua 25 kes positif COVID-19 dalam kluster ini melibatkan 21 warganegara Malaysia dan empat (4) bukan warganegara.
Kluster Sungai
Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 83 kes. Sehingga 22 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 24,744 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- Kedah (24,555 individu disaring):
- 82 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
- 24,205 individu negatif; dan
- 268 individu menunggu keputusan.
- Pulau Pinang (142 individu disaring):
- 142 individu negatif.
- Perlis (47 individu disaring):
- Satu (1) kes dikesan positif COVID-19;
- 44 individu negatif; dan
- Dua (2) individu menunggu keputusan.
Kesemua 83 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PEMERKASAAN AKTIVITI PENCEGAHAN KESIHATAN AWAM DI SABAH
Ingin dimaklumkan, KKM sentiasa berusaha mengawal penularan COVID-19 di dalam komuniti dengan menjalankan pelbagai aktiviti kawalan kesihatan awam di lapangan dan juga dengan menambahbaik kesiapsagaan menghadapi peningkatan kes di Sabah. Antara lain, KKM telah mempergiatkan saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 dan saringan bersasar seperti:
- Saringan warga emas;
- Saringan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Illness (SARI);
- Saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI);
- Saringan rujukan ke hospital;
- Saringan petugas kesihatan; dan
- Saringan pasukan penguatkuasa.
KKM juga telah menyediakan katil bagi kes positif COVID-19, iaitu sebanyak:
- 251 katil di Hospital Lahad Datu;
- 401 katil di Hospital Tawau; dan
- 40 katil di Hospital Kunak.
Selain itu, beberapa lokasi juga telah disiapkan sebagai pusat kuarantin bagi menempatkan Person Under Investigation (PUI), iaitu di:
- Tawau
- 720 katil di Institut Perguruan Tawau.
- Lahad Datu
- 118 katil di Palm Inn Malaysian Palm Oil Board (MPOB);
- 160 katil di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM);
- 76 Felda Residence Sahabat.
- Kunak
- 15 katil di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim, Kunak;
- 12 katil Rumah Kerajaan Negeri, Kunak; dan
- 100 katil di Asrama Sekolah Menengah Agama Kunak.
- Semporna
- 180 katil di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ria.
KKM juga berterima kasih kepada pihak penguatkuasa yang bertungkus-lumus menjalankan sekatan jalanraya di zon merah serta memperketatkan lagi kawalan sempadan bagi terus membendung penularan COVID-19 di Sabah.
ELAK MENJADI INDIVIDU YANG MENYAMBUNG RANTAIAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 DI DALAM KOMUNITI
Seperti yang terus ditekankan oleh KKM, setiap individu daripada semua peringkat dan lapisan masyarakat mempunyai dan perlu memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Standard Operasi (SOP) serta nasihat-nasihat yang dikeluarkan Kerajaan. Ini amat penting kerana ianya dapat membantu memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 di dalam negara.
Janganlah gara-gara kita seorang yang tidak mematuhi SOP, ahli keluarga serta rakan kita turut sama mengikuti teladan ini dan mengakibatkan diri kita atau mereka terdedah kepada bahaya dijangkiti virus COVID-19.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
22 September 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 22 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 9 (9) | 2,645 |
SELANGOR | 1 | 2,215 |
SABAH | 60 | 1,189 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,044 |
JOHOR | 0 | 752 |
SARAWAK | 2 (1) | 703 |
PAHANG | 0 | 371 |
KEDAH | 10 | 335 |
PERAK | 0 | 269 |
MELAKA | 0 | 262 |
KELANTAN | 0 | 160 |
PULAU PINANG | 0 | 142 |
TERENGGANU | 0 | 114 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 99 |
PERLIS | 0 | 33 |
W.P. LABUAN | 0 | 25 |
JUMLAH KESELURUHAN | 82 (10) | 10,358 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
22 September 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 168 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,563 confirmed COVID-19 cases have been discharged (92.3% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
22 September 2020, 12 pm – a total of 82 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,358 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 665 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 82 additional cases reported today, 10 are imported cases who were infected overseas, involving nine (9) Malaysians and one (1) non-Malaysian. They were travellers from the following countries:
- India – 9 cases reported in Kuala Lumpur, all Malaysians
- Indonesia – 1 case reported in Sarawak, an Indonesian national
Of the 72 local transmission cases reported today, 60 cases are Malaysians and 12 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 60 cases
- 41 cases from the Benteng LD Cluster, involving 34 Malaysians and 7 non-Malaysians.
- 6 cases from the Pulau Cluster, involving 5 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 6 cases from the Selamat Cluster, involving 3 Malaysians and 3 non-Malaysians.
- 5 cases from the Bangau-Bangau Cluster, a new cluster in Semporna, involving 4 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 1 case from community screening, a Malaysian.
- 1 case from referral screening to Queen Elizabeth Hospital, a Malaysian.
- Kedah: 10 cases
- 9 cases from the Sungai Cluster, all Malaysians.
- 1 case from screening in the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) area in Kota Setar, a Malaysian.
- Selangor: 1 case from pre-procedure screening in a medical centre involving a Malaysian. The case was admitted into Sungai Buloh Hospital.
- Sarawak: 1 case from symptomatic screening in Sarawak General Hospital, a Malaysian.
All of the above clusters are detailed below.
Currently, nine (9) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with two (2) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 130 COVID-19 deaths in Malaysia (1.26% of total cumulative cases).

A New Cluster in Sabah: The Bangau-Bangau Cluster
MOH would like to inform that a new cluster has been reported in Semporna, Sabah. This cluster was identified as a result of screening of patients for admission into Semporna Hospital. A total of five (5) confirmed COVID-19 cases (Cases 10,340 to 10,344) were detected on 21 September 2020. Of these, four (4) cases are Malaysians and one (1) case a non-Malaysian. They were all asymptomatic and have been admitted into Semporna Hospital for treatment.
As of 22 September 2020, 12 pm, a total of 97 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Five (5) confirmed COVID-19 cases
- 92 individuals awaiting results
Infection prevention measures including disinfection and cleaning have been carried out at Semporna Hospital. The cause of the infection is still under investigation. The medical services at Semporna Hospital are running as usual.
Current Status of the Three Clusters in Sabah and One Cluster in Kedah
The Benteng LD Cluster
41 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 624 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 22 September 2020, 12 pm, a total of 10,045 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved are as follow:
- Tawau (7,542 individuals screened):
- 466 confirmed COVID-19 cases (40 additional cases reported today)
- 5,109 individuals tested negative
- 1,967 individuals awaiting results
- Lahad Datu (2,502 individuals screened):
- 157 confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
- 1,490 individuals tested negative
- 855 individuals awaiting results
- Sandakan: One (1) confirmed COVID-19 case; no additional screening done.
From the total number of screenings for this cluster, the breakdown is as follows:
- 1,735 prisoners and detainees, of which 514 are confirmed COVID-19 cases
- 1,159 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, of which 24 are confirmed COVID-19 cases
- 1,394 family members of staff, prisoners and detainees, of which 27 are confirmed COVID-19 cases
- 1,482 personnel from other government agencies, none tested positive for COVID-19
- 4,275 social close contacts, of which 59 are confirmed COVID-19 cases
Of the cumulative 624 confirmed COVID-19 cases, 324 cases are among Malaysians while 300 cases were among non-Malaysians from:
- Philippines – 197 cases
- Indonesia – 103 cases
The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.
The Pulau Cluster
Six (6) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 35 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 22 September 2020, 12 pm, a total of 595 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:
- Kunak (489 individuals screened):
- 29 confirmed COVID-19 cases (3 additional cases reported today)
- 216 individuals tested negative
- 244 individuals awaiting results
- Semporna (106 screened)
- Six (6) confirmed COVID-19 cases (3 additional cases reported today)
- 37 individuals tested negative
- 63 individual awaiting results
Of the 35 confirmed COVID-19 cases, 31 are Malaysians and four (4) are Filipino nationals.
The Selamat Cluster
Six (6) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 25 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 22 September 2020, 12 pm, a total of 246 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:
- 25 confirmed COVID-19 cases (6 additional cases reported today)
- 25 individuals tested negative
- 196 individuals awaiting results
Of the 25 confirmed COVID-19 cases in this cluster, 21 are Malaysians and four (4) are non-Malaysians.
The Sungai Cluster
Nine (9) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 83 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 22 September 2020, 12 pm, a total of 24,744 individuals have been screened. The breakdown of screening by states involved is as follows:
- Kedah (24,555 individuals screened):
- 82 confirmed COVID-19 cases (9 additional cases reported today)
- 24,205 individuals tested negative
- 268 individuals awaiting results
- Pulau Pinang (142 screened):
- 142 individuals tested negative
- Perlis (47 screened):
- One (1) confirmed COVID-19 case
- 44 individuals tested negative
- 2 individuals awaiting results
All 83 confirmed COVID-19 cases in this cluster are Malaysians.
Screening of close contacts and active case detection for all these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.
Strengthening Public Health Prevention Measures in Sabah
MOH always strives to control the transmission of the COVID-19 infection in the community by carrying out various public health control activities in the field and also by improving preparedness to face the increase in cases in Sabah. Among others, MOH has intensified screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases and targeted screening for high-risk groups such as:
- Older adults
- Influenza-Like Illness (ILI) and Severe Acute Respiratory Illness (SARI) cases
- Illegal migrants
- Hospital referral patients
- Healthcare workers (HCWs)
- Enforcement personnel
MOH has also provided hospital beds for confirmed COVID-19 cases in the following hospitals:
- 251 beds at Lahad Datu Hospital
- 401 beds at Tawau Hospital
- 40 beds at Kunak Hospital.
In addition, several locations have also been prepared as quarantine centres to house Persons Under Investigation (PUI) i.e.:
- Tawau
- 720 beds at the Tawau Teaching Institute.
- Lahad Datu
- 118 beds at the Palm Inn, Malaysian Palm Oil Board (MPOB)
- 160 beds at the Malaysian Islamic Training Institute (ILIM);
- 76 beds at the Sahabat Felda Residence
- Kunak
- 15 beds at the Kunak Orphanage Dormitory
- 12 beds at the Kunak State Government House
- 100 beds at the Kunak Religious Secondary School Dormitory
- Semporna
- 180 beds at the Ria Rakyat Housing Program (PPR)
The MOH also thanks the enforcement authorities who have worked hard to carry out roadblocks in the red zones as well as tighten border control to further curb the transmission of COVID-19 in Sabah.
Avoid Being the Individual Who Continues the Transmission of the COVID-19 Infection in the Community
As constantly emphasised by MOH, every individual from all levels of society has and must play their respective roles in full compliance with the Standard Operating Procedures (SOPs) as well as the advisories issued by the Government. This is very important because it can help break the chain of transmission of COVID-19 infection in the country. Just because of our action of not complying to the SOPs, our family members and friends will also follow this negative example – and thus exposing ourselves and our loved ones to the danger of being infected with the COVID-19 virus.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
22 September 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 22 September 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 9 (9) | 2,645 |
Selangor | 1 | 2,215 |
Sabah | 60 | 1,189 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,044 |
Johor | 0 | 752 |
Sarawak | 2 (1) | 703 |
Pahang | 0 | 371 |
Kedah | 10 | 335 |
Perak | 0 | 269 |
Melaka | 0 | 262 |
Kelantan | 0 | 160 |
Pulau Pinang | 0 | 142 |
Terengganu | 0 | 114 |
WP Putrajaya | 0 | 99 |
Perlis | 0 | 33 |
WP Labuan | 0 | 25 |
Total | 82 (10) | 10,358 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 case
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.