STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 30 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,696 kes (90.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 25 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 111 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,687 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 858 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 111 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan bukan warganegara dari negara:
- Indonesia: Dua (2) kes
- Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI); dan
- Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Singapura: Satu (1) kes dilaporkan di Johor.
Daripada 107 kes penularan di dalam negara, 76 kes adalah warganegara Malaysia dan 31 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 97 kes
- 74 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 48 kes warganegara dan 26 kes bukan warganegara;
- 13 kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara;
- Dua (2) kes saringan rujukan ke hospital yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes saringan di tempat kerja yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Tawau yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang melibatkan warganegara.
- Kedah: Lapan (8) kes
- Tujuh (7) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan enam (6) warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di Hospital Sultanah Bahiyah yang melibatkan warganegara.
- Pahang: Satu (1)
- Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara. Kes mempunyai sejarah pulang dari Semporna, Sabah.
- Selangor: Satu (1) kes
- Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara. Kes mempunyai sejarah pulang dari Kota Kinabalu, Sabah.
Sehingga kini, terdapat empat (4) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 133 kes (1.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU DI JOHOR: KLUSTER ORKIM
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu terpencil telah dikenalpasti Johor. Kluster ini melibatkan krew kapal yang berlabuh di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor. Kes pertama bagi kluster iaitu kes ke-10572 merupakan salah seorang krew kapal yang merupakan warganegara Indonesia. Beliau telah sign-on di Singapura pada 10 September 2020. Kes mula bergejala demam, batuk, sesak nafas, cirit-birit dan muntah sejak 13 September 2020 namun tidak memaklumkan kepada majikan. Beliau telah sign-off pada 17 September 2020 dan hanya mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 22 September 2020. Beliau seterusnya dirujuk ke Hospital Permai, Johor di mana beliau didapati positif COVID-19 pada 23 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor.
Hasil saringan krew kapal yang lain mendapati satu (1) lagi kes positif yang juga merupakan warganegara Indonesia. Kes positif kedua ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. Seramai 30 krew kapal yang bertugas dalam kapal ini telah disaring. Daripada jumlah ini:
- Dua (2) kes dikesan positif COVID-19;
- 24 individu adalah negatif; dan
- Empat (4) individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di kapal tersebut. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
STATUS TERKINI BAGI TIGA (3) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH
Kluster Bangau-Bangau
Terdapat 74 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 134 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 180 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 134 kes dikesan positif COVID-19 (74 kes baharu);
- 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
- Sembilan (9) individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 134 kes positif COVID-19, 90 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 44 adalah warganegara Filipina.
Kluster Benteng LD
Terdapat 13 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 743 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,634 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
- Tawau (8,054 individu disaring);
- 576 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
- 6,136 individu negatif; dan
- 1,342 individu menunggu keputusan.
- Lahad Datu (2,574 individu disaring):
- 164 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu);
- 1,901 individu negatif; dan
- 509 individu menunggu keputusan.
- Kinabatangan (5 individu disaring):
- Dua (2) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu); dan
- Tiga (3) individu negatif.
- Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.
Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:
- 1,771 orang banduan dan tahanan di mana 620 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,160 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,394 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,534 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
- 4,775 kontak sosial di mana 72 kes dikesan positif COVID-19.
Daripada jumlah 743 kes positif COVID-19, 428 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 315 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:
- Filipina (202 kes); dan
- Indonesia (113 kes).
Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.
Kluster Laut
Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Laut pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 24 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 533 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 24 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
- 353 individu negatif; dan
- 156 individu menunggu keputusan.
Kesemua 24 kes positif COVID-19 dalam kluster ini adalah di kalangan warganegara Filipina.
Kluster Sungai
Terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 98 kes. Sehingga 25 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,273 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Kedah (25,053 individu disaring):
- 97 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
- 24,850 individu negatif; dan
- 106 individu menunggu keputusan.
- Pulau Pinang (142 individu disaring):
- 142 individu negatif.
- Perlis (78 individu disaring):
- Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 77 individu negatif.
Daripada 98 kes positif dalam kluster ini, 97 kes merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan warganegara Thailand.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
PENILAIAN RISIKO PENULARAN COVID-19 DI NEGERI SABAH
Sehingga 25 September 2020, masih terdapat lima (5) kawasan di Malaysia yang sudah bertukar menjadi zon merah. Terdapat empat (4) zon merah di Sabah (Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna) dan satu (1) zon merah di Kedah iaitu Kota Setar.
Seperti dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 24 September 2020, individu bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah wajib melakukan ujian saringan COVID-19 di fasiliti kesihatan berhampiran. Individu tidak bergejala yang baru mengunjungi atau datang dari zon merah juga amat digalakkan untuk melakukan ujian saringan dan kuarantin kendiri bagi melindungi ahli keluarga, rakan-rakan serta masyarakat di sekitarnya. Sebarang perubahan kepada arahan ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa. Elakkan mempercayai dan menyebarkan maklumat yang tidak sahih atau palsu.
Daripada situasi terkini, didapati jumlah kes positif COVID-19 di negeri Sabah masih tetap meningkat. Seperti diumumkan, 97 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan pada hari ini di negeri Sabah. Tambahan pula, didapati terdapat 10 kes yang dikesan positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada Minggu Epid ke-39 (iaitu 20 September 2020 hingga hari ini). Kesemua mereka ini telah diasingkan dan kini mendapat rawatan di hospital. Pengesanan kontak bagi kesemua kes ini juga giat dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang berkaitan.
Keputusan terkini yang baru diterima dari makmal Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan 23 virus COVID-19 yang diasingkan dan dikultur daripada Kluster Benteng LD di Sabah didapati mempunyai mutasi D614G, namun ianya tidak berkaitan dengan virus COVID-19 mutasi D614G yang ditemui di kluster-kluster di negeri Kedah.
Oleh itu, berdasarkan penilaian risiko seperti di atas, KKM menggesa semua masyarakat di Sabah untuk lebih berwaspada dan meningkatkan pematuhan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan, termasuk semasa tempoh berkempen bagi Pilihanraya Negeri Sabah dan semasa hari mengundi. Seperti resmi budaya kita di Malaysia, masyarakat sangat digalakkan untuk saling tegur menegur antara satu sama lain dalam mematuhi SOP, agar kita dapat saling melindungi diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita daripada jangkitan COVID-19.
KKM menggalakkan masyarakat untuk keluar mengundi namun dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan di pusat mengundi dan amalkan penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizers, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat. Dapatkan bantuan kesihatan sekiranya anda bergejala.
Penuhilah tanggungjawab dan hak mengundi anda dengan baik. KKM juga akan terus meningkatkan kesiapsagaan di lapangan, klinik-klinik, makmal-makmal dan hospital bagi terus berusaha membendung penularan COVID-19 di Sabah.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 September 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 2 (2) | 2,652 |
SELANGOR | 2 (1) | 2,222 |
SABAH | 97 | 1,483 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,044 |
JOHOR | 1 (1) | 754 |
SARAWAK | 0 | 703 |
PAHANG | 1 | 372 |
KEDAH | 8 | 352 |
PERAK | 0 | 269 |
MELAKA | 0 | 262 |
KELANTAN | 0 | 161 |
PULAU PINANG | 0 | 142 |
TERENGGANU | 0 | 114 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 99 |
PERLIS | 0 | 33 |
W.P. LABUAN | 0 | 25 |
JUMLAH KESELURUHAN | 111 (4) | 10,687 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
25 September 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 30 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,696 confirmed COVID-19 cases have been discharged (90.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
25 September 2020, 12 pm – a total of 111 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,687 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 858 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 111 additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, involving non-Malaysians. They were travellers from the following countries:
- Indonesia – 2 cases:
- 1 case reported in Selangor, an illegal migrant
- 1 case reported in Kuala Lumpur
- India – 1 case reported in Kuala Lumpur
- Singapore – 1 case reported in Johor
Of the 107 local transmission cases reported today, 76 cases are Malaysians and 31 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 97 cases
- 74 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 48 Malaysians and 26 non-Malaysians.
- 13 cases from the Benteng LD Cluster, all Malaysians.
- 2 cases from the Laut Cluster, both non-Malaysians.
- 2 cases from hospital referral screening, both Malaysians.
- 2 cases from workplace screening, 1 Malaysian and 1 non-Malaysian.
- 2 cases from symptomatic screening, 1 Malaysian and 1 non-Malaysian.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in Tawau Hospital, a Malaysian.
- 1 case from screening at the International Port of Entry, a Malaysian.
- Kedah: 8 cases
- 7 cases from the Sungai Cluster, involving 6 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening in Sultanah Bahiyah Hospital, a Malaysian.
- Pahang: 1 case from symptomatic screening involving a Malaysian. The case has a history of travelling back from Semporna, Sabah.
- Selangor: 1 case from symptomatic screening involving a Malaysian. The case a history of travelling back from Kota Kinabalu, Sabah.
Currently, four (4) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 133 COVID-19 deaths in Malaysia (1.24% of total cumulative cases).

A New Cluster in Johor: The Orkim Cluster
MOH would like to inform that there is a new isolated cluster has been identified in Johor. This cluster involves the crew of a ship anchored at Pasir Gudang Port, Johor. The first case for the cluster, Case10,572, is one of the ship crew, an Indonesian national. He signed-on in Singapore on 10 September 2020. The case developed fever, cough, shortness of breath, diarrhoea and vomiting since 13 September 2020 but did not inform the employer. He signed-off on 17 September 2020 and only received treatment at a private clinic on 22 September 2020. He was subsequently referred to Permai Hospital, Johor where he was found to be positive for COVID-19 on 23 September 2020, and subsequently admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor.
Screening of the other ship crew members found one (1) additional confirmed COVID-19 case, also an Indonesian national. This second case was asymptomatic and has been admitted into Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor. A total of 30 crew members on board were screened. Of these:
- Two (2) confirmed COVID-19 cases
- 24 individuals tested negative
- 4 individuals awaiting results
Measures to prevent and control the infection such as cleaning and disinfection have been carried out on the ship. The cause of the infection is still under investigation.
Current Status of the Three Clusters in Sabah and One Cluster in Kedah
The Bangau-Bangau Cluster
74 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 134 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 25 September 2020, 12 pm, a total of 180 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:
- 134 confirmed COVID-19 cases (74 additional cases reported today)
- 37 individuals tested negative
- 9 individuals awaiting results
Of the 134 confirmed COVID-19 cases, 90 are Malaysians and 44 are Filipino nationals.
The Benteng LD Cluster
13 additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 743 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 25 September 2020, 12 pm, a total of 10,634 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:
- Tawau (8,054 individuals screened):
- 576 confirmed COVID-19 cases (6 additional cases reported today)
- 6,136 individuals tested negative
- 1,342 individuals awaiting results
- Lahad Datu (2,574 individuals screened):
- 164 confirmed COVID-19 cases (5 additional cases reported today)
- 1,901 individuals tested negative
- 509 individuals awaiting results
- Kinabatangan (5 individuals screened):
- Two (2) confirmed COVID-19 cases (2 additional cases reported today)
- 3 individuals tested negative
From the total number of screenings for this cluster, the breakdown is as follows:
- 1,771 prisoners and detainees, of which 620 are confirmed COVID-19 cases
- 1,160 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, of which 24 are confirmed COVID-19 cases
- 1,394 family members of staff and prisoners, of which 27 are confirmed COVID-19 cases
- 1,534 personnel from other government agencies, none tested positive for COVID-19
- 4,775 social close contacts, of which 72 are confirmed COVID-19 cases
Of the cumulative 743 confirmed COVID-19 cases, 428 cases are among Malaysians while 315 cases are among non-Malaysians from:
- Philippines – 202 cases
- Indonesia – 113 cases
The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.
The Laut Cluster
Two (2) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 24 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 25 September 2020, 12 pm, a total of 533 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:
- 24 confirmed COVID-19 cases (2 additional cases reported today)
- 353 individuals tested negative
- 156 individuals awaiting results
All 24 confirmed COVID-19 cases in this cluster are Filipino nationals.
The Sungai Cluster
Seven (7) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 98 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 25 September 2020, 12 pm, a total of 25,273 individuals have been screened. The breakdown of screening by states involved is as follows:
- Kedah (25,053 individuals screened):
- 97 confirmed COVID-19 cases (7 additional cases reported today)
- 24,850 individuals tested negative
- 106 individuals awaiting results
- Pulau Pinang (142 screened):
- 142 individuals tested negative
Of the 98 confirmed COVID-19 cases in this cluster, 97 cases are Malaysians and one (1) case a Thai national.
Screening of close contacts and active case detection for all these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.
Risk Assessment of COVID-19 Transmission in Sabah
As of 25 September 2020, there are still five areas in Malaysia that have turned into Red Zones. There are four red zones in Sabah (Tawau, Lahad Datu, Kunak and Semporna) and one red zone in Kedah i.e. Kota Setar.
As informed in the Press Statement of the Director General of Health dated 24 September 2020, symptomatic individuals who have recently visited or travelled from the Red Zones must perform a COVID-19 screening test at a nearby health facility. Asymptomatic individuals who have recently visited or travelled from the Red Zones are also strongly encouraged to undergo self-initiated screening tests and home quarantine to protect family members, friends and the surrounding community. Any changes to these instructions will be made public from time to time. Please avoid from trusting and spreading false or misleading information.
Based on the current situation, it is found that the number of confirmed COVID-19 cases in Sabah is still increasing. As announced, 97 additional confirmed COVID-19 cases are reported today in Sabah. In addition, 10 confirmed COVID-19 cases were detected among individuals returning from Sabah in the 39th Epidemiological Week (i.e. 20 September 2020 until today). All these cases have been isolated and are now receiving treatment at the hospital. Tracing of close contacts for all these cases is also being actively carried out by the relevant District Health Offices.
The latest results received from the Institute for Medical Research (IMR) laboratory showed that the 23 COVID-19 virus samples isolated and cultured from the Benteng LD Cluster in Sabah were found to have the D614G mutations; however they are not related to the COVID-19 D614G mutation viruses found in the clusters in Kedah.
Therefore, based on this risk assessment, MOH urges all communities in Sabah to be more vigilant and improve compliance to the Standard Practice Procedures (SOPs) set, including during the campaign period for the Sabah State Election and during the polling day. Following our culture in Malaysia, members of the public is strongly encouraged to remind one another in complying with the SOPs so that we can protect each other, our families and our community from the COVID-19 infection.
MOH encourages the community to go out to vote by fully complying with the SOPs set at the polling stations, and to safe practice physical distancing, maintain good personal hygiene especially washing hands with water and soap or hand sanitisers, as well as wearing facemasks especially in public, crowded and confined spaces, and during close conversations. Please seek early medical attention if symptoms develop.
Please fulfill your responsibilities and rights to voting. MOH will also continue to increase preparedness in the field, health clinics, laboratories and hospitals to continue to break the transmission of the COVID-19 infection in Sabah.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
25 September 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 25 September 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 2 (2) | 2,652 |
Selangor | 2 (1) | 2,222 |
Sabah | 97 | 1,483 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,044 |
Johor | 1 (1) | 754 |
Sarawak | 0 | 703 |
Pahang | 1 | 372 |
Kedah | 8 | 352 |
Perak | 0 | 269 |
Melaka | 0 | 262 |
Kelantan | 0 | 161 |
Pulau Pinang | 0 | 142 |
Terengganu | 0 | 114 |
WP Putrajaya | 0 | 99 |
Perlis | 0 | 33 |
WP Labuan | 0 | 25 |
Total | 111 (4) | 10,687 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.