STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 89 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,785 kes (90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 26 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 82 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,769 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 851 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 82 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara dari negara:
- Yaman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
- Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
- Filipina: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara.
Daripada 79 kes penularan di dalam negara, 53 kes adalah warganegara Malaysia dan 26 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 64 kes
- 33 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 11 kes warganegara dan 22 kes bukan warganegara;
- 25 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 24 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara;
- Tiga (3) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
- Satu (1) kes saringan petugas kesihatan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) pulang dari Semenanjung yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) di Klinik Kesihatan Tawau yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas yang melibatkan bukan warganegara.
- Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
- Dua (2)kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Satu (1) kes saringan ke luar negara yang melibatkan bukan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Selangor: Dua (2) kes
- Satu (1) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Satu (1) saringan tahanan yang melibatkan bukan warganegara.
- Terengganu: Dua (2) kes saringan kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Johor: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Sarawak: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 133 kes (1.24 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI BAGI KLUSTER BANGAU-BANGAU DAN KLUSTER BENTENG LD DI SABAH
Kluster Benteng LD
Terdapat 33 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 776 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 10,775 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:
- Tawau (8,195 individu disaring);
- 609 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
- 6,136 individu negatif; dan
- 1,450 individu menunggu keputusan.
- Lahad Datu (2,574 individu disaring):
- 164 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,901 individu negatif; dan
- 509 individu menunggu keputusan.
- Kinabatangan (5 individu disaring):
- Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
- Tiga (3) individu negatif.
- Sandakan – Satu (1) kes dikesan positif COVID-19, tiada saringan dan pertambahan kes baharu.
Berdasarkan keseluruhan saringan bagi kluster ini, pecahan saringan melibatkan:
- 1,772 orang banduan dan tahanan di mana 652 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,160 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 24 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,394 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 27 kes dikesan positif COVID-19;
- 1,535 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
- 4,914 kontak sosial di mana 73 kes dikesan positif COVID-19.
Daripada jumlah 776 kes positif COVID-19, 439 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 337 kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:
- Filipina (214 kes);
- Indonesia (122 kes); dan
- Timor-Leste (1 kes)
Ingin dimaklumkan bahawa jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.
Kluster Bangau-Bangau
Terdapat 25 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 159 kes. Sehingga 26 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 351 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:
- 159 kes dikesan positif COVID-19 (25 kes baharu);
- 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
- 155 individu masih menunggu keputusan.
Daripada jumlah 159 kes positif COVID-19, 114 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 45 adalah warganegara Filipina.
Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19 KE ATAS INDIVIDU PULANG DARI NEGERI SABAH
Seperti yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 25 September 2020, terdapat 10 kes yang dikesan positif COVID-19 setelah kembali dari Sabah pada 20 hingga 25 September 2020). Pada hari ini pula, dikesan terdapat 11 lagi kes positif COVID-19 yang dikesan di Semenanjung Malaysia setelah kembali dari negeri Sabah. Peningkatan kes dan kluster COVID-19 di Negeri Sabah masih berterusan dan 4 daerah telah dikenalpasti sebagai zon merah (setelah merekodkan bilangan kes COVID-19 melebihi 40 kes dalam tempoh 14 hari kebelakangan).
Mengambilkira situasi semasa ini, terdapat keperluan untuk melaksanakan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu dengan sejarah perjalanan dari Sabah bagi memantau risiko penularan jangkitan dalam kalangan individu-individu tersebut. Justeru itu, bermula 27 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020, aktiviti saringan akan dijalankan kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di semua Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa). Mereka diwajibkan:
- Memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk (check-in) menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa);
- Menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan dan ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa);
- Menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO). Kesemua individu di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin. Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di Pintu Masuk (Domestik dan Antarabangsa) sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19;
- Sekiranya terdapati individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan kereta Grab, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari tersebut; dan
- Sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu tersebut perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
Saringan ke atas individu (warganegara dan bukan warganegara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
Tempoh pelaksanaan langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan COVID-19 ke atas individu yang baru pulang dari Sabah akan disemak dari semasa ke semasa, berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan pada masa tersebut dan maklumat mengenai sebarang perubahan berkaitannya akan dimaklumkan kepada umum.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
26 September 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 26 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 6 (3) | 2,658 |
SELANGOR | 2 | 2,224 |
SABAH | 64 | 1,547 |
NEGERI SEMBILAN | 3 | 1,047 |
JOHOR | 1 | 755 |
SARAWAK | 1 | 704 |
PAHANG | 1 | 373 |
KEDAH | 0 | 352 |
PERAK | 0 | 269 |
MELAKA | 1 | 263 |
KELANTAN | 0 | 161 |
PULAU PINANG | 0 | 142 |
TERENGGANU | 2 | 116 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 99 |
PERLIS | 0 | 33 |
W.P. LABUAN | 1 | 26 |
JUMLAH KESELURUHAN | 82 (3) | 10,769 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
26 September 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 89 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,785 confirmed COVID-19 cases have been discharged (90.9% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
26 September 2020, 12 pm – a total of 82 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,769 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 851 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 82 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and one (1) non-Malaysian. They were travellers from the following countries:
- Yemen – 1 case reported in Kuala Lumpur, a Malaysian
- Bangladesh – 1 case reported in Kuala Lumpur, a Malaysian
- Philippines – 1 case reported in Kuala Lumpur, a non-Malaysian
Of the 79 local transmission cases reported today, 53 cases are Malaysians and 26 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 64 cases
- 33 cases from the Benteng LD Cluster, involving 11 Malaysians and 22 non-Malaysians.
- 25 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 24 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 3 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
- 1 case from screening of healthcare workers (HCWs) at the International Port of Entry, coming back from Peninsular Malaysia, a Malaysian.
- 1 case from Influenza-Like Illness (ILI) screening in Tawau Health Clinic, a Malaysian.
- 1 case from hospital admission screening at the Women and Children’s Hospital, Likas, a non-Malaysian.
- Negeri Sembilan: 3 cases
- 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- 1 case from overseas pre-departure screening, a non-Malaysian.
- Kuala Lumpur: 3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- Selangor: 2 cases
- 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- 1 case from screening of detainees, a non-Malaysian.
- Terengganu: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Pahang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Johor: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Sarawak: 1 case from screening of HCWs, a Malaysian.
- Labuan: 1 case from screening of HCWs, a Malaysian.
Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 133 COVID-19 deaths in Malaysia (1.24% of total cumulative cases).

Current Status of the Bangau-Bangau Cluster and the Benteng LD Cluster
The Benteng LD Cluster
33 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 776 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 26 September 2020, 12 pm, a total of 10,775 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:
- Tawau (8,195 individuals screened):
- 609 confirmed COVID-19 cases (33 additional cases reported today)
- 6,136 individuals tested negative
- 1,450 individuals awaiting results
- Lahad Datu (2,574 individuals screened):
- 164 confirmed COVID-19 cases
- 1,901 individuals tested negative
- 509 individuals awaiting results
- Kinabatangan (5 individuals screened):
- Two (2) confirmed COVID-19 cases
- 3 individuals tested negative
- Sandakan: One (1) confirmed COVID-19 case; no additional screening done.
From the total number of screenings for this cluster, the breakdown is as follows:
- 1,772 prisoners and detainees, of which 652 are confirmed COVID-19 cases
- 1,160 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, of which 24 are confirmed COVID-19 cases
- 1,394 family members of staff and prisoners, of which 27 are confirmed COVID-19 cases
- 1,535 personnel from other government agencies, none tested positive for COVID-19
- 4,914 social close contacts, of which 73 are confirmed COVID-19 cases
Of the cumulative 776 confirmed COVID-19 cases, 439 cases are among Malaysians while 337 cases are non-Malaysians from:
- Philippines – 214 cases
- Indonesia – 122 cases
- Timor-Leste – 1 case
The number of cases will be constantly updated and the categories for the confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.
The Bangau-Bangau Cluster
25 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 159 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 26 September 2020, 12 pm, a total of 351 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:
- 159 confirmed COVID-19 cases (25 additional cases reported today)
- 37 individuals tested negative
- 155 individuals awaiting results
Of the 159 confirmed COVID-19 cases, 114 are Malaysians and 45 are Filipino nationals.
Screening of close contacts and active case detection for all these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.
Measures for the Prevention and Control of COVID-19 for Individuals Returning from Sabah
As reported in the Director General of Health’s Press Release dated 25 September 2020, 10 confirmed COVID-19 cases were detected after returning from Sabah from 20 to 25 September 2020. Today, an additional 11 confirmed COVID-19 cases were detected in Peninsular Malaysia among individuals returning from Sabah. The increase in COVID-19 cases and clusters in Sabah is still ongoing and four districts have been identified as Red Zones (after recording an excess of 40 COVID-19 cases in the past 14 days).
Taking into account the current situation, there is a need to implement measures to prevent and control the transmission of COVID-19 infection in individuals with a travel history from Sabah to monitor the risk of infection transmission among these individuals. Therefore, from 27 September 2020 to 10 October 2020, screening will be conducted for all individuals arriving from Sabah at the International Ports of Entry (PoE). They are required to:
- Download and register the MySejahtera application and check-in using this application upon arrival at the International PoE;
- Undergo respiratory symptom screening and COVID-19 detection screening test upon arrival at the PoE;
- Undergo a home surveillance and observation order (HSO). All individuals at the PoE will be given an HSO letter and a quarantine wristband to be worn. The HSO dates will start from the date of arrival at the PoE until the laboratory results are obtained. HSO release will be given if the laboratory test result is negative for COVID-19;
- If there are individuals who need to continue their journey to their homes by public transport such as taxis and Grab cars, a letter of permission to go to the designated home address will be given on that day; and
- If experiencing respiratory tract symptoms within 14 days from the date of return, the individual will need to undergo a repeated screening for COVID-19.
Screening of individuals (Malaysians and non-Malaysians) returning from Sabah is exempted from the COVID-19 test charge.
The duration of implementation of the COVID-19 infection prevention and control measures on individuals who have just returned from Sabah will be reviewed from time to time, based on the infection risk assessment at the time, and information on any related changes will be made public.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
26 September 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 26 September 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 6 (3) | 2,658 |
Selangor | 2 | 2,224 |
Sabah | 64 | 1,547 |
Negeri Sembilan | 3 | 1,047 |
Johor | 1 | 755 |
Sarawak | 1 | 704 |
Pahang | 1 | 373 |
Kedah | 0 | 352 |
Perak | 0 | 269 |
Melaka | 1 | 263 |
Kelantan | 0 | 161 |
Pulau Pinang | 0 | 142 |
Terengganu | 2 | 116 |
WP Putrajaya | 0 | 99 |
Perlis | 0 | 33 |
WP Labuan | 1 | 26 |
Total | 82 (3) | 10,769 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.