STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 50 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,835 kes (90.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 27 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 150 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 10,919 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 950 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 150 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dari negara:
- Arab Saudi: Tiga (3) kes:
- Dua (2) dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
- Satu (1) di Selangor yang melibatkan warganegara.
- India: Satu (1) kes dilaporkan diWilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara.
Daripada 146 kes penularan di dalam negara, 124 kes adalah warganegara Malaysia dan 22 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 124 kes
- 58 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 55 kes warganegara dan tiga (3) kes bukan warganegara;
- 20 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 kes warganegara dan lapan (8) kes bukan warganegara;
- 13 kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan empat (4) kes warganegara dan sembilan (9) kes bukan warganegara;
- 10 kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan sembilan (9) kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara;
- Lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Kg. Sakong yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Lapan (8) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Buang Sayang yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
- Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI) yang melibatkan bukan warganegara;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10359 yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) saringan sebelum pulang ke Sarawak yang melibatkan warganegara.
- Selangor: 10 kes
- Lapan (8) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Dua (2) kes saringan kontak rapat, iaitu kepada kes ke-10364 dan kes ke-10579 yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Pahang: Empat (4) kes
- Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes ke-10679 yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Setapak yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Johor: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Sarawak: Dua (2) kes saringan pekerja di Immigration Quarantine Security (IQS) Merapok, Lawas yang melibatkan warganegara.
- Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Kluster-kluster baharu akan diperincikan di bawah.
Sehingga kini, terdapat enam (6) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 134 kes (1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):
- Kes kematian ke-134 (iaitu kes ke-10491) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 81 tahun. Kes mula mengalami gejala demam dan batuk berkahak pada 14 September 2020 dan telah dibawa ke Hospital Semporna pada 17 September 2020. Saringan COVID-19 didapati positif pada 22 September 2020. Pada 26 September 2020 kes telah dipindahkan ke Hospital Tawau, Sabah. Keadaan kes didapati merosot dan dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. Beliau disahkan meninggal dunia pada 27 September 2020 jam 12.52 pagi.
KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN PADA HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti, iaitu dua (2) di Sabah dan satu (1) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Berikut adalah perincian bagi ketiga-tiga kluster tersebut:
1. Kluster Buang Sayang
Kluster ini telah dikenal pasti di Sipitang, Sabah. Kes indeks kluster ini merupakan kes ke-10265. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sipitang, Sabah dari 7 September 2020 sehingga 20 September 2020. Kes mula mengalami gejala demam, selesema dan sakit tekak pada 19 September dan kemudiannya dimasukkan ke sebuah pusat perubatan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 20 September 2020 dan kes telah dipindahkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah.
Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 27 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 10 individu telah disaring, di mana:
- Empat (4) kes dikesan positif COVID-19; dan
- Enam (6) individu masih menunggu keputusan.
2. Kluster Kg. Sakong
Kluster ini telah dikenal pasti di Semporna, Sabah. Kes indeks kluster ini merupakan kes ke-10154. Kes dikesan positif COVID-19 pada 18 September 2020 melalui saringan komuniti. Kes tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 27 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 66 individu telah disaring, di mana:
- Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
- 57 individu masih menunggu keputusan.
3.Kluster Setapak
Kluster ini telah dikenal pasti di Setapak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini merupakan kes ke-10689. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah dari 17 September 2020 sehingga 20 September 2020. Kes mula mengalami gejala demam, batuk, sakit tekak, sakit otot dan cirit-birit sejak 21 September 2020. Kes dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada 25 September 2020 di mana saringan COVID-19 didapati positif pada hari yang sama. Kes seterusnya dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh, Selangor. Dua lagi kes positif yang dikesan adalah rakan serumah (iaitu kes ke-10770) dan rakan (iaitu kes ke-10771) kepada kes indeks. Mereka turut dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Susulan itu, pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) dan saringan kontak rapat telah dijalankan. Sehingga 27 September 2020 jam 12 tengah hari, seramai 20 individu telah disaring, di mana:
- Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19;
- 16 individu dikesan negatif COVID-19; dan
- Satu (1) individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan dan kawalan penularan jangkitan seperti proses nyah kuman dan pembersihan sedang dijalankan di semua lokasi yang telah dikenal pasti bagi semua kluster di atas.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
27 September 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 27 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 6 (3) | 2,664 |
SELANGOR | 11 (1) | 2,235 |
SABAH | 124 | 1,671 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,047 |
JOHOR | 2 | 757 |
SARAWAK | 2 | 706 |
PAHANG | 4 | 377 |
KEDAH | 0 | 352 |
PERAK | 0 | 269 |
MELAKA | 1 | 264 |
KELANTAN | 0 | 161 |
PULAU PINANG | 0 | 142 |
TERENGGANU | 0 | 116 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 99 |
PERLIS | 0 | 33 |
W.P. LABUAN | 0 | 26 |
JUMLAH KESELURUHAN | 150 (4) | 10,919 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
27 September 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 50 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,835 confirmed COVID-19 cases have been discharged (90.1% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
27 September 2020, 12 pm – a total of 150 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 10,919 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 950 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 150 additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, involving travellers from the following countries:
- Saudi Arabia – 3 cases
- 2 casesreported in Kuala Lumpur, one (1) Malaysian and one (1) non-Malaysian.
- 1 case reported in Selangor, a Malaysian.
- India – 1 case reported in Kuala Lumpur, a Malaysian
Of the 146 local transmission cases reported today, 124 cases are Malaysians and 22 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 124 cases
- 58 cases from the Benteng LD Cluster, involving 55 Malaysians and 3 non-Malaysians.
- 20 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 12 Malaysians and 8 non-Malaysians.
- 13 cases from the Bakau Cluster, involving 4 Malaysians and 9 non-Malaysians.
- 10 cases from the Pulau Cluster, involving 9 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 8 cases from the Kampung Sakong Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 8 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
- 3 cases from the Buang Sayang Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 1 case from community screening, a Malaysian.
- 1 case from Influenza-Like Illness (ILI) screening, a non-Malaysian.
- 1 case from screening of close contacts to Case 10,359, a Malaysian.
- 1 case from pre-departure screening travelling to Sarawak, a Malaysian.
- Selangor: 10 cases
- 8 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 2 cases from screening of close contacts to Case 10,364 and Case 10,579, both Malaysians.
- Pahang: 4 cases
- 3 casesfrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 1 case from screening of close contacts to Case 10,679, a Malaysian.
- Kuala Lumpur: 3 cases
- 2 cases from the Setapak Cluster, a new cluster, both Malaysians.
- 1 casefrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Johor: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Sarawak: 2 cases from screening of workers at the Merapok Immigration Quarantine Security (IQS), Lawas, both Malaysians.
- Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
The new clusters will be detailed below.
Currently, six (6) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.
Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 134 COVID-19 deaths in Malaysia (1.23% of total cumulative cases).
- Death #134 (Case 10,491) is an 81-year-old Malaysian woman. She developed fever and productive cough on 14 September 2020 and was taken to Semporna Hospital on 17 September 2020. She was found positive for COVID-19 on 22 September 2020. On 26 September 2020, she was transferred to Tawau Hospital, Sabah. Her condition deteriorated and she was transferred to the ICU on the same day. She was pronounced dead on 27 September 2020 at 12.52 am.
MOH extends its condolences to her family members.

Three New Clusters Reported Today
MOH would like to inform that three (3) new clusters have been identified today i.e. two (2) in Sabah and one (1) in Kuala Lumpur. The details of these clusters are as follows:
The Buang Sayang Cluster
This cluster was identified in Sipitang, Sabah. The index case for this cluster is Case 10,265. The case has a history of travel to Sipitang, Sabah from 7 to 20 September 2020. The case started to have fever, flu and sore throat on 19 September 2020 and was later admitted into a medical centre. The COVID-19 screening test was found to be positive on 20 September 2020, and the case was transferred to Queen Elizabeth Hospital, Sabah.
Subsequently, active case detection and screening of close contacts were conducted. As of 27 September 2020, 12 pm, a total of 10 individuals have been screened, of which:
- Four (4) confirmed COVID-19 cases
- 6 individuals awaiting results
The Kampung Sakong Cluster
This cluster was identified in Semporna, Sabah. The index case for this cluster is Case 10,154. The case was detected positive for COVID-19 on 18 September 2020 through community screening. The case was asymptomatic and was admitted into Tawau Hospital.
Subsequently, active case detection and screening of close contacts were conducted. As of 27 September 2020, 12 pm, a total of 66 individuals have been screened, of which:
- Nine (9) confirmed COVID-19 cases
- 57 individuals awaiting results
The Setapak Cluster
This cluster was identified in Setapak, Kuala Lumpur. The index case for this cluster is Case 10,689. The case has a history of travel to Tawau and Semporna, Sabah from 17 to 20 September 2020. The case began to experience symptoms of fever, cough, sore throat, muscle aches and diarrhoea since 21 September 2020. The case was admitted into a medical centre on 25 September 2020, where the COVID-19 screening test was found to be positive on the same day. Subsequently, the case was transferred to Sungai Buloh Hospital, Selangor. The two (2) additional confirmed cases detected are the housemate (Case 10,770) and a friend (Case 10,771 cases) to the index case. They were also admitted into Sungai Buloh Hospital.
Subsequently, active case detection and screening of close contacts were conducted. As of 27 September 2020, 12 pm, a total of 20 individuals have been screened, of which:
- Three (3) confirmed COVID-19 cases
- 16 individuals tested negative
- 1 individual awaiting result
Measures to prevent and control the transmission of infection such as disinfection and cleaning are being carried out at all locations that have been identified for all the above clusters.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
27 September 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 27 September 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 6 (3) | 2,664 |
Selangor | 11 (1) | 2,235 |
Sabah | 124 | 1,671 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,047 |
Johor | 2 | 757 |
Sarawak | 2 | 706 |
Pahang | 4 | 377 |
Kedah | 0 | 352 |
Perak | 0 | 269 |
Melaka | 1 | 264 |
Kelantan | 0 | 161 |
Pulau Pinang | 0 | 142 |
Terengganu | 0 | 116 |
WP Putrajaya | 0 | 99 |
Perlis | 0 | 33 |
WP Labuan | 0 | 26 |
Total | 150 (4) | 10,919 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.