Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 54 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,889 kes (89.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 28 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 115 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,034 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,011 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 115 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara dari negara:

  • India: Tiga (3) kes:
    • Satu (1) kes dilaporkan di Negeri Sembilan yang melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan bukan warganegara; dan
    • Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan bukan warganegara.

Daripada 112 kes penularan di dalam negara, 98 kes adalah warganegara Malaysia dan 14 kes adalah bukan warganegara. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 98 kes
    • 46 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • 39 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan 25 kes warganegara dan 14 kes bukan warganegara;
    • Lapan (8) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Pulau yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) saringan kontak kepada kes positif COVID-19 ke-11022 yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 10 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Jalan Apas yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pra pembedahan di pusat perubatan yang melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan kontak rapat kes ke-10218 yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 134 kes (1.22 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

KLUSTER BAHARU: KLUSTER JALAN APAS

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu kluster baharu telah dikenalpasti di Selangor. Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-10782 dan kes ke-10783 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau dan Semporna, Sabah daripada 13 hingga 16 September 2020. Kedua-dua kes indeks mula bergejala demam, batuk, dan selesema pada 18 September 2020 yang kemudian mendapatkan rawatan di pusat perubatan pada 19 September 2020. Mereka kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 24 September 2020, didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Hasil saringan kontak rapat mendapati enam (6) lagi kes positif COVID-19 pada 27 September 2020. Sehingga kini, seramai 66 individu telah disaring. Daripada jumlah ini:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);
  • 56 individu adalah negatif; dan
  • Dua (2) individu masih menunggu keputusan.

Langkah pencegahan dan kawalan jangkitan seperti proses pembersihan dan nyah kuman telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terbabit. Punca jangkitan masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI EMPAT (4) KLUSTER DI SABAH DAN SATU (1) KLUSTER DI KEDAH

Kluster Bangau-Bangau, Sabah

Terdapat 46 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 225 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 369 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 225 kes dikesan positif COVID-19 (46 kes baharu);
  • 37 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 107 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 225 kes positif COVID-19, 172 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 53 adalah bukan warganegara.

Kluster Benteng LD, Sabah

Terdapat 39 kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 873 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,042  individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  • Tawau (8,439 disaring):
    •  649 kes dikesan positif COVID-19 (34 kes baharu dilaporkan);
    • 6,395 individu negatif
    • 1.395 individu masih menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,596 disaring):
    • 220 kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu dilaporkan);
    • 2,142 individu negatif; dan
    • 234 individu masih menunggu keputusan.
  • Kinabatangan (5 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 3 individu negatif.
  • Sandakan (2 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 675 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,173 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 25 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 31 kes dikesan positif   COVID-19;
  • 1,565 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,133 kontak sosial di mana 142 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 873 kes positif COVID-19, 519 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Kluster Pulau, Sabah

Terdapat dua (2) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Pulau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 49 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 931 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Kunak (788 individu disaring):
    • 43 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
    • 397 individu negatif; dan
    • 348 individu menunggu keputusan.
  • Semporna (143 individu disaring):
    • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19;
    • 37 individu negatif; dan
    • 100 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 49 kes positif COVID-19, 44 kes adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala lima (5) kes adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (4 kes); dan
  • Pakistan (1 kes).

Kluster Buang Sayang, Sabah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Buang Sayang pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak sembilan (9) kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 292 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut daerah adalah seperti berikut:

  • Sabah (130 disaring):
    • 6 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 17 individu negatif; dan
    • 107 individu masih menunggu keputusan.
  • Negeri Sembilan (122 disaring):
    • 2 kes dikesan positif COVID-19;
    • 5 individu negatif; dan
    • 115 individu masih menunggu keputusan.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (40 disaring):
    • 1 kes dikesan positif COVID-19;
    • 37 individu negatif; dan
    • 2 individu masih menunggu keputusan.

Kesemua sembilan (9) kes positif COVID-19 dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Kluster Sungai, Kedah

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 99 kes. Sehingga 28 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 25,399 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Kedah (25,179 individu disaring):
    • 98 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
    • 25,059 individu negatif; dan
    • 22 individu menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (78 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu negatif.

Daripada 99 kes positif dalam kluster ini, 98 merupakan warganegara Malaysia dan satu (1) kes merupakan warganegara Thailand.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI DAERAH LAHAD DATU, TAWAU, KUNAK DAN SEMPORNA, SABAH

KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini. Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 dan juga kluster baru di daerah-daerah tersebut. PKPDB ini akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk dari keempat-empat daerah.

Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. Saringan bersasar akan dilakukan bagi komuniti setempat dan kumpulan berisiko tinggi meliputi lima (5) peratus daripada jumlah penduduk. KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di keempat-empat daerah ini dan pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB. Kerjasama daripada penduduk setempat adalah amat diperlukan bagi memastikan tindakan ini berjaya memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19 dalam negara kita.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR1 (1)2,665
SELANGOR11 (1)2,246
SABAH981,769
NEGERI SEMBILAN1 (1)1,048
JOHOR0757
SARAWAK0706
PAHANG0377
KEDAH1353
PERAK0269
MELAKA1265
KELANTAN0161
PULAU PINANG0142
TERENGGANU1117
W.P. PUTRAJAYA099
PERLIS033
W.P. LABUAN127
JUMLAH KESELURUHAN115 (3)11,034

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

28 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 54 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,889 confirmed COVID-19 cases have been discharged well (89.6% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

28 September 2020, 12 pm – a total of 115 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 11,034 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,011 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 115 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving travellers from the following countries:

  • India – 3 cases
    • 1 case reported in Negeri Sembilan, involving a Malaysian.
    • 1 casereported in Kuala Lumpur, a non-Malaysian.
    • 1 case reported in Selangor, a non-Malaysian.

Of the 112 local transmission cases reported today, 98 cases are Malaysians and 14 cases are non-Malaysians. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 98 cases
    • 46 cases from the Bangau-Bangau Cluster, all Malaysians.
    • 39 cases from the Benteng LD Cluster, involving 25 Malaysians and 14 non-Malaysians.
    • 8 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
    • 2 cases from the Pulau Cluster, both Malaysians.
    • 1 case from the Buang Sayang Cluster, a Malaysian.
    • 1 case from screening of healthcare workers (HCWs), a Malaysian.
    • 1 case from screening of close contacts to Case 11,022, a Malaysian.
  • Selangor: 10 cases
    • 6 cases from the Jalan Apas Cluster, a new cluster, all Malaysians.
    • 4 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
  • Kedah: 1 case from the Sungai Cluster, a Malaysian.
  • Melaka: 1 case from pre-surgery screening in a medical centre, a Malaysian.
  • Terengganu: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
  • Labuan: 1 case from screening of close contacts to Case 10,218, a Malaysian.

Currently, eight (8) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with five (5) patients on ventilation support.

No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 134 COVID-19 deaths in Malaysia (1.22% of total cumulative cases).

A New Cluster: The Jalan Apas Cluster

MOH would like to inform that a new cluster has been identified in Selangor. The index cases for the cluster are Case 10,782 and Case 10,783, a Malaysian married couple with a history of travel to Tawau and Semporna, Sabah from 13 to 16 September 2020. Both index cases developed fever, cough, and flu on 18 September 2020, and they sought treatment at a medical centre on 19 September 2020. They were later referred to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital, Klang on 24 September 2020, found positive for COVID-19 on 26 September 2020 and were admitted into Sungai Buloh Hospital.

Screening of close contacts found six (6) additional confirmed COVID-19 cases on 27 September 2020. To date, a total of 66 individuals have been screened. Of these:

  • Eight (8) confirmed COVID-19 cases (6 additional cases reported today)
  • 56 individuals tested negative
  • 2 individuals awaiting results

Measures to prevent and control infection such as cleaning and disinfection have been carried out at the locations involved. The cause of the infection is still under investigation.

Current Status of the Four Clusters in Sabah and One Cluster in Kedah

The Bangau-Bangau Cluster, Sabah

46 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 225 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 28 September 2020, 12 pm, a total of 369 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:

  • 225 confirmed COVID-19 cases (46 additional cases reported today)
  • 37 individuals tested negative
  • 107 individuals awaiting results

Of the 225 confirmed COVID-19 cases, 172 are Malaysians and 53 are non-Malaysians.

The Benteng LD Cluster, Sabah

39 additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 873 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 28 September 2020, 12 pm, a total of 11,042 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  • Tawau (8,439 individuals screened):
    • 649 confirmed COVID-19 cases (34 additional cases reported today)
    • 6,395 individuals tested negative
    • 1,395 individuals awaiting results
  • Lahad Datu (2,596 screened):
    • 220 confirmed COVID-19 cases (5 additional cases reported today)
    • 2,142 individuals tested negative
    • 234 individuals awaiting results
  • Kinabatangan (5 screened):
    • Two (2) confirmed COVID-19 cases
    • 3 individuals tested negative
  • Sandakan (2 screened):
    • Two (2) confirmed COVID-19 cases.

From the total number of screenings for this cluster till present, the breakdown is as follows:

  • 1,773 prisoners and detainees, with 675 confirmed COVID-19 cases
  • 1,173 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, with 25 confirmed COVID-19 cases
  • 1,398 family members of staff and prisoners, with 31 confirmed COVID-19 cases
  • 1,565 personnel from other government agencies, all tested negative for COVID-19
  • 5,133 social close contacts, with 142 confirmed COVID-19 cases

Of the cumulative 873 confirmed COVID-19 cases, 519 cases are among Malaysians, while 354 cases are among non-Malaysians from:

  • Philippines – 223 cases
  • Indonesia – 130 cases
  • Timor-Leste – 1 case

The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.

The Pulau Cluster, Sabah

Two (2) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 49 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 28 September 2020, 12 pm, a total of 931 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  • Kunak (788 individuals screened):
    • 43 confirmed COVID-19 cases (2 additional cases reported today)
    • 397 individuals tested negative
    • 348 individuals awaiting results
  • Semporna (143 screened)
    • Six (6) confirmed COVID-19 cases
    • 37 individuals tested negative
    • 100 individual awaiting results

Of the 49 confirmed COVID-19 cases, 44 are Malaysians, while five (5) are non-Malaysians from the following nationalities:

  • Filipino national – 4 cases
  • Pakistani national – 1 case
  • The Buang Sayang Cluster, Sabah

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now nine (9) confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 28 September 2020, 12 pm, a total of 292 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  • Sabah (130 individuals screened):
    • Six (6) confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
    • 17 individuals tested negative
    • 107 individuals awaiting results
  • Negeri Sembilan (122 screened)
  • Two (2) confirmed COVID-19 cases
    • 5 individuals tested negative
    • 115 individuals awaiting results
  • Kuala Lumpur & Putrajaya (40 screened)
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 37 individuals tested negative
    • 2 individuals awaiting results

All nine (9) confirmed COVID-19 cases in this cluster are Malaysians.

The Sungai Cluster, Kedah

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 99 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 28 September 2020, 12 pm, a total of 25,399 individuals have been screened. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  • Kedah (25,179 individuals screened):
    • 98 confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
    • 25,059 individuals tested negative
    • 22 individuals awaiting results
  • Pulau Pinang (142 screened): all tested negative
  • Perlis (78 screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 77 individuals tested negative

Of the 99 confirmed COVID-19 cases in this cluster, 98 are Malaysians and one (1) is a Thailand national.

Screening of close contacts and active case detection for all these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.

Administrative Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) in Lahad Datu, Tawau, Kunak and Semporna District, Sabah

MOH takes note of the announcement by the Senior Minister of Defense, Dato’ Seri Ismail bin Sabri earlier today on the implementation of the administrative Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) in the districts of Lahad Datu, Tawau, Kunak and Semporna, Sabah that will take effect from 12.01 midnight tonight. This is due to the sharp increase in the number of confirmed COVID-19 cases as well as new clusters in these districts. This administrative TEMCO will involve a total of 962,661 residents in all four districts.

The implementation of the administrative TEMCO is to curb the infection and transmission of COVID-19 in these districts as well as to enable targeted case detection to be carried out over a period of 14 days. Targeted screening will be conducted for local communities and high-risk groups covering 5% of the total population. MOH will continue to carry out control and prevention measures in these four districts and a Medical Base will be established in the TEMCO area. The cooperation of the local residents is very much needed to ensure that this action can successfully break the chain of transmission of COVID-19 infection in our country.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

28 September 2020 @ 5.00 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 28 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
WP Kuala Lumpur1 (1)2,665
Selangor11 (1)2,246
Sabah981,769
Negeri Sembilan1 (1)1,048
Johor0757
Sarawak0706
Pahang0377
Kedah1353
Perak0269
Melaka1265
Kelantan0161
Pulau Pinang0142
Terengganu1117
WP Putrajaya099
Perlis033
WP Labuan127
Total115 (3)11,034

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases