STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 50 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,939 kes (89.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 29 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 101 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,135 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,062 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 101 kes baharu yang dilaporkan, empat (4) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan tiga (3) bukan warganegara dari negara:
- Myanmar: Dua (2) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan bukan warganegara.
- Arab Saudi: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang melibatkan warganegara.
- Nigeria: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang melibatkan bukan warganegara.
Daripada 97 kes penularan di dalam negara, 93 kes adalah warganegara Malaysia dan 4 kes adalah bukan warganegara. Sebanyak 17 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah pada hari ini, menjadikan jumlah kes sebanyak 63 sejak 20 September 2020. Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 73 kes
- 51 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 48 kes warganegara dan tiga (3) kes bukan warganegara;
- Lapan (8) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bomba yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes daripada Kluster Kuarters yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utara yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan rujukan ke Hospital Sandakan yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11119 yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) saringan komuniti yang melibatkan warganegara.
- Selangor: 14 kes
- Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu bagi kes ke-10776 dan kes ke- 11129;
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu, Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Apas yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara.
- Johor: Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Kedah: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Perak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Perlis: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat 13 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lima (5) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 134 kes (1.20 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenalpasti pada hari ini iaitu di:
- Sabah (2 kluster);
- Selangor (1 kluster); dan
- Johor (1 kluster).
KLUSTER JALAN BOMBA, SABAH
Kes indeks bagi kluster iaitu kes ke-11110 merupakan lelaki warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 20 September 2020. Kes bergejala demam dan batuk dan didapati positif COVID-19 pada 28 September 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif COVID-19 pada 28 September 2020.
Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
KLUSTER JALAN UTARA, SABAH
Kluster ini dikenalpasti hasil saringan petugas kesihatan di sebuah institut latihan di Sandakan, Sabah. Dua (2) petugas kesihatan telah dikesan positif COVID-19 pada 28 September 2020. Mereka tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan.
Pengenalpastian kontak rapat dan saringan masih lagi diteruskan oleh Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
KLUSTER BENTENG PK, SELANGOR
Kluster ini dikenalpasti hasil saringan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Klang, Selangor. Saringan tersebut telah dijalankan dari 16 hingga 25 September 2020 di mana lapan (8) orang PATI dikesan positif COVID-19. Hasil saringan kontak rapat mendapati satu (1) lagi kes positif bagi kluster ini pada 28 September 2020 yang melibatkan anggota polis. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga kini, seramai 148 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- 9 kes positif COVID-19; dan
- 139 dikesan negatif.
KLUSTER BAKAWALI, JOHOR
Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-10911 dan kes ke-10912 merupakan pasangan suami isteri warganegara Malaysia yang mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah pada 13 September 2020 sehingga 18 September 2020. Pada 24 September 2020, kedua-dua kes bergejala demam, selesema dan batuk yang kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Mereka didapati positif COVID-19 pada 26 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom, Johor.
Hasil saringan kontak rapat mendapati dua (2) lagi kes positif bagi kluster ini. Sehingga 29 September 2020, seramai 25 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Empat (4) kes dikesan positif COVID-19;
- 13 individu negatif; dan
- Lapan (8) individu masih menunggu keputusan.
Langkah pencegahan jangkitan termasuk proses nyah kuman dan proses pembersihan telah dijalankan di lokasi-lokasi yang terlibat. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan bagi kesemua kluster.
PENINGKATAN KES COVID-19 DALAM NEGARA
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat peningkatan kes COVID-19 di Malaysia sejak 7 September 2020. Peningkatan kes bagi negeri Sabah dan Kedah banyak menyumbang kepada jumlah keseluruhan kes. Susulan itu, KKM telah mengambil tindakan langkah kawalan dan pencegahan bagi membendung penularan COVID-19. Antara langkah kawalan dan pencegahan yang telah dilakukan adalah:
- Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna, Sabah;
- Pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Pelaksanaan proses nyah kuman dan dekontaminasi di lokasi-lokasi yang terbabit dengan COVID-19;
- Pelaksanaan saringan di Pintu Masuk Domestik dan Antarabangsa;
- Perluasan saringan bagi komuniti dan golongan berisiko tinggi;
- Mobilisasi pasukan bantuan kesihatan ke zon merah;
- Penambahan bilangan katil di hospital dan pusat kuarantin; dan
- Penambahan kapasiti makmal perubatan.
KKM juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih atas penglibatan agensi-agensi lain dalam membendung penularan COVID-19.
Untuk makluman, jumlah kes positif COVID-19 harian masih tinggi kebelakangan ini. Justeru, masyarakat dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Diharapkan dengan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh pihak KKM, agensi-agensi lain dengan kerjasama masyarakat, dapat membendung penularan COVID-19 di Malaysia
KEGUNAAN HOTSPOT TRACKER DALAM APLIKASI MySejahtera.
Baru-baru ini, tular isu tentang pusat membeli belah yang mengeluarkan kenyataan tentang pekerja yang disahkan positif COVID-19. KKM sangat menghargai tindakan proaktif pusat membeli-belah tersebut membantu dalam langkah kawalan dan pencegahan.
Untuk makluman semua, KKM perlu menjalankan siasatan terperinci sebelum menyatakan sesuatu kawasan sebagai berisiko tinggi (Hotspot). Penentuan Hotspot adalah berdasarkan lokasi kes positif dan lokasi yang berpontensi menjadi punca penularan COVID-19. KKM perlu melakukan penilaian risiko dan kadar kebolehjangkitan sebelum menyatakan sesuatu tempat sebagai berpotensi menjadi punca penyebaran virus COVID-19.
KKM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menggunakan pelbagai fungsi aplikasi MySejahtera. Kami juga ingin menasihatkan orang ramai agar hanya berkongsi maklumat yang terbukti kesahihannya agar tidak menimbulkan kegusaran di dalam masyarakat.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
29 September 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 29 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 1 | 2,666 |
SELANGOR | 15 (1) | 2,261 |
SABAH | 73 | 1,842 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,048 |
JOHOR | 2 | 759 |
SARAWAK | 3 (3) | 709 |
PAHANG | 0 | 377 |
KEDAH | 1 | 354 |
PERAK | 1 | 270 |
MELAKA | 1 | 266 |
KELANTAN | 1 | 162 |
PULAU PINANG | 1 | 143 |
TERENGGANU | 0 | 117 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 100 |
PERLIS | 1 | 34 |
W.P. LABUAN | 0 | 27 |
JUMLAH KESELURUHAN | 101 (4) | 11,135 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
29 September 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 50 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,939 confirmed COVID-19 cases have been discharged (89.3% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
29 September 2020, 12 pm – a total of 101 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 11,135 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,062 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 115 additional cases reported today, four (4) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and three (3) non-Malaysians. They were travellers from the following countries:
- Myanmar – 2 cases reported in Sarawak, both non-Malaysians.
- Saudi Arabia – 1 case reported in Sarawak, a Malaysian.
- Nigeria – 1 case reported in Selangor, a non-Malaysian.
Of the 97 local transmission cases reported today, 93 cases are Malaysians and four (4) cases are non-Malaysians. A total of 17 cases have a history of travel to Sabah; therefore, cumulatively there are now 63 such cases since 20 September 2020. The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 73 cases
- 51 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 48 Malaysians and 3 non-Malaysians.
- 8 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
- 3 cases from the Jalan Bomba Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 2 cases from the Benteng LD Cluster, both Malaysians.
- 2 cases from the Kuarters Cluster, both Malaysians.
- 2 cases from the Jalan Utara Cluster, a new cluster, both Malaysians.
- 1 case from referral screening to Sandakan Hospital, a Malaysian.
- 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case i.e. Case 11,119, a Malaysian.
- 1 case from screening at the International Port of Entry, a Malaysian.
- 1 case from screening of healthcare workers (HCWs), a Malaysian.
- 1 case from community screening, a Malaysian.
- Selangor: 14 cases
- 9 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 2 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases i.e. Case 11,119 and Case 11,129, both Malaysians.
- 1 case from the Benteng PK Cluster, a new cluster, a Malaysian.
- 1 case from the Jalan Apas Cluster, a Malaysian.
- 1 case from pre-departure screening returning to the country of origin, a non-Malaysian.
- Johor: 2 cases from the Bakawali Cluster, a new cluster, both Malaysians.
- Kuala Lumpur: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Kedah: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Perak: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Kelantan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Pulau Pinang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Putrajaya: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Perlis: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
Currently, 13 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with five (5) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are 134 COVID-19 deaths in Malaysia (1.20% of total cumulative cases).

Four New Clusters Reported Today
MOH would like to inform that four (4) new clusters have been identified today i.e. in:
- Sabah (2 clusters)
- Selangor (1 cluster)
- Johor (1 cluster)
The Jalan Bomba Cluster, Sabah
The index case for the cluster is Case 11,110, a Malaysian man, who has a history of travel to Semporna, Sabah on 20 September 2020. The case developed fever and cough and was found positive for COVID-19 on 28 September 2020. The case was admitted into the Duchess of Kent Hospital, Sandakan. Screening of close contacts found two (2) additional confirmed COVID-19 cases on 28 September 2020.
The identification of close contacts and screening are still ongoing by the Sandakan Area Health Office. The cause of the infection is still under investigation.
The Jalan Utara Cluster, Sabah
This cluster was identified as a result of screening of healthcare workers (HCWs) at a training institute in Sandakan, Sabah. Two (2) HCWs tested positive for COVID-19 on 28 September 2020. They were asymptomatic and were admitted into the Duchess of Kent Hospital, Sandakan.
The identification of close contacts and screening are still ongoing by the Sandakan Area Health Office. The cause of the infection is still under investigation.
The Benteng PK Cluster, Selangor
This cluster was identified as a result of the screening of illegal migrants in Klang, Selangor. The screening was conducted from 16 to 25 September 2020, where eight (8) individuals tested positive for COVID-19. Screening of close contacts found one (1) additional confirmed COVID-19 case for this cluster on 28 September 2020, involving one police personnel. They were admitted into Sungai Buloh Hospital. To date, a total of 148 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Nine (9) confirmed COVID-19 cases
- 139 individuals tested negative
The Bakawali Cluster, Johor
The index cases for this cluster, Case 10,911 and Case 10912 are a Malaysian married couple who have a history of travel to Semporna, Sabah on 13 to 18 September 2020. On 24 September 2020, both cases developed fever, flu and cough, and sought treatment at Sultan Ismail Hospital, Johor Bahru. They tested positive for COVID-19 on 26 September 2020 and were admitted into the Enche’ Besar Hajjah Kalsom Hospital, Johor.
Screening of close contacts found two (2) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster. As of 29 September 2020, 12 pm, a total of 25 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Four (4) confirmed COVID-19 cases
- 13 individuals tested negative
- 8 individuals awaiting results
Infection prevention measures including disinfection and cleaning have been carried out at all of the locations involved. The cause of infection is still under investigation for all these clusters.
Increase in COVID-19 Cases in the Country
MOH would like to inform that there is an increase in COVID-19 cases in Malaysia since 7 September 2020. The increase in cases in Sabah and Kedah contributed significantly to the increasing total number of cases. Following this, MOH has strengthened prevention and control measures to curb the transmission of the COVID-19 infection. Among the measures that have been taken are:
- Implementation of the administrative Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) in Lahad Datu, Tawau, Kunak and Semporna districts, Sabah
- Tracing of close contacts of confirmed COVID-19 cases
- Implementation of disinfection and decontamination in locations related to the COVID-19 cases
- Implementation of screening at Domestic and International Ports of Entry
- Expansion of screening for high-risk communities and groups
- Mobilisation of health support teams to the Red Zones
- Increasing the number of beds in hospitals and quarantine centres
- Increasing the capacity of medical laboratories
MOH would also like to thank the involvement of other agencies in curbing the transmission of COVID-19.
The number of daily confirmed COVID-19 cases has remained high lately. Therefore, the public is advised to always comply with the Standard Operating Procedures (SOPs). It is hoped that the prevention and control measures taken by the MOH and other agencies in collaboration with the public, can curb the transmission of the COVID-19 infection in Malaysia.
Using the Hotspot Tracker in the MySejahtera App
Recently, an issue was viralled about a mall that issued a statement about a worker confirmed positive for COVID-19. MOH is very appreciative of the proactive action of the mall to assist in the prevention and control measures.
MOH needs to conduct a detailed investigation before stating an area as high risk (or Hotspot). The determination of the Hotspot is based on the location of the confirmed case(s) and the location(s) that could potentially be the cause of the COVID-19 transmission. MOH also needs to assess the risk and infectivity rate before stating a place or location as a potential cause of the transmission of the COVID-19 virus.
MOH thanks the public who have used the various functions of the MySejahtera app. MOH also advises the public to only share verified information so as not to cause fear and panic in the community.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
29 September 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 29 September 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 1 | 2,666 |
Selangor | 15 (1) | 2,261 |
Sabah | 73 | 1,842 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,048 |
Johor | 2 | 759 |
Sarawak | 3 (3) | 709 |
Pahang | 0 | 377 |
Kedah | 1 | 354 |
Perak | 1 | 270 |
Melaka | 1 | 266 |
Kelantan | 1 | 162 |
Pulau Pinang | 1 | 143 |
Terengganu | 0 | 117 |
WP Putrajaya | 1 | 100 |
Perlis | 1 | 34 |
WP Labuan | 0 | 27 |
Total | 101 (4) | 11,135 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.