Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 September 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 28 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 9,967 kes (88.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 30 September 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 89 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,224 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,121 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 89 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:

  • Belanda: Dua (2) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Indonesia: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 86 kes penularan di dalam negara, 84 kes adalah warganegara Malaysia dan dua (2) kes adalah bukan warganegara. Daripada 86 kes tersebut juga, sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 88 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 35 kes
    • 18 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Sembilan (9) kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-10273 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan kematian di Hospital Tawau yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 13 kes 
    • Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11129 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 10 kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;dan
    • Satu (1) kes saringan sebelum pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara.
  • Johor: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dari Semenanjung Malaysia melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Pahang: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Perak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan bukan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 16 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 136 kes (1.21 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-135 (iaitu kes ke-11207) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, jantung dan buah pinggang. Kes mula mengalami gejala sejak 21 September 2020. Pada 28 September 2020 kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada hari yang sama jam 6.15 petang. Hasil saringan COVID-19 didapati positif.
  • Kes kematian ke-136 (iaitu kes ke-11185) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 70 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit barah peringkat akhir. Kes telah meninggal dunia di rumah pada 26 September 2020 dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan COVID-19 didapati positif pada 29 September 2020.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU: KLUSTER TEMBOK, KEDAH

KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baharu telah dikenalpasti di Kedah. Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia (iaitu kes ke-11207) dan merupakan kes kematian ke-135 yang telah dilaporkan pada hari ini. Saringan COVID-19 kes indeks didapati positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Tembok dikenalpasti. Dua kes positif ini melibatkan dua (2) warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan.

Sehingga 30 September 2020, 12 tengah hari, sejumlah 169 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tiga (3) dikesan positif COVID-19; dan
  • 166 individu menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI EMPAT (4) KLUSTER

Kluster Benteng LD

Terdapat empat (4) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Benteng LD pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 879 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12:00 tengah hari, sejumlah 11,846 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan saringan mengikut daerah yang terbabit adalah seperti berikut:

  • Tawau (8,875 individu disaring):
    • 655 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
    • 6,873 individu negatif; dan
    • 1,347 individu masih menunggu keputusan.
  • Lahad Datu (2,964 individu disaring):
    • 220 kes dikesan positif COVID-19;
    • 2,261 individu negatif; dan
    • 483 individu masih menunggu keputusan.
  • Kinabatangan (5 individu disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) individu negatif.
  • Sandakan: Dua (2) individu disaring yang mana kedua-duanya dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan keseluruhan jumlah saringan yang telah dilaksanakan sehingga kini bagi Kluster Benteng LD, pecahan saringan melibatkan:

  • 1,773 orang banduan dan tahanan di mana 676 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,176 orang kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Penjara Tawau di mana 26 kes dikesan positif COVID-19;
  • 1,398 orang kontak ahli keluarga kakitangan dan banduan di mana 33 kes dikesan positif   COVID-19;
  • 1,623 orang pegawai agensi kerajaan lain, tiada kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 5,876 kontak sosial di mana 144 kes dikesan positif COVID-19.

Daripada jumlah 879 kes positif COVID-19, 525 adalah di kalangan warganegara Malaysia manakala 354 adalah bukan warganegara yang melibatkan negara:

  • Filipina (223 kes);
  • Indonesia (130 kes); dan
  • Timor-Leste (1 kes).

Jumlah kes akan sentiasa dikemaskini dan kategori bagi kes positif mungkin akan berubah bergantung kepada maklumat terkini hasil siasatan di lapangan.

Kluster Bangau-bangau

Terdapat sembilan (9) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bangau-Bangau pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 287 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 458 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • 287 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu);
  • 51 individu dikesan negatif COVID-19; dan
  • 120 individu masih menunggu keputusan.

Daripada jumlah 287 kes positif COVID-19, 231 kes adalah warganegara Malaysia manakala 56 adalah warganegara Filipina.

Kluster Bakawali

Terdapat tujuh (7) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Bakawali pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 11 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 168 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Johor (161 individu disaring):
    • 11 kes dikesan positif COVID-19 (7 kes baharu);
    • 70 individu negatif; dan
    • 80 individu masih menunggu keputusan.
  • Selangor: Lima (5) individu disaring dan masih menunggu keputusan.
  • Melaka: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.
  • Kelantan: Satu (1) individu disaring dan masih menunggu keputusan.

Kesemua 11 kes positif dalam kluster ini merupakan warganegara Malaysia.

Kluster Sungai

Terdapat satu (1) kes baharu yang dilaporkan bagi Kluster Sungai pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif kluster ini sebanyak 100 kes. Sehingga 30 September 2020 jam 12 tengah hari, sejumlah 25,406 individu telah disaring dalam kluster ini. Pecahan jumlah saringan adalah seperti berikut:

  • Kedah (25,186 individu disaring):
    • 99 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu); dan
    • 25,087 individu negatif.
  • Pulau Pinang (142 individu disaring):
    • 142 individu negatif.
  • Perlis (78 individu disaring):
    • Satu (1) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 77 individu negatif.

Daripada 100 kes positif COVID-19 dalam kluster ini, 99 kes adalah warganegara Malaysia dan satu (1) kes adalah warganegara Thailand.

Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif (Active Case Detection) bagi kluster-kluster ini masih diteruskan dan status terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

MOBILISASI PASUKAN BANTUAN KESIHATAN DAN PERUBATAN KE NEGERI SABAH

Untuk makluman, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kunak, Sabah bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. Selain itu, KKM juga telah dan sedang terus menggerakkan pasukan bantuan secara berperingkat dari Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Semenanjung Malaysia bermula 23 September 2020.

Berikut adalah pecahan mengikut kawasan dan skim perkhidmatan pasukan bantuan perubatan dan kesihatan awam yang telah digerakkan setakat 29 September 2020:

Pasukan bantuan akan membantu melakukan pengesanan kontak, saringan komuniti di lapangan, menjaga pusat kuarantin dan hospital. Selain itu, seramai 10 orang Pegawai Sains Mikrobiologi dan lima (5) orang Juruteknologi Makmal (JTM) telah dihantar ke Hospital Tawau, Hospital Lahad Datu, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas dan Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu bagi membantu proses saringan COVID-19 di makmal.

KKM juga telah mula mengarahkan seramai 72 Jururawat Terlatih (JT) untuk bertugas di Hospital Kunak, Hospital Queen Elizabeth, Hospital Tenom, Hospital Beluran, Hospital Keningau, Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, dan Hospital Kota Belud.

Mulai Oktober 2020, sejumlah 140 Pegawai Perubatan dan 225 orang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan ditempatkan di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengikut kekosongan dan keperluan perkhidmatan semasa, termasuk di klinik, hospital dan Pejabat Kesihatan Kawasan seluruh Sabah. Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. Pada masa yang sama, kebajikan petugas kesihatan dan perubatan juga perlu diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM, dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Ini termasuk aspek logistik, latihan, keperluan Personal Protective Equipment (PPE) yang bersesuaian dengan tugasan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 September 2020 @ 5.00 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR6 (3)2,672
SELANGOR102,271
SABAH351,877
NEGERI SEMBILAN11,049
JOHOR8767
SARAWAK4713
PAHANG2379
KEDAH13367
PERAK1271
MELAKA0266
KELANTAN2164
PULAU PINANG1144
TERENGGANU3120
W.P. PUTRAJAYA0100
PERLIS236
W.P. LABUAN128
JUMLAH KESELURUHAN89 (3)11,224

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

30 September 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 28 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 9,967 confirmed COVID-19 cases have been discharged (88.8% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

30 September 2020, 12 pm – a total of 89 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 11,224 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,121 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 89 additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, all non-Malaysians. They were travellers from the following countries:

  • Netherlands – 2 cases reported in Kuala Lumpur.
  • Indonesia – 1 case reported in Kuala Lumpur.

Of the 86 local transmission cases reported today, 84 cases are Malaysians and two (2) cases are non-Malaysians. Of the 86 cases, a total of 25 cases have a history of travel to Sabah. Cumulatively there are now 88 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 35 cases
    • 18 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
    • 9 cases from the Bangau-Bangau Cluster, all Malaysians.
    • 3 cases from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 10,273), all Malaysians.
    • 4 cases from the Benteng LD Cluster, all Malaysians.
    • 1 case from post-mortem screening in Tawau Hospital, a Malaysian.
  • Kedah: 13 cases
    • 5 cases from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,129), all Malaysians.
    • 3 cases from the Tembok Cluster, a new cluster, all Malaysians.
    • 2 casesfrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
    • 2 cases from symptomatic screening, both Malaysians.
    • 1 case from the Sungai Cluster, a Malaysian.
  • Selangor: 10 cases
    • 5 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
    • 2 cases from symptomatic screening, both Malaysians.
    • 2 cases from screening prior to starting work, both Malaysians.
    • 1 case from pre-departure screening returning to the country of origin, a non-Malaysian.
  • Johor: 8 cases
    • 7 cases from the Bakawali Cluster, all Malaysians.
    • 1 casefrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
  • Sarawak: 4 cases
    • 3 casesfrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
    • 1 case from screening at the International Port of Entry from Peninsular Malaysia, a Malaysian.
  • Kuala Lumpur: 3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
  • Terengganu: 3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
  • Pahang: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
  • Kelantan: 2 cases from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,132), both Malaysians.
  • Perlis: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
  • Negeri Sembilan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
  • Perak: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
  • Pulau Pinang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
  • Labuan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a non-Malaysian.

Currently, 16 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support.

Regretfully two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 136 COVID-19 deaths in Malaysia (1.21% of total cumulative cases).

  • Death #135 (Case 11,207 case) is a 46-year-old Malaysian man with a history of diabetes, heart disease and kidney disease. He developed symptoms on 21 September 2020. On 28 September 2020, he had shortness of breath and was taken to the Emergency Department of Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah. His condition deteriorated and he was pronounced dead on the same day at 6.15 pm. His COVID-19 screening result was found to be positive.
  • Death #136 (Case 11,185) is a 70-year-old Malaysian man with a history of end-stage cancer. He died at home on 26 September 2020 and was taken to the Forensic Unit of Tawau Hospital, Sabah. His COVID-19 screening result was found to be positive on 29 September 2020.

MOH extends its condolences to their family members.

A New Cluster: The Tembok Cluster, Kedah

MOH would like to inform that a new cluster has been identified in Kedah. The index case for this cluster is a Malaysian (Case 11,207) and the Death #135 reported today. His COVID-19 screening test was found to be positive on 28 September 2020. Subsequently, screening of close contacts was conducted and two (2) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. They are both Malaysians and have been admitted into Sultanah Bahiyah Hospital for treatment.

As of 30 September 2020, 12 pm, a total of 169 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Three (3) confirmed COVID-19 cases
  • 166 individuals awaiting results

The cause of the infection is still under investigation.

Current Status of Four Clusters

The Benteng LD Cluster, Sabah

Four (4) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 879 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 30 September 2020, 12 pm, a total of 11,846 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by districts involved is as follows:

  • Tawau (8,875 individuals screened):
    • 655 confirmed COVID-19 cases (4 additional cases reported today)
    • 6,873 individuals tested negative
    • 1,347 individuals awaiting results
  • Lahad Datu (2,964 screened):
    • 220 confirmed COVID-19 cases
    • 2,261 individuals tested negative
    • 483 individuals awaiting results
  • Kinabatangan (5 screened):
    • Two (2) confirmed COVID-19 cases
    • 3 individuals tested negative
  • Sandakan: 2 screened and both are confirmed COVID-19 cases.

From the total number of screenings for this cluster till present, the breakdown is as follows:

  • 1,773 prisoners and detainees, with 676 confirmed COVID-19 cases
  • 1,176 staff from the Lahad Datu District Police QH and Tawau Prison, with 26 confirmed COVID-19 cases
  • 1,398 family members of staff and prisoners, with 33 confirmed COVID-19 cases
  • 1,623 personnel from other government agencies, all tested negative for COVID-19
  • 5,876 social close contacts, with 144 confirmed COVID-19 cases

Of the cumulative 879 confirmed COVID-19 cases, 525 cases are among Malaysians, while 354 cases are among non-Malaysians from:

  • Philippines – 223 cases
  • Indonesia – 130 cases
  • Timor-Leste – 1 case

The number of cases will be constantly updated and the categories for confirmed cases may change depending on the latest information from field investigations.

The Bangau-Bangau Cluster, Sabah

Nine (9) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 287 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 30 September 2020, 12 pm, a total of 458 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening is as follows:

  • 287 confirmed COVID-19 cases (9 additional cases reported today)
  • 51 individuals tested negative
  • 120 individuals awaiting results

Of the 287 confirmed COVID-19 cases, 231 are Malaysians and 56 are Filipino nationals.

The Bakawali Cluster, Johor

Seven (7) additional confirmed COVID-19 cases are reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 11 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 30 September 2020, 12 pm, a total of 168 individuals have been screened in this cluster. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  • Johor (161 individuals screened):
    • 11 confirmed COVID-19 cases (7 additional cases reported today)
    • 70 individuals tested negative
    • 80 individuals awaiting results
  • Selangor: 5 individuals screened and awaiting results
  • Melaka: 1 individual screened and awaiting result
  • Kelantan: 1 individual screened and awaiting result

All 11 confirmed cases in this cluster are Malaysians.

The Sungai Cluster, Kedah

One (1) additional confirmed COVID-19 case is reported for this cluster today. Cumulatively, there are now 100 confirmed COVID-19 cases in this cluster. As of 30 September 2020, 12 pm, a total of 25,406 individuals have been screened. The breakdown of screening by states involved is as follows:

  • Kedah (25,186 individuals screened):
    • 99 confirmed COVID-19 cases (1 additional case reported today)
    • 25,087 individuals tested negative
  • Pulau Pinang (142 screened): all tested negative
  • Perlis (78 screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 77 individuals tested negative

Of the 100 confirmed COVID-19 cases in this cluster, 99 are Malaysians and one (1) is a Thai national.

Screening of close contacts and active case detection for all these clusters are still ongoing. The latest status of these clusters will be informed from time to time.

Mobilisation of Health and Medical Support Teams to Sabah

MOH has mobilised support teams to Tawau, Lahad Datu, Semporna, and Kunak, Sabah to assist in managing the current COVID-19 situation in these districts. The mobilisation of support teams within Sabah has been done since the beginning of the increase in the number of COVID-19 cases. In addition, MOH has also and is continuing to mobilise support teams in stages from Sarawak, Labuan and Peninsular Malaysia starting from 23 September 2020.

The following is the breakdown by districts and service schemes of the medical and public health support teams that have been mobilised as of 29 September 2020:

  1. Tawau
    • 2 Paediatricians
    • 1 Anesthesiologist
    • 22 Medical Officers
    • 3 Assistant Medical Officers
    • 4 Nurses
    • 4 Assistant Health & Environment Officers
    • 1 Driver
  2. Lahad Datu
    • 1 Paediatrician
    • 23 Medical Officers
    • 2 Assistant Medical Officers
    • 3 Nurses
    • 7 Assistant Health & Environment Officers
    • 2 Drivers
  3. Semporna
    • 2 Medical Officers
    • 5 Assistant Medical Officers
    • 5 Nurses
    • 5 Assistant Health & Environment Officers
    • 1 Driver

The support teams will assist in contact tracing, community screening in the field, and manning quarantine centres and hospitals. In addition, a total of 10 Microbiology Science Officers and 5 Laboratory Technologists were sent to Tawau Hospital, Lahad Datu Hospital, Queen Elizabeth Hospital, Likas Women and Children’s Hospital and Kota Kinabalu Public Health Laboratory to assist in the process of COVID-19 screening in the respective laboratories.

MOH has also re-assigned a total of 72 Nurses to work at Kunak Hospital, Queen Elizabeth Hospital, Tenom Hospital, Beluran Hospital, Keningau Hospital, Likas Women and Children’s Hospital, and Kota Belud Hospital.

Starting from October 2020, a total of 140 Medical Officers and 225 Assistant Medical Officers will be assigned to the Sabah State Health Department based on current vacancies and service requirements, including health clinics, hospitals and Area Health Offices throughout Sabah. Human resource needs assessment will continue to be conducted to help control the current situation of the COVID-19 transmission in Sabah, while ensuring the continuity of existing health services. At the same time, the welfare of all healthcare workers will also be given priority to ensure that they, as the main assets of MOH, can carry out their duties well. This includes aspects of logistics, training, and Personal Protective Equipment (PPE) requirements that are appropriate to the tasks.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

30 September 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 30 September 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
WP Kuala Lumpur6 (3)2,672
Selangor102,271
Sabah351,877
Negeri Sembilan11,049
Johor8767
Sarawak4713
Pahang2379
Kedah13367
Perak1271
Melaka0266
Kelantan2164
Pulau Pinang1144
Terengganu3120
WP Putrajaya0100
Perlis236
WP Labuan128
Total89 (3)11,224

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases