STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 47 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 kini melebihi 5 angka, iaitu sebanyak 10,014 kes (87.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 1 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 260 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 11,484 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,334 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 260 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:
- United Kingdom: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Daripada 259 kes penularan di dalam negara, 130 kes adalah warganegara Malaysia dan 129 kes adalah bukan warganegara. Daripada 259 kes tersebut juga, sebanyak 31 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 119 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 118 kes
- 74 kes daripada Kluster Laut yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara;
- 11 kes saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- 10 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Enam (6) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Bakau yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Sakong yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Joo Hwa yang melibatkan bukan warganegara;
- Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan masuk kerja yang melibatkan bukan warganegara.
- Kedah: 98 kes
- 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok yang melibatkan 35 kes warganegara dan 53 kes bukan warganegara;
- Lima (5) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11212 yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Tiga (3) daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Ketil yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) saringan bergejala yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 13 kes
- 12 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11251 yang melibatkan warganegara.
- Selangor: 13 kes
- Sembilan (9) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;dan
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
- Johor: Lima (5) kes
- Empat (4) kes daripada Kluster Bakawali yang kesemuanya melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Selasih yang kesemuanya melibatkan warganegara. Satu (1) kes mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko tinggi (Sabah).
- Terengganu: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Perlis: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara.
- Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat 20 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana tiga (3) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 136 kes (1.18 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di:
- Selangor (1 kluster);
- Sabah (1 kluster);
- Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kluster); dan
- Kedah (1 kluster).
KLUSTER JALAN MERU, SELANGOR
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Klang, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11148) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 30 tahun. Kes mula bergejala sejak 24 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 29 September 2020 dan kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Jalan Meru dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan. Semua kontak rapat sedang dikenal pasti dan saringan sedang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat.
KLUSTER JOO HWA, SABAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10273) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 14 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 20 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Joo Hwa dikenal pasti. Kes positif dalam kluster ini melibatkan empat (4) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Lima (5) dikesan positif COVID-19;
- 11 individu dikesan negatif; dan
- 110 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
KLUSTER SELASIH, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11134) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kota Kinabalu, Melangkap dan Kundasang, Sabah pada 13 hingga 20 September 2020 dan 24 hingga 27 September 2020. Kes mula bergejala demam dan batuk sejak 25 September 2020. Kes tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada 27 September 2020 dan saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Selasih dikenal pasti. Enam (6) kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 28 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
- Lapan (8) dikesan negatif; dan
- 13 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
KLUSTER BAH KETIL, KEDAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Baling dan Langkawi, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11129) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Tawau, Sabah pada 17 hingga 21 September 2020. Kes bergejala batuk dan sakit otot bermula pada 24 September 2020 dan mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani, Kedah. Saringan COVID-19 kes indeks dikesan positif pada 28 September 2020. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan lapan (8) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Ketil dikenal pasti. Kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Langkawi, Kedah untuk rawatan.
Sehingga 1 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 252 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
KES HARIAN COVID-19 YANG KEDUA TERTINGGI PERNAH DICATAT DI MALAYSIA
Untuk makluman semua, Malaysia pernah mencatatkan kes COVID-19 tertinggi pada 4 Jun 2020 iaitu sebanyak 277 kes, yang mana 270 kes adalah di kalangan bukan warganegara daripada Depot Tahanan Imigresen (DTI) Bukit Jalil. Dengan 260 kes positif COVID-19 dicatat pada hari ini, ianya merupakan kedua tertinggi pernah dicatatkan di Malaysia setakat ini. Ini sememangnya angka yang amat merisaukan. Bilangan kes ketiga tertinggi pula dicatat pada 26 Mac 2020 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa 1, iaitu sebanyak 235 kes yang terdiri daripada penularan di dalam negara yang melibatkan
- 27 kes import; dan
- 208 kes penularan di dalam negara yang melibatkan 157 kes warganegara Malaysia dan 51 kes bukan warganegara.
Jika dilihat pada peningkatan kes mutakhir ini, ianya tertumpu di dua buah negeri iaitu Sabah dan Kedah. Namun kini terdapat juga kes-kes dan kluster-kluster baharu yang dikesan di negeri-negeri yang lain.
KKM mengambil maklum pengumuman hari ini oleh Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai pelaksanaan Kawalan Rentas Daerah di seluruh negeri Sabah yang akan berkuatkuasa mulai jam 12:01 malam 3 Oktober 2020 sehingga 16 Oktober 2020. Pada masa yang sama Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat daerah iaitu Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna yang diumumkan sebelum ini kekal berkuatkuasa seperti biasa.
Diharapkan pendekatan yang lebih agresif ini akan membantu mengawal situasi penularan COVID-19 di negeri Sabah. Pada masa yang sama, KKM dan agensi-agensi berkaitan akan berusaha sedaya upaya bagi mengawal penularan COVID-19 di seluruh Malaysia. Kerjasama semua pihak adalah amat-amat diperlukan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
1 Oktober 2020 @ 5.00 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 1 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 14 (1) | 2,686 |
SELANGOR | 13 | 2,284 |
SABAH | 118 | 1,995 |
NEGERI SEMBILAN | 0 | 1,049 |
JOHOR | 5 | 772 |
SARAWAK | 0 | 713 |
PAHANG | 1 | 380 |
KEDAH | 98 | 465 |
PERAK | 0 | 271 |
MELAKA | 1 | 267 |
KELANTAN | 0 | 164 |
PULAU PINANG | 1 | 145 |
TERENGGANU | 2 | 122 |
W.P. PUTRAJAYA | 5 | 105 |
PERLIS | 2 | 38 |
W.P. LABUAN | 0 | 28 |
JUMLAH KESELURUHAN | 260 (1) | 11,484 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
1 October 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 47 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,014 confirmed COVID-19 cases have been discharged (87.2% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
1 October 2020, 12 pm – a total of 260 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 11,484 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,334 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 260 additional cases reported today, one (1) is an imported case who was infected overseas, a non-Malaysian; a traveller from:
- United Kingdom – 1 case reported in Kuala Lumpur.
Of the 259 local transmission cases reported today, 130 cases are Malaysians and 129 cases are non-Malaysians. Of the 259 cases, a total of 31 cases have a history of travel to Sabah. Cumulatively there are now 119 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.
The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 118 cases
- 74 cases from the Laut Cluster, all non-Malaysians.
- 10 cases from the Benteng LD Cluster, all Malaysians.
- 10 cases from the Bangau-Bangau Cluster, 9 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 11 cases from symptomatic screening, all Malaysians.
- 6 cases from community screening, all Malaysians.
- 1 case from the Bakau Cluster, a Malaysian.
- 1 case from the Joo Hwa Cluster, a new cluster, a non-Malaysian.
- 1 case from the Sakong Cluster, a Malaysian.
- 1 case from a hospital referral screening, a Malaysian.
- 1 case from pre-surgery screening, a Malaysian.
- 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case, a Malaysian.
- 1 case from screening prior to starting work, a non-Malaysian.
- Kedah: 98 cases
- 88 cases from the Tembok Cluster, involving 35 Malaysians and 53 non-Malaysians.
- 5 cases from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,212), all Malaysians.
- 3 cases from the Bah Ketil Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 1 casefrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- 1 case from symptomatic screening, a Malaysian.
- Kuala Lumpur: 13 cases
- 12 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,251), a Malaysian.
- Selangor: 13 cases
- 9 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 3 cases from Jalan Meru Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 1 case from symptomatic screening, a Malaysian.
- Johor: 5 cases
- 4 cases from the Bakawali Cluster, all Malaysians.
- 1 casefrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Putrajaya: 5 cases from the Selasih Cluster, a new cluster, all Malaysians. The index case was from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), Malaysian.
- Terengganu: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Perlis: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Pahang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Pulau Pinang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
Currently, 20 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with three (3) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 136 COVID-19 deaths in Malaysia (1.18% of total cumulative cases).

Four New Clusters
MOH would like to inform that four (4) new clusters have been identified today:
- Selangor – 1 cluster
- Sabah – 1 cluster
- Putrajaya – 1 cluster
- Kedah – 1 cluster
The Jalan Meru Cluster, Selangor
This new cluster was identified in Klang, Selangor. The index case of this cluster (Case 11,148) is a 30-year-old Malaysian man. He developed symptoms on 24 September 2020. The COVID-19 screening test was positive on 29 September 2020 and he was admitted into Sungai Buloh Hospital. Subsequently, screening of close contacts was conducted and three (3) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. All these confirmed cases are Malaysians. They were admitted into Sungai Buloh Hospital for treatment.
Close contacts are being identified and screening is being planned by the District Health Office involved.
The Joo Hwa Cluster, Sabah
This new cluster was identified in Tawau, Sabah. The index case of this cluster (Case 10,273) is a 31-year-old Malaysian man. He developed fever and cough since 14 September 2020. The COVID-19 screening test was positive on 20 September 2020. Subsequently, screening of close contacts was conducted and four (4) additional confirmed COVID-19 positive cases for this cluster were identified. All these confirmed cases are Malaysians. They were admitted into Tawau Hospital for treatment.
As of 1 October 2020, 12 pm, a total of 126 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Five (5) confirmed COVID-19 cases
- 11 individuals tested negative
- 110 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
The Selasih Cluster, Putrajaya
This new cluster has been identified in Putrajaya. The index case of this cluster (Case 11,134) is a 37-year-old Malaysian man who has a history of travel to Kota Kinabalu, Melangkap and Kundasang, Sabah from 13 to 20 September 2020, and from 24 to 27 September 2020. He developed fever and cough since 25 September 2020. He arrived at Kuala Lumpur International Airport (KLIA) on 27 September 2020 and the COVID-19 screening test was positive on 28 September 2020. Subsequently, screening of close contacts was conducted and six (6) additiona confirmed COVID-19 for this cluster were identified. These six (6) confirmed cases are Malaysians. They were admitted into Sungai Buloh Hospital for treatment.
As of 1 October 2020, 12 pm, a total of 28 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Seven (7) confirmed COVID-19 cases
- 8 individuals tested negative
- 13 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
The Bah Ketil Cluster, Kedah
This new cluster has been identified in the districts of Baling and Langkawi, Kedah. The index case of this cluster (Case 11,129) is a 39-year-old Malaysian man who has a history of travel to Tawau, Sabah on 17 to 21 September 2020. He developed cough and myalgia on 24 September 2020 and sought treatment at a medical centre in Sungai Petani, Kedah. The COVID-19 screening test was positive on 28 September 2020. Subsequently, screening of close contacts was conducted and eight (8) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. Three (3) of these cases are Malaysians. They were admitted into Sultanah Bahiyah Hospital and Langkawi Hospital, Kedah for treatment.
As of 1 October 2020, 12 pm, a total of 252 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Nine (9) confirmed COVID-19 cases
- 203 individuals tested negative
- 40 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
The Second Highest Number of COVID-19 Cases Recorded in Malaysia
MOH would like to inform that Malaysia once recorded the highest number of COVID-19 cases on 4 June 2020 i.e. 277 cases, of which 270 cases were among non-Malaysians from the Bukit Jalil Immigration Detention Centre. With 260 confirmed COVID-19 cases reported today, this is the second highest daily number ever recorded in Malaysia so far. This is indeed a troubling figure. The third highest number of cases was recorded on 26 March 2020 during Phase 1 of the Movement Control Order (MCO) with 235 cases consisting of:
- 27 imported cases
- 208 local transmission cases, involving 157 Malaysians and 51 non-Malaysians
If we examine the recent increase in cases, they are concentrated in two states i.e. Sabah and Kedah. However, there are now additional cases and new clusters detected in other states.
MOH takes note of today’s announcement by Senior Minister of Defense, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, on the implementation of Inter-District Travel Control throughout Sabah that will take effect from 12:01 midnight 3 October 2020 until 16 October 2020. At the same time, the Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) in four districts i.e. Tawau, Lahad Datu, Kunak and Semporna, that was previously announced, remains in force as usual.
It is hoped that this more aggressive approach will help control the COVID-19 transmission situation in Sabah. At the same time, MOH and related agencies will continue to do their best to control the transmission of COVID-19 infection throughout Malaysia. The cooperation of all parties is very much needed.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
1 October 2020 @ 5.00 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 1 October 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 14 (1) | 2,686 |
Selangor | 13 | 2,284 |
Sabah | 118 | 1,995 |
Negeri Sembilan | 0 | 1,049 |
Johor | 5 | 772 |
Sarawak | 0 | 713 |
Pahang | 1 | 380 |
Kedah | 98 | 465 |
Perak | 0 | 271 |
Melaka | 1 | 267 |
Kelantan | 0 | 164 |
Pulau Pinang | 1 | 145 |
Terengganu | 2 | 122 |
WP Putrajaya | 5 | 105 |
Perlis | 2 | 38 |
WP Labuan | 0 | 28 |
Total | 260 (1) | 11,484 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.