Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 3 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 121 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,216 kes (84.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 317 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,088 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,735 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua 317 kes adalah kes penularan di dalam negara yang melibatkan 303 kes di kalangan warganegara dan 14 kes bukan warganegara. Daripada 317 kes tersebut, sebanyak 37 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 176 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 155 kes
    • 100 kes saringan bergejala yang melibatkan 96 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
    • 35 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 33 warganegara dan dua (2) bukan warganegara;
    • 10 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
    • Empat (4) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Laut yang melibatkan bukan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Joo Hwa yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Buang Sayang yang melibatkan warganegara.
  • Kedah: 102 kes 
    • 97 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 93 kes warganegara dan empat (4) kes bukan warganegara;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lunas yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara.
  • Selangor: 32 kes
    • 15 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan 14 kes warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
    • 12 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; 
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11047 dan kes ke-11147 yang melibatkan warganegara.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11477 yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes saringan di Pintu Masuk Domestik yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jelok yang melibatkan warganegara.
  • Johor: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan 
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
  • Sarawak: Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Pulau Pinang: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kessaringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
  • Kelantan: Dua (2) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11132 yang melibatkan warganegara.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.

Sehingga kini, terdapat 29 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 137 kes (1.13 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-137 (iaitu kes ke-10939) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 57 tahun yang mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia. Kes mula mengalami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September 2020. Pada 24 September 2020, kes mengalami sesak nafas dan telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Semporna yang kemudian dirujuk ke Hospital Tawau pada hari yang sama. Kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 28 September 2020. Keadaan kes didapati merosot dan disahkan meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 jam 11.44 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • Kedah (2 kluster); dan
  • Selangor (1 kluster).

1) KLUSTER BAH LUNAS, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kulim, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11471) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 35 tahun yang pulang dari kawasan berisiko di negeri Sabah. Kes dikesan positif pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Lunas dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 112 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19;
  • 21 individu dikesan negatif; dan
  • 87 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

2) KLUSTER BAH ROSE, KEDAH

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Muda, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11212) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 48 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Kes dikesan positif COVID-19 pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Bah Rose dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 477 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Kedah (81 disaring):
    • Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
    • 69 individu dikesan negatif; dan
    • Lima (5) individu masih menunggu keputusan.
  • Pulau Pinang (396 disaring):
    • Satu (1) dikesan positif COVID-19;
    • 71 individu dikesan negatif; dan
    • 324 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

3) KLUSTER JELOK, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11788) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 27 tahun. Kes dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 1 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 bagi Kluster Jelok dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

Sehingga 3 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Empat (4) dikesan positif COVID-19; dan
  • Empat (4) individu dikesan negatif.

Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

PENINGKATAN KES HARIAN COVID-19 DI MALAYSIA

Adalah didapati tren jumlah dan pecahan kes baharu positif COVID-19 pada hari ini adalah lebih kurang sama seperti yang dilaporkan akhir-akhir ini, di mana masih berlaku peningkatan kes di Kluster Tembok, Kedah yang mencatat 97 kes dan juga kes-kes di negeri Sabah yang mencatat 155 kes. Selebihnya, 65 kes dilaporkan di beberapa negeri lain. Ini termasuk 37 kes yang merupakan pengunjung pulang dari negeri Sabah yang telah dapat dikesan susulan ujian saringan yang dijalankan oleh KKM ke atas mereka.

Malahan, tren jumlah kes harian ini adalah hasil tindakan aktif dan agresif di lapangan untuk mengekang penularan COVID-19. Antara tindakan yang telah dijalankan termasuk:

  1. Pengesanan Kontak Rapat iaitu Active Case Detection (ACD) bagi kes-kes positif COVID-19;
  2. Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan tamat pada 25 September 2020, di mana seramai 18,701 orang telah disaring, meliputi 18,614 penduduk warganegara Malaysia dan 87 orang bukan warganegara. Daripada aktiviti tersebut, sejumlah 44 orang telah dikesan positif (43 orang warganegara Malaysia dan seorang bukan warganegara). Manakala sebanyak 18,657 lagi adalah negatif COVID-19 (18,571 warganegara dan 86 bukan warganegara).
  3. Saringan bersasar di empat (4) daerah Perintah Kawalan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di Sabah;
  4. Saringan Bagi Pengunjung dari Sabah di Setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik). Sejak pelaksanaan saringan bagi pengunjung dari Sabah di setiap Pintu Masuk (Antarabangsa dan Domestik), sejumlah 13,032 individu telah disaring dan 176 kes telah dikesan COVID-19.
  5. Saringan Kumpulan Berisiko Tinggi, di mana antara saringan dijalankan terhadap warga emas di rumah jagaan, saringan tahanan imigresen, dan saringan petugas Kesihatan; dan
  6. Aktiviti Survelan melalui pemantauan kes-kes Influenza-Like Illness (ILI), Severe Acute Respiratory Illness (SARI), saringan pra pembedahan dan lain-lain aktiviti survelan di lapangan.

Bagi memastikan situasi penularan COVID-19 di negeri Sabah dapat dikawal dengan segera, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan, menghantar peralatan Personal Protection Equipment (PPE), alat-alat bantuan pernafasan (ventilator) dan juga membuka pusat rawatan berisiko rendah bagi dijadikan pusat kuarantin dan menempatkan kes-kes positif COVID-19 yang stabil. Tindakan ini telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi, dan telah dipertingkatkan mengikut keperluan semasa di negeri Sabah.

Negeri Sabah mempunyai enam (6) buah Hospital dan enam (6) Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) yang masing-masing mempunyai kapasiti 590 katil dan 1,396 katil. Sehingga 2 Oktober 2020, kadar penggunaan katil adalah sebanyak 69 peratus di hospital KKM dan 31 peratus di PKRC. Bagi Perkhidmatan Rawatan Rapi pula, Sabah mempunyai 66 katil yang dikhususkan bagi merawat pesakit COVID-19 yang kritikal dan kadar penggunaan adalah sebanyak 23 peratus.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
W.P. KUALA LUMPUR42,691
SELANGOR322,347
SABAH1552,263
NEGERI SEMBILAN11,052
JOHOR4777
SARAWAK3716
KEDAH102696
PAHANG0381
PERAK0274
MELAKA0267
KELANTAN2168
PULAU PINANG3148
TERENGGANU9134
W.P. PUTRAJAYA2107
PERLIS038
W.P. LABUAN029
JUMLAH KESELURUHAN317 (0)12,088

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

3 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 121 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,216 confirmed COVID-19 cases have been discharged (84.5% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

3 October 2020, 12 pm – a total of 317 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 12,088 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,735 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

All 317 cases reported today are local transmission cases involving 303 Malaysians and 14 non-Malaysians. Of the 317 cases, 37 cases have a history of travel to Sabah. Cumulatively there are now 176 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 155 cases
    • 100 cases from symptomatic screening, involving 96 Malaysians and 4 non-Malaysians.
    • 35 cases from the Bangau-Bangau Cluster, 33 Malaysians and 2 non-Malaysians
    • 10 cases from the Benteng LD Cluster, all Malaysians.
    • 4 cases from community screening, all Malaysians.
    • 3 cases from the Laut Cluster, all non-Malaysians.
    • 2 cases from the Joo Hwa Cluster, both Malaysians.
    • 1 case from the Buang Sayang Cluster, a Malaysian.
  • Kedah: 102 cases
    • 97 cases from the Tembok Cluster, 93 Malaysians and 4 non-Malaysians.
    • 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
    • 2 cases from the Bah Lunas Cluster, a new cluster, both Malaysians.
    • 1 case from the Bah Ketil Cluster, a Malaysian.
  • Selangor: 32 cases
    • 15 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), 14 Malaysians and 1 non-Malaysian.
    • 12 cases from the Jalan Meru Cluster, all Malaysians.
    • 3 cases from the Jelok Cluster, a new cluster, all Malaysians.
    • 2 cases from screening of close contacts to two confirmed COVID-19 cases (Case 11,047 and Case 11,147), both Malaysians.
  • Terengganu: 9 cases
    • 7 casesfrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
    • 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,477), a Malaysian.
    • 1 case from screening at the Domestic Port of Entry, a Malaysian.
  • Kuala Lumpur: 4 cases
    •  2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
    • 1 case from the Jalan Meru Cluster, a Malaysian.
    • 1 case from the Jelok Cluster, a new cluster, a Malaysian.
  • Johor: 4 cases
    •  3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
    • 1 case from the Jalan Meru Cluster, a Malaysian.
  • Sarawak: 3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
  • Pulau Pinang: 3 cases
    • 2 casesfrom screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
    • 1 case from the Bah Rose Cluster, a new cluster, a Malaysian.
  • Kelantan: 2 cases from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,132), both Malaysians.
  • Putrajaya: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
  • Negeri Sembilan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.

Currently, 29 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 137 COVID-19 deaths in Malaysia (1.13% of total cumulative cases).

  • Death #137 (Case 10,939) is a 57-year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension and dyslipidaemia. He developed cough, loss of appetite and fever since 10 September 2020. On 24 September 2020, he had shortness of breath and was taken to the Emergency and Trauma Department, Semporna Hospital; and he was later referred to Tawau Hospital on the same day. He was admitted into the ICU and required ventilation support. The COVID-19 screening test was positive on 28 September 2020. His health condition deteriorated, and he was pronounced dead on 2 October 2020, 11.44 pm.

MOH extends its condolences to his family members.

Three New Clusters

MOH would like to inform that three (3) new clusters have been identified today:

  • Kedah – 2 clusters
  • Selangor – 1 cluster

The Bah Lunas Cluster, Kedah

This new cluster has been identified in Kulim, Kedah. The index case of this cluster (Case 11,471) is a 35-year-old Malaysian man who returned from a high-risk area in Sabah. He tested positive for COVID-19 on 30 September 2020 and was admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah. Subsequently, screening of close contacts was conducted and three (3) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. All these confirmed cases are Malaysians and they were admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Alor Setar, Kedah.

As of 3 October 2020, 12 pm, a total of 112 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Four (4) confirmed COVID-19 case
  • 21 individuals tested negative
  • 87 individuals awaiting results

The cause of the infection is still under investigation.

The Bah Rose Cluster, Kedah

This new cluster has been identified in Kuala Muda, Kedah. The index case of this cluster (Case 11,212) is a 48-year-old Malaysian man with a history of travel to Sabah. He tested positive for COVID-19 on 29 September 2020 and was admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah. Subsequently, screening of close contacts was conducted and seven (7) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. All these confirmed cases are Malaysians and they were also admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah for treatment.

As of 3 October 2020, 12 pm, a total of 477 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Kedah (81 individuals screened):
    • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
    • 69 individuals tested negative
    • 5 individuals awaiting results
  • Pulau Pinang (396 screened):
    • One (1) confirmed COVID-19 case
    • 71 individuals tested negative
    • 324 individuals awaiting results

The cause of the infection is still under investigation.

The Jelok Cluster, Selangor

This new cluster has been identified in Selangor and Kuala Lumpur. The index case of this cluster (Case 11,788) is a 27-year-old Malaysian man. He tested positive for COVID-19 through symptomatic screening on 1 October 2020 and was admitted into Sungai Buloh Hospital. Subsequently, screening of close contacts was conducted and three (3) additional confirmed COVID-19 cases for this cluster were identified. All these confirmed cases are Malaysians and they were also admitted into Sungai Buloh Hospital for treatment.

As of 3 October 2020, 12 pm, a total of eight (8) individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Four (4) confirmed COVID-19 cases
  • 4 individuals tested negative

The cause of the infection is still under investigation.

Increase in Daily COVID-19 Cases in Malaysia

The trend in the numbers and breakdown of new confirmed COVID-19 cases today is almost similar as reported recently, whereby there is still an increase in cases in the Tembok Cluster, Kedah that reported 97 additional cases and 155 cases reported in Sabah. The remaining 65 cases are reported in several other states. This includes 37 cases among individuals returning from Sabah who were detected through screening conducted by the MOH.

In fact, this increasing trend in the number of daily cases is the result of active and aggressive measures in the field to curb the transmission of COVID-19. Among the measures that have been taken are:

  • Active Contact Detection for confirmed COVID-19 cases.
  • The administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) in Kota Setar that started on 11 September 2020 and ended on 25 September 2020, where a total of 18,701 individuals were screened, covering 18,614 Malaysians and 87 non-Malaysians. From the screening, a total of 44 confirmed COVID-19 cases were detected i.e. 43 Malaysians and one non-Malaysian. The remaining 18,657 individuals tested negative for COVID-19 i.e. 18,571 Malaysians and 86 non-Malaysians.
  • Targeted Screening in four (4) districts of the Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) in Sabah.
  • Screening for Visitors from Sabah at all Ports of Entry (International and Domestic). Since the implementation of this screening, a total of 13,032 individuals have been screened and 176 confirmed COVID-19 cases were detected.
  • High-Risk Group Screening, which includes screening of older adults in nursing or care homes, screening of immigration detainees, and screening of healthcare workers (HCWs).
  • Surveillance through monitoring of Influenza-Like Illness (ILI) cases, Severe Acute Respiratory Illness (SARI) cases, pre-surgery screening and other field surveillance activities.

To ensure that the current situation of COVID-19 transmission in Sabah can be controlled immediately, MOH has mobilised support teams, delivered Personal Protection Equipment (PPE) and ventilators, and also opened a low-risk treatment centre to be used as a quarantine centre and to house stable confirmed COVID-19 cases. These actions have been taken since the beginning of the increase in the number of COVID-19 cases in Sabah and has been increased according to the current needs in the state.

Sabah has six Hospitals and seven COVID-19 Low Risk Quarantine and Treatment Centres (PKRC), with a capacity of 590 beds and 1,396 beds respectively. As of 2 October 2020, the bed occupancy rate is 69% in MOH hospitals and 31% in the PKRC. As for the Intensive Care Services, Sabah has 66 beds dedicated to treating critical COVID-19 patients and the bed occupancy rate is currently at 23%.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

3 October 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 3 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
WP Kuala Lumpur42,691
Selangor322,347
Sabah1552,263
Negeri Sembilan11,052
Johor4777
Sarawak3716
Kedah102696
Pahang0381
Perak0274
Melaka0267
Kelantan2168
Pulau Pinang3148
Terengganu9134
WP Putrajaya2107
Perlis038
WP Labuan029
Total317 (0)12,088

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases