STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 67 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,283 kes (83.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 4 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 293 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,381 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,961 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 293 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara mengembara dari negara:
- Bangladesh: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan saringan sign-on.
Daripada 292 kes penularan di dalam negara, 269 kes adalah warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara. Daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 206 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 126 kes
- 13 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 12 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- 14 kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan dua (2) warganegara dan 12 bukan warganegara;
- Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kau Sing yang melibatkan dua (2) warganegara dan 2 bukan warganegara;
- 78 kes saringan bergejala yang melibatkan 74 warganegara dan empat (4) bukan warganegara;
- 12 kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan masuk wad yang melibatkan bukan warganegara.
- Kedah: 113 kes
- 112 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 111 warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Rose yang melibatkan warganegara.
- Selangor: 31 kes
- 13 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
- 13 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Embun yang melibatkan warganegara; dan
- Dua (2) kes saringan kontak rapat yang melibatkan warganegara.
- Johor: Lapan (8) kes
- Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan pulang ke negara asal yang melibatkan bukan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan pekerjaan yang melibatkan bukan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Negeri Sembilan: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Perak: Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Pulau Pinang: Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11133 yang melibatkan warganegara.
- Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Sarawak: Satu (1) kes saringan sign-on yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat 28 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat (4) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.10 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- Sabah (1 kluster); dan
- Selangor (1 kluster).
1) KLUSTER KAU SING, SABAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Tawau, Sabah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-10755) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Daripada tujuh (7) kes yang dikesan positif, sebanyak lima (5) kes merupakan warganegara Malaysia dan dua (2) kes bukan warganegara. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.
Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
- Sembilan (9) individu dikesan negatif; dan
- 11 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
2) KLUSTER EMBUN, SELANGOR
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11147) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif COVID-19 melalui saringan individu bergejala pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan empat (4) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.
Sehingga 4 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 52 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Lima (5) dikesan positif COVID-19;
- 21 individu dikesan negatif; dan
- 26 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.
STATUS TERKINI LIMA (5) KLUSTER AKTIF DENGAN KES POSITIF COVID-19 HARI INI
Status terkini lain-lain kluster aktif yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini adalah seperti berikut:
Bil | Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Jumlah Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Kes Sembuh | *BWN | Jumlah Kematian |
1 | Tembok | Kedah Perak | Kota Setar, Taiping | 112 | 429 | 3,860 | 428 (0) | 0 | 58 | 1 |
2 | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan | 14 | 948 | 12,997 | 229 (0) | 719 | 381 | 0 |
3 | Jalan Meru | Selangor, Johor, Kelantan, WPKL & Putrajaya | Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai | 14 | 38 | 168 | 38 (0) | 0 | 0 | 0 |
4 | Bangau Bangau | Sabah | Semporna | 13 | 360 | 836 | 337 (4) | 22 | 59 | 1 |
5 | Kau Sing | Sabah | Tawau | 4 | 7 | 27 | 7 (0) | 0 | 2 | 0 |
6 | Embun | Selangor | Hulu Langat, Gombak | 3 | 5 | 52 | 5 (0) | 0 | 0 | 0 |
7 | Bah Rose | Kedah, Pulau Pinang | Kuala Muda, Seberang Perai (U) | 1 | 9 | 499 | 9 (1) | 0 | 0 | 0 |
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN BERSASAR (PKPDB) SECARA PENTADBIRAN DI PENJARA ALOR SETAR, KEDAH
KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di Penjara Alor Setar, Kedah yang akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 6 Oktober 2020. Ini susulan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 di kawasan Penjara Alor Setar. PKPDB ini akan melibatkan kawasan penjara dan kuarters kakitangan penjara.
Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kawasan ini dan bekerjasama dengan pelbagai agensi pihak berwajib.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 3 (1) | 2,694 |
SABAH | 126 | 2,389 |
SELANGOR | 31 | 2,378 |
NEGERI SEMBILAN | 2 | 1,054 |
KEDAH | 113 | 809 |
JOHOR | 8 | 785 |
SARAWAK | 1 | 717 |
PAHANG | 0 | 381 |
PERAK | 2 | 276 |
MELAKA | 0 | 267 |
KELANTAN | 1 | 169 |
PULAU PINANG | 1 | 149 |
TERENGGANU | 0 | 134 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 107 |
PERLIS | 0 | 38 |
W.P. LABUAN | 5 | 34 |
JUMLAH KESELURUHAN | 293 (1) | 12,381 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
4 October 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 67 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,283 confirmed COVID-19 cases been discharged (83.1% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
4 October 2020, 12 pm – a total of 293 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 12,381 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,961 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 293 cases reported today, one (1) is an imported case who was infected overseas, a non-Malaysian who was a traveller from:
- Bangladesh – 1 case reported in Kuala Lumpur, detected from a sign-on screening.
Of the 292 local transmission cases, 269 cases are Malaysians and 23 cases non-Malaysians. Of the 292 cases, 30 cases have a history of travel to Sabah. Cumulatively there are now 206 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.
The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 126 cases
- 13 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 12 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 14 cases from the Benteng LD Cluster, 2 Malaysians and 12 non-Malaysians.
- 4 cases from the Kau Sing Cluster, a new cluster, involving 2 Malaysians and 2 non-Malaysians.
- 78 cases from symptomatic screening, 74 Malaysians and 4 non-Malaysians.
- 12 cases from screening of close contacts, all Malaysians.
- 2 cases from screening prior to starting work, both Malaysians.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Illness (SARI) screening, a Malaysian.
- 1 case from community screening, a Malaysian.
- 1 case from hospital admission screening, a non-Malaysian.
- Kedah: 113 cases
- 112 cases from the Tembok Cluster, 111 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 1 case from the Bah Rose Cluster, a Malaysian.
- Selangor: 31 cases
- 13 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 13 cases from the Jalan Meru Cluster, all Malaysians.
- 3 cases from the Embun Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 2 cases from screening of close contacts, both Malaysians.
- Johor: 8 cases
- 6 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 1 case from pre-departure screening prior to returning to country of origin, a non-Malaysian.
- 1 case from workplace screening, a non-Malaysian.
- Labuan: 5 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- Kuala Lumpur: 2 cases
- 1 case from the Jalan Meru Cluster, a Malaysian.
- 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Negeri Sembilan: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Perak: 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- Pulau Pinang: 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,133), a Malaysian.
- Kelantan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Sarawak: 1 case from sign-on screening, a Malaysian.
Currently, 28 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with four (4) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 137 COVID-19 deaths in Malaysia (1.10% of total cumulative cases).

Two New Clusters
MOH would like to inform that two (2) new clusters have been identified today:
- Sabah – 1 cluster
- Selangor – 1 cluster
- The Kau Sing Cluster, Sabah
This new cluster has been identified in Tawau, Sabah. The index case of this cluster (Case 10,755) is a 29-year-old Malaysian man who tested positive for COVID-19 through a symptomatic screening on 25 September 2020 and was admitted into Tawau Hospital, Sabah. Subsequently, screening of close contacts was conducted and six (6) additional confirmed COVID-19 cases were identified. Of the seven (7) confirmed cases detected, five (5) are Malaysians and two (2) non-Malaysians. They were all admitted into Tawau Hospital, Sabah.
As of 4 October 2020, 12 pm, a total of 27 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Seven (7) confirmed COVID-19 cases
- 9 individuals tested negative
- 11 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
2. The Embun Cluster, Selangor
This new cluster has been identified in Hulu Langat, Selangor. The index case of this cluster (Case 11,147) is a 41-year-old Malaysian man who tested positive for COVID-19 through a symptomatic screening on 29 September 2020 and was admitted into Sungai Buloh Hospital. Subsequently, screening of close contacts was conducted and four (4) additional confirmed COVID-19 cases were identified. All these confirmed cases are Malaysians. They were also admitted into Sungai Buloh Hospital for treatment.
As of 4 October 2020, 12 pm, a total of 52 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Five (5) confirmed COVID-19 cases
- 21 individuals tested negative
- 26 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
Current Status of the Five Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today
The current status of active clusters with additional confirmed COVID-19 cases reported today is as follows:
Cluster | States | Districts | Additional cases | Total cases | Total screened | Active cases (ICU) | Total recovered | Non-M’sians | Total deaths | |
1. | Tembok | Kedah Perak | Kota Setar Taiping | 112 | 429 | 3,860 | 428 (0) | 0 | 58 | 1 |
2. | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu Tawau Sandakan Kinabatangan | 14 | 948 | 12,997 | 229 (0) | 719 | 381 | 0 |
3. | Jalan Meru | Selangor Johor Kelantan K.Lumpur | Hulu Langat Klang Gombak Petaling Johor Bahru Kota Bharu Titiwangsa Lembah Pantai | 14 | 38 | 168 | 38 (0) | 0 | 0 | 0 |
4. | Bangau-Bangau | Sabah | Semporna | 13 | 360 | 836 | 337 (4) | 22 | 59 | 1 |
5. | Kau Sing | Sabah | Tawau | 4 | 7 | 27 | 7 (0) | 0 | 2 | 0 |
6. | Embun | Selangor | Hulu Langat Gombak | 3 | 5 | 52 | 5 (0) | 0 | 0 | 0 |
7. | Bah Rose | Kedah P.Pinang | Kuala Kedah Seberang Perai (U) | 1 | 9 | 499 | 9 (1) | 0 | 0 | 0 |
The Administrative Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) at Alor Setar Prison, Kedah
MOH takes note of the announcement by the Senior Minister of Defense, Dato’ Seri Ismail bin Sabri earlier today on the implementation of the administrative Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) at Alor Setar Prison, Kedah that will take effect from 12.01 midnight, 6 October 2020. This decision was taken following the sharp increase in COVID-19 confirmed cases in the Alor Setar Prison area. This TEMCO will cover the prison areas and quarters of prison staff.
The implementation of the TEMCO is to curb the infection and transmission of COVID-19 in the affected area as well as to enable targeted case detection to be carried out over a period of 14 days. MOH will continue to carry out control and prevention measures in this area and work with various agencies and authorities.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
4 October 2020 @ 5.30 pm
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 4 October 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 3 (1) | 2,694 |
Sabah | 126 | 2,389 |
Selangor | 31 | 2,378 |
Negeri Sembilan | 2 | 1,054 |
Kedah | 113 | 809 |
Johor | 8 | 785 |
Sarawak | 1 | 717 |
Pahang | 0 | 381 |
Perak | 2 | 276 |
Melaka | 0 | 267 |
Kelantan | 1 | 169 |
Pulau Pinang | 1 | 149 |
Terengganu | 0 | 134 |
WP Putrajaya | 0 | 107 |
Perlis | 0 | 38 |
WP Labuan | 5 | 34 |
Total | 293 (1) | 12,381 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster
You must be logged in to post a comment.