STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 57 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,340 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 5 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 432 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 12,813 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,336 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Ingin dimaklumkan daripada 432 kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:
- India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara;
- Kuwait: Satu (1) kes dilaporkan di Sarawak yang merupakan warganegara; dan
- Myanmar: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan bukan warganegara.
Daripada 429 kes penularan di dalam negara, 409 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 429 kes tersebut juga, sebanyak 224 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah. 29 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 235 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 130 kes
- 57 kes saringan bergejala yang melibatkan 54 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
- 39 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 38 warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- 16 kes saringan kontak rapat yang melibatkan 11 warganegara dan lima (5) bukan warganegara;
- Enam (6) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan lima (5) warganegara dan satu (1) bukan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada Kluster Benteng LD yang melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes saringan tempat kerja yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes Influenza-Like Illness (ILI)yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes pra pembedahan yang melibatkan warganegara.
- Kedah: 241 kes
- 224 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 215 warganegara dan sembilan (9) bukan warganegara;
- 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sintok yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jeram yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Bah Ketil yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Sungai yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan bergejala yang melibatkan warganegara.
- Selangor: 34 kes
- 17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang kesemuanya melibatkan warganegara;
- Sembilan (9) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
- Tiga (3) kes daripada Kluster Seri Anggerik yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes bergejala yang melibatkan warganegara;
- Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-11143 yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes saringan sign off kapal yang melibatkan bukan warganegara.
- Terengganu: Lima (5) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tanjung yang melibatkan warganegara; dan
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 iaitu kes ke-12082 yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Lima (5) kes
- Dua (2) kes daripada Kluster Seri Setia yang melibatkan warganegara;
- Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Johor: Dua (2) kes
- Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara.
- Perak: Dua (2) kes
- Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
- Satu (1) saringan kemasukan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh yang melibatkan warganegara.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
- Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Pahang: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
- Kelantan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sehingga kini, terdapat 32 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana lapan (8) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 137 kes (1.07 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

TIGA (3) KLUSTER BAHARU
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- Kedah (2 kluster); dan
- Terengganu (1 kluster).
1) KLUSTER BAH SINTOK, KEDAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-12072) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 23 tahun yang baru pulang dari Sabah pada 20 September 2020. Kes mempunyai gejala demam, selesema dan sakit kepala sejak 22 September 2020. Saringan COVID-19 dikesan positif pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan 11 lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Kesemua kes yang dikesan positif merupakan warganegara Malaysia dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.
Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 165 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- 12 dikesan positif COVID-19;
- 61 individu dikesan negatif; dan
- 92 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan masih dalam siasatan.
2) KLUSTER JERAM, KEDAH
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kubang Pasu, Kedah. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11211) adalah seorang pesakit perempuan warganegara Malaysia berumur 31 tahun. Kes bergejala batuk dan sakit kepala sejak 25 September 2020 dan telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tunjang pada 28 September 2020 di mana saringan COVID-19 dijalankan. Kes dikesan positif pada 29 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan tiga (3) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Ketiga-tiga kes positif ini melibatkan petugas kesihatan. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah untuk rawatan.
Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 65 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Empat (4) dikesan positif COVID-19;
- 50 individu dikesan negatif; dan
- 11 individu masih menunggu keputusan.
Proses pembersihan dan nyah kuman di fasiliti kesihatan yang berkaitan telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Kedah. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
3) KLUSTER BAH TANJUNG, TERENGGANU
Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-11477) adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 46 tahun. Kes mempunyai sejarah perjalanan ke Semporna, Sabah dari 10 sehingga 27 September 2020. Kes bergejala sakit tekak dan demam sejak 28 September 2020. Kes dikesan positif COVID-19 pada 30 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka juga telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang untuk rawatan.
Sehingga 5 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 245 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:
- Tujuh (7) dikesan positif COVID-19;
- 113 individu dikesan negatif; dan
- 125 individu masih menunggu keputusan.
Punca jangkitan masih dalam siasatan.
STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER AKTIF DENGAN KES POSITIF COVID-19 HARI INI
Status terkini lain-lain kluster yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini adalah seperti berikut:
Bil | Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Jumlah Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Kes Sembuh | *BWN | Jumlah Kematian |
1 | Tembok | Kedah Perak | Kota Setar, Kamunting,Kubang Pasu, Pendang | 224 | 653 | 4,431 | 652 (3) | 0 | 67 | 1 |
2 | Bangau – Bangau | Sabah | Semporna, Tawau | 39 | 399 | 836 | 376 (4) | 22 | 60 | 1 |
3 | Bah Sintok | Kedah | Kubang Pasu | 11 | 12 | 165 | 12 (0) | 0 | 0 | 0 |
4 | Jalan Meru | Selangor, Johor, Kelantan, WPKL & Putrajaya | Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong | 10 | 48 | 350 | 48 (0) | 0 | 0 | 0 |
5 | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan | 3 | 951 | 14,061 | 231 (0) | 720 | 381 | 0 |
6 | Seri Anggerik | Selangor | Hulu Selangor | 3 | 17 | 75 | 17 (1) | 0 | 0 | 0 |
7 | Bah Tanjung | Terengganu | Kuala Nerus | 3 | 7 | 245 | 7 (0) | 0 | 0 | 0 |
8 | Jeram | Kedah | Kubang Pasu | 3 | 4 | 65 | 4 (0) | 0 | 0 | 0 |
9 | Selasih | WPKL & Putrajaya, Selangor | WP Putrajaya, Sepang | 2 | 9 | 120 | 9 (0) | 0 | 0 | 0 |
10 | Seri Setia | Selangor, WPKL & Putrajaya | Petaling, Gombak, TItiwangsa | 2 | 6 | 55 | 6 (0) | 0 | 0 | 0 |
11 | Sungai | Kedah, Perlis | Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Kangar | 1 | 101 | 25, 406 | 35 (1) | 65 | 1 | 1 |
12 | Bah Ketil | Kedah | Baling, Langkawi | 1 | 11 | 291 | 11 (1) | 0 | 0 | 0 |
13 | Benteng PK | Selangor | Klang, Kuala Langat | 1 | 11 | 149 | 11 (0) | 0 | 8 | 0 |
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) DI KOTA KINABALU, PENAMPANG DAN PUTATAN, SABAH
KKM mengambil maklum pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Ismail bin Sabri sebentar tadi iaitu susulan keputusan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri hari ini, di mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam ini, 7 Oktober 2020. Ini susulan peningkatan kes positif COVID-19 di ketiga-tiga kawasan tersebut.
Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam kawasan tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari. KKM akan terus menjalankan langkah-langkah kawalan dan pencegahan di kawasan ini dan bekerjasama dengan pelbagai agensi pihak berwajib.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
5 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 5 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
W.P. KUALA LUMPUR | 7 (2) | 2,701 |
SABAH | 130 | 2,519 |
SELANGOR | 34 | 2,412 |
NEGERI SEMBILAN | 1 | 1,055 |
KEDAH | 241 | 1,050 |
JOHOR | 2 | 787 |
SARAWAK | 1 (1) | 718 |
PAHANG | 1 | 382 |
PERAK | 2 | 278 |
MELAKA | 1 | 268 |
KELANTAN | 1 | 170 |
PULAU PINANG | 0 | 149 |
TERENGGANU | 5 | 139 |
W.P. PUTRAJAYA | 2 | 109 |
PERLIS | 0 | 38 |
W.P. LABUAN | 4 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 432 (3) | 12,813 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
5 October 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 57 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,340 confirmed COVID-19 cases have been discharged (80.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia
5 October 2020, 12 pm – a total of 432 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 12,813 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 2,336 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Of the 432 cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and one (1) non-Malaysian who were travellers from:
- India – 1 case reported in Kuala Lumpur, a Malaysian.
- Kuwait – 1 case reported in Sarawak, a Malaysian.
- Myanmar – 1 case reported in Kuala Lumpur, a non-Malaysian.
Of the 429 local transmission cases, 409 cases are Malaysians and 20 cases non-Malaysians. Of the 429 cases, 224 cases are those detected in the Tembok Cluster, a prison in Kedah. In addition, 29 cases have a history of travel to Sabah; therefore, cumulatively there are now 235 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.
The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 130 cases
- 57 cases from symptomatic screening, 54 Malaysians and 3 non-Malaysians.
- 39 cases from the Bangau-Bangau Cluster, involving 38 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 16 cases from screening of close contacts, 11 Malaysians and 5 non-Malaysians.
- 6 cases from screening of healthcare workers (HCWs), 5 Malaysians and 1 non-Malaysian.
- 3 cases from the Benteng LD Cluster, all Malaysians.
- 3 cases from workplace screening, all Malaysians.
- 2 cases from Severe Acute Respiratory Illness (SARI) screening, both Malaysians.
- 2 cases from community screening, both Malaysians.
- 1 case from Influenza-Like Illness (ILI) screening, a Malaysian.
- 1 case from pre-surgery screening, a Malaysian.
- Kedah: 241 cases
- 224 cases from the Tembok Cluster, 215 Malaysians and 9 non-Malaysians.
- 11 cases from the Bah Sintok Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 3 cases from the Jeram Cluster, a new cluster, all Malaysians.
- 1 case from the Bah Ketil Cluster, a Malaysian.
- 1 case from the Sungai Cluster, a Malaysian.
- 1 case from symptomatic screening, a Malaysian.
- Selangor: 34 cases
- 17 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- 9 cases from the Jalan Meru Cluster, all Malaysians.
- 3 cases from the Seri Anggerik Cluster, all Malaysians.
- 1 case from the Benteng PK Cluster, a Malaysian.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Illness (SARI) screening, a Malaysian.
- 1 case from symptomatic screening, a Malaysian.
- 1 casefrom screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 11,143), a Malaysian.
- 1 case from a ship sign-off screening, a non-Malaysian.
- Terengganu: 5 cases
- 4 cases from the Bah Tanjung Cluster a new cluster, all Malaysians.
- 2 casesfrom screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 12,082), both Malaysians.
- Kuala Lumpur: 5 cases
- 2 cases from the Seri Setia Cluster, both Malaysians.
- 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), both Malaysians.
- 1 case from the Jalan Meru Cluster, a Malaysian.
- Labuan: 4 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), all Malaysians.
- Johor: 2 cases
- 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Illness (SARI) screening, a Malaysian.
- Perak: 2 cases
- 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- 1 case from hospital pre-admission screening into Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh, a Malaysian.
- Putrajaya: 2 cases from the Selasih Cluster, both Malaysians.
- Negeri Sembilan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Pahang: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
- Kelantan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
Currently, 32 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with eight (8) patients on ventilation support.
No additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 137 COVID-19 deaths in Malaysia (1.07% of total cumulative cases).

Three New Clusters
MOH would like to inform that three (3) new clusters have been identified today:
- Kedah – 2 clusters
- Terengganu – 1 cluster
The Bah Sintok Cluster, Kedah
This new cluster has been identified in Kubang Pasu, Kedah. The index case of this cluster (Case 12,072) is a 23-year-old Malaysian man who had just returned from Sabah on 20 September 2020. He developed fever, flu and headache since 22 September 2020. The COVID-19 screening test was found to be positive on 2 October 2020 and he was admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah. Subsequently, screening of close contacts was conducted, and 11 additional confirmed COVID-19 cases were identified. All the confirmed cases are Malaysians and have been admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah.
As of 5 October 2020, 12 pm, a total of 165 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- 12 confirmed COVID-19 cases
- 61 individuals tested negative
- 92 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
The Jeram Cluster, Kedah
This new cluster has been identified in Kubang Pasu, Kedah. The index case of this cluster (Case 11,211) is a 31-year-old Malaysian woman. She developed cough and headache since 25 September 2020 and sought treated at the Tunjang Health Clinic on 28 September 2020, where a COVID-19 screening test was conducted. The case was found to be positive on 29 September 2020 and was admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah. Subsequently, screening of close contacts was conducted and three (3) additional confirmed COVID-19 cases were identified. All three confirmed cases involved healthcare workers (HCWs). They were also admitted into Sultanah Bahiyah Hospital, Kedah for treatment.
As of 5 October 2020, 12 pm, a total of 65 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Four (4) confirmed COVID-19 cases
- 50 individuals tested negative
- 11 individuals awaiting results
Cleaning and disinfection at the relevant healthcare facilities have been carried out by the Kubang Pasu District Health Office, Kedah. The cause of the infection is still under investigation.
The Bah Tanjung Cluster, Terengganu
This new cluster has been identified in Kuala Nerus, Terengganu. The index case of this cluster (Case 11,477) is a 46-year-old Malaysian man. He has a history of travel to Semporna, Sabah from 10 to 27 September 2020. He developed sore throat and fever since 28 September 2020. He was found positive for COVID-19 on 30 September 2020 and was admitted into Hulu Terengganu Hospital, Kuala Berang. Subsequently, screening of close contacts was conducted and six (6) additional confirmed COVID-19 cases were identified. All these confirmed cases are Malaysians and they were also admitted into Hulu Terengganu Hospital, Kuala Berang for treatment.
As of 5 October 2020, 12 pm, a total of 245 individuals have been screened. The screening results are as follows:
- Seven (7) confirmed COVID-19 cases
- 113 individuals tested negative
- 125 individuals awaiting results
The cause of the infection is still under investigation.
Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today
A summary of the current status of active clusters with additional confirmed COVID-19 cases reported today is shown in Appendix 2.
The Conditional Movement Control Order (CMCO) in Kota Kinabalu, Penampang and Putatan, Sabah
MOH takes note of the announcement by the Senior Minister of Defense, Dato ‘Seri Ismail bin Sabri earlier today, following the decision of the Special Meeting of Ministers today, whereby the implementation of the Conditional Movement Control Order (CMCO) in Kota Kinabalu, Penampang and Putatan districts will take effect at 12.01 midnight, 7 October 2020. This follows the increase in confirmed COVID-19 cases in all three areas.
The implementation of the CMCO is to curb the infection and transmission of COVID-19 in these areas as well as to enable targeted case detection to be carried out over a period of 14 days. MOH will continue to implement control and prevention measures in these areas and work with various agencies and authorities.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
5 October 2020 @ 5.30 pm
Appendix 1
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 5 October 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
WP Kuala Lumpur | 7 (2) | 2,701 |
Sabah | 130 | 2,519 |
Selangor | 34 | 2,412 |
Negeri Sembilan | 1 | 1,055 |
Kedah | 241 | 1,050 |
Johor | 2 | 787 |
Sarawak | 1 (1) | 718 |
Pahang | 1 | 382 |
Perak | 2 | 278 |
Melaka | 1 | 268 |
Kelantan | 1 | 170 |
Pulau Pinang | 0 | 149 |
Terengganu | 5 | 139 |
WP Putrajaya | 2 | 109 |
Perlis | 0 | 38 |
WP Labuan | 4 | 38 |
Total | 432 (3) | 12,813 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Appendix 2
Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today
(5 October 2020)
Cluster | States | Districts | Additional cases | Total cases | Total screened | Active cases (ICU) | Total recovered | Non-M’sians | Total deaths | |
1. | Tembok | Kedah Perak | Kota Setar Kamunting Kubang Pasu Pendang | 224 | 653 | 4,431 | 652 (3) | 0 | 67 | 1 |
2. | Bangau-Bangau | Sabah | Semporna Tawau | 39 | 399 | 836 | 376 (4) | 22 | 60 | 1 |
3. | Bah Sintok | Kedah | Kubang Pasu | 11 | 12 | 165 | 12 (0) | 0 | 0 | 0 |
4. | Jalan Meru | Selangor Johor Kelantan WPKL & Putrajaya | Hulu Langat Klang Gombak Petaling Hulu Selangor Kuala Selangor Johor Bharu Kota Bharu Titiwangsa Lembah Pantai Kepong | 10 | 48 | 350 | 48 (0) | 0 | 0 | 0 |
5. | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu Tawau Sandakan Kinabatangan | 3 | 951 | 14,061 | 231 (0) | 720 | 381 | 0 |
6. | Seri Anggerik | Selangor | Hulu Selangor | 3 | 17 | 75 | 17 (1) | 0 | 0 | 0 |
7. | Bah Tanjung | Terengganu | Kuala Nerus | 3 | 7 | 245 | 7 (0) | 0 | 0 | 0 |
8. | Jeram | Kedah | Kubang Pasu | 3 | 4 | 65 | 4 (0) | 0 | 0 | 0 |
9. | Selasih | WPKL & Putrajaya Selangor | WP Putrajaya Sepang | 2 | 9 | 120 | 9 (0) | 0 | 0 | 0 |
10. | Seri Setia | Selangor WPKL & Putrajaya | Petaling Gombak TItiwangsa | 2 | 6 | 55 | 6 (0) | 0 | 0 | 0 |
11. | Sungai | Kedah Perlis | Kota Setar Kubang Pasu Pokok Sena Kangar | 1 | 101 | 25, 406 | 35 (1) | 65 | 1 | 1 |
12. | Bah Ketil | Kedah | Baling Langkawi | 1 | 11 | 291 | 11 (1) | 0 | 0 | 0 |
13. | Benteng PK | Selangor | Klang Kuala Langat | 1 | 11 | 149 | 11 (0) | 0 | 8 | 0 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.