Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 74 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,501 kes (75.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 7 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, KKM ingin memaklumkan bahawa 139 kes telah dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara di Kedah (iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini, 34 kes daripada lain-lain kluster, 314 kes-kes lain di dalam komuniti dan dua (2) kes import. Secara keseluruhannya, 489 kes baharu telah dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,993 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,351 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 489 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan warganegara; dan
  • Kepulauan Maldives: Satu (1) kes dilaporkan di Selangor yang merupakan bukan warganegara.

Daripada 487 kes penularan di dalam negara, 467 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 487 kes tersebut juga, dimaklumkan sekali lagi bahawa sebanyak 139 kes adalah merupakan kes yang dikesan daripada Kluster Tembok iaitu di Penjara Alor Setar dan Pokok Sena, Kedah (iaitu meliputi 28.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes) hari ini. Kesemua kes positif dalam Kluster Tembok merupakan kluster terasing di dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran dan di dalam penjara. Ini bermakna mereka terasing daripada masyarakat.

Daripada 487 kes penularan di dalam negara, 15 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 283 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 282 kes
    • 182 kes saringan komuniti;
    • 71 kes saringan bergejala;
    • 22 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Laut;
    • Dua (2) kes saringan kemasukan ke hospital; dan
    • Satu (1) kes saringan rujukan ke hospital;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
    • Satu (1) kes saringan tahanan.
  • Kedah: 153 kes 
    • 139 kes daripada Kluster Tembok; dan
    • 14 kes daripada Kluster Bah Sintok.
  • Selangor: 19 kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ini termasuk satu (1) kes daripada Kluster Selasih;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Jalan Meru; 
    • Tiga (3) kes saringan bergejala;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Benteng PK;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Embun;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan kendiri.
  • Pulau Pinang: Tujuh (7) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Reman; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Enam (6) kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.
  • Perak:  Empat (4) kes 
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong;
    • Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes
    • Dua (2) kessaringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) saringan bergejala; dan
    • Satu (1) kesdaripada Kluster Bah Tanjung.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes saringan masuk Sarawak;
    • Satu (1) kes saringan pra pembedahan; dan
    • Satu (1) kes saringan pra perkahwinan.
  • Sarawak: Tiga (3) kes
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes
    • saringan Pintu Masuk Domestik.
  • Pahang: Dua (2) kes
    • Satu (1) kessaringan sebelum ke luar negara; dan
    • Satu (1) kessaringan pra pembedahan.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kessaringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kessaringan kemasukan ke hospital (pengiring).
  • Negeri Sembilan: Satu (1) kes saringan pra-pembedahan.
  • Kelantan: Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 40 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 141 kes (1.01 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (23 KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER BAH PUCHONG

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Selangor iaitu di daerah Petaling dan di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13061, kes ke-13065 dan kes ke-13069) dikenal pasti positif COVID-19 pada 5 Oktober 2020 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). Ketiga-tiga mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan dua (2) lagi kes positif COVID-19 di Perak iaitu di daerah Larut, Matang dan Selama serta daerah Kinta dikenal pasti. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

Sehingga 7 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Selangor (12 individu disaring):
    • Tiga (3) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) individu masih menunggu keputusan.
  • Perak (27 individu disaring):
    • Dua (2) kes dikesan positif COVID-19; dan
    • 25 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

2) KLUSTER PENJARA REMAN

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-13499) adalah merupakan kes kematian ke-141. Beliau merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 85 tahun yang telah dijumpai tidak sedarkan diri pada awal pagi 5 Oktober 2020 di dalam penjara dan disahkan meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. Saringan COVID-19 yang dijalankan pada hari yang sama dikesan positif. Susulan itu, saringan kontak rapat telah dijalankan dan enam (6) lagi kes positif COVID-19 dikenal pasti pada 6 Oktober 2020. Semua kes positif ini melibatkan warganegara Malaysia. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan.

Sehingga 7 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 286 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

  • Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
  • 78 individu negatif; dan
  • 201 individu masih menunggu keputusan.

Punca jangkitan masih dalam siasatan.

STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER AKTIF YANG LAIN DENGAN KES POSITIF COVID-19 PADA HARI INI

Selain daripada dua (2) kluster di atas, terdapat lapan (8) kluster aktif lain yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini iaitu:

  1. Kluster Tembok – 139 kes baharu;
  2. Kluster Bah Sintok - 14 kes baharu;
  3. Kluster Jalan Meru - 4 kes baharu
  4. Kluster Laut - 2 kes baharu;
  5. Kluster Benteng PK - 2 kes baharu;
  6. Kluster Selasih - 2 kes baharu;
  7. Kluster Bah Tanjung - 1 kes baharu; dan
  8. Kluster Embun - 1 kes baharu.

Maklumat lanjut kluster-kluster ini adalah seperti di Lampiran 2.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH2823,020
W.P. KUALA LUMPUR4 (1)2,711
SELANGOR20 (1)2,471
KEDAH1531,600
NEGERI SEMBILAN11,063
JOHOR6799
SARAWAK3724
PAHANG2384
PERAK4290
MELAKA0268
KELANTAN1171
PULAU PINANG7159
TERENGGANU4144
W.P. PUTRAJAYA2112
W.P. LABUAN039
PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN489 (2)13,993

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(7 Oktober 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1.TembokKedah PerakKota Setar Kamunting Kubang Pasu Pendang1391,1865,1131,185 (5)0711
2.Bah SintokKedahKubang Pasu142942829 (0)000
3.Jalan MeruSelangor Johor Kelantan WPKL & PutrajayaHulu Langat Klang Gombak Petaling Hulu Selangor Kuala Selangor Johor Bharu Kota Bharu Titiwangsa Lembah Pantai Kepong46750267 (0)000
4.LautSabahKunak2104586104 (0)01040
5.Benteng PKSelangorKlang Kuala Langat21515315 (0)080
6.SelasihWPKL & Putrajaya SelangorWP Putrajaya Sepang21218412 (0)000
7.Bah TanjungTerengganuKuala Nerus182528 (0)000
8.EmbunSelangorHulu Langat Gombak171547 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

7 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 74 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,501 confirmed COVID-19 cases have been discharged (75.0% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

7 October 2020, 12 pm, MOH would like to inform that 139 cases were detected in the Tembok Cluster, a prison in Kedah (i.e. 28.4% of the total cases) reported today, 34 cases from other active clusters, 314 other cases in the community and two (2) imported cases. In total, 489 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 13,993 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 3,351 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 489 cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and one (1) non-Malaysian who were travellers from:

  • India – 1 case reported in Kuala Lumpur, a Malaysian.
  • Maldives – 1 case reported in Selangor, a non-Malaysian.

Of the 487 local transmission cases, 467 cases are Malaysians and 20 cases non-Malaysians. Of the 487 cases, 139 cases are those detected in the Tembok Cluster, in Alor Setar Prison and Pokok Sena, Kedah (28.4% of total cases) reported today. All the confirmed cases in the Tembok Cluster are in an isolated cluster within the administrative Enhanced Movement Control Order (EMCO) area and within the prison. Therefore, these cases are isolated from the local communities.

Of the 487 local transmission cases, 15 cases were individuals with history of travel from Sabah; therefore, cumulatively there are now 283 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 282 cases
    • 182 cases from community screening.
    • 71 cases from symptomatic screening.
    • 22 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from the Laut Cluster.
    • 2 cases from hospital admission screening.
    • 1 case from hospital referral screening.
    • 1 case from pre-surgery screening.
    • 1 case from screening of detainees.
  • Kedah: 153 cases
    • 139 cases from the Tembok Cluster.
    • 14 cases from the Bah Sintok Cluster.
  • Selangor: 19 cases
    • 7 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah). This includes 1 case from the Selasih Cluster.
    • 4 cases from the Jalan Meru Cluster.
    • 3 cases from symptomatic screening.
    • 2 cases from the Benteng PK Cluster.
    • 1 case from the Embun Cluster
    • 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.
    • 1 case from self-initiated screening.
  • Pulau Pinang: 7 cases
    • 6 cases from the Penjara Reman Cluster, a new cluster.
    • 1 casefrom screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.
  • Johor: 6 cases
    • 5 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from the Selasih Cluster.
  • Perak: 4 cases
    • 2 cases from the Bah Puchong Cluster, a new cluster.
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 casefrom screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.
  • Terengganu: 4 cases
    • 2 casesfrom screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.
    • 1 case from symptomatic screening.
    • 1 case from the Bah Tanjung Cluster.
  • Kuala Lumpur: 3 cases
    • 1 case from the Sarawak pre-entry screening.
    • 1 case from pre-surgery screening.
    • 1 case from pre-marriage screening.
  • Sarawak: 3 cases
    • 2 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah), a Malaysian.
    • 1 case from screening at the Domestic Port of Entry.
  • Pahang: 2 cases
    • 1 case from international travel pre-departure screening.
    • 1 case from pre-surgery screening.
  • Putrajaya: 2 cases
    • 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.
    • 1 case from hospital pre-admission screening (a caregiver).
  • Negeri Sembilan: 1 case from pre-surgery screening.
  • Kelantan: 1 case from screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case.

Currently, 40 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 13 patients on ventilation support.

No additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there remains 141 COVID-19 deaths in Malaysia (1.01% of total cumulative cases).

Two New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that two (2) new clusters have been identified today.

1) The Bah Puchong Clulster

This new cluster has been identified in the Petaling District, Selangor, and the Larut, Matang and Selama District and Kinta District, Perak. The index cases for this cluster (Cases 13,061, 13,065 and 13,069) were detected positive for COVID-19 on 5 October 2020 as a result of screening of returnees from high risk areas (Sabah). All three cases were admitted into Sungai Buloh Hospital. Subsequently, screening of close contacts was done and two (2) additional confirmed COVID-19 cases were detected in the Larut, Matang and Selama District and Kinta District. They were admitted into Raja Permaisuri Bainun Hospital, Perak.

As of 7 October 2020, 12 pm, a total of 39 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Selangor (12 individuals screened):
    • Three (3) confirmed COVID-19 cases
    • 9 individuals awaiting results
  • Perak (27 individuals screened):
    • Two (2) confirmed COVID-19 cases
    • 25 individuals awaiting results

The cause of the infection is still under investigation.

2) The Penjara Reman Cluster

This new cluster has been identified in the Timur Laut District, Pulau Pinang. The index case of this cluster (Case 13,499) was Death #141 reported yesterday. He was an 85-year-old Malaysian man who was found unconscious in the early morning of 5 October 2020 in prison and was pronounced dead at Pulau Pinang Hospital. COVID-19 screening test done on the same day was positive. Subsequently, screening of close contacts was conducted and six (6) additional confirmed COVID-19 cases were detected on 6 October 2020. All these confirmed cases are Malaysians. They were admitted into Pulau Pinang Hospital for treatment.

As of 7 October 2020, 12 pm, a total of 286 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Seven (7) confirmed COVID-19 cases
  • 78 individuals tested negative
  • 201 individuals awaiting results

The cause of the infection is still under investigation.

The Current Status of Other Active Clusters Reporting Additional Confirmed COVID-19 Cases Today

Apart from the two clusters above, there are eight (8) other active clusters that have reported additional confirmed COVID-19 cases today:

  • Tembok Cluster – 139 additional cases
  • Bah Sintok Cluster – 14 additional cases
  • Jalan Meru Cluster – 4 additional cases
  • Laut Cluster – 2 additional cases
  • Benteng PK Cluster – 2 additional cases
  • Selasih Cluster – 2 additional cases
  • Bah Tanjung – 1 additional case
  • Embun Cluster – 1 additional case

Further information on these clusters is shown in Appendix 2.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

7 October 2020 @ 5.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 7 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah2823,020
WP Kuala Lumpur4 (1)2,711
Selangor20 (1)2,471
Kedah1531,600
Negeri Sembilan11,063
Johor6799
Sarawak3724
Pahang2384
Perak4290
Melaka0268
Kelantan1171
Pulau Pinang7159
Terengganu4144
WP Putrajaya2112
Perlis039
WP Labuan038
Total489 (2)13,993

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(7 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredNon-M’siansTotal deaths
1.TembokKedah PerakKota Setar Kamunting Kubang Pasu Pendang1391,1865,1131,185 (5)0711
2.Bah SintokKedahKubang Pasu  142942829 (0)000
3.Jalan MeruSelangor Johor Kelantan WPKL & PutrajayaHulu Langat Klang Gombak Petaling Hulu Selangor Kuala Selangor Johor Bharu Kota Bharu Titiwangsa Lembah Pantai Kepong  46750267 (0)000
4.Laut  SabahKunak2104586104 (0)01040
5.Benteng PKSelangorKlang Kuala Langat21515315 (0)080
6.SelasihWPKL & Putrajaya SelangorWP Putrajaya Sepang21218412 (0)000
7.Bah TanjungTerengganuKuala Nerus182528 (0)000
8.EmbunSelangorHulu Langat Gombak171547 (0)000