Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 9 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 188 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,707 kes (72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 354 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 14,722 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 3,863 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, negeri Sabah mencatat 274 kes (77.4 peratus). Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan, terutama di tujuh (7) buah daerah PKPD. Negeri Kedah hanya mencatat 10 kes (2.82 peratus) susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok di penjara-penjara. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 10.2 peratus daripada jumlah  keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 2 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 354 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara melibatkan warganegara Malaysia yang mengembara dari negara:

  • India: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  • Oman: Satu (1) kes dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 332 kes adalah warganegara Malaysia dan 20 kes adalah bukan warganegara. Daripada 352 kes penularan di dalam negara, 23 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 324 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 274 kes
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 22 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
    • 13 kes daripada Kluster Benteng LD;
    • Lima (5) kes daripada Kluster Tujuh Serangkai;
    • Empat (4) kes daripada Kluster Laut;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Tanamera;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bangau-Bangau;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Pulau;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Atap; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 24 kes
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 10 kes 
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Tembok; dan
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok.
  • Sarawak: 10 kes
    • Tujuh (7) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 8 kes
    • Lima (5) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Puchong;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Reman; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Johor: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Terengganu: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Sahabat;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Sintok;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada Kluster Selasih.
  • Perak:  Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Lada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).

Sehingga kini, terdapat 68 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 152 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
14712991Lelaki WN54Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi dan asma  
14814028Lelaki WN68Hospital Semporna-
14914151Perempuan WN66Hospital Queen Elizabeth  Penyakit kencing manis,  darah tinggi dan batuk kering (PTB)  
15014640Perempuan WN58Hospital Tawau-
15114641Perempuan WN57Hospital Semporna  Penyakit darah tinggi  
15214642Lelaki WN64Hospital Queen Elizabeth  Bengkak kelenjar prostat (BPH)

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12880) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 4 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tiga (3) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 49 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di Perak iaitu di daerah Perak Tengah dan daerah Hilir Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12374 kes ke-13978) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 3 Oktober 2020 dan 6 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti dua (2) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 41 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

3) KLUSTER BAH SAHABAT, TERENGGANU

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-10766 dan kes ke-10767) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 25 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 9 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 88 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut:

PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH “HOME SURVEILLANCE ORDER” (HSO)

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan mengenai definisi kontak rapat dan Perintah Home Surveillance Order (HSO). HSO akan diberikan kepada:

  1. Individu yang mempunyai gejala ringan dan tidak memenuhi kriteria bagi kemasukan ke wad iaitu Patient Under Investigation (PUI); ATAU
  2. Individu yang tidak mempunyai gejala, namun mempunyai sejarah perkaitan epidemiologi seperti kontak rapat kepada kes yang dijangkiti COVID-19 iaitu Person Under Surveillance (PUS).

Kontak rapat kepada kes positif COVID-19 merupakan individu yang telah dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdasarkan siasatan lapangan dan penilaian risiko yang dijalankan. Kontak rapat merupakan individu yang mempunyai kontak secara langsung dengan kes positif COVID-19. Ini meliputi individu yang bersemuka secara langsung dengan pesakit COVID-19 pada jarak yang kurang daripada 1 meter atau individu yang mempunyai kontak fizikal dengan kes COVID-19 dalam tempoh 14 hari dari tarikh jangkitan. Antara individu yang dikesan sebagai kontak rapat meliputi:

  • Anggota kesihatan yang memberi perawatan kepada kes COVID-19 yang positif TANPA menggunakan alat perlindungan diri (PPE) yang lengkap; ATAU
  • Ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kes positif COVID-19; ATAU
  • Individu yang duduk berdekatan (kurang 1 meter dengan kes COVID-19) misalnya di pejabat atau di dalam kelas; ATAU
  • Individu dikesan mengembara bersama atau duduk dengan jarak yang dekat (kurang daripada 1 meter) dengan kes positif COVID-19 sepanjang tempoh perjalanan.

Individu yang pernah berhubung dengan kes positif namun tidak tidak dikenal pasti sebagai kontak rapat tidak akan diberikan HSO atau pemakaian gelang. Walau bagaimanapun individu ini dinasihatkan untuk menjalani kuarantin kendiri (self quarantine) dan memantau status kesihatan masing-masing sepanjang tempoh 14 hari serta mengamalkan nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan oleh KKM. Untuk maklumat lanjut, layari pautan:

http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

Lampiran 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH2743,565
W.P. KUALA LUMPUR10 (2)2,733
SELANGOR242,531
KEDAH101,626
NEGERI SEMBILAN41,069
JOHOR5809
SARAWAK10742
PAHANG0385
PERAK1296
MELAKA0269
KELANTAN0171
PULAU PINANG8168
TERENGGANU5154
W.P. PUTRAJAYA2116
W.P. LABUAN150
PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN354 (2)14,722

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(9 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1Ramai-RamaiSabahSandakan224839348 (0)020
2Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan1396716, 363118 (0)8493810
3.TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang71,2075,4531,206 (6)0721
4.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut71550215 (0)011
5.Tujuh SerangkaiSabahTuaran52832528 (0)000
6.LautSabahKunak4113588113 (0)01110
7.Bah SintokKedah, Negeri SembilanKubang Pasu, Seremban43445734 (0)000
8.SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, JohorWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu21523215 (0)000
9TanameraSabahTawau2112611 (0)020
10.Bangau- BangauSabahSemporna, Tawau1430990407 (7)22801
11.Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong18157681 (0)010
12.PulauSabahKunak, Semporna1511,01848 (0)350
13.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat11615516 (0)080
14.Bah PuchongSelangor, Perak, WP Kuala LumpurKlang, Kinta, Larut Matang & Selama, Titiwangsa18548 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

9 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 188 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,707 confirmed COVID-19 cases have been discharged (72.7% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

9 October 2020, 12 pm, a total of 354 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 14,722 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 3,863 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Examining the breakdown of the number of cases today, Sabah reported 274 cases (77.4%). This is due to the increased screening carried out in the field, especially in the seven Enhanced Movement Control Order (EMCO) districts. Kedah only recorded 10 cases (2.82%) following the successful control of the Tembok Cluster in prisons thus far. States in the Klang Valley accounted for 10.2% of the total cases, i.e. Selangor with 24 cases, Kuala Lumpur with 10 cases and Putrajaya with 2 cases.

Of the 354 cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, both Malaysians who were travellers from:

  • India – 1 case reported in Kuala Lumpur
  • Oman – 1 case reported in Kuala Lumpur

Of the 352 local transmission cases, 332 cases are Malaysians and 20 cases non-Malaysians. Of the 352 local transmission cases, 23 cases are individuals with history of travel from Sabah; therefore, cumulatively there are now 324 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 274 cases
    • 120 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 22 cases from the Ramai-Ramai Cluster.
    • 13 cases from the Benteng LD Cluster.
    • 5 cases from the Tujuh Serangkai Cluster.
    • 4 cases from the Laut Cluster.
    • 2 cases from the Tanamera Cluster.
    • 1 case from the Bangau-Bangau Cluster.
    • 1 case from the Pulau Cluster.
    • 1 case from the Atap Cluster, a new cluster.
    • 105 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 24 cases
    • 17 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 3 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from the Benteng PK Cluster.
    • 1 case from the Jalan Meru Cluster.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 10 cases
    • 7 cases from the Tembok Cluster.
    • 3 cases from the Bah Sintok Cluster,
  • Sarawak: 10 cases
    • 7 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 8 cases
    • 5 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from the Bah Puchong Cluster.
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 8 cases
    • 7 casesfrom the Penjara Reman Cluster.
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
  • Johor: 5 cases
    • 4 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
  • Terengganu: 5 cases
    • 3 cases from the Bah Sahabat Cluster, a new cluster.
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
  • Negeri Sembilan: 4 cases
    • 1 case from the Bah Sintok Cluster
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Putrajaya: 2 cases from the Selasih Cluster
  • Perak: 1 case from the Bah Lada Cluster, a new cluster.
  • WP Labuan: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).

Currently, 68 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 25 patients on ventilation support.

Regretfully, six (6) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 152 COVID-19 deaths in Malaysia (1.03% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseSexAge (years)HospitalMedical History
14712,991Male (M’sian)54TawauHypertension & asthma
14814,028Male (M’sian)68Semporna-
14914,151Female (M’sian)66Queen ElizabethDiabetes, hypertension & tuberculosis
15014,640Female (M’sian)58Tawau-
15114,641Female (M’sian)57SempornaHypertension
15214642Male (M’sian64Queen ElizabethBenign Prostatic Hypertrophy (BPH)

MOH extends its condolences to all their family members.

Three New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that there are three new clusters have been identified today:

  • Sabah – 1 cluster
  • Perak – 1 cluster
  • Terengganu – 1 cluster

1)The Atap Cluster, Sabah

This new cluster has been identified in the Kota Kinabalu district, Sabah. The index case for this cluster (Case 12,880) was detected positive for COVID-19 as a result of symptomatic screening on 4 October 2020 and was admitted into Queen Elizabeth Hospital. Screening of close contacts has identified three (3) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 9 October 2020, 12 pm, a total of 49 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Four (4) confirmed COVID-19 cases
  • 36 individuals tested negative
  • 9 individuals awaiting results

2)The Bah Lada Cluster, Perak

This new cluster has been identified in the Perak Tengah district and Hilir Perak district, Perak. The index cases for this cluster (Cases 12,374 and 13,978) were detected positive for COVID-19 as a result of screening of returnees from high risk areas (Sabah) on 3 October 2020 and 6 October 2020. They have been admitted into Raja Permaisuri Bainun Hospital, Perak. Screening of close contacts has detected two (2) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 9 October 2020, 12 pm, a total of 41 individuals have been screened. The screening results are as follows:

Four (4) confirmed COVID-19 cases

31 individuals tested negative

6 individuals awaiting results

3)The Bah Sahabat Cluster, Terengganu

This new cluster has been identified in the Marang district, Kuala Terengganu district and Kuala Nerus district, Terengganu. The index cases for this cluster (Cases 10,766 and 10,767) were detected positive for COVID-19 on 8 October 2020 as a result of s screening of returnees from high risk areas (Sabah) on 25 September 2020, and they were admitted into Hulu Terengganu Hospital, Kuala Berang. Screening of close contacts has detected eight (8) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 9 October 2020, 12 pm, a total of 88 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Ten (10) confirmed COVID-19 cases
  • 34 individuals tested negative.
  • 44 individuals awaiting results

Home Surveillance Order (HSO)

MOH would like to take this opportunity to clarify the definition of close contacts and the Home Surveillance Order (HSO). The HSO will be given to:

  1. Individuals with mild symptoms and do not meet the criteria for admission to the ward i.e. Patient Under Investigation (PUI); OR
  2. Individuals who do not have symptoms (asymptomatic) but have an epidemiological link e.g. close contacts to confirmed COVID-19 cases i.e. Person Under Surveillance (PUS).

Close contacts to confirmed COVID-19 cases are individuals who has been identified by the District Health Office based on the field investigation and risk assessment conducted. A close contact is an individual who has direct contact with a confirmed COVID-19 case. This includes individuals who came face to face with confirmed COVID-19 cases at a distance of less than 1 metre or individuals who have had physical contact with confirmed COVID-19 cases within 14 days from the date of infection. Among the individuals identified as close contacts include:

  • Healthcare workers who provided treatment to confirmed COVID-19 cases WITHOUT using complete personal protective equipment (PPE); OR
  • Family members living in the same household with a confirmed COVID-19 case; OR
  • Individuals being physically close (less than 1 metre) to a confirmed COVID-19 case e.g. in the office or classroom; OR
  • Individuals traveling together or sitting at close range (less than 1 metre) to a confirmed COVID-19 case during the duration of the trip.

Individuals who have been in contact with confirmed COVID-19 cases but have not been identified as close contacts will not be given an HSO or made to wear wristband. However, these individuals are advised to undergo self-quarantine and monitor their health status for a period of 14 days, as well as practice the health advisories that has been issued by the MOH. For more detailed information :

http://covid-19.moh.gov.my/garis-panduan/garis-panduan-kkm

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

9 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 9 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah2743,565
WP Kuala Lumpur10 (2)2,733
Selangor242,531
Kedah101,626
Negeri Sembilan41,069
Johor5809
Sarawak10742
Pahang0385
Perak1296
Melaka0269
Kelantan0171
Pulau Pinang8168
Terengganu5154
WP Putrajaya2116
WP Labuan150
Perlis038
Total354 (2)14,722

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(9 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredNon-M’siansTotal deaths
1.Ramai-RamaiSabahSandakan224839348 (0)020
2.Benteng LDSabahLahad Datu,  Tawau, Sandakan, Kinabatangan1396716, 363118 (0)8493810
3.TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang71,2075,4531,206 (6)0721
4.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut71550215 (0)011
5.Tujuh SerangkaiSabahTuaran52832528 (0)000
6.LautSabahKunak4113588113 (0)01110
7.Bah SintokKedah, Negeri SembilanKubang Pasu, Seremban43445734 (0)000
8.SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, JohorWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu21523215 (0)000
9.TanameraSabahTawau2112611 (0)020
10.Bangau- BangauSabahSemporna, Tawau1430990407 (7)22801
11.Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong18157681 (0)010
12.PulauSabahKunak, Semporna1511,01848 (0)350
13.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat11615516 (0)080
14.Bah PuchongSelangor, Perak, WPKL & PutrajayaKlang, Kinta, Larut Matang & Selama, Titiwangsa18548 (0)000