Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 10 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 73 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 10,780 kes (71.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 10 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 374 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 15,096 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 4,161 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini, ianya menunjukkan tren yang hampir sama dengan semalam. Negeri Sabah mencatat jumlah kes tertinggi iaitu 277 kes (74.1 peratus). Lebih banyak aktiviti saringan terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran, dan kapasiti ujian terus dipertingkatkan. Negeri Kedah pula mencatatkan 27 kes (7.2 peratus) yang kesemuanya adalah daripada Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara manakala kluster-kluster lain adalah terkawal hasil tindakan kesihatan awam yang telah dijalankan. Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 13.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, iaitu Negeri Selangor mencatat 44 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 4 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya 1 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 374 kes baharu yang dilaporkan, dua (2) kes adalah kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dari Filipina dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara.

Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 343 kes adalah warganegara Malaysia dan 29 kes adalah bukan warganegara. Daripada 372 kes penularan di dalam negara, 17 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 341 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 277 kes
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 31 kes daripada kluster-kluster sediada;
    • 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Highway; dan
    • 118 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 44 kes
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sediada;
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Manggis;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Utama;
    • Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tasik;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Simera; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 27 kes daripada Kluster Tembok.
  • Sarawak: 9 kes
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra; dan
    • Satu (1) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sediada;
    • Satu (1) kes saringan COVID-19 lain.
  • Pulau Pinang: Tiga (3) kes daripada Kluster Penjara Reman.
  • Johor: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sediada.

Sehingga kini, terdapat 73 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 155 kes (1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
15314038Lelaki WN61Hospital Tawau  Penyakit kencing manis dan Tuberculosis mata  
15414974Perempuan WN54Hospital Queen Elizabeth  Penyakit kencing manis, darah tinggi dan obesiti  
15514999Lelaki WN51Hospital Semporna  Penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung  

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Selangor - Empat (4) kluster;
  • Sabah – Satu (1) kluster; dan
  • Sarawak - Satu (1) kluster.

1)KLUSTER HIGHWAY, SABAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Belud, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12205) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 3 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti 22 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana:

23 kes dikesan positif COVID-19; dan

36 individu negatif.

2) KLUSTER BAH MANGGIS, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tawau, Sabah dan daerah Kuala Langat, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12866) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bergejala pada 5 Oktober 2020 dan dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 107 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 26 individu negatif; dan
  • 73 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER UTAMA, SELANGOR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Gombak dan Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12549) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 4 Oktober 2020. Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenalpasti sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 114 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • 15 individu negatif; dan
  • 89 individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER TASIK, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan Miri, Sarawak dan daerah Petaling, Hulu Langat dan Klang di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13489) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 3 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Miri. Saringan kontak rapat telah mengesan sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19;
  • Satu (1) individu negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER SIMERA, SELANGOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Besut di negeri Terengganu, daerah Kuantan di negeri Pahang, daerah Petaling, Klang dan Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13991) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil individu bergejala pada 6 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Hulu Terengganu, Kuala Berang. Saringan kontak rapat telah mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 126 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 88 individu negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER PUTRA, SARAWAK

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Bintulu, Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14696) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di pintu masuk ke negeri Sarawak pada 8 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Bintulu, Sarawak. Saringan kontak rapat telah mengesan empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 10 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19;
  • Dua (2) individu negatif; dan
  • 50 individu masih menunggu keputusan.

STATUS TERKINI KLUSTER-KLUSTER AKTIF YANG LAIN DENGAN KES POSITIF COVID-19 PADA HARI INI

Selain daripada enam (6) kluster di atas, terdapat 10 kluster aktif lain yang mempunyai kes positif COVID-19 pada hari ini iaitu:

  • 27 kes daripada Kluster Tembok;
  • 18 kes daripada Kluster Ramai-Ramai;
  • Lapan (8) kes daripada Kluster Benteng LD;
  • Enam (6) kes daripada Kluster Bah Puchong;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Tanamera;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Penjara Reman;
  • Dua (2) kes daripada Kluster Laut;
  • Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru;
  • Satu (1) kes daripada Kluster Benteng PK; dan
  • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.

Maklumat lanjut kluster-kluster ini adalah seperti di LAMPIRAN 2.

MOBILISASI PASUKAN BANTUAN KESIHATAN DAN PERUBATAN KE NEGERI SABAH

Seperti dimaklumkan sebelum ini, KKM telah menggerakkan pasukan bantuan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu, Sabah bagi membantu menangani penularan COVID-19 di sana. Mobilisasi pasukan bantuan secara dalam negeri di Sabah telah dilakukan sejak awal peningkatan bilangan kes COVID-19 di sana lagi. Sehingga 8 Oktober 2020, sejumlah 249 orang anggota Perubatan dan 48 orang anggota Kesihatan Awam telah digerakkan secara dalaman negeri Sabah. Sehingga tarikh yang sama juga, sejumlah 130 orang anggota Perubatan dan 48 orang anggota Kesihatan Awam telah digerakkan dari lain-lain negeri ke negeri Sabah. Ini menjadikan secara keseluruhannya setakat ini 475 orang anggota pelbagai kategori dan skim perkhidmatan yang telah digerakkan ke Tawau, Lahad Datu, Semporna, dan Kota Kinabalu.

Penilaian keperluan sumber manusia akan terus dilakukan secara berterusan bagi membantu mengawal situasi penularan jangkitan COVID-19 di negeri Sabah, di samping memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan di sana. Pada masa yang sama, kebajikan semua anggota kesihatan dan perubatan akan terus diutamakan bagi memastikan mereka selaku aset utama KKM dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota kesihatan dan perubatan serta semua sukarelawan yang telah sama-sama membantu memerangi COVID-19 di Malaysia setakat ini. KKM ingin menyeru sekali lagi penglibatan lebih banyak sukarelawan perubatan dan kesihatan untuk membantu KKM dalam menangani gelombang ketiga COVID-19. Koordinasi akan dijalankan oleh pihak Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan.

HOSPITAL MEDAN DI TAWAU, SABAH

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Pertahanan YB Dato’ Seri Ismail bin Sabri, sebagai langkah kesiapsiagaan hospital di Pantai Timur Sabah, KKM dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang merancang mewujudkan hospital medan di Tawau. Pesakit-pesakit bukan COVID-19 dari Hospital Tawau akan dirawat di hospital medan ini khususnya untuk perkhidmatan Obstetrik dan Ginekologi, Pediatrik dan Pembedahan Am. Ini akan memberi lebih banyak ruang kepada Hospital Tawau untuk merawat kes-kes yang memerlukan penjagaan rapi (kategori 3 - 5) termasuk yang dirujuk dari daerah berdekatan khususnya Semporna, manakala kes-kes yang tidak mempunyai gejala atau gejala ringan (kategori 1 dan 2) akan terus  ditempatkan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

Perkara ini telahpun dibincangkan semasa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara bersama YAB Perdana Menteri hari ini. KKM masih dalam peringkat perbincangan untuk menempatkan hospital medan ini di Kompleks Sukan Tawau, tertakluk kepada kesesuaian. Perancangan awal adalah bagi menempatkan 100 katil di hospital medan ini, dan kapasiti serta keperluan kemudahan lain akan dinilai dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut akan diberikan setelah dimuktamadkan kelak.

SAMBUTAN HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia kepada semua rakyat Malaysia.

Dalam keadaan negara sekarang sedang bergelut mendepani cabaran pandemik COVID-19 ini, KKM sedar bahawa kesihatan mental setiap orang boleh terkesan dengan pelbagai cara. Amat penting untuk masyarakat mempunyai pengetahuan bagi mengenalpasti awal gejala masalah kesihatan mental dan kemurungan agar bantuan awal dapat diberikan. KKM melalui program Let’s TALK Minda Sihat mengajak semua lapisan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu bagi memperkasakan diri dengan penjagaan kesihatan mental dan menangani stigma terhadap penyakit mental.

Mulakan dengan bercakap dengan seseorang yang dipercayai:

T- Tell someone you trust about your problem (Kongsi masalah dengan orang yang dipercayai)

A- Ask for Help (Minta Bantuan)

L- Listen without judgement (Dengar tanpa menghukum atau menghakimi)

K- Know where to seek help (Tahu di mana untuk dapatkan bantuan)

Setiap daripada kita berperanan untuk tidak menstigmakan tetapi sebaliknya membantu orang yang kita sayang atau orang orang yang di sekeliling kita untuk tampil mendapatkan bantuan bagi permasalahan yang dihadapi. KKM turut menyediakan perkhidmatan MHPSS dan juga talian sokongan psikososial bagi membantu masyarakat termasuk petugas barisan hadapan yang memerlukan perkhidmatan bantuan awal psikologi. Selain itu, KKM akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti MERCY, KSK- Care JAKIM, Talian KASIH dan lain-lain NGO dalam memastikan perkhidmatan sokongan psikososial bersepadu.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH2773,842
W.P. KUALA LUMPUR6 (2)2,739
SELANGOR442,575
KEDAH271,653
NEGERI SEMBILAN01,069
JOHOR2811
SARAWAK9751
PAHANG0385
PERAK2298
MELAKA1270
KELANTAN0171
PULAU PINANG3171
TERENGGANU0154
W.P. PUTRAJAYA1117
W.P. LABUAN252
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN374 (2)15,096

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(10 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1.TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang  271,2346,1551,233 (8)0761
2.Ramai-RamaiSabahSandakan186639366 (1)020
3.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan  897516,37966 (0)9083821
4.Bah PuchongSelangor, Perak, WP Kuala LumpurKlang, Kinta, Larut Matang & Selama, Titiwangsa  6145414 (0)000
5.Penjara RemanPulau Pinang  Timur Laut318166317 (0)031
6.TanameraSabahTawau3145114 (0)020
7.LautSabahKunak2115617111 (0)41130      
8.Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & Putrajaya  Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor,Johor Bharu,Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong  38459783 (0)010
9.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat11715517 (0)080
10.SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, JohorWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu11628116 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

10 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 73 cases have fully recovered and discharged today. Cumulatively, 10,780 confirmed COVID-19 cases have discharged (71.4% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

10 October 2020, 12 pm, a total of 374 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are 15,096 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 4,161 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Examining the breakdown of the number of cases today, the trend is also similar to yesterday’s numbers. Sabah reported the highest number of cases i.e. 277 cases (74.1%). Increased screening is still being carried in the field, particularly in the areas under the Enhanced Movement Control Order (EMCO) and administrative EMCO. Kedah reported 27 cases (7.2%), all from the Tembok Cluster. These cases are isolated in prisons; while the other clusters are under control as a result of public health measures undertaken. States in the Klang Valley accounted for 13.1% of the total cases, i.e. Selangor with 44 cases, Kuala Lumpur 4 cases and Putrajaya 1 case.

Of the 374 cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, travellers from the Philippines reported in Kuala Lumpur, involving one (1) Malaysian and one (1) non-Malaysian.

Of the 372 local transmission cases, 343 cases are Malaysians and 29 cases non-Malaysians. Of the 372 local transmission cases, 17 cases are individuals with history of travel from Sabah; therefore, cumulatively there are now 341 cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 277 cases
    • 113 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 31 cases from existing clusters.
    • 15 cases from the Highway Cluster, a new cluster.
    • 118 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 44 cases
    • 13 cases from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
    • 6 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 7 cases from existing clusters.
    • 6 cases from the Bah Manggis Cluster, a new cluster.
    • 3 cases from the Utama Cluster, a new cluster.
    • 3 cases from the Tasik Cluster, a new cluster.
    • 1 case from the Simera Cluster, a new cluster
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 27 cases from the Tembok Cluster.
  • Sarawak: 9 cases
    • 4 cases from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 4 cases from the Putra Cluster, a new cluster.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 4 cases
    • 3 cases from existing clusters.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 3 cases from the Penjara Reman Cluster.
  • Johor: 2 cases
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 2 cases
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
  • Labuan: 2 cases
    • 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts to confirmed COVID-19 cases.
  • Melaka: 1 case from screening of individuals returning from high-risk areas (Sabah).
  • Putrajaya: 1 case from an existing cluster.

Currently, 73 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 28 patients on ventilation support.

Regretfully, three (3) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 155 COVID-19 deaths in Malaysia (1.03% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseSexAge (years)HospitalMedical History
15314,038Male (M’sian)61TawauDiabetes and tuberculosis
15414,974Female (M’sian)54Queen Elizabeth Diabetes, hypertension & obesity
15514,999Male (M’sian51SempornaDiabetes, hypertension & heart disease

MOH extends its condolences to all their family members.

Six New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that there are six new clusters have been identified today:

  • Selangor – 4 clusters
  • Sabah – 1 cluster
  • Sarawak – 1 cluster

1) The Highway Cluster, Sabah

This new cluster involves the Kota Belud district, Sabah. The index case for this cluster (Case 12,205) was detected positive for COVID-19 as a result of symptomatic screening on 3 October 2020 and was admitted into Queen Elizabeth Hospital. Screening of close contacts has identified 22 additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of 59 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • 23 confirmed COVID-19 cases
  • 36 individuals tested negative

2) The Bah Manggis Cluster, Selangor

This new cluster involves the Tawau district, Sabah and Kuala Langat district, Selangor. The index case for this cluster (Case 12,866) was detected positive for COVID-19 as a result of symptomatic screening on 5 October 2020 and admitted into Tawau Hospital, Sabah. Screening of close contacts has detected seven (7) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of107 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Eight (8) confirmed COVID-19 cases
  • 26 individuals tested negative
  • 73 individuals awaiting results

3) The Utama Cluster, Selangor

This new cluster has been identified in the Gombak district and Petaling district, Selangor. The index case for this cluster (Case 12,549) was detected positive for COVID-19 through symptomatic screening on 4 October 2020 and admitted into Sungai Buloh Hospital. Screening of close contacts has detected nine (9) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of 114 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Ten (10) confirmed COVID-19 cases
  • 15 individuals tested negative
  • 89 individuals awaiting results

4) The Tasik Cluster, Selangor

This new cluster involves the Miri district, Sarawak, and the Petaling district, Hulu Langat district and Klang district, Selangor. The index case for this cluster (Case 13,489) was detected positive for COVID-19 through screening at the Port of Entry into Sarawak on 3 October 2020 and admitted into Miri Hospital. Screening of close contacts has detected nine (9) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of 15 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Ten (10) confirmed COVID-19 cases
  • 1 individual tested negative
  • 4 individuals awaiting results

5) The Simera Cluster, Selangor

This new cluster involves the Besut district, Terengganu, Kuantan district, Pahang, and Petaling district, Klang district and Hulu Langat district, Selangor. The index case for this cluster (Case 13,991) was detected positive for COVID-19 through symptomatic screening on 6 October 2020 and admitted into Hulu Terengganu Hospital, Kuala Berang. Screening of close contacts has detected seven (7) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of 126 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Eight (8) confirmed COVID-19 cases
  • 88 individuals tested negative
  • 30 individuals awaiting results

6) The Putra Cluster, Sarawak

This new cluster has been identified in the Bintulu district, Sarawak. The index case for this cluster (Case 14,696) was detected positive for COVID-19 through screening at the Port of Entry into Sarawak on 8 October 2020 and admitted into Bintulu Hospital. Screening of close contacts has detected four (4) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 10 October 2020, 12 pm, a total of 57 individuals have been screened. The screening results are as follows:

  • Five (5) confirmed COVID-19 cases
  • 2 individuals tested negative
  • 50 individuals awaiting results

Mobilisation of Health and Medical Support Teams to Sabah

As previously informed, MOH has mobilised support teams to Tawau, Lahad Datu, Semporna, and Kota Kinabalu, Sabah to help deal with the transmission of COVID-19 in these districts. Mobilisation of the internal support teams in Sabah has been done since the beginning of the increase in the number of COVID-19 cases. As of 8 October 2020, a total of 249 medical personnel and 48 public health personnel have been mobilised internally in Sabah. Until the same date, a total of 130 medical personnel and 48 public health personnel have been mobilised from other states to Sabah. This brings the total to 475 healthcare workers (HCWs) of various categories and service schemes that have been mobilised to Tawau, Lahad Datu, Semporna, and Kota Kinabalu.

Human resource needs assessments will be conducted continuously to help manage the COVID-19 situation in Sabah, while ensuring the continuity of health services. At the same time, the welfare of all HCWs will continue to be given priority to ensure that they, as the main assets of MOH, are able carry out their duties well. MOH thanks all HCWs as well as all volunteers who have jointly helped to fight COVID-19 in Malaysia. MOH would like to call once again the involvement of more medical and health volunteers to assist MOH in addressing the third wave of COVID-19. Coordination will be conducted by the National CPRC (email: [email protected], [email protected]).

Field Hospital in Tawau, Sabah

As announced by the Senior Minister of Defense, Dato ‘Seri Ismail bin Sabri, as a measure of hospital preparedness on the East Coast of Sabah, MOH in collaboration with the Malaysian Armed Forces (ATM) is planning to establish a field hospital in Tawau. Non-COVID-19 patients from Tawau Hospital will be treated at this field hospital, especially for Obstetrics and Gynecology, Paediatrics and General Surgery services. This will provide more spaces to Tawau Hospital to treat cases that require intensive care (Categories 3 to 5) including cases referred from nearby districts especially Semporna, while cases that do not have symptoms or have mild symptoms (Categories 1 and 2) will continue to be warded at the COVID-19 Low Risk Quarantine and Treatment Centres (PKRC).

This matter has been discussed during the Special Session of the National Security Council with the Prime Minister today. MOH is still in the discussion stage to establish this field hospital in the Tawau Sports Complex, subject to suitability. Preliminary planning is to place 100 beds in this field hospital, and the capacity and needs of other facilities will be assessed from time to time. Further information will be provided once finalised.

World Mental Health Day Celebration

I would like to take this opportunity to wish a Happy Mental Health Day to all Malaysians.

In the current state of the country struggling to cope with the challenges of this COVID-19 pandemic, MOH is aware that everyone’s mental health can be affected in many ways. It is very important for the community to have the knowledge to identify early symptoms of mental health problems and depression so that early intervention can be given. MOH through the ‘Let’s TALK Minda Sihat’ programme invites all Malaysians to work together to empower ourselves with good mental health care and address the stigma of mental illness.

Start by talking to someone that you trust:

T - Tell someone you trust about your problem

A - Ask for Help

L - Listen without judgment

K - Know where to seek help

Each of us has a role not to stigmatise but to help our loved ones or those around us to come forward and get help for the problems we face. MOH also provides mental health and psychosocial support services (MHPSS) services, as well as psychosocial support lines to help the community including frontliners who require early psychological support services. In addition, MOH will continue to work with other agencies such as MERCY, KSK-Care JAKIM, Talian KASIH and other NGOs in delivering an integrated psychosocial support services.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

10 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 10 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah2773,842
WP Kuala Lumpur6 (2)2,739
Selangor442,575
Kedah271,653
Negeri Sembilan01,069
Johor2811
Sarawak9751
Pahang0385
Perak2298
Melaka1270
Kelantan0171
Pulau Pinang3171
Terengganu0154
WP Putrajaya1117
WP Labuan252
Perlis038
Total374 (2)14,722

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(10 October 2020)

  ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredNon-M’sians
1.TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang271,2346,1551,233 (8)0761
2.Ramai-RamaiSabahSandakan186639366 (1)020
3.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan897516,37966 (0)9083821
4.Bah PuchongSelangor, Perak, Kuala LumpurKlang, Kinta, Larut Matang & Selama, Titiwangsa6145414 (0)000
5.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut318166317 (0)031
6.Tanamera  SabahTawau3145114 (0)020
7.Laut  SabahKunak2115617111 (0)41130
8.Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong38459783 (0)010
9.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat11715517 (0)080
10.SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, JohorWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu11628116 (0)000