STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Sukacita Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 yang tertinggi iaitu sebanyak 701 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 13,262 kes (64.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:
- Kedah (411 kes);
- Sabah (221 kes);
- Selangor (64 kes);
- Negeri Sembilan (2 kes);
- Johor (2 kes); dan
- Sarawak (1 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Sehingga 18 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 871 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 20,498 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,049 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Secara keseluruhan, sebanyak 97 kes (11.1 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Tembok, Kluster Penjara Reman, Kluster Penjara Seberang Perai dan Kluster Penjara Kepayan. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat. Manakala, negeri-negeri di Lembah Klang pula merangkumi 9.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Jika dilihat pecahan utama jumlah kes hari ini pula, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 702 kes (80.6 peratus). Ini memandangkan lebih ramai individu telah disaring di lapangan. Sejak bermulanya pandemik, sejumlah 251,030 individu telah disaring di negeri Sabah.
Ingin dimaklumkan daripada 871 kes baharu yang dilaporkan, terdapat lima (5) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan tiga (3) warganegara dan dua (2) bukan warganegara iaitu dari negara:
- India (2 kes di Selangor);
- Nepal (2 kes di Selangor); dan
- Singapura (1 kes di Selangor).
Daripada 866 kes penularan di dalam negara, dua (2) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 443 kes.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 702 kes
- 49 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Kepayan;
- 81 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 572 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 72 kes
- Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Auto;
- 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 45 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alma;
- 40 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
- Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Layangan;
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: Sembilan (9) kes
- Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Tujuh (7) kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Lima (5) kes
- Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: Tiga (3) kes
- Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Melaka: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 187 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
Kes kematian | Kes | Negeri | Jantina | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
181 | 13525 | Sabah | Lelaki WN | 61 | Hospital Queen Elizabeth | – |
182 | 12984 | Sabah | Perempuan WN | 70 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi |
183 | 13706 | Sabah | Lelaki WN | 57 | Hospital Queen Elizabeth | Penyakit darah tinggi |
184 | 20328 | Sabah | Perempuan BWN | 55 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit darah tinggi |
185 | 20329 | Sabah | Lelaki BWN | 41 | Hospital Tawau | – |
186 | 17779 | Sabah | Lelaki WN | 44 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis dan dislipidemia |
187 | 20401 | Selangor | Perempuan WN | 46 | Pusat Perubatan Universiti Malaya | – |
* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
1)KLUSTER BAH LAYANGAN
Kluster baharu ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan dan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-15654) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Labuan. Kes juga mempunyai sejarah perjalanan ke daerah yang berisiko tinggi. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana:
- 13 kes dikesan positif COVID-19;
- 67 individu negatif; dan
- 62 individu masih menunggu keputusan.
2) KLUSTER ALMA
Kluster baharu ini melibatkan daerah Seberang Perai Selatan dan Seberang Perai Tengah di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18066) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti enam (6) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana:
- Tujuh (7) kes dikesan positif COVID-19;
- 43 individu negatif; dan
- 133 individu masih menunggu keputusan.
3) KLUSTER AUTO
Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat dan Klang di negeri Selangor serta daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19354) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sebanyak sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19. Punca jangkitan masih dalam siasatan.
4) KLUSTER PENJARA KEPAYAN
Kluster baharu ini dikenal pasti di Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-19628) yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke hospital di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu pada 14 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 48 lagi kes positif COVID-19.
Sehingga 18 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana:
- 49 kes dikesan positif COVID-19;
- 121 individu negatif; dan
- Tiada individu menunggu keputusan.
SITUASI SEMASA COVID-19 DI SABAH
Pada 18 Oktober 2020, kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 7,439 kes (iaitu sebanyak 36.3 peratus daripada kumulatif kes di Malaysia). Hari ini, Sabah melaporkan kes yang tertinggi iaitu sebanyak 702 kes (80.6 peratus daripada jumlah kes hari ini). Lonjakan jumlah kes yang tinggi ini adalah berikutan pelaporan sampel dari Sabah yang dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan dalam jumlah yang besar.
Sejak bermulanya pandemik COVID-19 di Malaysia, Kerajaan telah menjalankan ujian pengesanan COVID-19 ke atas 251,030 individu di Sabah. Ini susulan daripada pengesanan kes secara aktif yang dijalankan oleh kesihatan awam sebagai salah satu langkah untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 di Sabah. Sehingga hari ini, kadar positiviti COVID-19 negeri Sabah adalah sebanyak 2.96 peratus.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
18 Oktober 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 18 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 702 | 7,439 |
SELANGOR | 77 (5) | 3,250 |
W.P. KUALA LUMPUR | 7 | 2,846 |
KEDAH | 9 | 1,937 |
NEGERI SEMBILAN | 3 | 1,100 |
JOHOR | 1 | 837 |
SARAWAK | 5 | 768 |
PULAU PINANG | 45 | 636 |
PERAK | 10 | 397 |
PAHANG | 0 | 387 |
MELAKA | 1 | 283 |
KELANTAN | 0 | 173 |
TERENGGANU | 2 | 162 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 125 |
W.P. LABUAN | 9 | 120 |
PERLIS | 0 | 38 |
JUMLAH KESELURUHAN | 871 (5) | 20,498 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini (18 Oktober 2020)
Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | *BWN | Jumlah Kematian | |
1 | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu | 49 | 49 | 170 | 49 (0) | 0 | 14 | 0 |
2 | Tujuh Serangkai | Sabah | Tuaran | 25 | 149 | 2,655 | 123 (0) | 25 | 5 | 1 |
3 | Penjara Reman | Pulau Pinang | Timur Laut | 22 | 399 | 3,902 | 398 (0) | 0 | 26 | 1 |
4 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 18 | 72 | 744 | 72 (2) | 0 | 10 | 0 |
5 | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 17 | 182 | 702 | 156 (1) | 26 | 17 | 0 |
6 | Tanamera | Sabah | Tawau | 13 | 44 | 84 | 35 (0) | 9 | 8 | 0 |
7 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani,Kubang Pasu, Larut Matang & Selama | 8 | 1,571 | 7,093 | 1084 (6) | 486 | 97 | 1 |
8 | Jalan Bomba | Sabah | Sandakan | 8 | 14 | 298 | 10 (0) | 2 | 3 | 2 |
9 | Kasih | Sabah | Lahad Datu | 7 | 53 | 1,863 | 22 (0) | 31 | 3 | 0 |
10 | Utama | Selangor, Melaka | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah | 6 | 183 | 846 | 182 (0) | 1 | 150 | 0 |
11 | Jalan Meru | Selangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang | Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh | 6 | 124 | 1,066 | 64 (0) | 60 | 1 | 0 |
12 | Menara | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, Melaka | Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah | 6 | 39 | 278 | 39 (0) | 0 | 0 | 0 |
13 | Buntar | Kedah, Perak, WP Putrajaya, Johor | Kuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat | 6 | 16 | 212 | 16 (0) | 0 | 0 | 0 |
14 | Simera | Terengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor | Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru | 5 | 46 | 672 | 44 (0) | 2 | 2 | 0 |
15 | Bah Tropicana | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai | 5 | 42 | 715 | 35 (0) | 7 | 0 | 0 |
16 | Auto | Selangor, Negeri Sembilan | Petaling, Klang, Kuala Langat, Seremban | 5 | 9 | 9 | 9 (0) | 0 | 0 | 0 |
17 | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran | 4 | 1,050 | 16,488 | 239 (0) | 810 | 409 | 1 |
18 | Bah Manggis | Sabah, Selangor | Tawau, Kuala Langat | 4 | 40 | 580 | 38 (0) | 2 | 1 | 0 |
19 | Bah Arnab | Sarawak | Kuching | 4 | 12 | 40 | 11 (0) | 1 | 0 | 0 |
20 | Lekir | Perak | Manjung | 4 | 11 | 174 | 11 (0) | 0 | 0 | 0 |
21 | Saguking | WP Labuan | Labuan | 4 | 9 | 316 | 9 (0) | 0 | 3 | 0 |
22 | Bestari | Sabah | Sandakan | 3 | 26 | 58 | 16 (0) | 10 | 0 | 0 |
23 | Alma | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan | 3 | 7 | 183 | 7 (0) | 0 | 0 | 0 |
24 | Benteng PK | Selangor | Klang, Kuala Langat | 2 | 60 | 429 | 47 (0) | 13 | 43 | 0 |
25 | Sungei Way | Selangor, WP Kuala Lumpur | Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras | 2 | 38 | 308 | 35 (0) | 3 | 0 | 0 |
26 | Bah Bundle | WP Labuan, Johor | Labuan, Johor Bahru | 2 | 19 | 495 | 17 (0) | 2 | 2 | 0 |
27 | Teduh | Sabah | Lahad Datu | 2 | 13 | 535 | 12 (0) | 1 | 2 | 0 |
28 | Merbok | Selangor | Kuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor | 2 | 12 | 613 | 12 (0) | 0 | 0 | 0 |
29 | Keladi | Selangor | Klang | 1 | 27 | 191 | 27 (0) | 0 | 22 | 0 |
30 | Bina | Sabah | Beaufort, Sipitang | 1 | 24 | 80 | 24 (0) | 0 | 9 | 0 |
31 | Khazanah | Sabah | Lahad Datu | 1 | 19 | 1,439 | 19 (0) | 0 | 1 | 0 |
32 | Buang Sayang | Sabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan | Sipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban, Rembau | 1 | 13 | 412 | 4 (0) | 9 | 0 | 0 |
33 | Bah Layangan | WP Labuan, Negeri Sembilan | Labuan, Rembau | 1 | 13 | 142 | 13 (1) | 0 | 0 | 0 |
34 | Sentral | WP Kuala Lumpur | Kepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai | 1 | 6 | 216 | 5 (0) | 0 | 1 | 1 |
*BWN = Bukan Warganegara
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
18 October 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported the highest number of COVID-19 recovery cases of 701 cases. Cumulatively, 13,262 confirmed COVID-19 cases have been discharged (64.7% of total cumulative cases). The breakdown of cases that have recovered COVID-19 by state is as follows:
- Kedah (411 cases)
- Sabah (221 cases)
- Selangor (64 cases)
- Negeri Sembilan (2 cases)
- Johor (2 cases)
- Sarawak (1 case)
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
18 October 2020, 12 pm, a total of 871 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are 20,498 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 7,049 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.
Overall, 97 cases (11.1%) reported today are from the Tembok Cluster, Penjara Reman Cluster, Penjara Seberang Perai Cluster and Penjara Kepayan Cluster. These cases are isolated in prisons and not infective to the local communities. Meanwhile, the states in the Klang Valley accounted for 9.6% of the total number of cases today. Looking at the main breakdown of the number of cases, Sabah continues to report the highest number of cases at 702 cases (80.6%). This is because more individuals have been screened in the field. Since the start of the pandemic, a total of 251,030 individuals have been screened in Sabah.
Of the 871 additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas, involving three (3) Malaysians and two (2) non-Malaysians who were travellers from:
- India – 2 cases in Selangor
- Nepal – 2 cases in Selangor
- Singapore – 1 case in Selangor
Of the 866 local transmission cases, two (2) cases are returnees from Sabah, making the total number of cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020 is 443 cases.
The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 702 cases
- 49 cases from the Penjara Kepayan Cluster, a new cluster.
- 81 cases from existing active clusters.
- 572 cases from other COVID-19 screenings.
- Selangor: 72 cases
- 5 cases from the Auto Cluster, a new cluster.
- 32 cases from existing active clusters.
- 35 cases from other COVID-19 screenings.
- Pulau Pinang: 45 cases
- 3 cases from the Alma Cluster, a new cluster.
- 40 casesfrom existing active clusters.
- 2 cases from other COVID-19 screenings.
- Perak: 10 cases from existing active clusters.
- WP Labuan: 9 cases
- 1 case from the Bah Layangan Cluster, a new cluster.
- 6 casesfrom existing active clusters.
- 2 cases from other COVID-19 screenings.
- Kedah: 9 cases
- 8 casesfrom existing active clusters.
- 1 case from other COVID-19 screenings.
- Kuala Lumpur: 7 cases
- 4 casesfrom existing active clusters.
- 3 cases from other COVID-19 screenings.
- Sarawak: 5 cases
- 4 casesfrom existing active clusters.
- 1 case from other COVID-19 screenings.
- Negeri Sembilan: 3 cases
- 1 casefrom an existing active cluster.
- 2 cases from other COVID-19 screenings.
- Terengganu: 2 cases from existing active clusters.
- Johor: 1 case from an existing active cluster.
- Melaka: 1 case from an existing active cluster.
Currently, 86 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 28 patients on ventilation support.
Regretfully, seven (7) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 187 COVID-19 deaths in Malaysia (0.9% of total cumulative cases).
Summary of the deaths reported today is shown in the following table:
Death # | Case | State | Sex | Age (years) | Hospital | Medical History |
181 | 13,525 | Sabah | Male (M’sian) | 61 | Queen Elizabeth | – |
182 | 12,984 | Sabah | Female (M’sian) | 70 | Tawau | Hypertension |
183 | 13,706 | Sabah | Male (M’sian) | 57 | Queen Elizabeth | Hypertension |
184 | 20,328 | Sabah | Female (Non-M’sian) | 55 | Duchess of Kent | Hypertension |
185 | 20,329 | Sabah | Male (Non-M’sian) | 41 | Tawau | – |
186 | 17,779 | Sabah | Male (M’sian) | 44 | Duchess of Kent | Heart disease, hypertension, diabetes & dyslipidaemia |
187 | 20,401 | Selangor | Female (M’sian) | 46 | University Malaya Medical centre | – |
MOH extends its condolences to all their family members.
Four New Clusters Reported Today
MOH would like to inform that four (4) new clusters have been identified today.
The Bah Layangan Cluster
This new cluster involves WP Labuan and the Rembau district, Negeri Sembilan. The index case for this cluster (Case 15,654) was detected positive for COVID-19 through symptomatic screening on 10 October 2020 and was admitted into Labuan Hospital. The case also has a history of travel to a high-risk district. Screening of close contacts has identified 12 additional confirmed COVID-19 cases.
As of 18 October 2020, 12 pm, a total of 142 individuals have been screened, of which:
- 13 confirmed COVID-19 cases
- 67 individuals tested negative
- 62 individuals awaiting results
The Alma Cluster
This new cluster involves the Seberang Perai Selatan and Seberang Perai Tengah districts in Pulau Pinang. The index case for this cluster (Case 18,066) was detected positive for COVID-19 through symptomatic screening on 14 October 2020 and was admitted into Pulau Pinang Hospital. Screening of close contacts has identified six (6) additional confirmed COVID-19 cases.
As of 18 October 2020, 12 pm, a total of 183 individuals have been screened, of which:
- Seven (7) confirmed COVID-19 cases
- 43 individuals tested negative
- 133 individuals awaiting results
The Auto Cluster
This new cluster involves the Petaling, Kuala Langat and Klang districts in Selangor and the Seremban district in Negeri Sembilan. The index case for this cluster (Case 19,354) was detected positive for COVID-19 through symptomatic screening on 15 October 2020 and was admitted into Sungai Buloh Hospital. Screening of close contacts has identified eight (8) additional confirmed COVID-19 cases.
As of 18 October 2020, 12 pm, a total of nine (9) individuals have been found positive for COVID-19. The cause of the infection is still under investigation.
The Penjara Kepayan Cluster
This new cluster has been identified in the Kota Kinabalu district, Sabah. The index case for this cluster (Case 19,628) was detected positive for COVID-19 from pre-admission screening into Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu on 14 October 2020. Screening of close contacts has identified 48 additional confirmed COVID-19 cases.
As of 18 October 2020, 12 pm, a total of 170 individuals have been screened, of which:
- 49 confirmed COVID-19 cases
- 121 individuals tested negative
Current COVID-19 Situation in Sabah
As at 18 October 2020, the cumulative COVID-19 cases in Sabah are 7,439 cases (i.e. 36.3% of the cumulative cases in Malaysia). Today, Sabah reported the highest number of cases at 702 cases (80.6% of the total cases reported). The increase in the number of cases is due to the reporting of the large number of samples from Sabah sent to the Institute for Medical Research (IMR).
Since the start of the COVID-19 pandemic in Malaysia, the Government has conducted COVID-19 tests on 251,030 individuals in Sabah. This follows the active case detection conducted by the public health teams as one of the measures to control the transmission of the COVID-19 infection in Sabah. To date, the COVID-19 positivity rate for Sabah is 2.96%.
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
18 October 2020 @ 5.30 pm
Appendix 1
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 18 October 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
Sabah | 702 | 7,439 |
Selangor | 77 (5) | 3,250 |
WP Kuala Lumpur | 7 | 2,846 |
Kedah | 9 | 1,937 |
Negeri Sembilan | 3 | 1,100 |
Johor | 1 | 837 |
Sarawak | 5 | 768 |
Pulau Pinang | 45 | 636 |
Perak | 10 | 397 |
Pahang | 0 | 387 |
Melaka | 1 | 283 |
Kelantan | 0 | 173 |
Terengganu | 2 | 162 |
WP Putrajaya | 0 | 125 |
WP Labuan | 9 | 120 |
Perlis | 0 | 38 |
Total | 871 (5) | 20,498 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Appendix 2
Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today
(18 October 2020)
Cluster | States | Districts | Additional cases | Total cases | Total screened | Active cases (ICU) | Total recovered | Non-M’sians | Total deaths | |
1. | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu | 49 | 49 | 170 | 49 (0) | 0 | 14 | 0 |
2. | Tujuh Serangkai | Sabah | Tuaran | 25 | 149 | 2,655 | 123 (0) | 25 | 5 | 1 |
3. | Penjara Reman | Pulau Pinang | Timur Laut | 22 | 399 | 3,902 | 398 (0) | 0 | 26 | 1 |
4. | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 18 | 72 | 744 | 72 (2) | 0 | 10 | 0 |
5. | Ramai-Ramai | Sabah | Sandakan | 17 | 182 | 702 | 156 (1) | 26 | 17 | 0 |
6. | Tanamera | Sabah | Tawau | 13 | 44 | 84 | 35 (0) | 9 | 8 | 0 |
7. | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Larut Matang & Selama | 8 | 1,571 | 7,093 | 1,084 (6) | 486 | 97 | 1 |
8. | Jalan Bomba | Sabah | Sandakan | 8 | 14 | 298 | 10 (0) | 2 | 3 | 2 |
9. | Kasih | Sabah | Lahad Datu | 7 | 53 | 1,863 | 22 (0) | 31 | 3 | 0 |
10. | Utama | Selangor, Melaka | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah | 6 | 183 | 846 | 182 (0) | 1 | 150 | 0 |
11. | Jalan Meru | Selangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang | Hulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh | 6 | 124 | 1,066 | 64 (0) | 60 | 1 | 0 |
12. | Menara | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, Melaka | Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah | 6 | 39 | 278 | 39 (0) | 0 | 0 | 0 |
13. | Buntar | Kedah, Perak, WP Putrajaya, Johor | Kuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat | 6 | 16 | 212 | 16 (0) | 0 | 0 | 0 |
14. | Simera | Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor | Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru | 5 | 46 | 672 | 44 (0) | 2 | 2 | 0 |
15. | Bah Tropicana | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai | 5 | 42 | 715 | 35 (0) | 7 | 0 | 0 |
16. | Auto | Selangor, Negeri Sembilan | Petaling, Klang, Kuala Langat, Seremban | 5 | 9 | 9 | 9 (0) | 0 | 0 | 0 |
17. | Benteng LD | Sabah | Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran | 4 | 1,050 | 16,488 | 239 (0) | 810 | 409 | 1 |
18. | Bah Manggis | Sabah, Selangor | Tawau, Kuala Langat | 4 | 40 | 580 | 38 (0) | 2 | 1 | 0 |
19. | Bah Arnab | Sarawak | Kuching | 4 | 12 | 40 | 11 (0) | 1 | 0 | 0 |
20. | Lekir | Perak | Manjung | 4 | 11 | 174 | 11 (0) | 0 | 0 | 0 |
21. | Saguking | WP Labuan | Labuan | 4 | 9 | 316 | 9 (0) | 0 | 3 | 0 |
22. | Bestari | Sabah | Sandakan | 3 | 26 | 58 | 16 (0) | 10 | 0 | 0 |
23. | Alma | Pulau Pinang | Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan | 3 | 7 | 183 | 7 (0) | 0 | 0 | 0 |
24. | Benteng PK | Selangor | Klang, Kuala Langat | 2 | 60 | 429 | 47 (0) | 13 | 43 | 0 |
25. | Sungei Way | Selangor, WP Kuala Lumpur | Petaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras | 2 | 38 | 308 | 35 (0) | 3 | 0 | 0 |
26. | Bah Bundle | WP Labuan, Johor | Labuan, Johor Bahru | 2 | 19 | 495 | 17 (0) | 2 | 2 | 0 |
27. | Teduh | Sabah | Lahad Datu | 2 | 13 | 535 | 12 (0) | 1 | 2 | 0 |
28. | Merbok | Selangor | Kuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor | 2 | 12 | 613 | 12 (0) | 0 | 0 | 0 |
29. | Keladi | Selangor | Klang | 1 | 27 | 191 | 27 (0) | 0 | 22 | 0 |
30. | Bina | Sabah | Beaufort, Sipitang | 1 | 24 | 80 | 24 (0) | 0 | 9 | 0 |
31. | Khazanah | Sabah | Lahad Datu | 1 | 19 | 1,439 | 19 (0) | 0 | 1 | 0 |
32. | Buang Sayang | Sabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan | Sipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban, Rembau | 1 | 13 | 412 | 4 (0) | 9 | 0 | 0 |
33. | Bah Layangan | WP Labuan, Negeri Sembilan | Labuan, Rembau | 1 | 13 | 142 | 13 (1) | 0 | 0 | 0 |
34. | Sentral | WP Kuala Lumpur | Kepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai | 1 | 6 | 216 | 5 (0) | 0 | 1 | 1 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.