Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 20 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 634 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 14,351 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (433 kes);
  • Kedah (109 kes);
  • Selangor (77 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (10 kes);
  • Negeri Sembilan (2 kes);
  • Johor (1 kes);
  • Pahang (1 kes); dan
  • Terengganu (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 20 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 862 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 22,225 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 7,681 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Negeri Sabah masih mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 673 kes (78.1 peratus). Lebih banyak ujian makmal RT-PCR telah dapat dijalankan di Sabah serta dihantar ke Semenanjung Malaysia. Secara keseluruhan, sebanyak 235 kes (27.3 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Tembok. Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam penjara dan tidak menjangkiti masyarakat.

Berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan penduduk yang tinggi, Selangor terus mencatatkan pertambahan kes dan kluster baru setiap hari. Pada hari ini, Selangor mencatatkan pertambahan sebanyak 132 kes dan daripada jumlah itu, 84 kes adalah daripada kluster-kluster sedia ada termasuk lapan (8) kes dari kluster-kluster yang berkaitan dengan sejarah perjalanan pulang dari Sabah.

Ingin dimaklumkan daripada 862 kes baharu yang dilaporkan, terdapat dua (2) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara iaitu dari negara:

  • Mesir (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Indonesia (1 kes di Sarawak)

Daripada 860 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 452 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 673 kes
    • 260 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 243 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kertang; dan
    • 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 132 kes
    • 84 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Perak: Sembilan (9) kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 95 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 193 kes (0.87 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKes No.NegeriJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
19113509SabahLelaki WN78Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan penyakit jantung  
19214987SabahPerempuan WN59Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang kronik  
19322036SabahPerempuan WN90Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi dan penyakit jantung  

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER BAHARU: KLUSTER KERTANG

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat satu (1) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan daerah Kota Belud di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-17623) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 14 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 19 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 20 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 216 individu telah disaring, di mana:

  • 21 kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 195 individu negatif.

PENINGKATAN KES DI SELANGOR

Dengan pertambahan 132 kes positif hari ini, jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Selangor adalah 3,489 kes. Bagi gelombang ketiga ini, negeri Selangor mula menyaksikan peningkatan kes pada penghujung bulan September 2020 setelah kemasukan dan kepulangan pengunjung dari negeri Sabah.

Kluster pertama yang dilaporkan di Selangor dalam gelombang ketiga ini adalah Kluster Jalan Apas, iaitu pada 28 September 2020 di mana ianya telah melibatkan keluarga yang pulang dari Sabah. Peningkatan kes penularan tempatan di dalam negeri Selangor mula dilihat pada 2 Oktober 2020 dan meningkat secara konsisten sehingga ke hari ini.

Untuk makluman, sejumlah 26 kluster aktif dicatatkan di Selangor bermula kluster pertama (Kluster Jalan Apas) sehingga kluster terbaru diumumkan (Kluster Hentian):

  • Sebanyak 18 kluster aktif (69.2 peratus) adalah kluster jangkitan tempatan, manakala lapan (8) kluster (30.8 peratus) adalah mempunyai perkaitan dengan pengembara pulang dari Sabah.
  • Enam (6) kluster terbaru yang dilaporkan sejak 11 Oktober 2020 adalah berkaitan dengan jangkitan tempatan.
  • Sembilan (9) dari 26 kluster mempunyai kaitan yang amat rapat dengan perebakan di tempat kerja (34.6 peratus).
  • Satu (1) kluster dikaitkan dengan tempat membeli belah awam (3.8 peratus).

Situasi ini berikutan kepadatan penduduk dan kadar pergerakan yang tinggi di kalangan penduduk di negeri Selangor dan pengunjung di negeri Selangor.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 20 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH6738,755
SELANGOR1323,489
W.P. KUALA LUMPUR7 (1)2,860
KEDAH171,957
NEGERI SEMBILAN61,110
JOHOR1840
SARAWAK1 (1)769
PULAU PINANG8670
PERAK9424
PAHANG0388
MELAKA0299
KELANTAN1174
TERENGGANU0163
W.P. LABUAN6160
W.P. PUTRAJAYA1129
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN862 (2)22,225

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(20 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu231415680415 (0)00
2HentianSelangorHulu Langat424912749 (0)00
3Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran121,07716,503194 (0)8821
4AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya126257762 (0)00
5Bah SintokKedah, Negeri Sembilan, SelangorKubang Pasu, Seremban, Gombak114949148 (0)10
6BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan103333533 (0)00
7UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai9194865176 (0)180
8Jalan BombaSabahSandakan92531621 (0)22
9MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah84936147 (0)20
10Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban74873330 (0)180
11AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara72422424 (0)00
12TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda,Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut,  Matang & Selama41,5767,391823 (5)7521
13Ramai-RamaiSabahSandakan4195734156 (1)390
14Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut Seberang Perai Utara25632948 (0)80
15SimeraTerengganu,Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP PutrajayaBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya25473743 (1)110
16SagukingWP LabuanLabuan24153341 (0)00
17KeladiSelangorKlang23021630 (0)00
18MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor21861518 (0)00
19Tujuh SerangkaiSabahTuaran11642,655122 (0)411
20Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat16143217 (0)440
21Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai15171639 (0)120
22TanameraSabahTawau1478433 (0)140
23BestariSabahSandakan1276115 (0)120
24KencanaSelangor,  Johor, WP Kuala Lumpur, TerengganuPetaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kuala Nerus12624221 (0)50
25TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak12455220 (0)40
26OliveSelangor, SabahHulu Langat, Penampang, Kota Marudu11854116 (0)20
27Buang SayangSabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanSipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban, Rembau1174148 (0)90

*BWN = Bukan Warganegara

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

20 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 634 COVID-19 recovery cases. Therefore, cumulatively, 14,351 confirmed COVID-19 cases have been discharged (64.6% of total cumulative cases). The breakdown of cases that have recovered by state is as follows:

  • Sabah (433 cases)
  • Kedah (109 cases)
  • Selangor (77 cases)
  • WP Labuan (10 cases)
  • Negeri Sembilan (2 cases)
  • Johor (1 case)
  • Pahang (1 case)
  • Terengganu (1 case)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

20 October 2020, 12 pm, a total of 862 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are 22,225 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 7,681 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Sabah still reported the highest number of cases at 673 cases (78.1%). More RT-PCR laboratory tests have been conducted in Sabah and sent to Peninsular Malaysia. In total, 235 cases (27.3%) reported today are from the Penjara Kepayan Cluster and the Tembok Cluster. These cases are isolated in prisons and do not infect the local communities.

Due to the high population density and population movements, Selangor continues to report an increase in new cases and clusters every day. Today, Selangor reported an additional 132 cases and of these, 84 cases are from existing active clusters including eight (8) cases from clusters with history of travel back from Sabah.

Of the 862 additional cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and one (1) non-Malaysian who were travellers from:

  • Egypt – 1 case in Kuala Lumpur
  • Indonesia – 1 case in Sarawak

Of the 860 local transmission cases, four (4) cases are returnees from Sabah, making the total number of cases with a history of travel to Sabah since 20 September 2020 is 452 cases.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 673 cases
    • 260 cases from existing active clusters.
    • 243 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from the Kertang Cluster, a new cluster.
    • 168 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 132 cases
    • 84 cases from existing active clusters.
    • 34 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from screening of returnees from high-risk areas (Sabah).
    • 12 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 17 cases
    • 15 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • Perak: 9 cases
    • 8 cases from existing active clusters.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 8 cases from existing active clusters.
  • WP Labuan: 6 cases
    • 2 casesfrom existing active clusters.
    • 2 cases from screening of returnees from high-risk areas (Sabah).
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Negeri Sembilan: 6 cases
    • 2 cases from existing active clusters.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 6 cases
    • 4 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • WP Putrajaya: 1 case from an existing active cluster.
  • Johor: 1 case from an existing active cluster.
  • Kelantan: 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.

Currently, 95 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 29 patients on ventilation support.

Regretfully, three (3) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 193 COVID-19 deaths in Malaysia (0.87% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSexAge (years)HospitalMedical History
19113,509SabahMale (M’sian)78TawauHypertension, dyslipidaemia & heart disease
19214,987SabahFemale (M’sian)59TawauHypertension, dabetes & chronic kidney disease
19322,036SabahFemale (M’sian))90Queen ElizabethHypertension & heart disease

MOH extends its condolences to all their family members.

New Cluster: The Kertang Cluster

MOH would like to inform that one (1) new cluster has been identified today, involving the Kota Belud district, Sabah. The index case for this cluster (Case 17,623) was detected positive for COVID-19 through screening of close contacts on 14 October 2020 and was admitted into the COVID-19 Quarantine and Treatment Centre (PKRC) in PPR Taman Seri Bayu, Kota Belud. Screening of close contacts has identified 19 additional confirmed COVID-19 cases.

As of 20 October 2020, 12 pm, a total of 216 individuals have been screened, of which:

  • 21 confirmed COVID-19 cases
  • 195 individuals tested negative

Increase of Cases in Selangor

With an additional 132 confirmed cases today, the total number of confirmed COVID-19 cases in Selangor is 3,489 cases. For this third wave, Selangor began to see an increase in cases at the end of September 2020 after the entry and return of travellers from Sabah.

The first cluster reported in Selangor in this third wave is the Jalan Apas Cluster i.e. on 28 September 2020, involving families returning from Sabah. The increase of local transmission cases in Selangor began to be seen on 2 October 2020 and have increased consistently until today.

A total of 26 active clusters were reported in Selangor starting from the first cluster (the Jalan Apas Cluster) until the latest cluster reported (the Hentian Cluster):

  • A total of 18 active clusters (69.2%) are local transmission clusters; while 8 clusters (30.8%) are related to travellers returning from Sabah.
  • The 6 latest clusters reported since 11 October 2020 are related to local transmissions.
  • 9 out of 26 clusters are closely related to transmission at workplaces (34.6%).
  • 1 cluster is associated with a public shopping mall (3.8%).

This current situation is due to the high population density and population movements in Selangor of the local population and visitors to Selangor.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

20 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 20 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah6738,755
Selangor1323,489
WP Kuala Lumpur7 (1)2,860
Kedah171,957
Negeri Sembilan61,110
Johor1840
Sarawak1 (1)769
Pulau Pinang8670
Perak9424
Pahang0388
Melaka0299
Kelantan1174
Terengganu0163
WP Labuan6160
WP Putrajaya1129
Perlis038
Total862 (2)22,225

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(20 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredNon-M’sians
1.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu231415680415 (0)00
2.Hentian  SelangorHulu Langat424912749 (0)00
3.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran121,07716,503194 (0)8821
4.AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya126257762 (0)00
5.Bah SintokKedah, Negeri Sembilan, SelangorKubang Pasu, Seremban, Gombak114949148 (0)10
6.BuntarKedah, Perak, WP Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan103333533 (0)00
7.UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai9194865176 (0)180
8.Jalan BombaSabahSandakan92531621 (0)22
9.MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Larut, Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah84936147 (0)20
10.Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban74873330 (0)180
11.AlmaPulau PinangSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara72422424 (0)00
12.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama41,5767,391823 (5)7521
13.Ramai-RamaiSabahSandakan4195734156 (1)390
14.Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut, Seberang Perai Utara25632948 (0)80
15.SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP PutrajayaBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Putrajaya25473743 (1)110
16.Saguking  WP LabuanLabuan24153341 (0)00
17.Keladi  SelangorKlang23021630 (0)00
18.MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor21861518 (0)00
19.Tujuh SerangkaiSabahTuaran11642,655122 (0)411
20.Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat16143217 (0)440
21.Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai15171639 (0)120
22.Tanamera  SabahTawau1478433 (0)140
23.Bestari  SabahSandakan1276115 (0)120
24.KencanaSelangor,  Johor, WP Kuala Lumpur, TerengganuPetaling, Hulu Langat, Klang, Gombak, Cheras, Johor Bahru, Batu Pahat, Pontian, Kuala Nerus12624221 (0)50
25.TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang, Gombak12455220 (0)40
26.OliveSelangor, SabahHulu Langat, Penampang, Kota Marudu11854116 (0)20
27.Buang SayangSabah, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanSipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban, Rembau1174148 (0)90