Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 23 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 467 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 15, 884 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (246 kes);
  • Selangor (105 kes);
  • Kedah (74 kes);
  • Pulau Pinang (24 kes);
  • Melaka (7 kes);
  • Terengganu (4 kes).
  • Johor (4 kes);
  • Sarawak (1 kes);
  • Negeri Sembilan (1 kes); dan
  • Pahang (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 528 kes (74.4 peratus). Ini adalah hasil usaha gigih dalam menjalankan pengesanan kes secara aktif di negeri Sabah. Mobilisasi petugas kesihatan telah membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik dan telah membantu usaha menjalankan ujian RT-PCR dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan pertambahan sebanyak 73 kes (10.3 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 73  kes baharu, 34 kes (46.6  peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 180 kes (25.4 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (140 kes), Kluster Penjara Reman (39 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Sebanyak satu (1) kes merupakan pengunjung yang pulang dari negeri Sabah, yang menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke negeri Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 466 kes.

Secara keseluruhannya, sehingga 23 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 710 kes baharu telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 24,514 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 8,416 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 710 kes baharu pada hari ini, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melaporkan satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes tersebut melibatkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia dari negara Nepal.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 528 kes
    • 203 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Samudera;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 156 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 62 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma dan Kluster Jaya;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 39 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Negeri Sembilan: 37 kes
    • 28 kes daripada kluster termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jaya;
    • Dua (2) kes kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 19 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Palma;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Empat (4) kes 
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    •  Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Pahang: Satu (1 ) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan 10 kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 214 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
20512154SabahLelaki (BWN)77Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, kanser pankreas dan dislipidemia
20614924SabahPerempuan (WN)69Hospital Duchess of Kent-
20715274SabahLelaki (WN)54Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung dan dislipidemia
20815306SabahLelaki (BWN)66Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan penyakit jantung
20924267SabahPerempuan (WN)62Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, gout, penyakit jantung dan obesiti.
21024330SabahLelaki (WN)63Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi dan strok
21124331SabahLelaki (WN)61Hospital TuaranPenyakit darah tinggi
21224332SabahLelaki (WN)33Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, LikasPenyakit buah pinggang
21318681KedahLelaki (WN)67Hospital Sultanah Bahiyah-
21424507WP LabuanPerempuan (BWN)58Hospital LabuanPenyakit asma

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER SAMUDERA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22612) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah lapan (8) individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu).

2) KLUSTER PALMA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Gombak dan Hulu Selangor di negeri Selangor serta daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20399) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti 12 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana:

  • 13 kes dikesan positif COVID-19 (9 kes baharu); dan
  • 88 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER JAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Sepang di negeri Selangor dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 20 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 23 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 39 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH52810,396
SELANGOR623,804
W.P. KUALA LUMPUR11 (1)2,920
KEDAH11,968
NEGERI SEMBILAN371,194
JOHOR4845
SARAWAK2772
PULAU PINANG39731
PERAK4449
PAHANG1392
MELAKA0305
W.P. LABUAN19217
KELANTAN0178
TERENGGANU2166
W.P. PUTRAJAYA 0139
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN710 (1)24,514

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(23 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu1407221,461719 (0)30
2Penjara RemanPulau PinangTimur Laut394462,964254 (0)1911
3SofiNegeri SembilanSeremban276117361 (0)00
4SagukingWP LabuanLabuan147153370 (0)01
5Tujuh SerangkaiSabahTuaran132382,69682 (0)1551
6SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Papar, Miri, Daro133031530 (0)00
7HighwaySabahKota Belud113930039 (0)00
8TanameraSabahTawau6569936 (0)200
9BasungSabahKudat52658126 (0)00
10Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran  41,08916,521245 (0)8431
11AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya  48869788 (0)00
12MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah47747166 (0)110
13HentianSelangorHulu Langat45912858 (0)10
14InaiSabahKudat41510515 (0)00
15Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong,  Cheras, Temerloh, Muallim  31411,12465 (0)760
16Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai  35473235 (0)190
17KertangSabahKota Belud22330423 (0)00
18TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama  11,5877,556654 (4)9303
19UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa  120788291 (0)1160
20KasihSabahLahad Datu, Kota Kinabalu1661,86826 (0)400
21Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson1651,56343 (0)220
22BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan    14169040 (0)10
23Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru  13164528 (1)30
24CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur  Petaling, Tampin, Titiwangsa12719127 (1)00
25MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor12570219 (0)60
26BinaSabahBeaufort, Sipitang1258325 (0)00
27BaiduriSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai  1203304 (0)160
28TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1202434 (0)160
29MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang  Titiwangsa, Klang, Kepong, Kuantan11621815 (0)10
30Seri SetiaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa181654 (0)40
31Bina LabuanWP LabuanLabuan161225 (0)01

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

23 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 467 COVID-19 recovery cases. Therefore, cumulatively, 15,884 confirmed COVID-19 cases have been discharged (64.8% of total cumulative cases). The breakdown of cases that have recovered by state is as follows:

  • Sabah (246 cases)
  • Selangor (105 cases)
  • Kedah (74 cases)
  • Pulau Pinang (24 cases)
  • Melaka (7 cases)
  • Terengganu (4 cases)
  • Johor (4 cases)
  • Sarawak (1 case)
  • Negeri Sembilan (1 case)
  • Pahang (1 case)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

Today, Sabah continues to report the highest number of cases at 528 cases (74.4%). This is the result of intensive active case detection carried out in Sabah. The mobilisation of healthcare workers has aided screening efforts in the field as well as delivery of medical treatment. Logistics for sample delivery have also been improved and helped improve turnaround time for RT-PCR tests results.

Meanwhile, the states in the Klang Valley reported an additional 73 cases (10.3% of the total cases). Of these, 34 cases (46.6%) are from existing and new clusters. These states as well as Sabah have already been placed under the Conditional Movement Control Order (CMCO).

A total of 180 cases (25.4%) reported today are from the Penjara Kepayan Cluster (140 cases), Penjara Reman Cluster (39 cases), and the Tembok Cluster (1 case).

One (1) case today was a returnee from Sabah, which makes the number of cases reported to have a history of travel to Sabah since 20 September 2020 is 466 cases.

As of 23 October 2020, 12 pm, a total of 710 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are 24,514 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 8,416 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 710 additional cases reported today, Kuala Lumpur reported one (1) imported case who was infected overseas. The case is a non-Malaysian traveller from Nepal.

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 528 cases
    • 203 cases from existing active clusters, including 2 cases from a new cluster i.e. Samudera Cluster.
    • 169 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 156 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 62 cases
    • 29 cases from existing active clusters, including 10 cases from new clusters i.e. Palma Cluster and Jaya Cluster.
    • 18 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from screening of returnees from high-risk areas (Sabah).
    • 14 cases from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 39 cases from existing active clusters.
  • Negeri Sembilan: 37 cases
    • 28 cases from existing active clusters, including 1 case from a new cluster i.e. Jaya Cluster.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 7 cases from other COVID-19 screenings.
  • WP Labuan: 19 cases
    • 16 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 10 cases
    • 5 cases from existing active clusters, including 1 case from a new cluster i.e. Palma Cluster.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 3 cases from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 4 cases
    • 1 case from an existing active cluster.
    • 3 cases from other COVID-19 screenings.
  • Johor: 4 cases
    • 1 case from an existing active cluster.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Terengganu: 2 cases
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Sarawak: 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 1 case from an existing active cluster.
  • Pahang: 1 case from an existing active cluster.

Currently, 90 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 28 patients on ventilation support.

Regretfully, 10 additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 214 COVID-19 deaths in Malaysia (0.9% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSexAge (years)HospitalMedical History
20512,154SabahMale (Non-M’sian)77Queen ElizabethDiabetes, pancreatic cancer & dyslipidaemia,
20614,924SabahFemale (M’sian)69Duchess of Kent-
20715,274SabahMale (M’sian)54Duchess of KentDiabetes, hypertension, heart disease & dyslipidaemia
20815,306SabahMale (Non-M’sian)66Duchess of KentDiabetes, hypertension & heart disease
20924,267SabahFemale (M’sian)62Duchess of KentDiabetes, hypertension, dyslipidaemia, gout, heart disease & obesity.
21024,330SabahMale (M’sian)63Duchess of KentHypertension & stroke
21124,331SabahMale (M’sian)61TuaranHypertension
21224,332SabahMale (M’sian)33Women & Children’s Hospital, LikasKidney disease
21318,681KedahMale (M’sian)67Sultanah Bahiyah-
21424,507WP LabuanFemale (Non-M’sian)58LabuanAsthma

MOH extends its condolences to all their family members.

Three (3) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that there are three (3) new clusters have been identified today.

The Samudera Cluster

This new cluster involves the Sandakan district, Sabah. The index case for this cluster (Case 22,612) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 20 October 2020 and admitted into the Duchess of Kent Hospital. Screening of close contacts has identified seven (7) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 23 October 2020, 12 pm, a total of 8 individuals have been screened, of which:

  • 8 confirmed COVID-19 cases (2 additional cases)

The Palma Cluster

This new cluster involves the Gombak and Hulu Selangor districts in Selangor, and the Kepong district in Kuala Lumpur. The index case for this cluster (Case 20,399) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 17 October 2020 and admitted into Sungai Buloh Hospital. Screening of close contacts has identified 12 additional confirmed COVID-19 cases.

As of 23 October 2020, 12 pm, a total of 101 individuals have been screened, of which:

  • 13 confirmed COVID-19 cases (9 additional cases)
  • 88 individuals awaiting result

The Jaya Cluster

This new cluster involves the Sepang district in Selangor and the Seremban district in Negeri Sembilan. The index case for this cluster was detected positive for COVID-19 from screening at a workplace on 20 October 2020 and admitted into Sungai Buloh Hospital. Screening of close contacts has identified eight (8) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 23 October 2020, 12 pm, a total of 48 individuals have been screened, of which:

  • Nine (9) confirmed COVID-19 cases (3 additional cases)
  • 39 individuals awaiting results

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

23 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 23 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah52810,396
Selangor623,804
WP Kuala Lumpur11 (1)2,920
Kedah11,968
Negeri Sembilan371,194
Johor4845
Sarawak2772
Pulau Pinang39731
Perak4449
Pahang1392
Melaka0305
WP Labuan19217
Kelantan0178
Terengganu2166
WP Putrajaya0139
Perlis038
Total710 (1)24,514

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(23 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredTotal deaths
1.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu1407221,461719 (0)30
2.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut394462,964254 (0)1911
3.SofiNegeri SembilanSeremban276117361 (0)00
4.Saguking  WP LabuanLabuan147153370 (0)01
5.Tujuh SerangkaiSabahTuaran132382,69682 (0)1551
6.SauhSabah, SarawakKota Kinabalu, Papar, Miri, Daro133031530 (0)00
7.Highway  SabahKota Belud113930039 (0)00
8.Tanamera  SabahTawau6569936 (0)200
9.Basung  SabahKudat52658126 (0)00
10.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran41,08916,521245 (0)8431
11.AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya48869788 (0)00
12.MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah47747166 (0)110
13.Hentian  SelangorHulu Langat45912858 (0)10
14.Inai  SabahKudat41510515 (0)00
15.Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Pahang, PerakHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bahru, Batu Pahat, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras, Temerloh, Mualim31411,12465 (0)760
16.Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai35473235 (0)190
17.Kertang  SabahKota Belud22330423 (0)00
18.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama11,5877,556654 (4)9303
19.UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa120788291 (0)1160
20.KasihSabahLahad Datu, Kota Kinabalu1661,86826 (0)400
21.Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson1651,56343 (0)220
22.BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan14169040 (0)10
23.Bah BundleWP Labuan, JohorLabuan, Johor Bahru13164528 (1)30
24.CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa12719127 (1)00
25.MerbokSelangorKuala Langat, Klang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor12570219 (0)60
26.Bina  SabahBeaufort, Sipitang1258325 (0)00
27.BaiduriSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurHulu Langat, Gombak, Port Dickson, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai1203304 (0)160
28.TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1202434 (0)160
29.MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, PahangTitiwangsa, Klang, Kepong, Kuantan11621815 (0)10
30.Seri SetiaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, TItiwangsa181654 (0)40
31.Bina LabuanWP LabuanLabuan161225 (0)01