Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 691 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 17,825kes (64.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kesyang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (517 kes);
  • Selangor (107 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (30 kes);
  • Pulau Pinang (20 kes);
  • Negeri Sembilan (4 kes);
  • Sarawak (4 kes);
  • Melaka (3 kes);
  • Perak (3 kes); dan
  • Johor (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, Negeri Sabah terus mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu 927 kes (74.8 peratus). Jumlah ini melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu 439 kes. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di negeri Sabah. Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan. Aspek logistik dan penghantaran sampel juga ditambahbaik bagi membolehkan keputusan ujian RTK-Ag dan RT-PCR dapat diperoleh dengan lebih cepat.

Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 194 kes (15.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 194  kes baharu ini, 120 kes (61.9  peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejumlah 508 kes (41 peratus) pada hari ini adalah daripada Kluster Penjara Kepayan (439 kes), Kluster Seberang Perai (57 kes), Kluster Benteng LD (7 kes), Kluster Penjara Tapah (4 kes) dan Kluster Tembok (1 kes). Kes-kes ini sememangnya terasing di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Secara keseluruhannya, sehingga 26 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,240 kes baharu telah dilaporkan. Ini adalah kes harian tertinggi sejak permulaan pandemik yang menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27,805 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,744 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 1,240 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan bukan warganegara yang tiba dari negara;

  • Rusia (1 kes di Selangor); dan
  • Ukraine (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:     

  • Sabah: 927 kes
    • 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapor;
    • 280 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 176 kes
    • 109 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 61 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 25 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hampar;
    • Enam (6) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 17 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: Lapan (8) kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Penjara Tapah; dan
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak : Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Empat (4) kes
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Terengganu: Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 236 kes (0.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
23014925Sabah  Lelaki (WN)  67Hospital Duchess of KentSinusitis
23115854SabahLelaki (WN)71Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung
23216508SabahPerempuan (WN)51Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
23326212SabahLelaki (WN)61Hospital TuaranOrang Kelainan Upaya (buta)
23425353SabahLelaki (BWN)50Hospital Queen Elizabeth  Penyakit darah tinggi,  buah pinggang kronik dan penyakit jantung
23527491SabahPerempuan (BWN)90Hospital Duchess of Kent
23627492SabahLelaki (BWN)27Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER KAPOR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kudat di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pelaut yang menetap di Kampung Tanjung Kapor dan telah mengesan sebanyak 46 kes positif COVID-19 pada 22 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Kota Belud, Sabah.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 127 individu telah disaring, di mana:

  • 46 kes dikesan positif COVID-19 (30 kes baharu); dan
  • 81 individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER HAMPAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Rembau di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23736) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Rembau. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 578 individu telah disaring, di mana:

  • Lima (5) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 96 individu negatif; dan
  • 477 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER PENJARA TAPAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak. Sebanyak 11 kes telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan yang dijalankan di Penjara Tapah bermula dari 12 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dan Hospital Teluk Intan. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti empat (4) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 26 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 2,268 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 1,820 individu negatif; dan
  • 437 individu masih menunggu  keputusan.

KONSEP YANG DIGUNAKAN DALAM PEMBERIAN NAMA BAGI KLUSTER BAHARU

KKM mengambil maklum pandangan orang umum mengenai konsep yang digunapakai KKM dalam menamakan kluster COVID-19. Untuk makluman semua, pemilihan nama kluster adalah berdasarkan latar belakang kes indeks bagi kluster tersebut. Nama kluster dipilih berdasarkan nama bangunan, taman atau jalan tempat kediaman atau tempat kerja kes indeks. Ini adalah bagi memastikan komunikasi berkesan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam kawalan dan pengurusan kluster.

Selain itu, nama sesebuah kluster juga boleh dipilih bagi menggambarkan cara penyebaran jangkitan di antara kes indeks dan kontak rapat seperti; Kluster Auto yang menggambarkan jangkitan kluster di tempat kerja melibatkan pekerja di syarikat automotif dan Kluster Inai yang menggambarkan jangkitan kluster bermula daripada majlis berinai.

KKM sangat berhati-hati dalam pemilihan nama kluster bagi mengelakkan sebarang keresahan dan stigma kepada pesakit, penduduk setempat mahu pun organisasi yang terlibat. KKM juga sentiasa melakukan pengesanan kes secara aktif di lapangan bagi memastikan kesemua yang terlibat disaring dan diasingkan daripada komuniti sekiranya didapati positif jangkitan COVID-19.

Bagi masyarakat, adalah penting bagi mereka memahami bahawa tindakan utama yang boleh melindungi mereka daripada dijangkiti COVID-19 adalah dengan mengamalkan segala nasihat  seperti yang sering dimaklumkan oleh KKM dan juga dengan mematuhi segala Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan. Cabaran utama bagi kita semua adalah dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin dan dipatuhi oleh semua individu dari segenap lapisan masyarakat.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH92712,745
SELANGOR177 (1)4,145
W.P. KUALA LUMPUR172,966
KEDAH32,048
NEGERI SEMBILAN251,337
JOHOR4871
SARAWAK7803
PULAU PINANG61912
PERAK8473
PAHANG0392
MELAKA2310
W.P. LABUAN6 (1)270
KELANTAN0179
TERENGGANU3176
W.P. PUTRAJAYA 0140
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN1,240 (2)27,805

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Text Box: LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(26 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang4391,6623,4051,658 (0)40
2Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan572552,895208 (2)470
3JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang, Kuala Langat46559655 (0)00
4KayaNegeri Sembilan, WP Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling45122618122 (0)00
5HentianSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa13781,49474 (0)40
6UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong  922688853 (0)1730
7Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran71,09616,533227 (0)8681
8CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong63730935 (0)20
9MesraSabahSandakan63311625 (0)71
10TitirSabahKeningau52831628 (0)00
11BakiSarawakKuching51311013 (0)00
12Ramai-RamaiSabahSandakan4245771118 (0)1270
13MegahSabahSandakan, Kota KInabalu4246414 (0)91
14TeduhSabahLahad Datu4176225 (0)120
15SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah3821,15254 (0)280
16TanameraSabahTawau36216040 (0)220
17MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang,  Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak32627624 (0)20
18MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang31315513 (0)00
19BayanPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara393839 (0)00
20AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya210988099 (0)100
21TinusaSabahSandakan23658935 (0)10
22AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu23155529 (1)20
23JambulSabahSandakan210495 (0)50
24TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama11,6647,683535 (4)11263
25SagukingWP LabuanLabuan11072,145106 (0)01
26MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah17752659 (0)180
27Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson1711,97533 (0)380
28InaiSabahKudat14910649 (0)00
29SuratSabahSandakan14517518 (0)270
30BasungSabahKudat13064430 (0)00
31KertangSabahKota Belud12472424 (0)00
32KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian12340623 (0)00
33MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong1189417 (0)10
34PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong11410712 (0)20
35KolongSabahKeningau1132844 (0)90
36SentralWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling193486 (0)21

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

26 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 691 COVID-19 recovery cases. Therefore, cumulatively, 17,825 confirmed COVID-19 cases have been discharged (64.1% of total cumulative cases). The breakdown of cases that have recovered by state is as follows:

  • Sabah (517 cases)
  • Selangor (107 cases)
  • WP Labuan (30 cases)
  • Pulau Pinang (20 cases)
  • Negeri Sembilan (4 cases)
  • Sarawak (4 cases)
  • Melaka (3 cases)
  • Perak (3 cases)
  • Johor (3 cases)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

Today, Sabah continues to report the highest number of cases at 927 cases (74.8%). This number increased again contributed by confirmed cases in Kepayan Prison i.e. 439 cases. This is due to intensive active case detection conducted in Sabah. In addition, the mobilisation of healthcare workers has also strengthened screening in the field as well as medical treatment. Logistics and sample delivery have also improved to enable RTK-Ag and RT-PCR test results to be obtained more quickly.

Meanwhile, the states in the Klang Valley reported 194 cases (15.6% of the total cases). Of these 194 additional cases, 120 cases (61.9%) are from existing and new clusters. These states as well as Sabah have already been placed under the Conditional Movement Control Order (CMCO).

A total of 508 cases (41%) today are from the Penjara Kepayan Cluster (439 cases), Seberang Perai Cluster (57 cases), Benteng LD Cluster (7 cases), Penjara Tapah Cluster (4 cases) and Tembok Cluster (1 case). These cases are isolated within the areas of the Enhanced Movement Control Order (EMCO).

As of 26 October 2020, 12 pm, a total of 1,240 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. This is the highest number of daily cases reported since the start of the pandemic; cumulatively, there are 27,805 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 9,744 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 1,240 additional cases reported today, two (2) are imported cases who were infected overseas, involving non-Malaysians who were travellers from:

  • Russia (1 case in Selangor)
  • Ukraine (1 case in WP Labuan)

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 927 cases
    • 511 cases from existing active clusters, including 30 cases from a new cluster i.e. Kapor Cluster.
    • 280 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 136 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 176 cases
    • 109 cases from existing active clusters.
    • 34 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 33 cases from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 61 cases
    • 60 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • Negeri Sembilan: 25 cases
    • 12 cases from existing active clusters, including 4 cases from a new cluster i.e. Hampar Cluster.
    • 6 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 7 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 17 cases
    • 11 cases from existing active clusters.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 4 cases from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 8 cases
    • 6 cases from existing active clusters, including 4 cases from a new cluster i.e. Penjara Tapah Cluster.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • WP Labuan: 5 cases
    • 1 case from existing active clusters.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Johor: 4 cases
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from existing active clusters.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 3 cases from existing active clusters.
  • Terengganu: 3 cases from existing active clusters.
  • Melaka: 2 cases from existing active clusters.

Currently, 94 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 31 patients on ventilation support.

Regretfully, seven (7) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 236 COVID-19 deaths in Malaysia (0.9% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSex (Nationality)Age (years)HospitalMedical History
23014,925SabahMale (M’sian)67Duchess of KentSinusitis
23115,854SabahMale (M’sian)71Queen ElizabethDiabetes, hypertension & heart disease
23216,508SabahFemale (M’sian)51Queen ElizabethDiabetes, hypertension & dyslipidaemia
23326,212SabahMale (M’sian)61TuaranBlindness
23425,353SabahMale (Non-M’sian)50Queen ElizabethHypertension, chronic kidney disease & heart disease
23527,491SabahFemale (Non-M’sian)90Duchess of Kent
23627,492SabahMale (Non-M’sian)27Tawau

MOH extends its condolences to all their family members.

Three (3) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that there are three (3) new clusters have been identified today.

The Kapor Cluster

This new cluster involves the Kudat district, Sabah. The confirmed COVID-19 cases in this cluster were detected from screening of seafaring communities residing in Kampung Tanjung Kapor, with a total of 46 confirmed COVID-19 cases detected on 22 October 2020. All cases have been admitted into the COVID-19 Quarantine and Low Risk Treatment Centre (PKRC) in Kota Belud, Sabah.

As of 26 October 2020, 12 pm, a total of 127 individuals have been screened, of which:

  • 46 confirmed COVID-19 cases (30 additional cases)
  • 81 individuals awaiting results

The Hampar Cluster

This new cluster involves the Rembau district, Negeri Sembilan. The index case for this cluster (Case 23,736) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 21 October 2020 and admitted into Rembau Hospital. Screening of close contacts has identified four (4) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 26 October 2020, 12 pm, a total of 578 individuals have been screened, of which:

  • Five (5) confirmed COVID-19 cases (4 additional cases)
  • 96 individuals tested negative
  • 477 individuals awaiting results

The Penjara Tapah Cluster

This new cluster involves the Batang Padang district, Perak. A total of 11 confirmed COVID-19 cases were detected from screening conducted at Tapah Prison starting from 12 October 2020. All cases have been admitted to the Raja Permaisuri Bainun Hospital, Ipoh and Teluk Intan Hospital. Screening of close contacts has identified four (4) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 26 October 2020, 12 pm, a total of 2,268 individuals have been screened, of which:

  • 11 confirmed COVID-19 cases (4 additional cases)
  • 1,820 individuals tested negative
  • 437 individuals awaiting results

Concept Used in Naming of New Clusters

MOH takes note of the public’s views on the concept used by MOH in naming new COVID-19 clusters. The selection of names for the new clusters is based on the background of the index case for the cluster. The name of the cluster is chosen based on the name of the building, housing area, street name or workplace of the index case. This is to ensure effective communication between the agencies involved in the control and management of the cluster.

In addition, the name of a cluster can also be chosen to describe the disease transmission between index case(s) and close contacts e.g. the Auto Cluster describes a cluster in a workplace involving employees in an automotive company, and the Inai Cluster that describes a cluster that started from a pre-wedding (majlis berinai) ceremony.

MOH is very cautious in choosing cluster names to avoid any anxiety and stigma to patients, local residents or organisations involved. MOH also regularly conducts active case detection in the field to ensure that all individuals involved are screened and isolated from the community if they are found to be positive for COVID-19 infection.

For the community, it is important for them to understand that the main action that can protect them from being infected with COVID-19 is by practising all of the advisories continuously stated by MOH and also by complying with all of the Standard Practice Procedures (SOPs) set. The main challenge for all of us is to implement these actions as best as possible, and be continuously complied with by all members of the public.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

26 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 26 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah92712,745
Selangor177 (1)4,145
WP Kuala Lumpur172,966
Kedah32,048
Negeri Sembilan251,337
Johor4871
Sarawak7803
Pulau Pinang61912
Perak8473
Pahang0392
Melaka2310
WP Labuan6 (1)270
Kelantan0179
Terengganu3176
WP Putrajaya0140
Perlis038
Total1,240 (2)27,805

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(26 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredTotal deaths
1.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang4391,6623,4051,658 (0)40
2.Penjara Seberang PeraiPulau PinangSeberang Perai Selatan572552,895208 (2)470
3.JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang, Kuala Langat46559655 (0)00
4.KayaNegeri Sembilan, WP Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling45122618122 (0)00
5.HentianSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa13781,49474 (0)40
6.UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong922688853 (0)1730
7.Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran71,09616,533227 (0)8681
8.CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong63730935 (0)20
9.Mesra  SabahSandakan63311625 (0)71
10.Titir  SabahKeningau52831628 (0)00
11.Baki  SarawakKuching51311013 (0)00
12.Ramai-RamaiSabahSandakan4245771118 (0)1270
13.Megah  SabahSandakan, Kota Kinabalu4246414 (0)91
14.Teduh  SabahLahad Datu4176225 (0)120
15.SimeraTerengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, KelantanBesut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat, Gombak, Port Dickson, Manjung, Hilir Perak, Johor Bahru, Lembah Pantai, Putrajaya, Tanah Merah3821,15254 (0)280
16.Tanamera  SabahTawau36216040 (0)220
17.MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak32627624 (0)20
18.MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang31315513 (0)00
19.BayanPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara393839 (0)00
20.AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya210988099 (0)100
21.Tinusa  SabahSandakan23658935 (0)10
22.AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu23155529 (1)20
23.Jambul  SabahSandakan210495 (0)50
24.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama11,6647,683535 (4)11263
25.Saguking  WP LabuanLabuan11072,145106 (0)01
26.MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah17752659 (0)180
27.Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson1711,97533 (0)380
28.Inai  SabahKudat14910649 (0)00
29.Surat  SabahSandakan14517518 (0)270
30.Basung  SabahKudat13064430 (0)00
31.Kertang  SabahKota Belud12472424 (0)00
32.KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian12340623 (0)00
33.MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong1189417 (0)10
34.PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong11410712 (0)20
35.Kolong  SabahKeningau1132844 (0)90
36.SentralWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling193486 (0)21