Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 27 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 674 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 18,499 kes (64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (367 kes);
  • Kedah (136 kes);
  • Pulau Pinang (79 kes);
  • Selangor (70 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (5 kes);
  • Sarawak (5 kes);
  • Johor (5 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (3 kes);
  • Melaka (2 kes);
  • Negeri Sembilan (1 kes); dan
  • Terengganu (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan penurunan jumlah kes baharu sebanyak 517 kes (55.8 peratus) iaitu daripada 927 kes kepada 410 kes. Walaupun terdapat penurunan jumlah kes pada hari ini, KKM masih terus giat menjalankan aktiviti saringan dan pengesanan kes secara aktif di seluruh negeri Sabah. Ini kerana, masih terdapat sebanyak 44 kluster yang aktif di Sabah dan peningkatan kes harian tempatan masih boleh berlaku.

Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 138 kes (16.5 peratus dari jumlah keseluruhan kes). Daripada 138 kes baharu ini, 65 kes (47.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster sedia ada dan baharu. Untuk makluman, negeri-negeri ini dan juga negeri Sabah telah pun diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Terdapat penurunan sebanyak 485 kes (95.5 peratus) bagi kes-kes yang berkaitan kluster penjara pada hari ini, iaitu daripada 508 kes kepada 23 kes. Daripada jumlah ini, 15 kes adalah daripada Kluster Tembok; tujuh (7) kes daripada Kluster Penjara Kepayan; dan satu (1) kes daripada Kluster Penjara Reman. Ini adalah hasil usaha keras semua pihak dalam menjalankan kawalan dan pencegahan di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi penjara dan kuarters yang yang terlibat iaitu bagi mengelak berlaku sebarang penularan ke komuniti.

Secara keseluruhannya, sehingga 27 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 835 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 28,640 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 9,903 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 835 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan empat (4) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (1 kes di Selangor dan 1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan);
  • Indonesia (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Thailand (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Bulgaria (1 kes di Wilayah Persekutuan Labuan).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 410 kes
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintas;
    • 218 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 132 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 155 kes
    • 149 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 125 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 74 kes
    • 69 kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Limbungan; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 16 kes
    • 12 kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 13 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : 11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah : Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes  saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 89 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 238 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
23727478SabahLelaki (WN)82Hospital Tawau Penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD), buah pinggang kronik dan aritmia jantung (AF)
23828215SabahPerempuan (BWN)53Hospital Tawau

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

1) KLUSTER LINTAS

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Negeri Sabah. Sebanyak enam (6) kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 26 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana:

  • Enam (6) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
  • 15 individu negatif.

2) KLUSTER LIMBUNGAN

Kluster baharu ini dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18741) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kontak rapat pada 15 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 19 lagi kes positif COVID-19 pada 27 Oktober 2020. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

Sehingga 27 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 383 individu telah disaring, di mana:

  • 20 kes dikesan positif COVID-19 (13 kes baharu);
  • 44 individu negatif; dan
  • 319 individu masih menunggu keputusan.

USAHA MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19 DI TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 230 kluster COVID-19 yang telah dilaporkan sejak permulaan pandemik di Malaysia, sebanyak 62 kluster (30 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja. Sehingga 27 Oktober 2020, terdapat 37 kluster berkaitan tempat kerja yang masih aktif termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dan syarikat swasta dalam bersama-sama membantu mengekang penularan COVID-19 di kalangan warga kerja. Tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja membolehkan pengesanan kes-kes positif yang tidak bergejala di kalangan warga kerja dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam dengan segera. Ini sekaligus dapat membendung penularan jangkitan COVID-19 dalam sesebuah komuniti dan seterusnya melindungi individu-individu daripada kumpulan berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak.

Selain tindakan proaktif majikan, warga pekerja juga mempunyai peranan yang besar dalam membantu KKM untuk membendung penularan COVID-19 di tempat kerja dengan mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Di samping itu, warga kerja perlu sentiasa mengamalkan kawalan kendiri ketika berada di tempat kerja. Persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat juga hendaklah dijadikan kebiasaan harian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 27 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH41013,155
SELANGOR126 (1)4,271
W.P. KUALA LUMPUR11 (2)2,977
KEDAH42,052
NEGERI SEMBILAN1551,492
PULAU PINANG13925
JOHOR8879
SARAWAK16819
PERAK11484
PAHANG0392
MELAKA0310
W.P. LABUAN76 (2)346
KELANTAN0179
TERENGGANU4180
W.P. PUTRAJAYA 1141
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN835 (5)28, 640

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(27 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Lembah Pantai, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling  152274688274 (0)00
2SagukingWP LabuanLabuan551622,735132 (0)291
3MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang,  Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak366230356 (0)60
4TitirSabahKeningau235178650 (0)10
5TembokKedah, PerakKota Setar, Baling,                Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama151,6798,867549 (5)1,1273
6BakiSarawakKuching122594925 (0)00
7BayanPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara91846417 (0)10
8Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang71,6693,4901,664 (0)50
9KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian73044330 (1)00
10BasungSabahKudat63664436 (0)00
11MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong5239921 (0)20
12HentianSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa4822,15578 (0)40
13MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun,            Kuala Terengganu, Marang, Klang  41727517 (0)00
14UtamaSelangor, Melaka,         WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras  322989151 (0)1780
15AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak,          Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya311288292 (0)200
16TanameraSabahTawau36516038 (0)270
17CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong34031638 (1)20
18PalmaSelangor, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong  31711014 (0)30
19KolongSabahKeningau3162987 (0)90
20Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu23753,214144 (0)2292
21Ramai-RamaiSabahSandakan2250773121 (0)1290
22MesraSabahSandakan23511627 (0)71
23AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu23358825 (1)80
24Penjara RemanPulau PinangTimur Laut14552,96462 (0)3921
25MenaraSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, WP Putrajaya, Larut Matang & Selama, Kuala Nerus, Melaka Tengah18252753 (0)290
26InaiSabahKudat15010650 (0)00
27KaporSabahKudat14713447 (0)00
28Jalan BombaSabahSandakan13131623 (0)62
29KertangSabahKota Belud12572425 (0)00
30MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu1256415 (0)91
31TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1232438 (0)150
32JambuSelangor, Pulau PinangHulu Langat, Timur Laut11814717 (0)10
33SentralWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling11436110 (0)31
34Bina LabuanWP LabuanLabuan11417113 (0)01
35Bah LayanganWP Labuan, Negeri SembilanLabuan, Rembau1141426 (0)80
36Bah KotaSelangor, Negeri SembilanSepang, Petaling, Seremban11218110 (0)20

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

27 October 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 674 COVID-19 recovery cases. Therefore, cumulatively, 18,499 confirmed COVID-19 cases have been discharged well (64.6% of total cumulative cases). The breakdown of cases that have recovered by state is as follows:

  • Sabah (367 cases)
  • Kedah (136 cases)
  • Pulau Pinang (79 cases)
  • Selangor (70 cases)
  • Kuala Lumpur (5 cases)
  • Sarawak (5 cases)
  • Johor (5 cases)
  • WP Labuan (3 cases)
  • Melaka (2 cases)
  • Negeri Sembilan (1 case)
  • Terengganu (1 case)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

We are pleased to inform today that Sabah reported a decrease in the number of cases by 517 cases (55.8%), from 927 cases to 410 cases. Despite the decrease in the number of cases today, MOH is still conducting screening and active case detection throughout Sabah. This is because there are still 44 active clusters in Sabah and an increase in daily local transmission daily can still occur.

The states in the Klang Valley reported 138 cases (16.5% of the total cases). Of these 138 additional cases, 65 cases (47.1%) are from existing and new clusters. These states as well as Sabah have already been placed under the Conditional Movement Control Order (CMCO).

There is also a decrease of 485 cases (95.5%) for cases related to prison clusters today, from 508 cases to 23 cases. Of these, 15 cases are from the Tembok Cluster; seven (7) cases from the Penjara Kepayan Cluster; and one (1) case from the Penjara Reman Cluster. This is the result of the hard work of all agencies in the prevention and control activities, in addition to the implementation of the Enhanced Movement Control Order (EMCO) for the prisons and quarters involved, to prevent any transmission to the local communities.

As of 27 October 2020, 12 pm, a total of 835 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively, there are 28,640 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 9,903 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the 835 additional cases reported today, five (5) are imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and four (4) non-Malaysians who were travellers from:

  • India (1 case in Selangor and 1 case in WP Labuan)
  • Indonesia (1 case in Kuala Lumpur)
  • Thailand (1 case in Kuala Lumpur)
  • Bulgaria (1 case in WP Labuan)

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 410 cases
    • 60 cases from existing active clusters, including 6 cases from a new cluster i.e. Lintas Cluster.
    • 218 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 132 cases from other COVID-19 screenings.
  • Negeri Sembilan: 155 cases
    • 149 cases from existing active clusters.
    • 4 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 125 cases
    • 59 cases from existing active clusters.
    • 42 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 24 cases from other COVID-19 screenings.
  • WP Labuan: 74 cases
    • 69 cases from existing active clusters, including 13 cases from a new cluster i.e. Limbungan Cluster.
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Sarawak: 16 cases
    • 12 cases from existing active clusters.
    • 3 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 13 cases
    • 12 cases from existing active clusters.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 11 cases from existing active clusters.
  • Kuala Lumpur: 9 cases
    • 6 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Johor: 8 cases
    • 7 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • Kedah: 4 cases from existing active clusters.
  • Terengganu: 4 cases from existing active clusters.
  • WP Putrajaya: 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.

Currently, 89 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 32 patients on ventilation support.

Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 238 COVID-19 deaths in Malaysia (0.8% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSex (Nationality)Age (years)HospitalMedical History
23727,478SabahMale (M’sian)82TawauChronic obstructive pulmonary disease, chronic kidney disease & atrial fibrillation
23828,215SabahFemale (Non-M’sian)53Tawau

MOH extends its condolences to all their family members.

Two (2) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that there are two (2) new clusters have been identified today.

The Lintas Cluster

This new cluster involves the Kota Kinabalu district, Sabah. A total of six (6) confirmed COVID-19 cases were detected from a workplace screening on 26 October 2020. All these cases were admitted into the Queen Elizabeth Hospital.

As of 27 October 2020, 12 pm, a total of 21 individuals have been screened, of which:

  • Six (6) confirmed COVID-19 cases (6 additional cases reported today)
  • 15 individuals tested negative

The Limbungan Cluster

This new cluster was reported in WP Labuan. The index case for this cluster (Case 18,741) was detected positive for COVID-19 from screening of close contacts on 15 October 2020. Further screening of close contacts has identified 19 additional confirmed COVID-19 cases on 27 October 2020. All these cases were admitted into Labuan Hospital.

As of 27 October 2020, 12 pm, a total of 383 individuals have been screened, of which:

  • 20 confirmed COVID-19 cases (13 additional cases)
  • 44 individuals tested negative
  • 319 individuals awaiting results

Measures to Prevent COVID-19 Transmission at Workplaces

MOH would like to inform that a total of 230 COVID-19 clusters have been reported since the beginning of the pandemic in Malaysia; of which, 62 clusters (30%) were related to workplaces. As of 27 October 2020, there are 37 workplace-related clusters that are still active, including two (2) new clusters reported today.

MOH is very grateful and would like to express its appreciation to employers and private companies in helping to control the transmission of COVID-19 among their employees and workers. The proactive actions of employers in implementing COVID-19 screening of their employees enables the detection of asymptomatic COVID-19 cases among the employees and this in turn assists MOH in promptly carrying out public health prevention and control measures. This can also prevent the transmission of COVID-19 infection in the community and further protect individuals of high-risk groups, the older adults and children.

In addition to the proactive actions of employers, employees also have a major role to play in assisting the MOH to control the transmission of COVID-19 in the workplace by complying with the Standard Practice Procedures (SOPs) that have been set. In addition, employees should always practice self-compliance while at work. A clean and safe workplace environment should also be made the new normal in our daily working life to break the transmission chain of the COVID-19 infection.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

27 October 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 27 October 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah41013,155
Selangor126 (1)4,271
WP Kuala Lumpur11 (2)2,977
Kedah42,052
Negeri Sembilan1551,492
Pulau Pinang13925
Johor8879
Sarawak16819
Perak11484
Pahang0392
Melaka0310
WP Labuan76 (2)346
Kelantan0179
Terengganu4180
WP Putrajaya1141
Perlis038
Total835 (5)28, 640

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Text Box: Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(27 October 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredTotal deaths
1.KayaNegeri Sembilan, Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Lembah Pantai, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling152274688274 (0)00
2.Saguking  WP LabuanLabuan551622,735132 (0)291
3.MelatiKuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak366230356 (0)60
4.Titir  SabahKeningau235178650 (0)10
5.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama151,6798,867549 (5)1,1273
6.Baki  SarawakKuching122594925 (0)00
7.BayanPulau PinangTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara91846417 (0)10
8.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang71,6693,4901,664 (0)50
9.KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian73044330 (1)00
10.Basung  SabahKudat63664436 (0)00
11.MentariSelangor, Negeri Sembilan, Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Seremban, Kepong5239921 (0)20
12.HentianSelangor, Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa4822,15578 (0)40
13.MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang41727517 (0)00
14.UtamaSelangor, Melaka, Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras322989151 (0)1780
15.AutoSelangor, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya311288292 (0)200
16.Tanamera  SabahTawau36516038 (0)270
17.CahayaSelangor, Negeri Sembilan, Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong34031638 (1)20
18.PalmaSelangor, Kuala LumpurGombak, Hulu Selangor, Kepong31711014 (0)30
19.Kolong  SabahKeningau3162987 (0)90
20.Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu23753,214144 (0)2292
21.Ramai-RamaiSabahSandakan2250773121 (0)1290
22.Mesra  SabahSandakan23511627 (0)71
23.AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu23358825 (1)80
24.Penjara RemanPulau PinangTimur Laut14552,96462 (0)3921
25.MenaraSelangor, Kuala Lumpur & Putrajaya, Perak, Terengganu, MelakaHulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Sepang, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Putrajaya, Larut Matang & Selama,  Kuala Nerus, Melaka Tengah18252753 (0)290
26.Inai  SabahKudat15010650 (0)00
27.Kapor  SabahKudat14713447 (0)00
28.Jalan BombaSabahSandakan13131623 (0)62
29.Kertang  SabahKota Belud12572425 (0)00
30.MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu1256415 (0)91
31.TempayanSabahPenampang, Kota Kinabalu1232438 (0)150
32.JambuSelangor, Pulau PinangHulu Langat, Timur Laut11814717 (0)10
33.SentralKuala Lumpur, SelangorKepong, Cheras, Titiwangsa, Lembah Pantai, Petaling11436110 (0)31
34.Bina LabuanWP LabuanLabuan11417113 (0)01
35.Bah LayanganWP Labuan, Negeri SembilanLabuan, Rembau1141426 (0)80
36.Bah KotaSelangor, Negeri SembilanSepang, Petaling, Seremban11218110 (0)20