Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 28 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 573 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 19,072 kes (64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (294 kes);
  • Selangor (116 kes);
  • Kedah (116 kes);
  • Perak (23 kes);
  • Pulau Pinang (18 kes);
  • Melaka (4 kes);
  • Pahang (1 kes); dan
  • Johor (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  sebanyak 546 kes (68.2 peratus) dan negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 103 kes (12.8 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang sebanyak 649 kes (81 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19 secara keseluruhan. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman, sebanyak 62 kes (7.7 peratus daripada jumlah keseluruhan) yang berkaitan kluster-kluster penjara turut dilaporkan pada hari ini.

Secara keseluruhannya, sehingga 28 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 801 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 29,441 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,123 kes. Kesemua pesakit ini telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 801 kes baharu pada hari ini, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan satu (1) warganegara dan satu (1) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Iran  (1 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); dan
  • Arab Saudi (1 kes di Selangor).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 546 kes
    • 89 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seri Gaya;
    • 271 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 186 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 88 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Labuan : 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : 27 kes
    • 21 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Greenhill; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 24 kes
    • 10 kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 19 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Idaman;
    • Dua (2) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 11 kes daripada kluster sedia ada.
  • Johor : Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bayu; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 246 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
23912156SabahLelaki (WN)66Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
24014415SabahPerempuan (WN)73Hospital TawauPenyakit paru-paru kronik
24115287SabahPerempuan (WN)35Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, asma,  dislipidemia dan strok
24229183SabahLelaki (WN)67Hospital Queen ElizabethPenyakit jantung dan gout
24329184SabahPerempuan (WN)73Hospital Queen Elizabeth-
24429185SabahLelaki (BWN)70Hospital Duchess of KentPenyakit kencing manis dan darah tinggi
24529186SabahLelaki (BWN)56Hospital Duchess of KentPenyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD)
24628252SelangorPerempuan (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER SERI GAYA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14153) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 64 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (11 kes baharu); dan
  • 47 individu dikesan negatif.

KLUSTER GREENHILL

Kluster baharu ini dilaporkan di daerah Kuching dan Miri di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-27786) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 25 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 24 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak dan Hospital Miri.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana:

  • 25 kes dikesan positif COVID-19 (21 kes baharu); dan
  • 26 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER IDAMAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di negeri Selangor dan juga daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-16044) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 481 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (2 kes baharu);
  • 300 individu dikesan negatif; dan
  • 170 individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER BAYU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Muar di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-25677) dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 23 Oktober 2020. Hasil saringan kontak rapat mengesan tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor.

Sehingga 28 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana:

  • 8 kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 60 individu negatif; dan
  • 36 individu menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 28 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH54613,701
SELANGOR89 (1)4,360
W.P. KUALA LUMPUR14 (1)2,991
KEDAH282,080
NEGERI SEMBILAN241,516
PULAU PINANG19944
JOHOR8887
SARAWAK27846
PERAK6490
PAHANG0392
W.P. LABUAN29375
MELAKA0310
TERENGGANU 11191
KELANTAN 0179
W.P. PUTRAJAYA 0141
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN801 (2)29,441

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(28 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
 TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Larut Matang & Selama261,7058,870575 (6)1,1273
 Benteng LDSabahLahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran261,12216,535248 (0)8731
 KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat21295707295 (0)00
 HentianSelangor, WP Kuala LumpurHulu Langat, Cheras, Titiwangsa16982,15590 (0)80
 SagukingWP LabuanLabuan141762,735146 (0)291
 MesraSabahSandakan144911641 (0)71
 MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Klang112841628 (0)00
 TitirSabahKeningau106198660 (0)10
 Jalan BombaSabahSandakan83931625 (0)122
 Penjara RemanPulau PinangTimur Laut64612,96463 (0)3971
 BayanPulau Pinang, KedahSeberang Perai Utara, Barat Daya, Timur Laut, Bandar Baharu62457823 (0)10
 Bina LabuanWP LabuanLabuan62017119 (0)01
 Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu53803,277149 (0)2292
 TeduhSabahLahad Datu5222,39210 (0)120
 Ramai-RamaiSabahSandakan4254777125 (1)1290
 AutoSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat,  Kuala Selangor,  Seremban, Titiwangsa, Putrajaya31151,13988 (0)270
 MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak36530657 (0)80
 AlmaPulau Pinang, Perak, KedahSeberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Utara, Kerian, Bandar Baharu33659227 (0)90
 KempasJohorJohor Bahru, Kulai, Pontian33347733 (0)00
 KertangSabahKota Belud32872428 (0)00
 LimbunganWP LabuanLabuan32338323 (0)00
 UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor,  Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras    223189252 (0)1790
 Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Seremban, Port Dickson2731,98434 (0)390
 BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut, Matang & Selama, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan  25299338 (0)140
 Penjara TapahPerakBatang Padang2132,67611 (0)20
 Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang11,6703,4911,665 (0)50
 Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan12563,392182 (0)740
 TanameraSabahTawau16616039 (0)270
 Sungei WaySelangor, WP Kuala Lumpur, Pulau PinangPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Timur Laut, Seberang Perai Utara  15937024 (0)350
 Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai15573518 (0)370
 CahayaSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Tampin, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong14132336 (0)50
 Bah KotaSelangor, Negeri SembilanSepang, Petaling, Seremban  11318110 (0)30
 BandaranSabahKota Kinabalu1137013 (0)00