Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 1 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19  sebanyak 972 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 22,220 kes (68.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Pecahan kes yang telah pulih COVID-19 mengikut negeri adalah seperti berikut:

  • Sabah (658 kes);
  • Selangor (112 kes);
  • Negeri Sembilan (91 kes);
  • Kedah (41 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (27 kes);
  • Pulau Pinang (24 kes);
  • Perak (10 kes);
  • Melaka (5 kes);
  • Terengganu (2 kes);
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya (1 kes);  dan
  • Pahang (1 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Dimaklumkan pada hari ini, negeri Sabah mencatatkan  jumlah sebanyak 644 kes (67.3 peratus). Manakala negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 230 kes (24 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes. Keempat-empat negeri ini telah menyumbang hampir keseluruhan kes iaitu sebanyak 874 kes (91.3 peratus) daripada jumlah harian kes positif COVID-19. Ini berikutan lebih banyak pengesanan kes di negeri-negeri tersebut susulan aktiviti di lapangan yang giat dijalankan termasuk pengesanan kontak rapat dan saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza Hentian, Kajang yang mana melaporkan 91 kes baharu pada hari ini. Kesemua negeri-negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman juga, sebanyak 80 kes (8.36 peratus daripada jumlah keseluruhan) berkaitan pusat tahanan sementara dan kluster-kluster penjara dilaporkan pada hari ini yang terdiri daripada Pusat Tahanan Sementara Tawau (54 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (6 kes), Kluster Benteng LD (3 kes) dan Kluster Rumah Merah (3 kes).

Secara keseluruhannya, sehingga 1 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 957 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 32,505 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,036 kes.

Ingin dimaklumkan daripada 957 kes baharu pada hari ini, tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes yang dilaporkan merupakan kes penularan COVID-19 dalam negara.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 644 kes
    • 97 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • 401 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 225 kes
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 16 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Usaha; 
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 23 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembaga; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 18 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu : 15 kes daripada kluster sedia ada.
  • Sarawak : 11 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : Lapan (8) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Lima (5) kes daripada kluster sedia ada.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Kedah : Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19. 

Sehingga kini, terdapat 97 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 249 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

DUA (2) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat dua (2) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

KLUSTER USAHA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Klang dan Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-30697) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 16 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana:

  • 17 kes dikesan positif COVID-19 (16 kes baharu);
  • Lima (5) individu dikesan negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

KLUSTER TEMBAGA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29359) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) pada 28 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 1 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • Tujuh (7)  kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 49 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO' SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 November 2020 @ 5.30 petang. 

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 1 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF 
SABAH 64415,692
SELANGOR2254,925
W.P. KUALA LUMPUR 43,048
KEDAH 12,125
NEGERI SEMBILAN 81,615
PULAU PINANG 231,017
JOHOR 1907
SARAWAK 11892
PERAK 5516
W.P. LABUAN 18487
PAHANG 0394
MELAKA 1312
TERENGGANU  15209
KELANTAN  0180
W.P. PUTRAJAYA  1148
 PERLIS 038
JUMLAH KESELURUHAN 957 32,505 

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(1 November 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Hentian Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan Hulu Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban 90 216 2,190 166 (0) 50 0 
2Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Seremban, Port Dickson331102,01950 (0)600
3Basung Sabah Kudat 23 66 676 59 (0) 7 0 
4MakekarTerengganu, SelangorKemaman, Dungun, Kuala Terengganu, Marang, Besut, Kuala Nerus, Klang154699646 (0)00
5Penjara
Seberang Perai
 
Pulau Pinang Seberang Perai Selatan 14 270 4,140 182 (1) 88 0 
6MesraSabahSandakan138912073 (0)151
7Saguking WP Labuan Labuan 12 243 3,345 200 (0) 42 1 
8KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat114221,116413 (0)90
9Kapor Sabah Kudat 11 58 218 58 (0) 0 0 
10TitirSabahKeningau101051,834101 (0)40
11Bayan Pulau Pinang, Kedah, Perak Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kerian, Larut Matang & Selama 8 58 1,415 52 (2) 6 0 
12Ramai-RamaiSabahSandakan7274797105 (0)1690
13Utama Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras 7 243 1,198 49 (0) 194 0 
14Taman LautSelangorPetaling71512315 (0)00
15Penjara Kepayan Sabah Kota Kinabalu, Papar, Penampang 6 1,708 3,492 1,321 (0) 387 0 
16KeladiSelangorKlang64234410 (0)320
17Greenhill Sarawak Kuching, Miri 5 47 320 47 (0) 0 0 
18SamuderaSabahSandakan51710811 (0)60
19Inai Sabah Kudat 4 62 119 27 (0) 35 0 
20Jalan BombaSabahSandakan44932318 (0)292
21Benteng LD Sabah Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kinabatangan, Tuaran 3 1,125 16,543 214 (0) 910 1 
22Rumah MerahSabahKota Kinabalu3171408171 (0)00
23Kertang Sabah Kota Belud 2 33 724 12 (0) 21 0 
24Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu23029026 (0)40
25Kolong Sabah Keningau 2 18 321 8 (0) 10 0 
26Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu13833,808136 (0)2452
27Auto Selangor, Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya Petaling, Klang, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Hulu Langat, Kuala Selangor, Seremban, Titiwangsa, Putrajaya 1 118 1,173 47 (1) 71 0 
28Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong16078419 (0)410
29Teduh Sabah Lahad Datu 1 45 2,554 30 (0) 15 0 
30AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Maran13413334 (0)00
31Sauh Sabah, Sarawak Kota Kinabalu, Papar, Miri, Daro 1 33 403 9 (0) 24 0 
32MegahSabahSandakan, Kota Kinabalu1296515 (0)131
33Titian WP Labuan Labuan 1 13 530 13 (0) 0 0