STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 769 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 31,073 kes (72.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:
- Sabah (553 kes);
- Selangor (98 kes);
- Negeri Sembilan (36 kes);
- Wilayah Persekutuan Labuan (25 kes);
- Pulau Pinang (18 kes);
- Sarawak (16 kes);
- Terengganu (10 kes);
- Kedah (5 kes);
- Johor (5 kes); dan
- Perak (3 kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Secara keseluruhannya, sehingga 11 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 822 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 42,872 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,497 kes.
Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 259 kes (31.5 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 202 kes (24.6 peratus) daripada jumlah keseluruhan.
Sebanyak 24 kes (2.9 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (3 kes), Kluster PTS Tawau (2 kes), Kluster Rumah Merah (2 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).
Ingin dimaklumkan daripada 822 kes baharu pada hari ini, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan satu (1) warganegara dan enam (6) bukan warganegara yang tiba dari negara:
- India (1 kes);
- Kanada (1 kes);
- Indonesia (1 kes);
- Emiriah Arab Bersatu (1 kes);
- Afghanistan (1 kes);
- Rusia (1 kes); dan
- Arab Saudi (1 kes).
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Sabah: 258 kes
- 56 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Haven, Kluster Karamunting dan Kluster Saga;
- 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 225 kes
- 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 176 kes
- 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 46 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 25 daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 26 kes
- 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 17 kes
- 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 17 kes
- 16 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak: 14 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor: 10 kes
- Tujuh (7) kes daripada kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Enam (6) kes daripada kluster sedia ada.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tiga (3) kes daripada kluster-kuster sedia ada.
- Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
- Kelantan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Sehingga kini, terdapat 86 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 30 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 302 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
301 | 40565 | Sabah | Perempuan (BWN) | 22 | Hospital Tuaran | Penyakit jantung reumatik dan aritmia jantung |
302 | 41578 | Sabah | Perempuan (BWN) | 67 | Hospital Duchess of Kent | Osteoathritits dan gastritis |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
TIGA (3) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI
KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER KARAMUNTING
Kluster baharu ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-18492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 20 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes tersebut dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Kompleks Sukan Sandakan dan Dewan Rafflesia Sandakan.
Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 30 individu telah disaring, di mana:
- 21 kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu); dan
- Sembilan (9) individu dikesan negatif.
- KLUSTER SAGA
Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-41492) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth.
Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 56 individu telah disaring, di mana:
- Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (5 kes baharu); dan
- 47 individu masih menunggu keputusan.
- KLUSTER HAVEN
Kluster baharu ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Lima kes indeks bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 5 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak enam (6) lagi kes positif COVID-19. Kes-kes ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Program Perumahan Rakyat (PPR) Payang dan Hospital Lahad Datu.
Sehingga 11 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana:
- 11 kes dikesan positif COVID-19 (1 kes baharu);
- 112 individu dikesan negatif; dan
- 17 individu masih menunggu keputusan.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:
- Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
- Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
- Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
- Amalkan etika batuk dan bersin;
- Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
- Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
- Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:
- S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
- O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
- P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
11 November 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 11 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 259 (1) | 21,448 |
SELANGOR | 178 (2) | 6,701 |
W.P. KUALA LUMPUR | 21 (4) | 3,237 |
NEGERI SEMBILAN | 225 | 2,679 |
KEDAH | 17 | 2,237 |
PULAU PINANG | 26 | 1,447 |
W.P. LABUAN | 46 | 1,100 |
SARAWAK | 14 | 1,011 |
JOHOR | 10 | 959 |
PERAK | 14 | 673 |
PAHANG | 0 | 395 |
MELAKA | 6 | 338 |
TERENGGANU | 0 | 225 |
KELANTAN | 1 | 198 |
W.P. PUTRAJAYA | 3 | 184 |
PERLIS | 2 | 40 |
JUMLAH KESELURUHAN | 822 (7) | 42,872 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif
(11 November 2020)
Bil. | Kluster | Negeri | Daerah | Kes Baharu | Jumlah Kes | Jumlah Yang Disaring | Kes Aktif (Kes ICU) | Jumlah Sembuh | Jumlah Kematian |
1 | Cergas | Negeri Sembilan | Seremban | 209 | 503 | 2,725 | 488 (0) | 15 | 0 |
2 | Perigi | Selangor | Klang | 29 | 100 | 151 | 99 (0) | 1 | 0 |
3 | Hentian | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan | Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban | 26 | 489 | 2,306 | 214 (1) | 275 | 0 |
4 | Tapak Bina Damanlela | WP Kuala Lumpur, Selangor | Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat | 23 | 61 | 557 | 61 (0) | 0 | 0 |
5 | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama | 15 | 1,785 | 9,319 | 227 (1) | 1,553 | 5 |
6 | Intan | Pulau Pinang, Kedah | Timur Laut, Barat Daya, Kuala Muda | 15 | 85 | 791 | 84 (1) | 1 | 0 |
7 | Ria-30 | Sabah | Tuaran | 13 | 75 | 879 | 75 (0) | 0 | 0 |
8 | Buntar | Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang | Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan | 12 | 76 | 1,222 | 25 (0) | 51 | 0 |
9 | Kaya | Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor | Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi | 10 | 703 | 2,489 | 293 (1) | 410 | 0 |
10 | Saguking | WP Labuan | Labuan | 10 | 376 | 3,539 | 173 (0) | 202 | 1 |
11 | Lengkuk | Selangor, Negeri Sembilan | Sepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu | 9 | 214 | 804 | 191 (0) | 23 | 0 |
12 | Mampulut | Sabah | Keningau | 9 | 78 | 465 | 75 (0) | 3 | 0 |
13 | Usaha | Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor | Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat | 7 | 233 | 606 | 201 (0) | 32 | 0 |
14 | Padang | Johor | Kota Tinggi | 7 | 13 | 681 | 13 (0) | 0 | 0 |
15 | Berendam | Melaka, Johor | Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak | 6 | 19 | 2,150 | 19 (0) | 0 | 0 |
16 | Teratai | Selangor | Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat | 5 | 96 | 225 | 95 (0) | 1 | 0 |
17 | Greenhill | Sarawak | Kuching, Miri, Bintulu | 5 | 87 | 1,433 | 49 (0) | 38 | 0 |
18 | Bah Medan | Selangor | Sepang | 5 | 41 | 158 | 24 (0) | 17 | 0 |
19 | Liawan | Sabah | Keningau | 5 | 29 | 100 | 29 (0) | 0 | 0 |
20 | Seri Terapi | WP Kuala Lumpur, Melaka | Kepong, Alor Gajah | 5 | 18 | 429 | 18 (1) | 0 | 0 |
21 | Bayan | Pulau Pinang, Kedah, Perak | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama | 4 | 128 | 3,191 | 59 (3) | 69 | 0 |
22 | Permatang | Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis | Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau | 4 | 52 | 1,454 | 49 (3) | 2 | 1 |
23 | Bina Labuan | WP Labuan | Labuan | 4 | 46 | 205 | 27 (0) | 18 | 1 |
24 | Dialisis | Sabah | Lahad Datu | 4 | 43 | 121 | 38 (0) | 5 | 0 |
25 | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang | 3 | 1,834 | 3,960 | 211 (1) | 1,623 | 0 |
26 | Wisma Saberkas | Sarawak | Kuching | 3 | 39 | 1,139 | 37 (0) | 2 | 0 |
27 | PTS Tawau | Sabah | Tawau | 2 | 611 | 1,671 | 156 (0) | 454 | 1 |
28 | Rumah Merah | Sabah | Kota Kinabalu | 2 | 420 | 1,796 | 261 (1) | 159 | 0 |
29 | Rengas | Perak, Pulau Pinang | Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan | 2 | 113 | 510 | 112 (0) | 1 | 0 |
30 | Tenaga | WP Labuan | Labuan | 2 | 107 | 229 | 68 (0) | 39 | 0 |
31 | Basung | Sabah | Kudat | 2 | 92 | 700 | 30 (0) | 62 | 0 |
32 | Nahaba | Sabah | Kota Belud | 2 | 30 | 356 | 30 (0) | 0 | 0 |
33 | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 1 | 503 | 3,167 | 215 (0) | 288 | 0 |
34 | Penjara Sandakan | Sabah | Sandakan | 1 | 428 | 1,358 | 426 (1) | 2 | 0 |
35 | Utama | Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras | 1 | 264 | 1,227 | 35 (0) | 229 | 0 |
36 | Bah Manggis | Sabah, Selangor, Negeri Sembilan | Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson | 1 | 160 | 2,179 | 55 (0) | 105 | 0 |
37 | Tanamera | Sabah | Tawau, Tuaran | 1 | 78 | 160 | 43 (0) | 35 | 0 |
38 | Bah Tropicana | Selangor, WP Kuala Lumpur | Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras | 1 | 71 | 908 | 15 (0) | 56 | 0 |
39 | Gedong | Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya | 1 | 69 | 712 | 47 (0) | 22 | 0 |
40 | Keladi | Selangor | Klang, Kuala Langat | 1 | 52 | 352 | 6 (0) | 46 | 0 |
41 | Taman Bunga | Negeri Sembilan | Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol | 1 | 48 | 1,138 | 16 (0) | 32 | 0 |
42 | Jernih | Negeri Sembilan | Seremban, Port Dickson | 1 | 35 | 123 | 20 (0) | 15 | 0 |
43 | Bah Kenangan | Selangor | Hulu Langat | 1 | 29 | 61 | 3 (0) | 26 | 0 |
44 | Seridana | WP Putrajaya | Putrajaya | 1 | 16 | 98 | 13 (0) | 3 | 0 |
45 | Gala | Negeri Sembilan | Jelebu, Seremban | 1 | 15 | 366 | 2 (0) | 13 | 0 |
46 | Kube | Kelantan | Kota Bharu, Tanah Merah | 1 | 11 | 288 | 11 (0) | 0 | 0 |
47 | Mahkota | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Sarawak | Hulu Langat, Kepong, Titiwangsa, Putrajaya, Sibu | 1 | 10 | 63 | 9 (0) | 1 | 0 |
48 | Harmoni | WP Putrajaya | Putrajaya | 1 | 6 | 80 | 6 (0) | 0 | 0 |
PRESS STATEMENT
MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA
UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)
SITUATION IN MALAYSIA
11 November 2020
Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered
The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 769 COVID-19 recovered cases. Therefore, cumulatively, 31,073 confirmed COVID-19 cases have been discharged (72.5% of total cumulative cases).
The breakdown of the recovered cases is as follows:
- Sabah (553 cases)
- Selangor (98 cases)
- Negeri Sembilan (36 cases)
- WP Labuan (25 cases)
- Pulau Pinang (18 cases)
- Sarawak (16 cases)
- Terengganu (10 cases)
- Kedah (5 cases)
- Johor (5 cases)
- Perak (3 cases)
Current Situation of COVID-19 in Malaysia
As of 11 November 2020, 12 pm, a total of 822 additional confirmed COVID-19 cases are reported today. Cumulatively, there are 42,872 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 11,497 active and infective COVID-19 cases.
Today, Sabah reported 259 cases (31.5%) from the total confirmed cases. The states in the Klang Valley meanwhile reported 202 cases (24.6%) from the total reported today.
A total of 24 cases (2.9%) reported today are related to the prison and temporary detention centre (PTS) clusters. These are from the Tembok Cluster (15 cases) Penjara Kepayan Cluster (3 cases), PTS Tawau Cluster (2 cases), Rumah Merah Cluster (2 cases), Penjara Sandakan Cluster (1 case) and Penjara Seberang Perai Cluster (1 case).
Of the 822 additional cases reported today, there are seven (7) imported cases who were infected overseas, involving one (1) Malaysian and six (6) non-Malaysians, who were travellers from:
- India (1 case)
- Canada (1 case)
- Indonesia (1 case)
- United Arab Emirates (1 case)
- Afghanistan (1 case)
- Russia (1 case)
- Saudi Arabia (1 case)
The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:
- Sabah: 258 cases
- 56 cases from existing active clusters, including 12 cases from new clusters i.e. Haven Cluster, Karamunting Cluster and Saga Cluster.
- 91 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 111 cases from other COVID-19 screenings.
- Negeri Sembilan: 225 cases
- 221 cases from existing active clusters.
- 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
- 3 cases from other COVID-19 screenings.
- Selangor: 176 cases
- 102 cases from existing active clusters.
- 38 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 36 cases from other COVID-19 screenings.
- WP Labuan: 46 cases
- 16 cases from existing active clusters.
- 25 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 5 cases from other COVID-19 screenings.
- Pulau Pinang: 26 cases
- 21 cases from existing active clusters.
- 2 cases from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
- 3 cases from other COVID-19 screenings.
- Kuala Lumpur: 17 cases
- 14 cases from existing active clusters.
- 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 1 case from other COVID-19 screenings.
- Kedah: 17 cases
- 16 cases from existing active clusters.
- 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- Sarawak: 14 cases
- 8 cases from existing active clusters.
- 4 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 2 cases from other COVID-19 screenings.
- Perak: 14 cases from existing active clusters.
- Johor: 10 cases
- 7 cases from existing active clusters.
- 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
- 2 cases from other COVID-19 screenings.
- Melaka: 6 cases from existing active clusters.
- WP Putrajaya: 3 cases from existing active clusters.
- Perlis: 2 cases from existing active clusters.
- Kelantan: 1 case from an existing active cluster.
Currently, 86 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 30 patients on ventilation support.
Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively, there are now 302 COVID-19 deaths in Malaysia (0.7% of total cumulative cases).
Summary of the deaths reported today is shown in the following table:
Death # | Case | State | Sex (Nationality) | Age (years) | Hospital | Medical History |
301 | 40,565 | Sabah | Female (Non-M’sian) | 22 | Tuaran | Rheumatic heart disease & arrhythmia |
302 | 41,578 | Sabah | Female (Non-M’sian) | 67 | Duchess of Kent | Osteoarthritis & gastritis |
MOH extends its condolences to all their family members.
Three (3) New Clusters Reported Today
MOH would like to inform that three (3) new clusters were identified today.
- The Karamunting Cluster
This new cluster involves the Sandakan district, Sabah. The index case for this cluster (Case 18,492) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 15 October 2020 and admitted into the Duchess of Kent Hospital. Screening of close contacts has identified 20 additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into the COVID-19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre in Sandakan Sports Complex and Rafflesia Hall, Sandakan.
As of 11 November 2020, 12 pm, a total of 30 individuals have been screened, of which:
- 21 confirmed COVID-19 cases (6 additional cases reported today)
- 9 individuals tested negative
- The Saga Cluster
This new cluster involves the Kota Kinabalu district, Sabah. The index case for this cluster (Case 41,492) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening 8 November 2020. Screening of close contacts has identified eight (8) additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into the Queen Elizabeth Hospital.
As of 11 November 2020, 12 pm, a total of 56 individuals have been screened, of which:
- Nine (9) confirmed COVID-19 cases (5 additional cases)
- 47 individuals awaiting results
- The Haven Cluster
This new cluster involves the Lahad Datu district, Sabah. The five (5) index cases for this cluster were detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 5 November 2020. Screening of close contacts has identified six (6) additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into the COVID-19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre in the Program Perumahan Rakyat Payang, and Lahad Datu Hospital.
As of 11 November 2020, 12 pm, a total of 140 individuals have been screened, of which:
- 11 confirmed COVID-19 cases (1 additional case)
- 112 individuals tested negative
- 17 individuals awaiting results
Health Advisory on COVID-19
MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:
- Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
- Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
- Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
- Practice good coughing and sneezing etiquette
- Seek early treatment if symptomatic
- Stay at home and avoid from visiting others
- Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas
In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:
- T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
- Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
- S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others
MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.
Thank you.
Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah
Director General of Health Malaysia
11 November 2020 @ 5.30 pm
Appendix 1
Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States
(Cumulative, as of 11 November 2020, 12 pm)
State | No. of New Cases * | Cumulative |
Sabah | 259 (1) | 21,448 |
Selangor | 178 (2) | 6,701 |
WP Kuala Lumpur | 21 (4) | 3,237 |
Negeri Sembilan | 225 | 2,679 |
Kedah | 17 | 2,237 |
Pulau Pinang | 26 | 1,447 |
WP Labuan | 46 | 1,100 |
Sarawak | 14 | 1,011 |
Johor | 10 | 959 |
Perak | 14 | 673 |
Pahang | 0 | 395 |
Melaka | 6 | 338 |
Terengganu | 0 | 225 |
Kelantan | 1 | 198 |
WP Putrajaya | 3 | 184 |
Perlis | 2 | 40 |
Total | 822 (7) | 42,872 |
*( ) refers to imported confirmed COVID-19 cases
Appendix 2
Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today
(11 November 2020)
Cluster | States | Districts | Additional cases | Total cases | Total screened | Active cases (ICU) | Total recovered | Total deaths | |
1. | Cergas | Negeri Sembilan | Seremban | 209 | 503 | 2,725 | 488 (0) | 15 | 0 |
2. | Perigi | Selangor | Klang | 29 | 100 | 151 | 99 (0) | 1 | 0 |
3. | Hentian | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan | Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban | 26 | 489 | 2,306 | 214 (1) | 275 | 0 |
4. | Tapak Bina Damanlela | WP Kuala Lumpur, Selangor | Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat | 23 | 61 | 557 | 61 (0) | 0 | 0 |
5. | Tembok | Kedah, Perak | Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama | 15 | 1,785 | 9,319 | 227 (1) | 1,553 | 5 |
6. | Intan | Pulau Pinang, Kedah | Timur Laut, Barat Daya, Kuala Muda | 15 | 85 | 791 | 84 (1) | 1 | 0 |
7. | Ria-30 | Sabah | Tuaran | 13 | 75 | 879 | 75 (0) | 0 | 0 |
8. | Buntar | Kedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau Pinang | Kuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan | 12 | 76 | 1,222 | 25 (0) | 51 | 0 |
9. | Kaya | Negeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor | Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi | 10 | 703 | 2,489 | 293 (1) | 410 | 0 |
10. | Saguking | WP Labuan | Labuan | 10 | 376 | 3,539 | 173 (0) | 202 | 1 |
11. | Lengkuk | Selangor, Negeri Sembilan | Sepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu | 9 | 214 | 804 | 191 (0) | 23 | 0 |
12. | Mampulut | Sabah | Keningau | 9 | 78 | 465 | 75 (0) | 3 | 0 |
13. | Usaha | Selangor, WP Kuala Lumpur, Johor | Klang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat | 7 | 233 | 606 | 201 (0) | 32 | 0 |
14. | Padang | Johor | Kota Tinggi | 7 | 13 | 681 | 13 (0) | 0 | 0 |
15. | Berendam | Melaka, Johor | Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak | 6 | 19 | 2,150 | 19 (0) | 0 | 0 |
16. | Teratai | Selangor | Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat | 5 | 96 | 225 | 95 (0) | 1 | 0 |
17. | Greenhill | Sarawak | Kuching, Miri, Bintulu | 5 | 87 | 1,433 | 49 (0) | 38 | 0 |
18. | Bah Medan | Selangor | Sepang | 5 | 41 | 158 | 24 (0) | 17 | 0 |
19. | Liawan | Sabah | Keningau | 5 | 29 | 100 | 29 (0) | 0 | 0 |
20. | Seri Terapi | WP Kuala Lumpur, Melaka | Kepong, Alor Gajah | 5 | 18 | 429 | 18 (1) | 0 | 0 |
21. | Bayan | Pulau Pinang, Kedah, Perak | Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama | 4 | 128 | 3,191 | 59 (3) | 69 | 0 |
22. | Permatang | Kedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis | Kulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau | 4 | 52 | 1,454 | 49 (3) | 2 | 1 |
23. | Bina Labuan | WP Labuan | Labuan | 4 | 46 | 205 | 27 (0) | 18 | 1 |
24. | Dialisis | Sabah | Lahad Datu | 4 | 43 | 121 | 38 (0) | 5 | 0 |
25. | Penjara Kepayan | Sabah | Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang | 3 | 1,834 | 3,960 | 211 (1) | 1,623 | 0 |
26. | Wisma Saberkas | Sarawak | Kuching | 3 | 39 | 1,139 | 37 (0) | 2 | 0 |
27. | PTS Tawau | Sabah | Tawau | 2 | 611 | 1,671 | 156 (0) | 454 | 1 |
28. | Rumah Merah | Sabah | Kota Kinabalu | 2 | 420 | 1,796 | 261 (1) | 159 | 0 |
29. | Rengas | Perak, Pulau Pinang | Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan | 2 | 113 | 510 | 112 (0) | 1 | 0 |
30. | Tenaga | WP Labuan | Labuan | 2 | 107 | 229 | 68 (0) | 39 | 0 |
31. | Basung | Sabah | Kudat | 2 | 92 | 700 | 30 (0) | 62 | 0 |
32. | Nahaba | Sabah | Kota Belud | 2 | 30 | 356 | 30 (0) | 0 | 0 |
33. | Penjara Seberang Perai | Pulau Pinang | Seberang Perai Selatan | 1 | 503 | 3,167 | 215 (0) | 288 | 0 |
34. | Penjara Sandakan | Sabah | Sandakan | 1 | 428 | 1,358 | 426 (1) | 2 | 0 |
35. | Utama | Selangor, Melaka, WP Kuala Lumpur | Gombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras | 1 | 264 | 1,227 | 35 (0) | 229 | 0 |
36. | Bah Manggis | Sabah, Selangor, Negeri Sembilan | Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson | 1 | 160 | 2,179 | 55 (0) | 105 | 0 |
37. | Tanamera | Sabah | Tawau, Tuaran | 1 | 78 | 160 | 43 (0) | 35 | 0 |
38. | Bah Tropicana | Selangor, WP Kuala Lumpur | Petaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras | 1 | 71 | 908 | 15 (0) | 56 | 0 |
39. | Gedong | Negeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya | Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya | 1 | 69 | 712 | 47 (0) | 22 | 0 |
40. | Keladi | Selangor | Klang, Kuala Langat | 1 | 52 | 352 | 6 (0) | 46 | 0 |
41. | Taman Bunga | Negeri Sembilan | Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol | 1 | 48 | 1,138 | 16 (0) | 32 | 0 |
42. | Jernih | Negeri Sembilan | Seremban, Port Dickson | 1 | 35 | 123 | 20 (0) | 15 | 0 |
43. | Bah Kenangan | Selangor | Hulu Langat | 1 | 29 | 61 | 3 (0) | 26 | 0 |
44. | Seridana | WP Putrajaya | Putrajaya | 1 | 16 | 98 | 13 (0) | 3 | 0 |
45. | Gala | Negeri Sembilan | Jelebu, Seremban | 1 | 15 | 366 | 2 (0) | 13 | 0 |
46. | Kube | Kelantan | Kota Bharu, Tanah Merah | 1 | 11 | 288 | 11 (0) | 0 | 0 |
47. | Mahkota | Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Sarawak | Hulu Langat, Kepong, Titiwangsa, Putrajaya, Sibu | 1 | 10 | 63 | 9 (0) | 1 | 0 |
48. | Harmoni | WP Putrajaya | Putrajaya | 1 | 6 | 80 | 6 (0) | 0 | 0 |
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.