Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 900 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 32,969 kes (73.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Pecahan kes yang sembuh adalah seperti berikut:

  • Sabah (447 kes);
  • Selangor (154 kes);
  • Pulau Pinang (113 kes);
  • Negeri Sembilan (82 kes);
  • Wilayah Persekutuan Labuan (75 kes);
  • Kedah (14 kes);
  • Terengganu (6 kes);
  • Sarawak (3 kes);
  • Johor (3 kes); dan
  • Perak (3 kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 13 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,304 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 45,095 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,822 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 556 kes (42.6 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan 567 kes iaitu peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 224 kes positif semalam. Negeri Selangor melaporkan 364 kes pada hari ini (27.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 202 kes (15.5 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes positif yang dilaporkan pada hari ini. Daripada 567 kes yang dilaporkan di negeri-negeri di Lembah Klang, sebanyak 488 kes (86.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster .

Pada hari ini, sebanyak 33 kes (2.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Seberang Perai (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Rumah Merah (3 kes) dan Kluster Tembok (2 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,304 kes baharu pada hari ini, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kesemua kes melibatkan warganegara yang tiba dari negara:

  • Arab Saudi (3 kes); dan
  • Mesir (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:   

  • Sabah: 556 kes
    • 188 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster baharu iaitu  Kluster Bonggaya dan Kluster Jambatan B;
    • 233 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 361 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 201 kes
    • 196 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 83 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 42 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 13 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Abell; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 13 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster BMU.
  • Kedah: Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Kelantan: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 96 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 39 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu (1) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 304 kes (0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
30442308SabahLelaki (WN)70Hospital TuaranPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga beliau.

KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa tiga (3) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini.

  •  KLUSTER SELASIH

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, negeri Selangor, Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga 13 November 2020, seramai 290 individu telah disaring di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 manakala 270 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PENGKALAN

Kluster ini melibatkan negeri Perak. Sehingga 13 November 2020, seramai 354 individu telah disaring di mana enam (6) kes dikesan positif COVID-19 manakala 348 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BAH PASIR

Kluster ini melibatkan Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 13 November 2020, seramai 90 individu telah disaring di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 manakala 85 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

EMPAT (4) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat empat (4) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BONGGAYA

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-28154) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti pada 27 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 45 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19  Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 243 individu telah disaring, di mana:

  • 46 kes dikesan positif COVID-19 (33 kes baharu);
  • 123 individu dikesan negatif; dan
  • 74 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER JAMBATAN B

Kluster baharu ini  melibatkan di daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-20105) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan. Saringan kontak rapat dan komuniti setempat telah mengesan sebanyak 52 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah COVID-19, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 201 individu telah disaring, di mana:

  • 53 kes dikesan positif COVID-19 (18 kes baharu);
  • 118 individu dikesan negatif; dan
  • 30 individu masih menunggu keputusan.
  •  KLUSTER ABELL

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Kuching di negeri Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42016) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu);
  • 13 individu dikesan negatif; dan
  • 43 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER BMU

Kluster baharu ini  melibatkan daerah Jasin di negeri Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45077) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 11 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 13 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu); dan
  • 59 individu masih menunggu keputusan.

PENINGKATAN KES BAGI KLUSTER BERKAITAN TEMPAT KERJA

Ingin dimaklumkan daripada 158 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 65 kluster (41.1 peratus) adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk dua (2) kluster baharu diumumkan pada hari ini. Sebanyak 5,681 kes positif COVID-19 yang berkaitan kluster tempat kerja adalah melibatkan 3,369 (59.3 peratus) warganegara dan 2,312 (40.7 peratus) bukan warganegara. Ini adalah hasil tindakan proaktif majikan yang turut sama menjalankan saringan COVID-19 terhadap pekerja-pekerja mereka.

KKM amat berterima kasih dan ingin menyampaikan penghargaan kepada majikan dalam bersama-sama membantu mengesan kes-kes positif di kalangan warga kerja. Tindakan ini dapat mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan seterusnya membantu KKM dalam menjalankan aktiviti kesihatan awam. Hal ini sekaligus dapat melindungi individu-individu yang berisiko tinggi, warga emas dan kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19.

Warga pekerja juga diseru untuk mematuhi Prosedur Amalan Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri  bagi membendung penularan COVID-19 di tempat kerja. Majikan dan warga pekerja hendaklah sentiasa memastikan persekitaran tempat kerja dan kawasan gunasama (misalnya tandas, dapur dan pantri) yang bersih dan selamat bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Selain daripada itu, pihak majikan juga diingatkan untuk memastikan pekerja mereka mematuhi segala SOP yang ditetapkan termasuk menjaga kebersihan di kawasan penginapan dan tempat tinggal. Didapati risiko penularan adalah tinggi bagi kawasan penginapan yang sesak dan sempit.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

Di kesempatan ini, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali bagi semua penganut agama Hindu dengan ucapan “Deepavali Valthukkal”. Adalah diingatkan, dalam kemeriahan menyambut pesta cahaya, Prosedur Amalan Standard (SOP) jangan dilupakan.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH55622,323
SELANGOR364 (3)7,239
W.P. KUALA LUMPUR202 (1)3,488
NEGERI SEMBILAN833,002
KEDAH 52,245
PULAU PINANG421,552
W.P. LABUAN41,139
SARAWAK131,032
JOHOR3970
PERAK13695
PAHANG0395
MELAKA13359
TERENGGANU 0225
KELANTAN 5205
W.P. PUTRAJAYA1186
 PERLIS040
JUMLAH KESELURUHAN1,304 (4)45,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(13 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat1912822,366280 (0)20
2HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan  Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban  1646627,130314 (0)3480
3PerigiSelangorKlang82187356183 (0)40
4KaramuntingSabahSandakan31526147 (0)50
5CergasNegeri Sembilan, KelantanSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh307543,316714 (0)400
6KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi  277812,847340 (0)4410
7LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah212611,124217 (0)440
8Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan205353,182154 (2)3810
9Ria-30SabahTuaran191121,090106 (0)60
10SagaSabahKota Kinabalu19296129 (0)00
11MesraSabahSandakan1716617664 (0)1011
12UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat12264630190 (0)740
13Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang81,8423,966199 (0)1,6430
14TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat7111568100 (0)110
15RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim6121682119 (0)20
16BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan6861,22234 (0)520
17LiawanSabahKeningau63510535 (0)00
18IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda41011,40896 (0)50
19JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang49232231 (0)610
20SuteraSabahKota Kinabalu45027648 (0)20
21KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah41653916 (0)00
22Rumah MerahSabahKota Kinabalu34231,79666 (0)3570
23MampulutSabahKeningau38166775 (0)60
24TanameraSabahTawau, Tuaran38116046 (0)350
25Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3531,38819 (0)340
26DialisisSabahLahad Datu34614228 (0)180
27BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak3292,40428 (0)10
28TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama21,7879,346223 (4)1,5595
29Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras27492916 (0)580
30PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau2661,53660 (0)51
31TinusaSabahSandakan2385898 (0)291
32Taman LautSelangorPetaling2301244 (0)260
33TatahanSabahKota Kinabalu2203217 (0)21
34DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa2151,6747 (0)80
35SagukingWP LabuanLabuan13793,539145 (0)2331
36UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12701,22740 (0)2300
37KeladiSelangorKlang, Kuala Langat1553559 (0)460
38LimbunganWP LabuanLabuan15338321 (0)320
39Bah MedanSelangorSepang14539912 (0)330
40Wisma SaberkasSarawakKuching1421,24530 (0)120
41NahabaSabahKota Belud13364233 (0)00
42IkhtisasSelangor, Kelantan, Negeri SembilanPetaling, Klang, Jeli, Seremban12537513 (0)120
43TembagaPulau PinangTimur Laut, Barat Daya1151745 (0)100

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

13 November 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 900 COVID-19 recovered cases. Therefore, cumulatively, 32,969 confirmed COVID-19 cases have been discharged (73.1% of total cumulative cases).

The breakdown of the recovered cases is as follows:

  • Sabah (447 cases)
  • Selangor (154 cases)
  • Pulau Pinang (113 cases)
  • Negeri Sembilan (82 cases)
  • WP Labuan (75 cases)
  • Kedah (14 cases)
  • Terengganu (6 cases)
  • Sarawak (3 cases)
  • Johor (3 cases)
  • Perak (3 cases)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

As of 13 November 2020, 12 pm, a total of 1,304 additional confirmed COVID-19 cases are reported today. Cumulatively, there are 45,095 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 11,822 active and infective COVID-19 cases.

Today, Sabah reported 556 cases (42.6%) from the total confirmed cases. The states in the Klang Valley meanwhile reported 567 cases, an increase of almost 2.5 times compared to 224 cases reported yesterday. Selangor reported 364 cases today (27.9%) and Kuala Lumpur 202 cases (15.5%) of the total cases reported today. Of the 567 cases reported in the Klang Valley states, 488 cases (86.1%) are from active clusters.

Today, a total of 33 cases (2.5%) reported are related to the prison and temporary detention centre (PTS) clusters. These are from the Penjara Seberang Perai Cluster (20 cases), Penjara Kepayan Cluster (8 cases), Rumah Merah Cluster (3 cases) and Tembok Cluster (2 cases).

Of the 1,304 additional cases reported today, there are four (4) imported cases who were infected overseas, all Malaysians who were travellers from:

  • Saudi Arabia (3 cases)
  • Egypt (1 case)

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 556 cases
    • 188 cases from existing active clusters, including 51 cases from new clusters i.e. Bonggaya Cluster and Jambatan B Cluster.
    • 233 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 135 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 361 cases
    • 292 cases from existing active clusters.
    • 28 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 41 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 201 cases
    • 196 cases from existing active clusters.
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Negeri Sembilan: 83 cases
    • 63 cases from existing active clusters.
    • 15 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 42 cases
    • 28 cases from existing active clusters.
    • 9 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
    • 4 cases from other COVID-19 screenings.
  • Sarawak: 13 cases
    • 11 cases from existing active clusters, including 10 cases from a new cluster i.e. Abell Cluster.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 13 cases
    • 8 cases from existing active clusters.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
    • 4 cases from other COVID-19 screenings.
  • Melaka: 13 cases from existing active clusters, including 10 cases from a new cluster i.e. BMU Cluster.
  • Kedah: 5 cases from existing active clusters.
  • Kelantan: 5 cases
    • 4 cases from existing active clusters.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • WP Labuan: 4 cases
    • 2 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Johor: 3 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • WP Putrajaya: 1 case from other COVID-19 screenings.

Currently, 96 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 39 patients on ventilation support.

Regretfully, one (1) additional COVID-19 death was reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively, there are now 304 COVID-19 deaths in Malaysia (0.7% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSex (Nationality)Age (years)HospitalMedical History
30442,308SabahMale (M’sian)70TuaranHypertension

MOH extends its condolences to all family members.

Clusters Declared Ended

MOH would like to inform that three (3) clusters are declared ended today.

  • The Selasih Cluster

This cluster involved WP Putrajaya, Selangor, Johor and Negeri Sembilan. As of 13 November 2020, a total of 290 individuals were screened, of which 20 confirmed COVID-19 cases were detected while the remaining 270 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

  • The Bah Pengkalan Cluster

This cluster was in Perak. As of 13 November 2020, a total of 354 individuals were screened, of which six (6) confirmed COVID-19 cases were detected while the remaining 348 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

  • The Bah Pasir Cluster

This cluster involves Negeri Sembilan and WP Putrajaya. As of 13 November 2020, a total of 90 individuals were screened, of which five (5) confirmed COVID-19 cases were detected while the remaining 85 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

Four (4) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that four (4) new clusters were identified today.

  • The Bonggaya Cluster

This cluster involves the Sandakan district, Sabah. The index case for this cluster (Case 28,154) was detected positive for COVID-19 from a community screening on 27 October 2020 and admitted into the Duchess of Kent Hospital. Screening of close contacts has identified 45 additional confirmed COVID-19 cases. These cases were admitted into the COVID-19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre in the Sibuga Sports Complex Building, Sandakan.

As of 13 November 2020, 12 pm, a total of 243 individuals have been screened, of which:

  • 46 confirmed COVID-19 cases (33 additional cases reported today)
  • 123 individuals tested negative
  • 74 individuals awaiting results
  • The Jambatan B Cluster

This cluster involves the Sandakan district, Sabah. The index case for this cluster (Case 20,105) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 17 October 2020 and admitted into the Duchess of Kent Hospital. Screening of close contacts and the local community has identified 52 additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into the Duchess of Kent Hospital and the COVID-19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre in the Sibuga Sports Complex Building, Sandakan.

As of 13 November 2020, 12 pm, a total of 201 individuals have been screened, of which:

  • 53 confirmed COVID-19 cases (18 additional cases)
  • 118 individuals tested negative
  • 30 individuals awaiting results
  • The Abell Cluster

This cluster involves the Kuching district, Sarawak. The index case for this cluster (Case 42,016) was detected positive for COVID-19 from self-initiated screening on 10 November 2020. Screening of close contacts has identified 13 additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into Sarawak General Hospital.

As of 13 November 2020, 12 pm, a total of 70 individuals have been screened, of which:

  • 14 confirmed COVID-19 cases (10 additional cases)
  • 13 individuals tested negative
  • 43 individuals awaiting results
  • The BMU Cluster

This cluster involves the Jasin district, Melaka. The index case for this cluster (Case 45,077) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 11 November 2020 and admitted into Melaka Hospital. Screening of close contacts has identified nine (9) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 13 November 2020, 12 pm, a total of 69 individuals have been screened, of which:

  • 10 confirmed COVID-19 cases (10 cases reported today)
  • 59 individuals awaiting results

Increase of the Number of Cases for Workplace-Related Clusters

MOH would like to inform that out of the 158 active COVID-19 clusters reported, a total of 65 clusters (41.1%) are workplace-related, including two (2) new clusters reported today. A total of 5,681 confirmed COVID-19 cases are related to workplace clusters, of which 3,369 cases (59.3%) are Malaysians and 2,312 cases (40.7%) are non-Malaysians. This is the result of proactive action by employers who also conduct COVID-19 screening of their employees and workers.

MOH is very grateful and would like to express appreciation to employers in helping to detect COVID-19 cases among their employees and workers. This action can prevent the transmission of COVID-19 in the community and further assist the MOH in carrying out public health measures. This can also protect high-risk individuals, the elderly and children, from being infected with COVID-19.

All workers are also urged to comply to the established Standard Operating Procedures (SOPs) and always practice self-compliance to prevent the transmission of COVID-19 in the workplace. Employers and workers must always ensure that the workplace environment and common-use areas (e.g. toilets, kitchens and pantries) are clean and safe, to break the transmission of the COVID-19 infection.

In addition, employers are also reminded to ensure that their workers continue to comply with all SOPs set, including maintaining cleanliness in the accommodation and living quarters. It has been found that the risk of COVID-19 transmission is high in crowded and confined living quarters.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

The Ministry of Health Malaysia would like to take this opportunity to wish Happy Deepavali to all Hindus, with the greeting “Deepavali Valthukkal”. Please remember, while celebrating the festival of light, the Standard Practice Procedures (SOPs) should not be forgotten.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

13 November 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 13 November 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah55622,323
Selangor364 (3)7,239
WP Kuala Lumpur202 (1)3,488
Negeri Sembilan833,002
Kedah52,245
Pulau Pinang421,552
WP Labuan41,139
Sarawak131,032
Johor3970
Perak13695
Pahang0395
Melaka13359
Terengganu0225
Kelantan5205
WP Putrajaya1186
Perlis040
Total1,304 (4)45,095

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(13 November 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredTotal deaths
1.Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat1912822,366280 (0)20
2.HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban1646627,130314 (0)3480
3.Perigi  SelangorKlang82187356183 (0)40
4.Karamun-tingSabahSandakan31526147 (0)50
5.CergasNegeri Sembilan, KelantanSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh307543,316714 (0)400
6.KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, JohorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi277812,847340 (0)4410
7.LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah212611,124217 (0)440
8.Penjara Seberang PeraiPulau PinangSeberang Perai Selatan205353,182154 (2)3810
9.Ria-30  SabahTuaran191121,090106 (0)60
10.Saga  SabahKota Kinabalu19296129 (0)00
11.Mesra  SabahSandakan1716617664 (0)1011
12.UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat12264630190 (0)740
13.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang81,8423,966199 (0)1,6430
14.TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat7111568100 (0)110
15.RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim6121682119 (0)20
16.BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan6861,22234 (0)520
17.Liawan  SabahKeningau63510535 (0)00
18.IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda41011,40896 (0)50
19.JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang49232231 (0)610
20.Sutera  SabahKota Kinabalu45027648 (0)20
21.KubeKelantanKota Bharu, Tanah Merah41653916 (0)00
22.Rumah MerahSabahKota Kinabalu34231,79666 (0)3570
23.Mampulut  SabahKeningau38166775 (0)60
24.Tanamera  SabahTawau, Tuaran38116046 (0)350
25.Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3531,38819 (0)340
26.Dialisis  SabahLahad Datu34614228 (0)180
27.BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak3292,40428 (0)10
28.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama21,7879,346223 (4)1,5595
29.Bah TropicanaSelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras27492916 (0)580
30.PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau2661,53660 (0)51
31.Tinusa  SabahSandakan2385898 (0)291
32.Taman LautSelangorPetaling2301244 (0)260
33.Tatahan  SabahKota Kinabalu2203217 (0)21
34.DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa2151,6747 (0)80
35.Saguking  WP LabuanLabuan13793,539145 (0)2331
36.UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12701,22740 (0)2300
37.Keladi  SelangorKlang, Kuala Langat1553559 (0)460
38.Limbungan  WP LabuanLabuan15338321 (0)320
39.Bah Medan  SelangorSepang14539912 (0)330
40.Wisma SaberkasSarawakKuching1421,24530 (0)120
41.Nahaba  SabahKota Belud13364233 (0)00
42.IkhtisasSelangor, Kelantan, Negeri SembilanPetaling, Klang, Jeli, Seremban12537513 (0)120
43.Tembaga  Pulau PinangTimur Laut, Barat Daya1151745 (0)100