Press

Kenyataan Akhbar KPK 14 November 2020 – Hari Diabetes Sedunia “Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan”

Hari Diabetes Sedunia disambut pada 14 November setiap tahun. Pada tahun ini, sambutan adalah bertemakan “Diabetes: Jururawat Nadi Perubahan” (“Diabetes: Nurses Make the Difference”). Tema ini dipilih bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai peranan penting yang dimainkan oleh para jururawat dalam aktiviti pencegahan dan kawalan diabetes di Malaysia dan di seluruh dunia.  Peranan jururawat dan kakitangan sokongan yang lain sebagai barisan hadapan amat penting dalam pengurusan pesakit diabetes, lebih-lebih lagi dengan peningkatan jumlah pesakit setiap tahun.

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey atau NHMS) 2019 menganggarkan seramai 3.9 juta (18.3%) penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas menghidap diabetes, peningkatan yang ketara berbanding 11.2% pada tahun 2011 dan 13.4% pada tahun 2015. Daripada jumlah ini, dianggarkan bahawa satu daripada dua pesakit (50%) tidak mengetahui mereka menghidap penyakit diabetes sehinggalah saringan gula dalam darah dilakukan. Laporan National Diabetes Registry 2013 – 2019 pula menganggarkan hanya 32.4% pesakit diabetes yang mendapatkan rawatan di klinik kesihatan kerajaan mencapai tahap kawalan diabetes yang optimum.

Penyakit diabetes bukan sahaja memberikan kesan yang negatif terhadap kualiti hidup dan kos penjagaan kesihatan, ia juga menambah beban ekonomi individu, keluarga dan masyarakat serta mengurangkan produktiviti negara. Pada tahun 2017, dianggarkan jumlah beban penyakit tidak berjangkit utama (kardiovaskular, diabetes dan kanser) terhadap ekonomi negara ialah sebanyak RM100 bilion, bersamaan 7.35% keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan diabetes menyumbang sebanyak RM10 bilion daripada jumlah tersebut. Daripada segi kos produktiviti, kerugian sebanyak RM5.7 bilion dilaporkan akibat penyakit diabetes, berbanding dengan penyakit kardiovaskular (RM2.9 bilion) dan kanser (RM357 juta).

Baca lebih lanjut impak beban penyakit tidak berjangkit pada KDNK Malaysia di sini

Kebanyakan insiden diabetes boleh dicegah melalui amalan gaya hidup sihat. Penyakit diabetes juga boleh dikesan awal dengan saringan berkala. Untuk pesakit diabetes pula, kepatuhan terhadap rawatan dan nasihat anggota kesihatan serta amalan gaya hidup sihat mampu mengawal diabetes ke tahap yang optimum dan mencegah komplikasi.

Sempena Hari Diabetes Sedunia tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menyarankan kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil langkah-langkah berikut:

  1. Cegah dan kawal penyakit diabetes melalui amalan gaya hidup sihat. Amalkan pemakanan seimbang, gaya hidup yang aktif, tidak merokok, memupuk minda sihat dan menghindari daripada pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • ‘Kesihatan kita, Milik kita, Tanggungjawab kita’ (health ownership). Lakukan saringan kesihatan secara berkala dengan memeriksa status BMI, tekanan darah, paras gula dan paras kolesterol dalam darah. Untuk pesakit Diabetes, pemantauan kendiri paras gula dalam darah (self-monitoring blood glucose – SMBG) sangat digalakkan dan boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan glucometer.

Pihak Kementerian telah merangka pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit termasuklah memperkukuhkan semula program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) di peringkat komuniti bagi mempromosikan cara hidup sihat dan pengesanan awal penyakit tidak berjangkit dalam kalangan masyarakat setempat di seluruh negara. Sukarelawan di peringkat komuniti telah dilatih melalui KOSPEN dan program intervensi ini akan dijalankan dengan lebih efektif dan meluas ke arah memperkasakan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

KKM amat berharap agar rakyat Malaysia sentiasa beriltizam untuk terus menjaga kesihatan bagi mencegah penyakit diabetes terutama kepada mereka yang berisiko. Kita harus menjadi inspirasi dan motivasi kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Negara sedang dilanda wabak pandemik COVID-19 yang belum nampak tanda-tanda ianya akan berakhir dalam masa terdekat. Kajian menunjukkan individu berusia, individu obes, pesakit diabetes dan hipertensi berisiko untuk mendapat jangkitan COVID-19 lebih serius dan boleh membawa maut. Pada waktu perayaan Deepavali ini, amalkan pemakanan secara berhemah dan teruskan gaya hidup yang sihat. Elakkan tempat yang sesak dan sempit, dan elakkan sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (3C). Amalkan mencuci tangan dengan kerap dan betul, memakai pelitup muka dan patuhi amaran serta peringatan yang dikeluarkan oleh KKM (3W).

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 NOVEMBER 2020


PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

WORLD DIABETES DAY 2020

“Diabetes: Nurses Make a Difference”

World Diabetes Day is celebrated on 14th November every year. This year, the celebration’s theme is “Diabetes: Nurses Make the Difference”. This theme was chosen to increase the level of public awareness on the important role played by nurses in the prevention and control of diabetes in Malaysia and around the world. There is no denying that the role of nurses and other front-line health professionals is crucial in the management of diabetes patients, especially with the increasing number of patients each year.

The National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2019 revealed that 3.9 million (18.3%) Malaysians aged 18 and above had diabetes, a significant increase from 11.2% in 2011 and 13.4% in 2015. Of these, it is estimated that one in two patients (50%) did not know they had diabetes until a blood sugar screening was performed. The National Diabetes Registry Report 2013 – 2019 on the other hand found that only 32.4% of patients in who sought care in MOH primary care clinics in 2019 achieved an optimal level of diabetes control.

Diabetes not only has a negative impact on quality of life and health care costs, it also increases the economic burden of individuals, families and communities and reduces national productivity. In 2017, it was estimated that the total burden of major non-communicable diseases (NCDs) such as cardiovascular disease, diabetes and cancer on the national economy is RM100 billion, equivalent to 7.35% of gross domestic product (GDP) and diabetes contributes RM10 billion of that amount. In terms of productivity loss cost, a total of RM5.7 billion was reported for diabetes, the highest compared to cardiovascular disease (RM2.9 billion) and cancer (RM357 million).

Read more on the impact of NCDs on Malaysia’s GDP here

Majority of incidences of diabetes are preventable with good lifestyle habits. With regular screening, diabetes can be detected early. Adherence to the treatment and advice of health professionals, as well as adopting a healthier lifestyle will help control diabetes at an optimum level, while preventing complications.

In conjunction with World Diabetes Day this year, the Ministry of Health Malaysia (MOH) would like to advise all Malaysians to take the following steps:

  1. Prevent and control diabetes through healthy lifestyle practices. Practice a balanced diet, an active lifestyle, do not smoke, cultivate a healthy mind and avoid excessive alcohol consumption.
  2. ‘Our health is our responsibility’ (health ownership). Perform regular health screenings by knowing your BMI status, blood pressure, blood sugar and cholesterol level. If you have diabetes, self-monitoring of blood sugar levels (self-monitoring blood glucose – SMBG) is encouraged and it can be done at home using a glucometer.

The Ministry has formulated various programs and activities related to the prevention and control of NCDs, including strengthening the Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) program at the community level to promote a healthy lifestyle and early detection of NCDs throughout the country. Community-level volunteers have been trained through KOSPEN and this intervention program will be conducted more effectively and extensively towards empowering the community to adopt a healthier lifestyle.

The Ministry of Health hopes that Malaysians will always be committed to continue to take care of their health to prevent diabetes, especially those at risk. Each of us should be an inspiration and motivation to our family, friends and the surrounding community by leading a healthy lifestyle.

The country is undergoing the COVID-19 pandemic that has not seen any signs that it will end soon. Studies showed that older people, people with obesity, diabetes and hypertension are at higher risk for COVID-19 virus infection severity and fatality. During this Deepavali festivities, practice mindful eating, continue to maintain a healthy lifestyle, practice the new norms and adhere to SOPs in your daily activities. This includes avoiding crowded, confined places and speaking at close range; as well as practicing hand washing regularly and properly, wearing a face mask and always warn self and others to comply with MOH advisories.

Thank you.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

14 NOVEMBER 2020

Categories: Press