Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 17 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 1,018 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 36,624 kes (73.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 17 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,210 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 49,730 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,788 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang mencatatkan sebanyak 518 kes positif (42.8 peratus) pada hari ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 435 kes (84.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster. Sebanyak 206 kes yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah daripada Kluster Tapak Bina Damanlela yang kesemuanya melibatkan bukan warganegara. Sebanyak  142 kes (52.4 peratus)  yang dilaporkan di Selangor pula adalah daripada Kluster Teratai yang melibatkan 131 (92.3 peratus) bukan warganegara.  Kedua-dua kluster ini merupakan kluster yang melibatkan tempat kerja.

Negeri Sabah pula mencatatkan sebanyak 499 kes (41.2 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Sebanyak 122 kes (24.4 peratus) dilaporkan daripada Kluster Penjara Sandakan (122 kes) manakala 106 kes (21.2 peratus) pula adalah daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue.

Sebanyak 172 kes (14.2 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di penjara. Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (122 kes), Kluster Tembok (20 kes), Kluster Penjara Kepayan (16 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (14 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,210 kes baharu pada hari ini, terdapat 19 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Kes-kes tersebut melibatkan lima (5) warganegara dan 14 bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • Nepal (4 kes);
  • Qatar (3 kes);
  • India (3 kes);
  • Filipina (2 kes);
  • Nigeria (1 kes);
  • Amerika Syarikat (1 kes);
  • Turki (1 kes);
  • Rusia (1 kes);
  • Tunisia (1 kes);
  • Romania (1 kes); dan
  • Myanmar (1 kes).

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 499 kes
    • 292 kes daripada kluster-kluster, termasuk 112 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Avenue dan Kluster Kejora;
    • 117 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 259 kes
    • 208 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19..      
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 238 kes
    • 227 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kasah;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 67 kes
    • 56 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 47 kes
    • 41 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 33 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Summer;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Kelantan: 19 kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mengketil; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Johor: 14 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Sepuluh (10) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kedah: Lapan (8) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 105 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 40 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan lima (5) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 318 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
31442857PerakPerempuan (WN)59Hospital Raja Permaisuri BainunPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan penyakit buah pinggang kronik
31535426SabahLelaki (WN)65Hospital Duchess of KentPenyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD)
31647698SabahLelaki (WN)80Hospital TawauPenyakit darah tinggi, dislipidemia dan asma
31747700SabahPerempuan (BWN)65Hospital Queen Elizabeth
31847699SabahLelaki (BWN)25Hospital Queen ElizabethSkizofrenia dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

KLUSTER-KLUSTER YANG DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa lima (5) kluster diisytiharkan tamat pada hari ini:

  • KLUSTER BANGAU-BANGAU

Kluster ini melibatkan daerah Semporna dan Tawau di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 1,010 individu telah disaring di mana 432 kes dikesan positif COVID-19 manakala 578 individu lagi adalah negatif. Terdapat empat (4) kes kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER TASIK

Kluster ini melibatkan daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak di Selangor; serta daerah Miri di Sarawak. Sehingga 17 November 2020, seramai 635 individu telah disaring di mana 24 kes dikesan positif COVID-19 manakala 611 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER OLIVE

Kluster ini melibatkan daerah Hulu Langat, di Selangor; Penampang dan Kota Marudu di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 285 individu telah disaring di mana 18 kes dikesan positif COVID-19 manakala 267 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER BUANG SAYANG

Kluster ini melibatkan daerah Sipitang, Pitas, dan Putatan, di Sabah; Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; serta Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan. Sehingga 17 November 2020, seramai 415 individu telah disaring di mana 17 kes dikesan positif COVID-19 manakala 398 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

  • KLUSTER KAU SING

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Sehingga 17 November 2020, seramai 52 individu telah disaring di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 manakala 36 individu lagi adalah negatif. Tiada kematian dilaporkan bagi kluster ini.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER AVENUE

Kluster baharu ini melibatkan daerah Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39819) merupakan seorang penyelia tapak pembinaan yang telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 8 November 2020. Kes indeks  telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 109 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 246 individu telah disaring, di mana:

  • 110 kes dikesan positif COVID-19 (106 kes baharu); dan
  • 136 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER KEJORA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-48798) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 9 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (6 kes baharu);  dan
  • 62 individu dikesan negatif.
  • KLUSTER KASAH

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kumpulan berisiko tinggi iaitu pekerja-pekerja di sebuah syarikat keselamatan pada 17 November 2020. Kesemua kes merupakan bukan warganegara dan mereka telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 70 individu telah disaring, di mana:

  • 19 kes dikesan positif COVID-19 (19 kes baharu);  dan
  • 51 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER SUMMER

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42775) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 10 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 10 lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu)
  • 38 individu dikesan negatif; dan
  • Empat (4) individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER MENGKETIL

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di negeri Kelantan dan daerah  Besut di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-45094) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI), dan telah dikenal pasti positif COVID-19 pada 13 November 2020. Kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 23 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 17 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana:

  • 24 kes dikesan positif COVID-19 (12 kes baharu)
  • 164 individu dikesan negatif; dan
  • 22 individu masih menunggu keputusan.

TINDAKAN OLEH MAJIKAN BAGI MEMBANTU MENANGANI PENULARAN COVID-19

Untuk makluman daripada 162 kluster aktif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 72 kluster adalah berkaitan dengan tempat kerja termasuk empat (4) kluster baharu yang diumumkan pada hari ini. Peningkatan kes mendadak di negeri-negeri Lembah Klang akhir-akhir ini adalah disebabkan oleh peningkatan kes berkaitan dengan tempat kerja. Ini berikutan ketiga-tiga negeri ini adalah pusat tumpuan warga pekerja. Kepadatan penduduk di negeri-negeri ini juga menjadi salah satu faktor risiko meningkatnya kadar kebolehjangkitan atau penularan penyakit COVID-19.

Tenaga kerja adalah merupakan aset berharga bagi sesebuah syarikat mahupun organisasi. Ini termasuklah pekerja dari kalangan warganegara mahu pun bukan warganegara.

Seperti yang KKM sering tekankan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penularan penyakit berjangkit di kalangan pekerja misalnya isu tempat penginapan, kebersihan kendiri dan juga persekitaran di tempat tinggal serta tempat kerja. Memandangkan isu penularan COVID-19 di kalangan pekerja bukan warganegara adalah merupakan isu penting yang perlu ditangani, KKM menyeru pihak majikan untuk memainkan peranan lebih besar dalam sama-sama menanganinya.

Antara tindakan yang boleh diambil adalah:

  • Memberi pendidikan kepada para pekerja tentang amalan kebersihan kendiri, persekitaran di tempat kerja dan tempat tinggal, serta langkah pencegahan;
  • Menyediakan penginapan yang kondusif untuk memastikan penjarakan fizikal yang selamat dapat diamalkan;
  • Memantau dan memastikan amalan pencegahan jangkitan dipraktikkan oleh pekerja di tempat kerja dan tempat penginapan mereka.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

17 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 17 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH49923,882
SELANGOR271 (12)8,046
W.P. KUALA LUMPUR245 (7)4,613
NEGERI SEMBILAN673,578
KEDAH 82,281
PULAU PINANG331,687
W.P. LABUAN11,186
SARAWAK11,042
JOHOR141,016
PERAK47932
PAHANG0395
MELAKA2370
TERENGGANU 1230
KELANTAN 19237
W.P. PUTRAJAYA2194
 PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN1,210 (19)49,730

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif

(17 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat  2061,3383,0971,323 (0)150
2TerataiSelangor  Klang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak  142370586330 (0)400
3  Penjara Sandakan  SabahSandakan1225591,742319 (0)2391
4CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang421,2364,6391,045 (0)1910
5JernihNegeri Sembilan, Selangor  Seremban, Port Dickson, Sepang  286621341 (0)250
6TembokKedah, Perak  Kota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kinta  201,9639,426396 (4)1,5625
7BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan  201241,78968 (5)551
8Penjara KepayanSabah  Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang  161,8573,638197 (1)1,6600
9PerigiSelangor  Klang, Kuala Langat  16276852237 (0)390
10MesraSabah  Sandakan  1618776679 (1)1071
11KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, Kelantan  Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi, Kota Bharu  148203,562295 (2)5250
12Penjara
 Seberang Perai
 
Pulau PinangSeberang Perai Selatan145713,25499 (1)4720
13IntanPulau Pinang, Kedah  Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda, Sik  121661,808122 (1)440
14GK Tawau  SabahTawau106416820 (0)440
15UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat  9283641148 (0)1350
16Ria-30SabahTuaran71452,011121 (0)240
17PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, Perlis  Kulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau  5801,72060 (2)191
18KubeKelantan, Selangor  Kota Bharu, Tanah Merah, Petaling  52584225 (0)00
19JeriJohorKota Tinggi, Mersing, Muar, Tangkak4351,07835 (0)00
20UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras32741,22832 (0)2420
21Taman BungaNegeri Sembilan  Seremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol  3591,45018 (0)410
22AssumptionPulau Pinang, Kedah  Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim  31710217 (0)00
23HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan  Hulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban28157,915409 (0)4060
24LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah22761,381129 (0)1470
25JayaNegeri Sembilan, Selangor  Seremban, Sepang, Kuala Langat  210036136 (0)640
26GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya  27176724 (1)470
27TeduhSabah  Lahad Datu  2512,7907 (0)440
28LiawanSabahKeningau  24912745 (0)40
29PlazaSabahKota Kinabalu2141914 (0)00
30Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri Sembilan  Tawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson  11652,36722 (0)1430
31Rengas  Perak, Pulau Pinang, Kedah  Kuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim1125841112 (0)130
32TanameraSabah  Tawau, Tuaran  18316042 (0)410
33BerendamMelaka, Johor  Alor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak  1372,40435 (2)20
34IstimewaSabahSandakan1225415 (0)70
35DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa1171,6809 (0)80
36SepanggarSabahKota Kinabalu1101288 (0)20

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

17 November 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 1.018 COVID-19 recovered cases. Therefore, cumulatively, 36,624 confirmed COVID-19 cases have been discharged (73.6% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 1,210 additional confirmed COVID-19 cases are reported today. Cumulatively, there are 49,730 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 12,788 active and infective COVID-19 cases.

Today, states in the Klang Valley reported 518 cases (42.8%). Of these, 435 cases (84.0%) are from active clusters. A total of 206 cases reported in Kuala Lumpur are from the Damanlela Construction Site Cluster in Kuala Lumpur, all non-Malaysians. A total of 142 cases (52.4%) reported in Selangor are from the Teratai Cluster, of which 131 cases (92.3%) are non-Malaysians. Both clusters involve workplaces.

Sabah reported 499 cases (41.2%) of the total cases today. A total of 122 cases (24.4%) reported are from the Penjara Sandakan Cluster (122 cases), while 106 cases (21.2%) are from a new cluster i.e. Avenue Cluster.

Today, a total of 172 cases (14.2%) reported are related to the prison clusters i.e. from the Penjara Sandakan Cluster (122 cases), Tembok Cluster (20 cases), Penjara Kepayan Cluster (16 cases) and Penjara Seberang Perai Cluster (14 cases).

Of the 1,210 additional cases reported today, there are 19 imported cases who were infected overseas, involving five (5) Malaysians and 14 non-Malaysians who were travellers from:

  • Nepal (4 cases)
  • Qatar (3 cases)
  • India (3 cases)
  • Philippines (2 cases)
  • Nigeria (1 case)
  • United States of America (1 case)
  • Turkey (1 case)
  • Russia (1 case)
  • Tunisia (1 case)
  • Romania (1 case)
  • Myanmar (1 case)

The details of the local transmission COVID-19 cases are as follows:

  • Sabah: 499 cases
    • 292 cases from existing active clusters, including 112 cases from new clusters i.e. Avenue Cluster and Kejora Cluster.
    • 117 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 90 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 259 cases
    • 208 cases from existing active clusters.
    • 12 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 39 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 238 cases
    • 227 cases from existing active clusters, including 19 cases from a new cluster i.e. Kasah Cluster.
    • 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 9 cases from other COVID-19 screenings.
  • Negeri Sembilan: 67 cases
    • 56 cases from existing active clusters.
    • 8 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 3 cases from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 47 cases
    • 41 cases from existing active clusters.
    • 5 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 33 cases
    • 30 cases from existing active clusters, including 3 cases from a new cluster i.e. Summer Cluster.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
    • 2 cases from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • Kelantan: 19 cases
    • 18 cases from existing active clusters, including 12 cases from a new cluster i.e. Mengketil Cluster.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • Johor: 14 cases
    • 4 cases from existing active clusters.
    • 10 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • Kedah: 8 cases
    • 7 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • Melaka: 2 cases
    • 1 case from an existing active cluster.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • WP Putrajaya: 2 cases from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • WP Labuan: 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • Sarawak: 1 case from screening of close contacts of confirmed COVID-19 cases.
  • Terengganu: 1 case from other COVID-19 screenings.

Currently, 105 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 40 patients on ventilation support.

Regretfully, five (5) additional COVID-19 deaths were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively, there are now 318 COVID-19 deaths in Malaysia (0.6% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSex (Nationality)Age (years)HospitalMedical History
31442,857PerakFemale (M’sian)59Raja Permaisuri BainunDiabetes, hypertension, heart disease & chronic kidney disease
31535,426SabahMale (M’sian)65Duchess of KentChronic obstructive airway disease (COAD)
31647,698SabahMale (M’sian)80TawauHypertension, dyslipidaemia & asthma
31747,700SabahFemale (Non-M’sian)65Queen Elizabeth
31847,699SabahMale (Non-M’sian)25Queen ElizabethSchizophrenia & obesity

MOH extends its condolences to all family members.

Clusters Declared Ended

MOH would like to inform that five (5) clusters are declared ended today

1. The Bangau-Bangau Cluster

This cluster involves the Semporna and Tawau districts in Sabah. As of 17 November 2020, a total of 1,010 individuals were screened, with 432 cases detected positive for COVID-19 while another 578 individuals tested negative. There are four (4) reported deaths for this cluster.

2. The Tasik Cluster

This cluster involves the Petaling, Hulu Langat, Klang and Gombak districts in Selangor; as well as Miri district in Sarawak. As of 17 November 2020, a total of 635 individuals have been screened, with 24 cases detected positive for COVID-19 while another 611 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

3. The Olive Cluster

This cluster involves the Hulu Langat district in Selangor, and Penampang and Kota Marudu districts in Sabah. As of 17 November 2020, a total of 285 individuals were screened, with 18 cases detected positive for COVID-19 while another 267 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

4. The Buang Sayang Cluster

This cluster involves the Sipitang, Pitas, and Putatan districts in Sabah, Titiwangsa district in Kuala Lumpur, and Seremban and Rembau districts in Negeri Sembilan. As of 17 November 2020, a total of 415 individuals were screened, of which 17 cases were detected positive for COVID-19 while another 398 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

5. The Kau Sing Cluster

This cluster involves the Tawau district in Sabah. As of 17 November 2020, a total of 52 individuals have been screened, of which 16 cases were detected positive for COVID-19 while another 36 individuals tested negative. No deaths were reported for this cluster.

Five (5) New Clusters Reported Today

MOH would like to inform that five (5) new clusters were identified today.

  • The Avenue Cluster

This cluster involves the Penampang district, Sabah. The index case for this cluster (Case 39,819) is a construction site supervisor who was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 8 November 2020 and admitted into the COVID-19 Quarantine and Low-Risk Treatment Centre in Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah. Screening of close contacts has identified 109 additional confirmed COVID-19 cases.

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 246 individuals have been screened, of which:

  • 110 confirmed COVID-19 cases (106 additional cases reported today)
  • 136 individuals tested negative
  • The Kejora Cluster

This cluster involves the Kota Kinabalu district, Sabah. The index case for this cluster (Case 48,798) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 9 November 2020 and admitted into the Queen Elizabeth Hospital. Screening of close contacts has identified eight (8) additional confirmed COVID-19 cases.

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 71 individuals have been screened, of which:

  • Nine (9) confirmed COVID-19 cases (6 additional cases)
  • 62 individuals tested negative
  • The Kasah Cluster

This cluster involves the Kepong district, Kuala Lumpur. The cases in this cluster were detected positive for COVID-19 from high-risk group screening i.e. workers at a security company, on 17 November 2020. All cases are non-Malaysians and were admitted into Sungai Buloh Hospital.

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 70 individuals have been screened, of which:

  • 19 confirmed COVID-19 cases (19 cases reported today)
  • 51 individuals awaiting results
  • The Summer Cluster

This cluster involves the Timur Laut district, Pulau Pinang. The index case for this cluster (Case 42,775) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 10 November 2020. Screening of close contacts has identified 10 additional confirmed COVID-19 cases. All these cases were admitted into Pulau Pinang Hospital.

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 53 individuals have been screened, of which:

  • 11 confirmed COVID-19 cases (3 additional cases)
  • 38 individuals tested negative
  • 4 individuals awaiting results
  • The Mengketil Cluster

This cluster involves the Kota Bharu, Machang and Tanah Merah districts in Kelantan, and Besut district in Terengganu. The index case for this cluster (Case 45,094) was a Severe Acute Respiratory Infection (SARI) case and detected positive for COVID-19 on 13 November 2020. The case was admitted into the Raja Perempuan Zainab II Hospital. Screening of close contacts has identified 23 additional confirmed COVID-19 cases.

As of 17 November 2020, 12 pm, a total of 210 individuals have been screened, of which:

  • 24 confirmed COVID-19 cases (12 additional cases)
  • 164 individuals tested negative
  • 22 individuals awaiting results

Employers to Assist in Controlling COVID-19 Transmission

Of the 162 active COVID-19 clusters reported, a total of 72 clusters are workplace-related including four (4) new clusters reported today. The recent increase in cases in the Klang Valley states is due to an increase in workplace-related cases. These three states have huge numbers of workers. The high population density in these states is also another risk factor for high infectivity and transmission of COVID-19.

Human resource is a valuable asset for any company or organisation. This includes employees and workers, both Malaysians and non-Malaysians.

As the MOH often emphasises, there are several factors that contribute to the spread of infectious diseases among workers e.g. issues relating to accommodation and living quarters, level of personal hygiene and also the environmental hygiene at home and the workplace. As COVID-19 transmission among non-Malaysian workers is an important issue that needs to be addressed, MOH calls upon all employers to play a bigger role in addressing this issue together.

Among the actions that can be taken by employers include:

  • Educate employees and workers on good personal hygiene practices, good workplace and living environment hygiene, as well as other related preventive measures.
  • Provide conducive accommodation or living quarters to ensure safe physical distancing can be practiced.
  • Monitor and ensure that infection prevention measures are practiced by all workers at their workplaces and accommodation or living quarters at all times.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised. These advisories must be incorporated as the new normal in our daily life, including:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks is now mandatory in public areas (starting from 1 August 2020 as directed by the National Security Council) or highly recommended if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOH’s advisories:
  • Avoid shaking hands or touching others, including bumping parts of the body in lieu of shaking hands
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS as the new normal:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe physical distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

17 November 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 17 November 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah49923,882
Selangor271 (12)8,046
WP Kuala Lumpur245 (7)4,613
Negeri Sembilan673,578
Kedah82,281
Pulau Pinang331,687
WP Labuan11,186
Sarawak11,042
Johor141,016
Perak47932
Pahang0395
Melaka2370
Terengganu1230
Kelantan19237
WP Putrajaya2194
Perlis041
Total1,210 (19)49,730

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Current Status of Active Clusters with Additional Confirmed COVID-19 Cases Reported Today

(17 November 2020)

 ClusterStatesDistrictsAdditional casesTotal casesTotal screenedActive cases (ICU)Total recoveredTotal deaths
1.Tapak Bina DamanlelaWP Kuala Lumpur, SelangorKepong, Titiwangsa, Lembah Pantai, Cheras, Gombak, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat2061,3383,0971,323 (0)150
2.TerataiSelangorKlang, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Gombak142370586330 (0)400
3.Penjara SandakanSabahSandakan1225591,742319 (0)2391
4.CergasNegeri Sembilan, Kelantan, SelangorSeremban, Rembau, Port Dickson, Pasir Puteh, Klang421,2364,6391,045 (0)1910
5.JernihNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Port Dickson, Sepang286621341 (0)250
6.TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama, Hilir Perak, Kinta201,9639,426396 (4)1,5625
7.BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kampar, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan201241,78968 (5)551
8.Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang161,8573,638197 (1)1,6600
9.Perigi  SelangorKlang, Kuala Langat16276852237 (0)390
10.Mesra  SabahSandakan1618776679 (1)1071
11.KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, Selangor, Johor, KelantanSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya, Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Hulu Langat, Kluang, Kota Tinggi, Kota Bharu148203,562295 (2)5250
12.Penjara Seberang PeraiPulau PinangSeberang Perai Selatan145713,25499 (1)4720
13.IntanPulau Pinang, KedahTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kuala Muda, Sik121661,808122 (1)440
14.GK Tawau  SabahTawau106416820 (0)440
15.UsahaSelangor, WP Kuala Lumpur, JohorKlang, Petaling, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sepang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Segamat9283641148 (0)1350
16.Ria-30  SabahTuaran71452,011121 (0)240
17.PermatangKedah, Pulau Pinang, Perak, PerlisKulim, Langkawi, Kota Setar, Bandar Baharu, Kuala Muda, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Timur Laut, Seberang Perai Selatan, Kinta, Arau5801,72060 (2)191
18.KubeKelantan, SelangorKota Bharu, Tanah Merah, Petaling52584225 (0)00
19.JeriJohorKota Tinggi, Mersing, Muar, Tangkak4351,07835 (0)00
20.UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras32741,22832 (0)2420
21.Taman BungaNegeri SembilanSeremban, Kuala Pilah, Jelebu, Jempol3591,45018 (0)410
22.AssumptionPulau Pinang, KedahSeberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Kulim31710217 (0)00
23.HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Kuala Langat, Cheras, Titiwangsa, Putrajaya, Seremban28157,915409 (0)4060
24.LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Seremban, Port Dickson, Rembau, Jelebu, Kuala Pilah22761,381129 (0)1470
25.JayaNegeri Sembilan, SelangorSeremban, Sepang, Kuala Langat210036136 (0)640
26.GedongNegeri Sembilan, Selangor, Johor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaSeremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Tampin, Petaling, Gombak, Klang, Johor Bahru, Cheras, Lembah Pantai, Putrajaya27176724 (1)470
27.Teduh  SabahLahad Datu2512,7907 (0)440
28.Liawan  SabahKeningau24912745 (0)40
29.Plaza  SabahKota Kinabalu2141914 (0)00
30.Bah ManggisSabah, Selangor, Negeri SembilanTawau, Kuala Langat, Klang, Gombak, Sepang, Seremban, Port Dickson11652,36722 (0)1430
31.RengasPerak, Pulau Pinang, KedahKuala Kangsar, Seberang Perai Selatan, Kulim1125841112 (0)130
32.TanameraSabahTawau, Tuaran  18316042 (0)410
33.BerendamMelaka, JohorAlor Gajah, Melaka Tengah, Tangkak1372,40435 (2)20
34.Istimewa  SabahSandakan1225415 (0)70
35.DanauWP Kuala LumpurTitiwangsa1171,6809 (0)80
36.Sepanggar  SabahKota Kinabalu1101288 (0)20