Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 19 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 878 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 38,132 kes (73.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 19 November 2020, sebanyak 1,290 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 51,680 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,222 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,285 kes pula adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Dua (2) negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes). Pelaporan kes yang tinggi di Sabah berpunca daripada kluster-kluster berkaitan Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara (250 kes). Manakala, peningkatan kes di Selangor pula berpunca daripada Kluster Teratai (245 kes) dan sebuah kluster baharu pada hari ini iaitu Kluster Kapas BJ (55 kes). Kedua-dua kluster tersebut adalah kluster berkaitan tempat kerja yang melibatkan bukan warganegara.

Sebanyak 269 kes (20.9 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS), lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Sandakan (218 kes), Kluster Matambai (15 kes), Kluster Tembok (15 kes), Kluster Penjara Kepayan (9 kes), Kluster PTS Tawau (6 kes), Kluster Benteng PK (3 kes), Kluster GK Tawau (2 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 37 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 326 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
32343767JohorPerempuan (WN)62Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang kronik, dan obesiti
32443923SabahPerempuan (WN)29Hospital Duchess of KentPenyakit buah pinggang kronik
32545064PerakLelaki (WN)58Hospital Raja Permaisuri Bainun  Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan penyakit buah pinggang kronik
32650117SabahPerempuan (BWN)47Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 19 November 2020, terdapat sebanyak 319 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat empat (4) kluster baru yang dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 165 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (245 kes), Kluster Penjara Sandakan (215 kes), dan Kluster Kapas BJ (55 kes). Ingin dimaklumkan bahawa sebanyak enam (6) kluster telah tamat iaitu Kluster Umboo, Kluster Bah Mutiara, Kluster Khazanah, Kluster Jalan Pantai, Kluster Bah Bangat dan Kluster Bah Kasturi. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 154 kluster.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER KAPAS BJ

Kluster  ini melibatkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29261) merupakan seorang pekerja kilang yang positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 28 Oktober 2020. Kes indeks  telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 210 individu telah disaring, di mana 76 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PRESTIJ

Kluster ini melibatkan  pekerja-pekerja di sebuah syarikat pembersihan di daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 37 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. 

  •  KLUSTER BAH BERCHAM 

Kluster ini melibatkan daerah Kinta di negeri Perak. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke-45074) yang positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 13 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak.

  •  KLUSTER KIAMBANG 

Kluster ini melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru, Johor. Kes indeks kluster ini (iaitu kes ke- 48391) yang positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 16 November 2020. Sehingga 19 November 2020, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.  Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Johor. 

Kluster-kluster aktif 19 November 2020

9,167 KES POSITIF COVID-19 BERJAYA DIKESAN  MELALUI APLIKASI PINTAR MYSEJAHTERA

Aplikasi pintar MySejahtera telah dilancarkan oleh Kerajaan pada 20 April 2020 bagi membantu pengurusan pandemik COVID-19. Sejak dilancarkan, aplikasi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat. Sehingga 18 November 2020, MySejahtera telah berjaya mencapai 23,953,970 pengguna serta tanggungan yang berdaftar, dan 1,058,853 premis perniagaan berdaftar.

Setakat ini, MySejahtera telah merekodkan 1.7 bilion jumlah kumulatif check-in ke premis-premis berdaftar menggunakan imbasan kod QR dengan purata 15 juta check-in sehari. Selain itu, ia juga telah membantu merungkai 523,000 persoalan pengguna. Aplikasi ini telah berjaya mendapat penarafan 4.7 bintang di dalam aplikasi Apple Store dan Google Playstore.

Aplikasi MySejahtera telah banyak membantu KKM dalam mengesan kes-kes positif COVID-19 melalui 2 kaedah berikut, iaitu:

  • Penilaian kesihatan kendiri oleh pengguna, di mana kes COVID-19 dikesan apabila seseorang itu menilai risiko terhadap COVID-19 mengikut kriteria dalam garis panduan KKM. Sehingga 18 November 2020, 1,561 kes (3.1 - 6.5 peratus) telah berjaya dikesan dan disahkan positif COVID-19 dengan menggunakan kaedah  penilaian kesihatan kendiri; dan
  • Pengesanan kontak rapat melalui semakan data oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dengan pangkalan data MySejahtera. Pengguna yang berpotensi sebagai kontak rapat kepada kes positif COVID-19 akan dikesan melalui aplikasi ini. Sehingga 18 November 2020, sebanyak 7,606 kes COVID-19 (15.1 - 37.8 peratus) telah dikesan positif melalui kaedah pengesanan kontak menggunakan MySejahtera.

Sehingga 18 November 2020, jumlah keseluruhan kes yang dikenal pasti positif COVID-19 melalui penggunaan aplikasi MySejahtera adalah 9,167 kes. Secara puratanya, kes yang dikesan adalah 18.2- 44.3 peratus (peratusan berubah dari semasa ke semasa kerana ia bergantung kepada jumlah kes harian serta jumlah kes yang menggunakan MySejahtera).

Untuk tujuan pengesanan kontak, data MySejahtera yang diperlukan akan disalurkan kepada PKD untuk membantu aktiviti lapangan. Data tersebut akan dianalisa bersama-sama dengan penemuan siasatan lapangan dan seterusnya menyumbang kepada aktiviti pengesanan kontak. Data-data pengesanan kontak dikumpul melalui modul MySejahtera Check-In di mana rekod kehadiran pengunjung disimpan melalui imbasan kod QR yang dipaparkan di semua premis.

Sebagai contoh, untuk Kluster Utama, seramai 17,260 pengguna telah dikenal pasti melalui aplikasi MySejahtera sebagai pengunjung ke pusat membeli belah terlibat dalam suatu tempoh masa tertentu. Daripada jumlah itu, seramai 1,343 individu telah dikenal pasti untuk penilaian lanjut oleh PKD, di mana 457 orang telah disahkan sebagai kontak rapat kepada kes positif Kluster Utama. Ujian persampelan seterusnya mengesahkan seramai 221 kes positif COVID-19 daripada 457 individu yang merupakan kontak rapat. Daripada 236 kes positif COVID-19 bagi Kluster Utama yang diumumkan pada hari yang sama,  221 kes adalah berjaya dikesan menggunakan aplikasi pintar MySejahtera (93 peratus).

Untuk makluman, aplikasi MySejahtera menerapkan ciri-ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan data. Data yang dikumpul melalui Mysejahtera adalah bagi tujuan pengesanan kontak sahaja dengan punca kuasa di bawah “Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988” dan “Akta Perubatan 1971”. Maklumat peribadi pengguna yang dikumpulkan juga dilindungi oleh “Akta Perlindungan Data Peribadi 2010”. Data Check-In yang dikumpulkan akan diarkibkan selepas 30 hari dan akan dihapuskan selepas 90 hari.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 19 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH66024,929
SELANGOR4078,594
W.P. KUALA LUMPUR72 (5)4,716
NEGERI SEMBILAN323,641
KEDAH72,299
PULAU PINANG81,711
W.P. LABUAN151,214
SARAWAK81,053
JOHOR151,034
PERAK48996
PAHANG0395
MELAKA1375
KELANTAN17257
TERENGGANU0230
W.P. PUTRAJAYA0195
PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN1,290 (5)51,680

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,290 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 19 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 660 kes 
    • 418 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 144 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 98 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 407 kes 
    • 361 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kapas BJ;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 72 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Prestij
    • Lima (5) kes import dari luar negara;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Perak: 48 kes  
    • 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Bercham
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan 
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Negeri Sembilan: 32 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;  
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: 17 kes 
    • 15 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 15 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 15 kes 
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kiambang;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: Lapan (8) kes 
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI).
  • Sarawak: Lapan (8) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes  daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

19 November 2020

Current Status of Recovered COVID-19 Cases

The Ministry of Health (MOH) is pleased to inform that today Malaysia reported 878 COVID-19 recovered cases. Therefore, cumulatively, 38,132 confirmed COVID-19 cases have been discharged well (73.8% of total cumulative cases).

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

As of 19 November 2020, 12 pm, a total of 1,290 additional confirmed COVID-19 cases are reported today. Cumulatively, there are 51,680 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 13,222 active and infective COVID-19 cases. Of these additional cases, five (5) are imported cases who were infected overseas, and 1,285 cases are local transmission COVID-19 cases.

The two (2) states that reported the highest number of cases today are Sabah (660 cases) and Selangor (407 cases). The high number of cases reported in Sabah are due to clusters related to the Temporary Detention Centres (PTS), lock-ups and prisons (250 cases). Meanwhile, the increase of cases in Selangor are from the Teratai Cluster (245 cases) and a new cluster reported today i.e. Kapas BJ Cluster (55 cases). Both are workplace-related clusters involving non-Malaysians.

A total of 269 cases (20.9%) reported today are related to clusters in the Temporary Detention Centres (PTS), lockups and prisons, involving the Penjara Sandakan Cluster (218 cases), Matambai Cluster (15 cases), Tembok Cluster (15 cases ), Penjara Kepayan Cluster (9 cases), PTS Tawau Cluster (6 cases), Benteng PK Cluster (3 cases), GK Tawau Cluster (2 cases) and Penjara Seberang Perai Cluster (1 case).

The details of the number of cases by state are in Appendices 1 and 2.

Currently, 110 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in the intensive care units (ICUs), with 37 patients on ventilation support.

Regretfully, four (4) additional COVID-19 deaths were reported today. Cumulatively, there are now 326 COVID-19 deaths in Malaysia (0.6% of total cumulative cases).

Summary of the deaths reported today is shown in the following table:

Death #CaseStateSex (Nationality)Age (years)HospitalMedical History
32343,767JohorFemale (M’sian)62Enche’ Besar Hajjah Khalsom,Diabetes, hypertension, chronic kidney disease & obesity
32443,923SabahFemale (M’sian)29Duchess of KentChronic kidney disease
32545,064PerakMale (M’sian)58Raja Permaisuri BainunDiabetes, hypertension, dyslipidaemia & chronic kidney disease
32650,117SabahFemale (Non-M’sian)47Lahad DatuDiabetes

MOH extends its condolences to all family members.

Current Status of Clusters

As of 19 November 2020, a total of 319 clusters have been reported. Today, there are four (4) new clusters reported, making the total number of active clusters monitored is 165 clusters. Of these, a total of 54 clusters reported an increase in cases. The clusters that reported the highest increase in additional cases are the Teratai Cluster (245 cases), Penjara Sandakan Cluster (215 cases), and Kapas BJ Cluster (55 cases). MOH would like to inform that six (6) clusters were declared ended today i.e. Umboo Cluster, Bah Mutiara Cluster, Khazanah Cluster, Jalan Pantai Cluster, Bah Bangat Cluster and Bah Kasturi Cluster. This makes the total number of clusters ended is 154 clusters.

New Clusters

MOH would like to inform that four (4) new clusters are identified today.

  • The Kapas BJ Cluster

This cluster involves the Hulu Langat district, Selangor. The index case for this cluster (Case 29,261) is a factory worker detected positive for COVID-19 from screening on 28 October 2020 and admitted into Sungai Buloh Hospital. As of 19 November 2020, a total of 210 individuals have been screened, of which 76 confirmed COVID-19 cases have been detected in this cluster.

  • The Prestij Cluster

This cluster involves workers in a cleaning company in Lembah Pantai and Titiwangsa districts, WP Kuala Lumpur. As of 19 November 2020, a total of 37 individuals have been screened, of which 20 confirmed COVID-19 cases have been detected in this cluster.

  • The Bah Bercham Cluster

This cluster involves the Kinta district, Perak. The index case for this cluster (Case 45,074) was detected positive for COVID-19 from screening of returnees from high-risk areas (Sabah) on 13 November 2020. As of 19 November 2020, a total of 137 individuals have been screened, of which five (5) confirmed COVID-19 cases have been detected in this cluster. All these cases were admitted into the Raja Perempuan Bainun Hospital, Perak.

  • The Kiambang Cluster

This cluster involves the Mersing, Kota Tinggi and Johor Bahru districts in Johor. The index case for this cluster (Case 48,391) was detected positive for COVID-19 from symptomatic screening on 16 November 2020. As of 19 November 2020, a total of 131 individuals have been screened, of which nine (9) confirmed COVID-19 cases have been detected in this cluster. All these cases were admitted into the Enche’ Besar Hajjah Khalsom Hospital, Johor.

A total of 9,167 COVID-19 Cases Successfully Detected Through the MySejahtera Application

The MySejahtera app was launched by the Government on 20 April 2020 to assist in the management of the COVID-19 pandemic. Since its launch, this app has received a very encouraging response from the general public. As of 18 November 2020, the MySejahtera app has successfully reached 23,953,970 registered users and dependents, and 1,058,853 registered business premises.

To date, MySejahtera has recorded 1.7 billion in cumulative check-ins to registered premises using the QR code scans, with an average of 15 million check-ins per day. In addition, it has also helped answer 523,000 user queries. This app has obtained a 4.7-star rating in the Apple Store and Google Playstore.

The MySejahtera app has assisted MOH in detecting confirmed COVID-19 cases through the following two ways:

  • User’s health self-assessment, where COVID-19 cases are detected when a person assesses his/her risk of COVID-19 based on the criteria in the MOH guidelines. As of 18 November 2020, a total of 1,561 cases (3.1 to 6.5%) have been successfully detected and confirmed positive for COVID-19 using the self-assessment module; and
  • Tracing of close contacts through data review by the District Health Office (PKD) of the MySejahtera database. Users who are potential close contacts to confirmed COVID-19 cases can be traced through this app. As of 18 November 2020, a total of 7,606 COVID-19 cases (15.1 to 37.8%) have been detected through contact tracing using the MySejahtera.

As of 18 November 2020, the total number of confirmed COVID-19 cases detected through the use of the MySejahtera app is 9,167 cases. On average, the cases detected are 18.2 to 44.3% (the percentage changes from time to time as it depends on the number of daily cases as well as the number of cases using the MySejahtera app).

For contact tracing purposes, the required MySejahtera data will be channeled to the PKD to assist in the field activities. The data will be analysed together with the findings of the field investigation, and further contribute to contact tracing activities. Contact tracing data is collected through the MySejahtera Check-In module, where users’ attendance records are stored via the QR code scan displayed at all premises.

For example, for the Utama Cluster, a total of 17,260 users were identified through the MySejahtera app as visitors to the mall involved during the specified period of time. Of that number, 1,343 individuals were identified for further evaluation by the PKD, of which 457 individuals were confirmed as close contacts to the confirmed cases of the Utama Cluster. Subsequent sampling tests detected a total of 221 confirmed COVID-19 cases of out of the 457 individuals who were close contacts. Of the 236 confirmed COVID-19 cases for the Utama Cluster announced on that single day, 221 cases were successfully detected using the MySejahtera app (93%).

MOH would like to inform that the MySejahtera app implements security features that comply with global standards to protect the confidentiality and security of data. The data collected through the Mysejahtera app is for the purpose of contact tracing only, using the authority under the “Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988” and “Medical Act 1971”. The personal information of users collected is also protected by the “Personal Data Protection Act 2010”. The collected Check-In data will be archived after 30 days and will be deleted after 90 days.

Health Advisory on COVID-19

MOH advices the public to continue to comply to the recommendations and health advisories that are often emphasised:

  • Avoid the 3Cs: Avoid Crowded places; Confined spaces; and Close conversations.
  • Practice the 3Ws: Wash, Wearand Warn.

Comply with the SOPs as the new normal. MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the WHO. The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

19 November 2020 @ 5.30 pm

Appendix 1

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 19 November 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Sabah66024,929
Selangor4078,594
WP Kuala Lumpur72 (5)4,716
Negeri Sembilan323,641
Kedah72,299
Pulau Pinang81,711
WP Labuan151,214
Sarawak81,053
Johor151,034
Perak48996
Pahang0395
Melaka1375
Kelantan17257
Terengganu0230
WP Putrajaya0195
Perlis041
Total1,290 (5)51,680

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Appendix 2

Details of the 1,290 additional confirmed COVID-19 cases reported in Malaysia on 19 November 2020

  • Sabah: 660 cases
    • 418 cases from existing active clusters.
    • 144 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 98 cases from other COVID-19 screenings.
  • Selangor: 407 cases
    • 361 cases from existing active clusters, including 55 cases from a new cluster i.e. Kapas BJ Cluster.
    • 19 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
    • 26 cases from other COVID-19 screenings.
  • Kuala Lumpur: 72 cases
    • 60 cases from existing active clusters, including 15 cases from a new cluster i.e. Prestij Cluster.
    • 5 cases – imported cases from overseas.
    • 4 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 3 cases from other COVID-19 screenings.
  • Perak: 48 cases
    • 37 cases from existing active clusters, including 2 cases from a new cluster i.e. Bah Bercham Cluster.
    • 5 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Negeri Sembilan: 32 cases
    • 26 cases from existing active clusters.
    • 5 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Kelantan: 17 cases
    • 15 cases from existing active clusters.
    • 2 cases from other COVID-19 screenings.
  • WP Labuan: 15 cases
    • 3 cases from existing active clusters.
    • 7 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 5 cases from other COVID-19 screenings.
  • Johor: 15 cases
    • 11 cases from existing active clusters, including 8 cases from a new cluster i.e. Kiambang Cluster.
    • 3 cases from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Pulau Pinang: 8 cases
    • 7 cases from existing active clusters.
    • 1 case from Severe Acute Respiratory Infection (SARI) screening.
  • Sarawak: 8 cases
    • 6 cases from existing active clusters.
    • 1 case from screening of close contacts of COVID-19 cases.
    • 1 case from other COVID-19 screenings.
  • Kedah: 7 cases from existing active clusters.
  • Melaka: 1 case from screening of close contacts of COVID-19 cases.