Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,405 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  40,493 kes (75.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 21 November 2020, sebanyak 1,041 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 53,679 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,854 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 1,039 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Tiga (3) negeri yang mencatatkan kes tertinggi pada hari ini adalah Selangor iaitu sebanyak 402 kes (38.6 peratus), diikuti Sabah 346 kes (33.2 peratus) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus). Negeri Sabah  pula mencatatkan jumlah kes yang tinggi pada hari ini disebabkan oleh pelbagai saringan COVID-19 yang giat dijalankan di sana manakala Negeri Sembilan disebabkan oleh pertambahan kes dalam kluster-kluster sedia ada.

Sebanyak 21 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pada hari ini pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (17 kes), Kluster Tembok (3 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 108 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian berkaitan COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 332 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
33024182SabahLelaki (WN)62Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi, kencing manis, obesiti, dan penyakit buah pinggang kronik
33151743SabahLelaki (WN)78Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi dan terlantar
33237553Sabah  Perempuan (BWN)55Hospital KeningauPenyakit darah tinggi dan kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 21 November 2020, terdapat sebanyak 327 kluster telah dilaporkan. Pada hari ini, terdapat tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 168 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 36 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (299 kes), Kluster Hentian (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Damanlela (43 kes). Ingin dimaklumkan bahawa sebanyak dua (2) kluster telah tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Kayu dan Kluster Lekir. Ini menjadikan jumlah kluster tamat adalah sebanyak 159 kluster.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • PENJARA JALAN HARAPAN

Kluster ini melibatkan Penjara Sungai Buloh, Selangor. Kes-kes bagi kluster ini  dikesan positif COVID-19 hasil saringan kemasukan tahanan ke penjara pada 17 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah 113 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA KECIL

Kluster  ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Johor. Kes indeks (iaitu kes ke- 47390) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 15 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah 467 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

  • KLUSTER SKY COKLAT

Kluster ini melibatkan daerah Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks (iaitu kes ke-51581) dikesan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 19 November 2020. Sehingga 21 November 2020, sejumlah  51 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Labuan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH34625,787
SELANGOR4029,149
W.P. KUALA LUMPUR68 (2)4,830
NEGERI SEMBILAN1213,915
KEDAH62,324
PULAU PINANG171,753
W.P. LABUAN121,227
JOHOR331,076
SARAWAK01,055
PERAK291,049
PAHANG0395
MELAKA0377
KELANTAN7271
TERENGGANU0234
W.P. PUTRAJAYA0196
PERLIS041
JUMLAH KESELURUHAN1,041 (2)53,679

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,041 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 402 kes 
    • 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Harapan;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 346 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 148 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 155 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 121 kes 
    • 119 kes daripada kluster-kluster sedia ada;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 68 kes  
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.  
  • Johor: 33 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kota Kecil;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 29 kes  
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 17 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sky Coklat; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Tujuh (7) kes daripada  kluster sedia ada.
  • Kedah: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19.