STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,348 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 46,501 kes (77.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 25 November 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 970 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 59,817 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 12,971 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 965 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.
Negeri Sembilan pada hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 318 kes (32.8 peratus). Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 293 kes (30.2 peratus) dan negeri Selangor sebanyak 115 kes (11.9 peratus). Peningkatan kes di Negeri Sembilan banyak dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Bakti yang melaporkan sebanyak 301 kes (94.7 peratus).
Sebanyak 318 kes (32.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Bakti (301 kes), Kluster Tembok (12 kes), Kluster Matambai (3 kes), Kluster Penjara Sandakan (1 kes), dan Kluster Penjara Reman (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 47 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian berkaitan COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 345 kes (0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital | Latar Belakang |
342 | 42004 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 73 | Hospital Pulau Pinang | – |
343 | 56682 | Sabah | Perempuan (BWN) | 68 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
344 | 56891 | Sabah | Perempuan (BWN) | 54 | Hospital Duchess of Kent | Penyakit kencing manis |
345 | 58707 | WP Labuan | Perempuan (BWN) | 77 | Hospital Labuan | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 25 November 2020, terdapat sebanyak 339 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baru yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 170 kluster dengan tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Idaman, Kluster Bayu dan Kluster Bah Kota. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 169 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak40 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Bakti (301 kes), Kluster D’Bajaru (56 kes) dan Kluster Pengkalan Barat (40 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;
- KLUSTER D’BAJARU
Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini mula dilaporkan positif COVID-19 sejak 11 November 2020 hasil saringan komuniti di dua kampung berisiko tinggi. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 609 individu telah disaring, di mana 90 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER GANGSA
Kluster ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-56262) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 23 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 78 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Ini melibatkan satu (1) warganegara dan 29 bukan warganegara.
- KLUSTER BATU TUJUH
Kluster ini melibatkan daerah Batu Pahat dan Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-54703) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 144 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TANJUNG BUNGA
Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-53639) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER KERENGGE
Kluster ini melibatkan daerah Marang di negeri Terengganu. Kes indeks (iaitu kes ke-49709) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 17 November 2020. Sehingga 25 November 2020, sejumlah 680 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
25 November 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 25 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 293 | 26,912 |
SELANGOR | 115 (3) | 12,693 |
W.P. KUALA LUMPUR | 44 | 5,190 |
NEGERI SEMBILAN | 318 | 4,376 |
KEDAH | 24 | 2,414 |
PULAU PINANG | 14 | 1,809 |
PERAK | 80 | 1,377 |
W.P. LABUAN | 37 | 1,278 |
JOHOR | 30 | 1,149 |
SARAWAK | 2 (2) | 1,058 |
PAHANG | 2 | 397 |
MELAKA | 1 | 385 |
KELANTAN | 8 | 302 |
TERENGGANU | 1 | 235 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 199 |
PERLIS | 0 | 43 |
JUMLAH KESELURUHAN | 970 (5) | 59,817 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 970 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 November 2020 adalah seperti berikut:
- Sabah: 293 kes
- 92 kes daripada kluster-kluster, termasuk 56 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster D’ Bajaru;
- 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Selangor: 115 kes
- 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gangsa;
- 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI);
- Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
- 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 80 kes
- 78 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 44 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 318 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Johor: 30 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tujuh dan Kluster Tanjung Bunga;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Tiga (3) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 14 kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada.
- Kelantan: Lapan (8) kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 37 kes
- 22 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Dua (2) kes import dari luar negara.
- Pahang: Dua (2) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kerengge.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.