Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 26 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,555 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah  49,056 kes (80.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 26 November 2020, kes baharu harian COVID-19 di negara kita adalah sebanyak 935 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 60,752 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,348 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat (4) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan 931 kes adalah merupakan penularan COVID-19 dalam negara.

Negeri Sabah hari ini melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 326 kes (34.9 peratus). Ini diikuti oleh negeri Selangor sebanyak 161 kes (17.2 peratus) dan Negeri Sembilan 158 kes (16.9 peratus).

Sebanyak 103 kes (11.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (95 kes), Kluster Tembok (5 kes), Kluster GK Tawau (2 kes) dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2.

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 45 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 348 kes (0.57 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Tempat KematianLatar Belakang
34633905SabahPerempuan (WN)70Hospital Duchess of Kent-
34750960SabahLelaki (WN)59Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi dan asma
34859134SabahPerempuan (WN)77Disahkan kematian di Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 26 November 2020, terdapat sebanyak 345 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 172 kluster dengan dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tuguson dan Kluster Seri Gaya. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 173 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak44 kluster melaporkan pertambahan kes. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Bakti (95 kes), Kluster Cergas (48 kes) dan Kluster Enggor (43 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BOT BIRU

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-46546) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BLOK 31

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-52971) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 21 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GEMILANG

Kluster ini melibatkan sebuah syarikat logistik dalam daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-58837) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 26 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI UDANG

Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah tapak pembinaan dalam daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-54604) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja pada 22 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CHENGAL

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu dan Machang, Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke- 54773) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAMAR LAUT

Kluster ini melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya di negeri Pulau Pinang serta daerah Padang Terap di Negeri Kedah. Lima (5) kes pertama bagi kluster ini dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala di antara 21 November 2020 hingga 25 November 2020. Sehingga 26 November 2020, sejumlah 651 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

26 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 26 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH32627,238
SELANGOR161 (2)12,854
W.P. KUALA LUMPUR595,249
NEGERI SEMBILAN1584,534
KEDAH242,438
PULAU PINANG171,826
PERAK791,456
W.P. LABUAN131,291
JOHOR601,209
SARAWAK4 (2)1,062
PAHANG0397
MELAKA0385
KELANTAN28330
TERENGGANU1236
W.P. PUTRAJAYA5204
PERLIS043
JUMLAH KESELURUHAN935 (4)60,752

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 935 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 26 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 326 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bot Biru dan Kluster Blok 31;
    • 157 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 108 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 161 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 82 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 158 kes
    • 147 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 79 kes
    • 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 60 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gemilang;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 59 kes  
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Udang;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kelantan: 28 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chengal; dan
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Kedah: 24 kes
    • 23 kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 17 kes 
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Damar Laut;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 13 kes
    • Enam (6) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Sarawak: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.