Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,143 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 60,204 kes (84.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 5 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,123 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 71,359 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,775 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,118 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 490 kes (43.6 peratus). Negeri Sabah melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 391 kes (34.8 peratus) dan diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 265 kes (23.6 peratus).

Sebanyak 40 kes (3.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster PTS Sibuga (27 kes) dan Kluster Tembok (13 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 130 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 380 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
37741277SabahLelaki (WN)75Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi
37868003JohorLelaki (WN)61Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit asma
37968326SabahLelaki (WN)64Jenazah beliau dibawa ke Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
38061367SelangorLelaki (BWN)46Hospital  Shah AlamPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 5 Disember 2020, terdapat sebanyak 385 kluster telah dilaporkan termasuk empat (4) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 198 kluster termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Fores, Kluster Aero, Kluster Sungei Way, Kluster Baki dan Kluster Seladah. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Bulatan (162 kes), Kluster Ria-30 (51 kes) dan Kluster Batu Tujuh (39 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat (4) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER BATU TIGA

Kluster ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-49006) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN DOMIS

Kluster ini melibatkan daerah Penampang, Kota Kinabalu dan Tongod di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-63267) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 November 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ANDALAS

Kluster ini melibatkan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-68771) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA BULATAN

Kluster ini melibatkan daerah Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-67708) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan sebelum ke luar negara. Sehingga 5 Disember 2020, sejumlah 319 individu telah disaring, di mana 163 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH39130,288
SELANGOR221 (5)16,075
W.P. KUALA LUMPUR2656,887
NEGERI SEMBILAN105,200
KEDAH302,696
PULAU PINANG442,312
PERAK391,944
JOHOR661,762
W.P. LABUAN101,378
SARAWAK11,068
KELANTAN35436
PAHANG 2425
MELAKA5395
TERENGGANU0238
W.P. PUTRAJAYA4211
PERLIS044
JUMLAH KESELURUHAN1,123 (5)71,359

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,123 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 5 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 391 kes 
    • 106 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Batu Tiga dan Kluster Jalan Domis;
    • 188 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 97 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 265 kes  
    • 228 kes daripada kluster-kluster, termasuk 162 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bulatan;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Selangor: 221 kes 
    • 94 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Andalas;
    • 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 66 kes
    • 51 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 44 kes 
    • 32  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 39 kes
    • 28 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 35 kes daripada kluster sedia ada.
  • Kedah: 30 kes
    • 27 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 10 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 10 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lima (5) kes
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pahang: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.