Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,033 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 62,306 kes (83.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 7 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,600 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 74,294 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,604 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,597 kes.

Negeri Sembilan melaporkan jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 541 kes (33.8 peratus), diikuti oleh negeri Selangor 426 kes (26.6 peratus) dan Sabah 248 kes (15.5 peratus). Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan di negeri tersebut. Kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara.

Secara keseluruhan, 584 kes (36.5 peratus) yang dilaporkan pada hari ini adalah berkaitan dengan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (8 kes), Kluster Matambai (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (2 kes), dan Kluster GK Tawau (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 129 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 384 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianKes No.NegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
38335800SabahPerempuan (WN)76Hospital Queen ElizabethPenyakit darah tinggi dan anemia
38471551SabahLelaki (WN)59Hospital SempornaPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 7 Disember 2020, terdapat sebanyak 390 kluster telah dilaporkan termasuk dua (2) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 203 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Kertang dan Kluster Sembulan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bakti (500 kes), Kluster Batu Tujuh (53 kes) dan Kluster Tembok (49 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MALAWATI

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Selangor di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-65188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 143 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA AWAN LEMBAH

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Klang di negeri Selangor. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-69722 dan kes ke 71992) telah dilaporkan positif COVID-19 sejak 4 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala dan saringan kendiri. Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 7 Disember 2020, sejumlah 441 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH24830,786
SELANGOR426 (2)16,838
W.P. KUALA LUMPUR1487,213
NEGERI SEMBILAN5415,999
KEDAH182,731
PULAU PINANG552,398
PERAK542,106
JOHOR981,985
W.P. LABUAN51,404
SARAWAK2 (1)1,070
KELANTAN3441
PAHANG 1430
MELAKA1399
TERENGGANU0239
W.P. PUTRAJAYA0211
PERLIS044
JUMLAH KESELURUHAN1,600 (3)74,294

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,600 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Negeri Sembilan: 541 kes
    • 521 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 426 kes 
    • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Malawati;
    • 99 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 276 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 248 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 124 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 148 kes  
    • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Awan Lembah;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 98 kes
    • 75  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 55 kes 
    • 45  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 54 kes
    • 48 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 18 kes
    • 12 kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Lima (5) kes
  • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
  • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Pahang: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
  • Melaka: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.