STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 911 kes. Inimenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 68,084 kes (82.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 12 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,937 kes. Inimenjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 82,246 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,751 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,935 kes.
Negeri Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 823 kes (42.5 peratus) di mana 714 kes (86.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 429 kes (22.1 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 238 kes (12.3 peratus).
Sebanyak 725 kes (37.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes), Kluster Tembok (43 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 121 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan (9) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 411 kes (0.50 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital/ Tempat Kematian | Latar Belakang |
403 | 47390 | Johor | Lelaki (WN) | 41 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis dan obesiti |
404 | 52970 | Sabah | Lelaki (WN) | 58 | Hospital Tuaran | Penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik |
405 | 64325 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 84 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia dan buah pinggang kronik |
406 | 67155 | Johor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis dan buah pinggang kronik |
407 | 67928 | Johor | Perempuan (WN) | 49 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik dan strok |
408 | 78952 | Sabah | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, hipotiroidisme dan gout |
409 | 79026 | Sabah | Lelaki (WN) | 65 | Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia |
410 | 69654 | Selangor | Lelaki (BWN) | 33 | Hospital Sungai Buloh | – |
411 | 79027 | Sabah | Lelaki (BWN) | 38 | Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan | Penyakit lumpuh |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara .
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 12 Disember 2020, terdapat sebanyak 410 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 221 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat iaitu Kluster Abell di Sarawak, Kluster Seridana di Wilayah Persekutuan Putrajaya serta Kluster Limbungan dan Kluster Bina Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 189 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 56 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (565 kes), Kluster Rumah Merah (112 kes) dan Kluster Tapak Bina Berangan (69 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang kesemuanya melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER BUKIT GEMOK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70411) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19.
- KLUSTER TAPAK BINA CENDANA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini yang melibatkan satu (1) warganegara dan 10 bukan warganegara.
- KLUSTER DANG MUTIARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor serta daerah Dungun dan Kemaman di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75588) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Disember 2020 hasil saringan sign on pelantar minyak dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
12 Disember 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 12 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 429 | 32,495 |
SELANGOR | 823 | 20,612 |
W.P. KUALA LUMPUR | 238 (2) | 7,946 |
NEGERI SEMBILAN | 49 | 6,235 |
KEDAH | 16 | 2,809 |
PULAU PINANG | 102 | 2,623 |
JOHOR | 105 | 2,467 |
PERAK | 62 | 2,357 |
W.P. LABUAN | 11 | 1,424 |
SARAWAK | 1 | 1,075 |
PAHANG | 79 | 802 |
KELANTAN | 1 | 466 |
MELAKA | 15 | 426 |
TERENGGANU | 6 | 250 |
W.P. PUTRAJAYA | 0 | 215 |
PERLIS | 0 | 44 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,937 (2) | 82,246 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,937 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Selangor: 823 kes
- 664 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 109 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 429 kes
- 213 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Gemok;
- 123 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 93 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 238 kes
- 202 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Cendana;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 105 kes
- 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 102 kes
- 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 79 kes
- 53 kes daripada kluster sedia ada; dan
- 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 62 kes
- 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 49 kes
- 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 16 kes
- Sembilan (9) kesdaripada kluster sedia ada;
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 15 kes
- Enam (6) kes daripada kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 11 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Enam (6) kes
- Lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dang Mutiara; dan
- Satu (1) kessaringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
Categories: Press
You must be logged in to post a comment.