STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,204 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 70,597 kes (83.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 14 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,371 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 84,846 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 13,830 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat satu (1) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,370 kes.
Negeri Selangor masih kekal melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 532 kes (38.8 peratus) di mana 420 kes (78.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh negeri Sabah sebanyak 283 kes (20.6 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 260 kes (19.0 peratus).
Sebanyak 72 kes (5.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (48 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (22 kes), Kluster Matambai (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 114 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 419 kes (0.49 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | Kes No. | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital/ Tempat Kematian | Latar Belakang |
416 | 52589 | W.P. Labuan | Perempuan (WN) | 40 | Hospital Labuan | Penyakit kencing manis |
417 | 67912 | Perak | Perempuan (WN) | 50 | Jenazah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia |
418 | 80659 | Sabah | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Tawau | Penyakit darah tinggi, dislipidemia dan obesiti |
419 | 43969 | Sabah | Lelaki (BWN) | 54 | Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu | – |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 14 Disember 2020, terdapat sebanyak 418 kluster telah dilaporkan termasuk dua (2) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 227 kluster termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng LD di Sabah dan Kluster Greenhill di Sarawak. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 191 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 46 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (220 kes), Kluster Tapak Bina Muda (143 kes) dan Kluster Teratai (81 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu yang melibatkan tempat kerja telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER SOLAR RIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang, Kuala Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-73366) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 2,339 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. Kluster ini melibatkan sembilan (9) warganegara dan 16 bukan warganegara.
- KLUSTER SENU SETIA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-83123) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Disember 2020 melalui saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 14 Disember 2020, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19. Kesemua kes dalam kluster ini merupakan bukan warganegara.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
14 Disember 2020 @ 5.30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 14 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 283 | 33,111 |
SELANGOR | 532 (1) | 21,579 |
W.P. KUALA LUMPUR | 124 | 8,201 |
NEGERI SEMBILAN | 260 | 6,524 |
KEDAH | 5 | 2,827 |
PULAU PINANG | 31 | 2,680 |
JOHOR | 45 | 2,615 |
PERAK | 62 | 2,524 |
W.P. LABUAN | 16 | 1,446 |
SARAWAK | 0 | 1,075 |
PAHANG | 0 | 830 |
KELANTAN | 2 | 468 |
MELAKA | 1 | 434 |
TERENGGANU | 9 | 271 |
W.P. PUTRAJAYA | 1 | 216 |
PERLIS | 0 | 45 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,371 (1) | 84,846 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,371 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Disember 2020 adalah seperti berikut:
- Selangor: 532 kes
- 311 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Solar Ria;
- 109 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- 111 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 283 kes
- 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 155 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 260 kes
- 252 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 124 kes
- 76 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Senu Setia;
- 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 62 kes
- 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 45 kes
- 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 31 kes
- Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan:16 kes
- Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Sembilan (9) kes daripada kluster sedia ada
- Kedah: Lima (5) kes
- Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster
You must be logged in to post a comment.