Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 21 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,084 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 78,393 kes (82.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 21 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu ketiga tertinggi sepanjang pandemik COVID-19 melanda di negara kita iaitu sebanyak 2,018 kes. Sehingga 21 Disember 2020, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 95,327 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 16,496 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

Negeri Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,204 kes (59.7 peratus). Daripada jumlah ini sebanyak 1,115 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 278 kes (13.8 peratus) dan Sabah yang melaporkan sebanyak 247 kes (12.2 peratus).

Sebanyak 243 kes (12.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Gajah (234 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), dan Kluster Tembok (3 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 109 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan satu (1) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 438 kes (0.46 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
43882556SabahLelaki (BWN)50Hospital Tuaran-

*BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga beliau.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 21 Disember 2020, terdapat sebanyak 451 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 250 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 201 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER  PEKAPURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 769 individu telah disaring, di mana 202 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  BATU BESAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 546 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TOWER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat dan Sepang di Selangor; daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Temerloh di Pahang. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 1,154 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PELANGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 142 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini

  • KLUSTER WAWASAN

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Petaling di Selangor, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88426) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DELIMA

Kluster ini melibatkan melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84410) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER J BANDAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87879) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MAY INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua (2) kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-78218 dan kes ke-78219) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember 2020, sejumlah 132 individu telah disaring, di mana 27 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Disember 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH24734,725
SELANGOR1,204 (1)25,669
WP KUALA LUMPUR127 (4)10,315
NEGERI SEMBILAN587,103
JOHOR278 (1)3,421
PULAU PINANG182,978
KEDAH32,891
PERAK212,888
WP LABUAN29 (1)1,570
SARAWAK01,090
PAHANG 12901
MELAKA9704
KELANTAN6500
TERENGGANU1288
WP PUTRAJAYA5239
PERLIS045
JUMLAH KESELURUHAN2,018 (7)95,327

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,018 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,204 kes 
    • 996 kes daripada kluster-kluster, termasuk 263 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pekapuri, Kluster Batu Besar dan Kluster Tower;
    • 119 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 88 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 247 kes 
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 157 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 127 kes  
    • 63 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Pelangi, Kluster Wawasan, Kluster Delima dan Kluster Tower;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 278 kes
    • 246 kes daripada kluster-kluster;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Negeri Sembilan: 58 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster J Bandar;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Perak: 21 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 18 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk  satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster May Indah; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 12 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tower;dan
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka : Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Kelantan: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Lima (5) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Wawasan;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.