Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 30 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 745 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 87,460 kes (79.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 30 Disember 2020, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,870 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 110,485 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,562 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,868 kes.

Buat julung kalinya, Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (32.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 578 kes (95.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Peningkatan kes di Johor dipengaruhi oleh kluster yang berkaitan dengan penjara iaitu Kluster Tembok Choh yang melaporkan sebanyak 374 kes (61.6 peratus). Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 472 kes (25.2 peratus) dan Sabah sebanyak 280 kes (15.0 peratus).

Sebanyak 402 kes (21.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (8 kes), Kluster Pagar Bentong (6 kes), Kluster Tembok Mempaga (4 kes), Kluster Tembok (4 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Tembok Gajah (2 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 131 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan enam (6) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 463 kes (0.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
45862273SabahLelaki (WN)58Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, kelenjar prostat, dan jantung
45975223JohorLelaki (WN)55Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
460100364SabahPerempuan (WN)63Hospital KeningauPenyakit kencing manis, darah tinggi, obesiti, osteoartritis, dan dislipidemia
461106851SabahLelaki (WN)55Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis
462107657SelangorLelaki (WN)69Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia dan gout
463104079SabahLelaki (BWN)45Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 30 Disember 2020, terdapat sebanyak 506 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 283 kluster termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Mulia, Kluster Assumption, Kluster Blok 31, Kluster Tanjung Bunga, dan Kluster Jeri. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 223 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (374 kes), Kluster Tampoi Jaya (138 kes),  dan Kluster Beringin (61 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TEMBOK CHOH

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Pontian, Kota Tinggi, Kulai, dan Mersing di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat tahanan. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 1,020 individu telah disaring, di mana 382 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA BROGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 27 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 318 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN STESEN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-94863) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 607 individu telah disaring, di mana 54 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SLOT BERJAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN NIKOLAS

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-107921) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan di tempat kerja. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER GERBANG PONGSU

Kluster ini melibatkan daerah Kerian dan Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100176) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAMAI KETARI

Kluster ini melibatkan daerah Bentong di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108567) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ALOR

Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar di Kedah serta daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 30 Disember 2020, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 Disember 2020 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 30 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH28036,741
SELANGOR47231,188
WP KUALA LUMPUR219 (1)13,267
NEGERI SEMBILAN347,750
JOHOR6075,540
PULAU PINANG693,396
PERAK483,162
KEDAH233,000
WP LABUAN2 (1)1,638
PAHANG 481,350
SARAWAK11,115
MELAKA8986
KELANTAN56721
TERENGGANU2308
WP PUTRAJAYA1277
PERLIS046
JUMLAH KESELURUHAN1,870 (2)110,485

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,870 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 30 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Johor: 607 kes
    • 538 kes daripada kluster-kluster, termasuk 374 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Choh;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Selangor: 472 kes 
    • 65 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Broga;
    • 286 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 280 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 176 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 219 kes  
    • 95 kes daripada kluster-kluster, termasuk 66 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Stesen, Kluster Slot Berjaya, dan Kluster Jalan Nikolas;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 83 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 69 kes 
    • 58 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 56 kes
    • 33 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 48 kes
    • 29 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gerbang Pongsu;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 48 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Damai Ketari;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 34 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 23 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster,termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Alor;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Lapan (8) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Terengganu: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.