STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,010 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 98,228 kes (81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 4 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,741 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 120,818 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,089 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,733 kes.
Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 687 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 541 kes (78.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 303 kes (17.4 peratus) dan Johor sebanyak 295 kes (16.9 peratus).
Sebanyak 32 kes (1.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Tembok Choh (6 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan GK Tawau (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 122 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 501 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (tahun) | Hospital/ Tempat Kematian | Latar Belakang |
495 | 72926 | Sabah | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Tawau | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung |
496 | 90554 | Johor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit darah tinggi |
497 | 106846 | Sabah | Perempuan (WN) | 83 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik |
498 | 108319 | Pahang | Lelaki (WN) | 45 | Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan | Penyakit hati dan Retroviral |
499 | 108646 | Sabah | Perempuan (WN) | 50 | Hospital Keningau | – |
500 | 118341 | Selangor | Perempuan (WN) | 68 | Hospital Ampang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung |
501 | 118722 | Johor | Perempuan (WN) | 60 | Hospital Segamat | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
*WN merujuk kepada warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 4 Januari 2021, terdapat sebanyak 537 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 306 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Sembilan, Kluster Saguking, Kluster Monsoon, Kluster Buntar, Kluster Sky Coklat, dan Kluster Gading. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 231 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 50 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Duyong (95 kes), Kluster Jalan Perindustrian (81 kes) dan Kluster Hentian (73 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN DUYONG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 536 individu telah disaring, di mana 110 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PASAR JALAN SENTOSA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118272) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN NAKHODA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 99 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER EHSAN IBOL
Kluster ini melibatkan daerah Hulu Perak, Larut, Matang, dan Selama di Perak serta daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-111642) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TELOK MAS
Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Melaka Tengah di Melaka. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114991 dan kes ke-114993) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 4 Januari 2021, sejumlah 33 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
4 Januari 2021 @ 6.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 4 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SABAH | 303 | 38,172 |
SELANGOR | 687 (2) | 35,167 |
WP KUALA LUMPUR | 150 (5) | 14,364 |
NEGERI SEMBILAN | 56 | 8,138 |
JOHOR | 295 | 6,900 |
PULAU PINANG | 55 | 4,160 |
PERAK | 34 | 3,367 |
KEDAH | 45 | 3,189 |
WP LABUAN | 1 | 1,722 |
PAHANG | 12 | 1,443 |
MELAKA | 34 | 1,383 |
SARAWAK | 8 (1) | 1,148 |
KELANTAN | 50 | 934 |
TERENGGANU | 4 | 363 |
WP PUTRAJAYA | 6 | 321 |
PERLIS | 1 | 47 |
JUMLAH KESELURUHAN | 1,741 (8) | 120,818 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 1,741 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 687 kes
- 267 kes daripada kluster-kluster, termasuk 109 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Duyong dan Kluster Pasar Jalan Sentosa;
- 274 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 144 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 303 kes
- Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 220 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 295 kes
- 174 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 74 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 150 kes
- 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Nakhoda;
- 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Lima (5) kes import dari luar negara; dan
- 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 56 kes
- 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 55 kes
- 33 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 50 kes
- 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 45 kes
- 29 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 34 kes
- 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ehsan Ibol;
- 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 34 kes
- 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Telok Mas; dan
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
- Pahang: 12 kes
- Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: Lapan (8) kes
- Empat (4) kes daripada kluster sedia ada;
- Satu (1) kes import dari luar negara; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: Enam (6) kes
- Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: Empat (4) kes
- Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: Satu (1) kes daripada kluster sedia ada.
- Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
Categories: Communicable disease, Crisis & Disaster, Press
You must be logged in to post a comment.