Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 5 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,221 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak99,449 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 5 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,027 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysiasebanyak 122,845 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,887 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus).

Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 123 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 509 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
50274182PerakLelaki(WN)74Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh-
50380539SabahPerempuan(WN)54Hospital Lahad Datu-
50493490SabahLelaki(WN)67Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi, dislipidemia, strok, dan Systemic Lupus Erythematosus
50598898SabahLelaki(WN)78Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
50699298SelangorPerempuan(WN)63Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-
507100486SabahLelaki(WN)62Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, danneurogenic bladder
508119306SabahLelaki(WN)69Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit darah tinggi, dislipidemia,dan jantung
509114036SelangorPerempuan(BWN)52Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER 

Sehingga 5 Januari 2021, terdapat sebanyak 548 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 306 kluster. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 242 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 53 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Perindustrian (200 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Desa (116 kes), dan Kluster Beringin (65 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER JALAN PLAYAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 68 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER SRI SURIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 16 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER TAPAK BINA BUKIT SEMENYIH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 371 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER BUKIT ANGKAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 1 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PARIT JAMIL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TOMBOVO

Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER TAPAK BINA JALAN DESA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 116 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER JALAN RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat membeli-belah. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 25 kestelah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER LANGIT SELATAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112707) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER BAH SAYAP

Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112711) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER MENGKUANG

Kluster ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeksbagi kluster ini (iaitu kes ke-115063) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; 

• Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

• Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Weardan Warn

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH38338,555
SELANGOR50935,676
WP KUALA LUMPUR313 (6)14,677
NEGERI SEMBILAN988,236
JOHOR428 (9)7,328
PULAU PINANG 604,220
PERAK253,392
KEDAH473,236
WP LABUAN 371,759
PAHANG 251,468
MELAKA211,404
SARAWAK13 (1)1,161
KELANTAN42976
TERENGGANU13376
WP PUTRAJAYA13334
PERLIS047
JUMLAH KESELURUHAN2,027 (16)122,845

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

.