Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 7 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,145 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 102,723 kes (80.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Untuk pertama kalinya, pada 7 Januari 2021, Malaysia mencatatkan kes harian tertinggi mencecah angka tiga ribu  iaitu sebanyak 3,027 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 128,465 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 25,221 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara,1,577 kes adalah warganegara Malaysia (52.2 peratus) dan 1,444 kes adalah bukan warganegara.

Johor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,043 kes (94.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 706 kes (23.3 peratus) dan Sabah sebanyak 493 kes (16.3 peratus).

Sebanyak 63 kes (2.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (35 kes), Kluster Damai Pelangi (16 kes), Kluster Tembok Gajah (4 kes), Kluster Tembok Choh (4 kes), Kluster Tembok Mempaga (3 kes), dan Kluster Pagar Siput (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 142 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 521 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
51474949SelangorLelaki (WN)56Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi
51599823WP Kuala LumpurLelaki (WN)56Hospital Sungai Buloh
516110291Pulau PinangPerempuan (WN)78Hospital Pulau PinangPenyakit jantung
517121311SelangorPerempuan (WN)81Hospital AmpangPenyakit darah tinggi, dislipidemia, dan hypotiroid
518121694SelangorPerempuan (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan Addison’s disease
519122110Negeri SembilanLelaki (WN)83Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit darah tinggi, gout, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
520122845WP PutrajayaLelaki (WN)38Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan buah pinggang kronik
521121201SabahPerempuan (BWN)60Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 7 Januari 2021, terdapat sebanyak 570 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 316 kluster, termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Cempaka, Kluster Hilir, Kluster Karamunting,  Kluster Lengkuk, Kluster Prestij, Kluster Sutera, dan Kluster Tapak Bina Sungai Udang. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 52 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir (779 kes), Kluster Dataran Utas (156 kes), dan Kluster Beringin (101 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SENAI MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 31 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA HARTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DAMAI PELANGI

Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan tahanan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 871 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN IPOH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 570 individu telah disaring, di mana 98 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RUNGKUP

Kluster ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114459) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DESA SETAPAK

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116076) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN JAYA

Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114380) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ZIARAH PUTRA

Kluster ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120815) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KERANJI TABUAN

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122776) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH49339,453
SELANGOR70637,347
WP KUALA LUMPUR316 (2)15,641
NEGERI SEMBILAN638,424
JOHOR1,103 (3)9,002
PULAU PINANG1114,408
PERAK593,485
KEDAH303,308
WP LABUAN31,771
PAHANG 251,504
MELAKA111,428
SARAWAK14 (1)1,180
KELANTAN661,085
TERENGGANU10405
WP PUTRAJAYA17360
PERLIS047
JUMLAH KESELURUHAN3,027 (6)128,465

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,027 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Johor: 1,103 kes
    • 950 kes daripada kluster-kluster, termasuk 57 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Senai Murni;
    • 93 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Selangor: 706 kes 
    • 232 kes daripada kluster-kluster, termasuk 64 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Damai Pelangi dan Kluster Tapak Bina Hartamas;
    • 332 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 142 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 493 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 363 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 122 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 316 kes  
    • 136 kes daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh, Kluster Rungkup, Kluster Desa  Setapak, dan Kluster Jalan Jaya;
    • 89 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 111 kes 
    • 85 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 66 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 63 kes
    • 23 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 59 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 30 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 25 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 17 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ziarah Putra;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Keranji Tabuan;
    • Satu (1) kes import luar negara; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  10 kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.