Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 12 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,469 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 110,584 kes (78.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 12 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 3,309 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 141,533 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 30,390 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat enam (6) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,303 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,461 kes adalah warganegara Malaysia dan 842 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,007 kes (30.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 825 kes (81.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 442 kes (13.4 peratus) dan Sabah sebanyak 409 kes (12.4 peratus).

Sebanyak 439 kes (13.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (192 kes), Kluster Tembok Choh (162 kes), Kluster Tembok Mempaga (70 kes), Kluster Tembok Gajah (7 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Telok Mas (3 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 190 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 83 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 559 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur  (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
556121322SelangorLelaki (WN)67Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
557124204SelangorLelaki (WN)60Hospital Sungai BulohPenyakit darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan Rheumatoid Arthritis.
558136910SelangorPerempuan (WN)52Hospital Taiping-
559137787PerakLelaki (WN)69Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 12 Januari 2021, terdapat sebanyak 605 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 344 kluster, termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Atabara, Kluster Senu Setia, Kluster Bonggaya, Kluster Jernai, Kluster Pengkalan Barat, Kluster Tapak Bina Puteh Lama, Kluster Tapak Bina Jalan Bukit, dan Kluster Sabaru. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 261 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 77 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (192 kes), Kluster Teratai (176 kes), dan Kluster Tembok Choh (162 kes)

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN MANAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada alamat tempat kerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Haji Abdul Manan, off Jalan Meru, Klang. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 311 individu telah disaring, di mana 83 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN KUALA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Klang, dan Sabak Bernam di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut iaitu di Persiaran Kuala Selangor. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 2,020 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER UDARAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 12 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster merujuk kepada asrama pekerja di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Asrama Kompleks Udarama. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 134 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER IRIS

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah pasaraya di daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139726) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks iaitu di Iris Apartment yang terletak di Taman Desa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Kiara, Mont Kiara. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DIALISIS BATU

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras, dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-121913) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu sebuah pusat dialisis yang terletak di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT SEKUBONG

Kluster ini melibatkan daerah Bintulu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135937) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Rumah Jilan, Bukit Sekubong, Sebauh. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BADAK

Kluster ini melibatkan daerah Bachok dan Kota Bharu di Kelantan serta daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-141401) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala serta mempunyai sejarah perjalanan ke Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Badak, Bachok, Kelantan. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN KESEDAR

Kluster ini melibatkan daerah Gua Musang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135916) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala serta mempunyai sejarah perjalanan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat tinggal kes indeks iaitu di Taman Kesedar Jaya, Gua Musang, Kelantan. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 157 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DIALISIS PUTRA

Kluster ini melibatkan Presint 9 di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133540) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pusat dialisis di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERMINT HARMONI

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Terengganu di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-128446) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan  telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks di Taman Permint Harmoni, Jalan Kemajuan, Kuala Terengganu. Sehingga 12 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH40941,449
SELANGOR1,007 (1)41,291
WP KUALA LUMPUR326 (4)16,499
JOHOR44210,761
NEGERI SEMBILAN859,194
PULAU PINANG3175,374
PERAK2413,979
KEDAH623,653
WP LABUAN151,821
PAHANG 961,751
MELAKA211,641
SARAWAK146 (1)1,574
KELANTAN861,479
TERENGGANU20545
WP PUTRAJAYA36456
PERLIS066
JUMLAH KESELURUHAN3,309 (6)141,533

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,309 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,007 kes 
    • 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 92 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Manan dan Kluster Persiaran Kuala;
    • 462 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara;
    • 181 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 442 kes
    • 318 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 77 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 409 kes 
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 260 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 326 kes  
    • 128 kes daripada kluster-kluster, termasuk 42 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Udarama, Kluster Iris, Kluster Jalan Kiara dan Kluster Dialisis Batu;
    • 115 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 317 kes 
    • 119 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 81 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 241 kes
    • 202 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 146 kes
    • 121 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Sekubong;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 96 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 86 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Badak dan Kluster Taman Kesedar;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 85 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 62 kes
    • 24 kes daripada kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 36 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dialisis Putra;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 21 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  20 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Permint Harmoni;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 15 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.