Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 13 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 994 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 111,578 kes (77.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 13 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,985 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 144,518 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 32,377 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,983 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,109 kes adalah warganegara Malaysia (70.7 peratus) dan 874 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 837 kes (28.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 605 kes (72.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (17.9 peratus) dan Sabah sebanyak 450 kes (15.1 peratus).

Sebanyak 296 kes (9.9 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (20 kes), Kluster Pagar Siput (2 kes), Kluster Tembok Gajah (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 197 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat (4) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 563 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur  (tahun)HospitalLatar Belakang
56067314SabahLelaki (WN)63Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis dan darah tinggi
56198481JohorLelaki (WN)77Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, jantung, dan gout
562131515SabahLelaki (BWN)62Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit asma dan Pulmonary Tuberculosis
563138626SabahPerempuan (BWN)19Jenazah dibawa ke Hospital PaparPenyakit anemia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 13 Januari 2021, terdapat sebanyak 616 kluster telah dilaporkan termasuk 11 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 346 kluster, termasuk dua (2) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Condong dan Kluster Seri Tasik. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 270 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tembok Choh (161 kes), Kluster Tembok Mempaga (110 kes), dan Kluster Jalan Rami (109 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAMAN INTEGRASI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja kilang tersebut yang  terletak di Rawang Integrated Industrial Park. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 119 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN IJUK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Kuala Langat, Sepang, Klang dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang  terletak di Jalan Ijuk 26/5, Hicom Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 99 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RAMI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132549) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Saringan seterusnya di tempat kerja kes indeks mendapati seramai 111 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Rami 4, Kawasan Perindustrian Bukit Pasir, Muar, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 241 individu telah disaring, di mana 112 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA

Kluster Ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110221) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Teluk Jeri, Tanjung Sedili, Kota Tinggi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 397 individu telah disaring, di mana 57 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANJUNG MEGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132447) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama tempat kerja dan tempat kediaman kes indeks iaitu di Taman Megah, Pontian, Johor. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 183 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KASTURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kediaman kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Hang Kasturi. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN THAMBY

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat pengawal keselamatan. Nama kluster ini merujuk kepada alamat tempat tinggal kes-kes yang dikesan positif  iaitu  di Jalan Thamby Abdullah, off Jalan Sambathan, Brickfields. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BATIK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda dan Baling di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135722) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Taman Batik, Sungai Petani. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT BAKAR

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115060) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman rumah kes indeks iaitu di Kampung Padang Malar, Bukit Bakar, Machang. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 154 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG TENGAH

Kluster ini melibatkan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127016) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokasi penganjuran majlis berkenaan iaitu di Kampung Tengah, Mantin Dalam, Mantin, Seremban. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DIALISIS MALIM

Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130982) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu di sebuah pusat dialisis yang terletak di Jalan Malim, Balai Panjang, Melaka. Sehingga 13 Januari 2021, sejumlah 75 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 13 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR83742,128
SABAH45041,899
WP KUALA LUMPUR289 (1)16,788
JOHOR53511,296
NEGERI SEMBILAN1069,300
PULAU PINANG1055,479
PERAK614,040
KEDAH973,750
PAHANG1431,894
WP LABUAN01,821
SARAWAK166 (1)1,740
MELAKA721,713
KELANTAN851,564
TERENGGANU27572
WP PUTRAJAYA11467
PERLIS167
JUMLAH KESELURUHAN2,985 (2)144,518

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,985 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 13 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 837 kes 
    • 311 kes daripada kluster-kluster, termasuk 197 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Integrasi dan Kluster Jalan Ijuk;
    • 294 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 232 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 535 kes
    • 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 118 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rami, Kluster Kota, dan Kluster Tanjung Megah;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 112 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 450 kes 
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 323 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 113 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 289 kes  
    • 46 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kasturi dan Kluster Jalan Thamby;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 166 kes
    • 101 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 143 kes
    • 116 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 106 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tengah;
    • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 105 kes 
    • 34 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 32 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 97 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Batik;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 52 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 85 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Bakar;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 72 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Dialisis Malim;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 61 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  27 kes
    • 12 kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 11 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.