Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 14 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,710 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 113,288 kes (76.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 14 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 3,337 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 147,855 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 33,989 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,330 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,142 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,188 kes adalah bukan warganegara.

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,036 kes (31.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 795 kes (76.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 460 kes (13.8 peratus) dan Sabah sebanyak 389 kes (11.7 peratus).

Sebanyak 153 kes (4.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Mempaga (63 kes), Kluster Tropika (51 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (34 kes), Kluster Penjara Kepayan (2 kes), Kluster Tembok Choh (1 kes), Kluster Tembok Gajah (1 kes), dan Kluster Pagar Siput (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 195 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 86 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 15 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 578 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
56454994SabahLelaki (WN)67Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
56559139SabahPerempuan (WN)27Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluSystemic Lupus Erythematosus (SLE)
56672726SabahLelaki (WN)64Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
56786686SabahPerempuan (WN)62Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu-
568120055SelangorLelaki (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, jantung, buah pinggang kronik, dan osteoatritis
569125431WP PutrajayaLelaki (WN)81Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung
570126310SelangorPerempuan (WN)34Hospital SerdangObesiti
571130620Negeri SembilanLelaki (WN)60Hospital Tuanku Jaafar, SerembanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
572136363SabahLelaki (WN)60Jenazah dibawa ke Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
573138625SabahLelaki (WN)66Jenazah dibawa ke Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis
574142816SabahPerempuan (WN)91Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, dan kebutaan
575143623JohorLelaki (WN)61Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan strok
576143624JohorLelaki (WN)53Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
577111710SelangorPerempuan (BWN)37Hospital SelayangPenyakit kencing manis
578128750SabahPerempuan (BWN)88Hospital Lahad DatuPenyakit Demensia

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 14 Januari 2021, terdapat sebanyak 623 kluster telah dilaporkan termasuk tujuh (7) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 347 kluster, termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Huma di Kelantan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 276 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 78 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Beringin sebanyak 177 kes serta Kluster Sungai Putus dan Kluster Pasai yang masing-masing melaporkan sebanyak 157 kes.

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SELAYANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasaraya. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah pasaraya yang terletak di Jalan Selayang Baru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 511 individu telah disaring, di mana 84 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TROPIKA

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan tahanan dan kontak rapat di sebuah pusat tahanan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kes-kes yang dilaporkan dalam kluster ini iaitu di Jalan Setia Tropika, Johor Bahru. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 116 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PASIR BARAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dijalankan secara berperingkat di sebuah tapak projek di Pasir Gudang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 781 individu telah disaring, di mana 92 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA DUTAMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dua (2) kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-139748 dan kes ke-139749) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Dutamas Raya, Segambut, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PAHANG

Kluster ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130168) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Hospital Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 57 individu telah disaring, di mana enam (6) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN RANTAU-SILIAU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes-kes yang dikesan positif  iaitu di Jalan Rantau–Siliau, Bandar Sri Sendayan, Siliau, Negeri Sembilan. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 508 individu telah disaring, di mana 96 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTAN MAS

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-130767) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang beralamat di Taman Intan Emas, Teluk Intan, Perak. Sehingga 14 Januari 2021, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Januari 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 14 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,036 (2)43,164
SABAH38942,288
WP KUALA LUMPUR257 (4)17,045
JOHOR46011,756
NEGERI SEMBILAN1699,469
PULAU PINANG2345,713
PERAK924,132
KEDAH863,836
PAHANG1132,007
SARAWAK180 (1)1,920
WP LABUAN341,855
MELAKA851,798
KELANTAN851,649
TERENGGANU89661
WP PUTRAJAYA24491
PERLIS471
JUMLAH KESELURUHAN3,337 (7)147,855

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,337 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 14 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,036 kes 
    • 471 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Selayang;
    • 324 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 239 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 460 kes
    • 204 kes daripada kluster-kluster, termasuk 55 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tropika dan Kluster Pasir Barat;
    • 101 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 155 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 389 kes 
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 279 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 100 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 257 kes  
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Dutamas dan Kluster Jalan Pahang;
    • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 234 kes 
    • 166 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 180 kes
    • 170 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 169 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 88 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rantau-Siliau;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 113 kes
    • 65 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 92 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan Mas;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  89 kes
    • 62 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 86 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 85 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 85 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 34 kes
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 24 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Empat (4) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes lain-lain saringan COVID-19.