Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 16 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,148 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 117,375 kes (75.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 16 Januari 2021, negara kita sekali lagi melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 155,095 kes. Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,126 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan (8) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 4,021 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,711 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,310 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi sepanjang minggu ini iaitu sebanyak 1,466 kes (36.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,161 kes (79.2 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 719 kes (17.8 peratus) dan Sabah sebanyak 449 kes (11.1 peratus).

Sebanyak 110 kes (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (40 kes), Kluster Tembok Nanas (39 kes), Kluster Tembok Gajah (15 kes), Kluster Damai Pelangi (9 kes), Kluster Pagar Siput (4 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Pagar Bentong (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 205 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 79 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 594 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
587104077SabahLelaki (WN)70Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
588126612SelangorLelaki (WN)59Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis
589141045PerakLelaki (WN)78Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan masalah pendengaran
590142964WP Kuala LumpurLelaki (WN)72Hospital Sungai BulohPenyakit  paru-paru kronik obstruktif (COAD)
591144035PahangLelaki (WN)40Hospital BentongPenyakit kencing manis
592145939SabahLelaki (WN)62Jenazah dibawa ke Hospital Lahad Datu-
593117659SabahPerempuan (BWN)45Hospital Lahad DatuPenyakit jantung
594149197SabahPerempuan (BWN)61Hospital Lahad DatuPenyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 16 Januari 2021, terdapat sebanyak 641 kluster telah dilaporkan termasuk enam (6) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 356 kluster, termasuk lima (5) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Impian, Kluster Utama Rini, Kluster Kuala, Kluster Malawati, dan Kluster Tapak Bina Bulatan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 285 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 71 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (336 kes), Kluster Bukit Pasir (189 kes), dan Kluster Senai Cyber (111 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SENAI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-140377) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan bersasar yang dijalankan di beberapa buah kilang seterusnya mendapati seramai 113 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti beberapa buah kilang di mana penularan berlaku iaitu di Jalan Cyber 2, Senai Industrial Estate 3, Senai, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 198 individu telah disaring, di mana 114 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK NANAS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135241) merupakan seorang tahanan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan sebelum dihantar pulang ke negara asal. Saringan bersasar yang dijalankan seterusnya mendapati seramai 40 lagi PATI dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen Pekan Nanas yang terletak di Taman Emas, Pekan Nanas, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 252 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SEMBRONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116746) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang dijalankan di tempat kerja kes indeks seterusnya mendapati seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama tempat tinggal kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Sembrong 3, Taman Perindustrian Sembrong, Kluang, Johor. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERMATA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban  di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster (iaitu kes ke-127012) ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Saringan yang dijalankan ke atas kontak rapat  seterusnya mendapati seramai 60 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kebanyakan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Permata 1/3, Arab Malaysian Industrial Park, Nilai. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN JUTA

Kluster ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133242) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Juta Intan, Perak. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG LEBU

Kluster berkaitan kenduri perkahwinan dan tahlil ini melibatkan daerah Bentong dan Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122732) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Saringan yang telah dijalankan ke atas kontak rapat terutama ahli keluarga dan tetamu majlis seterusnya mendapati seramai 20 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis tersebut berlangsung iaitu di Kampung Lebu, Bentong. Sehingga 16 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

 NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

16 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,46645,519
SABAH44943,251
WP KUALA LUMPUR347 (7)17,793
JOHOR71913,010
NEGERI SEMBILAN2149,753
PULAU PINANG1206,027
PERAK544,260
KEDAH1954,173
PAHANG652,142
SARAWAK69 (1)2,049
MELAKA441,900
WP LABUAN171,881
KELANTAN 1411,869
TERENGGANU80833
WP PUTRAJAYA35550
PERLIS1485
JUMLAH KESELURUHAN4,029 (8)155,095

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 4,029 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 16 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,466 kes 
    • 486 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 675 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 305 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 719 kes
    • 511 kes daripada kluster-kluster, termasuk 163 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sembrong, Kluster Tembok Nanas, dan Kluster Senai Cyber;
    • 143 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 449 kes 
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 335 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 106 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 347 kes  
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tujuh (7) kes import dari luar negara; dan
    • 117 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 214 kes
    • 91 kes daripada kluster-kluster, termasuk 50 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Permata;
    • 74 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 49 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 195 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 62 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 141 kes
    • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 120 kes 
    • 36 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 46 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  80 kes
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 69 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 65 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Lebu;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 54 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Juta;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 44 kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 35 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.