Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 22 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,554 kes (132,706 kes kumulatif, 75.3%);
  • Kes baharu : 3,631 kes (176,180 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara dan 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,625 kes [2,982 warganegara (82.3%); 643 bukan warganegara (17.7%)];
  • Kes aktif : 42,814 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 251 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 102 kes; dan
  • Kes kematian : 18 kes (660 kes kumulatif , 0.38 %)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 782 kes (21.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 574 kes (73.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 466 kes (12.8 peratus), dan Sabah sebanyak 453 kes (12.5 peratus).

Sebanyak 89 kes (2.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (51 kes), Kluster Tembok Mempaga (15 kes), Kluster Tembok Nanas (12 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (5 kes), Kluster Tembok Renggam (4 kes), dan Kluster Tembok Kemus (2 kes)

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes dari Selangor, tiga (3) kes dari Sabah, dua (2) kes dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,  dua (2) kes dari Sarawak dan masing-masing satu (1) kes dari Johor dan Pulau Pinang. Kes kematian pada hari ini melibatkan 17 kes warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 713 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 12 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 378 kluster (termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Haruan, Kluster Tapak Bina Rimbun, Kluster Tapak Bina Pasifik, dan Kluster Tapak Bina Cendana);
  • Jumlah kluster aktif : 335 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 86 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (112 kes), Kluster Tapak Bina Muda (93 kes), dan Kluster Seri Bayu (81 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7)  kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, dua (2) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko dan satu (1) kluster tahanan. Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Jalan Indah GemilangJohorTempat kerja
2Jalan PerwiraJohorTempat kerja
3Selasih PerinduJohorTempat kerja
4Jalan Sungai ChandongSelangorTempat kerja
5Jalan KinabenuaWP LabuanTempat kerja
6Ladang Desa JeroccoSabahTempat kerja
7Kampung Paya SiputPahangTempat kerja
8Serkam TengahMelakaKomuniti
9Tanjung LumpurPahangKomuniti
10Tembok RenggamJohorTahanan
11Putra TujuhWP Putrajaya dan SelangorKumpulan Berisiko
12Jalan SkudaiJohorKumpulan Berisiko

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR78251,963
SABAH45345,862
WP KUALA LUMPUR435 (6)20,422
JOHOR46615,428
NEGERI SEMBILAN19710,729
PULAU PINANG2026,913
PERAK1385,169
KEDAH1664,989
SARAWAK2292,931
KELANTAN  1612,683
MELAKA822,558
PAHANG612,479
WP LABUAN291,980
TERENGGANU1781,224
WP PUTRAJAYA39709
PERLIS13141
JUMLAH KESELURUHAN3,631 (6)176,180

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,631 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 782 kes 
    • 153 kes daripada kluster-kluster, termasuk 24 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster  Jalan Sungai Chandong dan Kluster Putra Tujuh
    • 421 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 208 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 466 kes
    • 232 kes daripada kluster-kluster, termasuk 63 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster  Jalan Perwira, Kluster Jalan Skudai, Kluster Jalan Indah Gemilang, Kluster Tembok Renggam, dan Kluster Selasih Perindu;
    • 144 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 90 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 453 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ladang Desa Jerocco;
    • 292 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 107 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 435 kes  
    • 49 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 211 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 169 kes daripada lain-lain saringan COVID-19
  • Sarawak: 229 kes
    • 122 kes daripada kluster-kluster sedia ada;dan
    • 107 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 202 kes 
    • 61 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 99 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 197 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 178 kes
    • 24 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 124 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 166 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 67 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 89 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 161 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 113 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 38 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 138 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 82 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Serkam Tengah;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 61 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Kampung Paya Siput dan Kluster Tanjung Lumpur;
    • 29 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 39 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tujuh;
    • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 29 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kinabenua;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : 13 kes
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 18 kes kematian pada 22 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantinaUmur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
643106355JohorPerempuan (WN)79Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
644113246SabahLelaki (WN)85Jenazah dibawa ke Hospital KinabatanganPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan obstruktif paru-paru kronik (COAD)
645133568SabahLelaki (WN)83Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kanser tahap 4 dan spondylolisthesis
646152483SelangorPerempuan (WN)66Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis dan strok
647157810Pulau PinangPerempuan (WN)59Hospital Kepala BatasPenyakit darah tinggi dan dementia
648161279SarawakLelaki (WN)93Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma, gout, osteoarthritis dan tuberkulosis
649163341SabahPerempuan (WN)66Hospital Lahad DatuPenyakit darah tinggi dan jantung
650169893SelangorPerempuan (WN)85Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
651169894SelangorLelaki (WN)88Hospital Sungai Buloh-
652169895SelangorLelaki (WN)88Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
653169903SelangorPerempuan (WN)78Hospital SerdangPenyakit kencing manis
654169904SelangorPerempuan (WN)46Hospital SerdangPenyakit kencing manis dan asma
655169911SelangorLelaki (WN)32Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis dan darah tinggi
656169913SelangorLelaki (WN)82Jenazah dibawa ke Hospita Kuala Kubu Bharu-
657170770WP Kuala LumpurLelaki (WN)45Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras-
658170780WP Kuala LumpurLelaki (WN)68Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
659175617SarawakLelaki (WN)58Hospital MiriPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, anemia, dan peripheral vascular disease
660169914SelangorLelaki (BWN)40Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SUNGAI CHANDONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Perdana Industrial Park, Port Klang, Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja yang terletak di Jalan Sungai Chandong, Bandar Armada Putra, Pelabuhan Klang. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PUTRA TUJUH

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-172697) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan pra prosedur. Kluster ini melibatkan pesakit dan petugas perubatan di Hospital Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERWIRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal keselamatan sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama kes-kes iaitu di Jalan Perwira, Taman Century, Johor Bahru, Johor. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SKUDAI

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-174344) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Januari 2021 hasil saringan sebelum kemasukan ke wad. Kluster ini melibatkan pesakit dan pekerja di sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Skudai, Johor Bahru. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 251 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDAH GEMILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Indah Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang, Johor Bahru. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK RENGGAM

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Kluang di Johor. Kes indeks bagi kluster  (iaitu kes ke-157495) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan pra rawatan. Kluster ini melibatkan tahanan dan kakitangan Penjara Simpang Renggam yang terletak di Jalan Renggam, Kluang, Johor. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SELASIH PERINDU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-132555) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja di beberapa buah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Senai Jaya. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama lokaliti rumah kongsi kes-kes tersebut yang terletak di Taman Selasih dan Taman Perindu. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 365 individu telah disaring, di mana 106 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG DESA JEROCCO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142792 dan kes ke-145926) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja ladang dan kilang kelapa sawit yang terletak di Desa Jerocco, Kinabatangan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 38 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SERKAM TENGAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Jasin, Alor Gajah, dan Melaka Tengah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-144392) merupakan kes Influenza Like Illness (ILI)telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan iaitu Kampung Serkam Tengah, Melaka. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PAYA SIPUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-158116) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Paya Siput, Lanchang, Pahang. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TANJUNG LUMPUR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-161263) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Tanjung Lumpur, Kuantan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 85 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KINABENUA

Kluster  tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-172444) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks yang terletak di Jalan Kinabenua, Sungai Keling, Wilayah Persekutuan Labuan. Sehingga 22 Januari 2021, sejumlah 101 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.