Communicable disease

Kenyataan Akhbar KPK 25 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 JANUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Januari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,638 kes (145,084 kes kumulatif, 77.6%);
  • Kes baharu : 3,048 kes (186,849 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (8 warganegara)
  • Kes tempatan : 3,040 kes [2,494 warganegara (82.0%); 546 bukan warganegara (18.0%)];
  • Kes aktif : 41,076 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 261 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 101 kes; dan
  • Kes kematian : 11 kes (689 kes kumulatif , 0.37 %)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,035 kes (34.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 720 kes (69.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 529 kes (17.4 peratus), dan Sabah sebanyak 348 kes (11.4 peratus).

Sebanyak 62 kes (2.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Matambai (18 kes), Kluster Tembok Taiping (16 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (10 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (4 kes), Kluster Tembok Mempaga (2 kes), Kluster Tembok Renggam (1 kes), Kluster Tembok Kemus (1 kes), dan Kluster Tropika (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga (3) kes dari Sabah, masing-masing dua (2) kes dari Selangor dan Sarawak, dan satu (1) kes masing-masing di Kelantan, Pahang, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 10 kes kematian pada hari ini melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Januari 2021;

  • Jumlah kluster : 746 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 395 kluster (termasuk 10 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Pandan, Kluster Lis Putih, Kluster Saga Tengah, Kluster Long Panji, Kluster Cahaya Mahsuri, Kluster Penjara Sandakan, Kluster Pekapuri, Kluster May Indah, Kluster Bakti, dan Kluster Tapak Bina Jalan Seng);
  • Jumlah kluster aktif : 351 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 84 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Seroja (81 kes), Kluster Pasai (56 kes), dan Kluster Beringin (48 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lapan (8)  kluster berkaitan tempat kerja, tiga (3) kluster komuniti, dan dua (2) kluster yang melibatkan kumpulan berisiko.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

NoNama KlusterNegeriKategori Kluster
1Sri MudaSelangorTempat kerja
2Sungai ChemubongSelangorTempat kerja
3Jalan WajaSelangorTempat kerja
4Jalan IndahJohorTempat kerja
5Jalan Firma TigaJohorTempat kerja
6Industri ApasSabahTempat kerja
7Jalan KerinchiWP Kuala LumpurTempat kerja
8Kampung TualangTerengganuTempat kerja
9Kampung MuhibbahJohorKomuniti
10Taman BahagiaPahangKomuniti
11Kampung Bukit LadaPahangKomuniti
12Bukit PalahMelakaKumpulan berisiko
13Kampung PahiKelantanKumpulan berisiko

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,035 (6)55,369
SABAH34847,139
WP KUALA LUMPUR305 (1)21,665
JOHOR52916,760
NEGERI SEMBILAN9511,092
PULAU PINANG1107,275
PERAK103 (1)5,526
KEDAH745,253
SARAWAK1203,499
MELAKA903,078
KELANTAN  892,927
PAHANG 462,663
WP LABUAN02,032
TERENGGANU791,613
WP PUTRAJAYA22804
PERLIS3154
JUMLAH KESELURUHAN3,048 (8)186,849

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,048 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,035 kes 
    • 113 kes daripada kluster-kluster, termasuk 78 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster  Sri Muda, Kluster Jalan Waja, dan Kluster  Sungai Chemubong;
    • 607 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 309 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 529 kes
    • 194 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Indah, Kluster Kampung Muhibbah, dan Kluster Jalan Firma Tiga;
    • 212 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 123 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 348 kes 
    • 38 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Apas;
    • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 305 kes  
    • 35 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Kerinchi;
    • 100 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 169 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 120 kes
    • 67 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 110 kes 
    • 50 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 103 kes
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 95 kes
    • 58 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Palah;
    • 27 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 90 kes
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 11 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bukit Palah;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 89 kes
    • 19 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Pahi;
    • 51 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 79 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Tualang;
    • 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 74 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 46 kes
    • 12 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Bahagia dan Kluster Kampung Bukit Lada;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 22 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis : Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 11 kes kematian pada 25 Januari 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital/ Tempat KematianLatar Belakang
679152479SelangorLelaki (WN)78Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan obstruktif paru-paru kronik (COPD)
680172106SarawakLelaki (WN)52Hospital SibuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
681173423SabahLelaki (WN)55Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Penyu-
682175518SarawakPerempuan (WN)71Hospital SibuPenyakit darah tinggi, obstruktif paru-paru kronik (COAD), epilepsy, dan obesiti
683175775KelantanLelaki (WN)54Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
684175861PahangLelaki (WN)70Hospital Tengku Ampuan Afzan, KuantanPenyakit darah tinggi
685177584SelangorLelaki (WN)75Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, jantung, dan buah pinggang kronik
686179368PerakLelaki (WN)82Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh-
687181831SabahLelaki (WN)77Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, SandakanPenyakit kencing manis dan darah tinggi
688182157WP Kuala LumpurPerempuan (WN)54Hospital SelayangPenyakit asma
689181832SabahLelaki (BWN)60Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan-

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER SRI MUDA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 304 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 21 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Waja, Taman Perindustrian Bukit Raja, Klang. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 1,076 individu telah disaring, di mana 33 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI CHEMUBONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183881) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah institusi pengajian awam yang terletak berdekatan dengan Sungai Chemubong, Selangor. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 304 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Indah, Taman Bukit Indah, Johor Bahru. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-167928) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan inidividu bergejala. Kluster ini melibatkan perhimpunan sosial di Kampung Muhibbah, Pengerang. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 61 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN FIRMA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Januari 2021 hasil saringan bersasar  sebuah kilang yang terletak di Jalan Firma 3, Kawasan Perindustrian Tebrau 4, Johor Bahru. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 160 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI APAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau  di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152890) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala yang merupakan pekerja kilang di Jalan Apas,  Tawau. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KERINCHI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja pembersihan beberapa buah syarikat yang terletak di Jalan Kerinchi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT PALAH

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka, serta daerah Jempol di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-186075) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Melaka yang terletak di Bukit Palah. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 171 individu telah disaring, di mana 38 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PAHI

Kluster kumpulan berisiko ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-169071) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan inidividu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja syarikat pembersihan di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP), Kampung Pahi, Kuala Krai. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG TUALANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-183650) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kes-kes yang telah menghadiri mesyuarat di Kuala Terengganu. Nama kluster merujuk kepada alamat rumah kes indeks iaitu di Kampung Tualang, Manir, Kuala Terengganu. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 96 individu telah disaring, di mana 32 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN BAHAGIA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-169124) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Januari 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan petugas misi bantuan banjir di Temerloh, Pahang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Taman Bahagia, Temerloh. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 69 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG BUKIT LADA

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137864) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Bukit Lada, Temerloh. Sehingga 25 Januari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster in